Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Pengiklanan merupakan salah satu sumber pembujukan yang berkesan dalam mempengaruhi

tingkahlaku kita. Ia merupakan usaha untuk mendapatkan perhatian khalayak sebanyak yang

mungkin. Setiap hari pasti kita akan terdedah dengan pelbagai bentuk rayuan, tawaran dan

ganjaran yang disampaikan oleh pengiklan. Pengiklanan juga telah menjadi sebahagian

daripada hidup kita, bermula daripada pagi hari hingga larut malam, kita sentiasa terdedah

dengan pelbagai bentuk iklan dan tawaran.

Usaha-usaha pengiklanan dijalankan dengan pelbagai cara sama ada dalam bentuk

cetak dan juga elektronik. Kemunculan media baru menyaksikan pengiklan membelanjakan

sejumlah wang yang besar dalam mencapai khalayak sasaran yang lebih meluas. Pengiklanan

tidak akan berhenti, ia akan sentiasa ada dalam kehidupan kita. Pertumbuhan ekonomi yang

positif turut merangsang perkembangan industri pengiklanan.

Kami memilih jenama ASUS dan HP kerana kedua-dua jenama ini merupakan

pesaing yang paling hampir dalam pengeluar komputer riba. Selain itu, kedua-dua jenama ini

merupakan jenama yang menjadi pilihan ramai pelanggan di seluruh dunia ekoran fungsi

komputer riba mereka hampir sama. Tambahan lagi, tujuan kami memilih jenama ini kerana

kami ingin mengkaji perlakuan pelanggan yang mendorong merekan untuk memilih produk

dari jenama ini. Seterusnya kami ingin mengkaji objektif yang telah ditetapkan oleh kedua-

dua jenama ini dalam mempromosikan produk baru dari kilang mereka. Kami ingin

mengkaji kandungan meseg yang ingin disampaikan oleh jenama ini dalam mempromosikan

produk mereka.

1
2
2.0 PENGETAHUAN IKLAN

Iklan tersebut telah dicipta oleh pihak jenama ASUS. Iklan tersebut dipaparkan dalam surat

khabar New Straits Times untuk mempromosikan konputer riba jenama tersebut. Kami telah

mengetahui tentang iklan tersebut selepas membaca surat khabar tersebut. Kami memilih

iklan tersebut kerana pada zaman teknologi ini komputer riba banyak menhulurkan tangan

kepada masyarakat sedunia dan jenama tersebut adalah terkenal di dunia.

3.0 OBJEKTIF PENGIKLANAN

Dalam objektif pengiklanan menerangkan objektif sesuatu iklan itu untuk dipromosikan atau

diperkenalkan kepada pelanggan atau pembaca terhadap sesuatu produk itu. Setiap organisasi

mempunyai identiti tersendiri dalam mempersembahkan produk-produk mereka supaya

produk mereka itu lebih nampak menarik dengan penampilan yang ingin ditunjukkan kepada

orang ramai dengan tambahan produk-produk baru yang akan lain dari produk dari organisasi

lain.

Oleh itu, terdapat empat objektif pengiklanan iaitu

 Beritahu,

 Mengingat,

 Memujuk dan

 Membuat perbandingan.

Tetaapi iklan laptop ASUS – Eee PC X 101 H menggunakan objektif pengiklanan beritahu.

Memberitahu

3
Memberitahu adalah antara objektif pengiklanan yang menerangkan mengenai produk

itu sampai kepada pelanggan dengan kaedah memberitahu. Dengan cara inilah pihak

organisasi mendapat menyampaikan maklumat kepada pengguna dengan

memberitahu pelbagai kelebihan yang ada pada produk yang diiklankan. Sebagai

contoh objektif iklan beritahu ialah memberitahu ciri-ciri yang ada pada produk iklan

tersebut.

Berdasarkan iklan laptop ini menerangkan objektif pengiklanan dengan memberitahu bahawa

laptop ini menawarkan ciri-ciri unik yang mempunyai pelbagai warna yang berwarna-warni

seperti hitam, putih, merah dan silver. Ini menunjukkan bahawa iklan ini telah menerangkan

objektif iklan itu sendiri dengan memberitahu info mengenai laptop ini kepada pelanggan.

Selain itu, iklan ini juga memberitahu mengenai laptop ini adalah ringan. Ini jelas

menunjukkan iklan ini ingin memberitahu objektifnya dengan menawarkan ciri-ciri unik dan

eksklusif. Iklan ini juga menerangkan mengenai kemudahan yang ada dengan pelbagai

rekabentuknya yang unik iaitu inspirasi bentuk sayap. Setiap iklan mempunyai kelainan yang

ingin ditonjolkan kepada pengguna berbanding produk yang sedia ada. Laptop ini turut

memberitahu cirinya yang nipis serta ringan yang bersaiz <22mm. Objektifnya ingin

memudahkan pengguna membawa dimana sahaja untuk penggunaannya.

Tambahan lagi, iklan ini cuba menyampaikan kepada pengguna bahawa laptop ini

menyediakan rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang dapat diakses dengan

mudah dan tangkas. Dengan pembelian laptop Eee PC X 101 H ini turut disertakan Meego.

MeeGo OS adalah satu perkhidmatan dan penggunaan untuk memudahkan netbook dan

penggunaanya. Antaranya ialah ASUS For Meego, ASUS Appstore, Instant Messaging dan

British Council English Language Learning.

Iklan laptop ASUS ini turut memberitahu temanya iaitu di hujung jari anda. Ini jelas

menerangkan cara atau promosikan produk kepada orang ramai melalui iklan untuk

4
menarik pengguna untuk membelinya barangan mereka. Setiap iklan akan

menerangkan setiap keunikan, perbezaan dengan produk yang lain.

4.0 KANDUNGAN MESEG IKLAN

Gaya Hidup

Mesej yang terkandung dalam iklan komputer riba jenama ASUS ialah iklan tersebut

mempunyai kaitan dengan gaya hidup seharian. Mesej ini menunjukkan bagaimana

produk tersebut sesuai dengan gaya hidup tertentu. Misalnya, melalui contoh keratan

akhbar, iklan tersebut menyatakan ‘Rangkaian Sosial’. ‘Facebook dan Twitter dapat

diakses dengan mudah dan tangkas’. Sejajar dengan fenomena dunia kini, masyarakat

yang gemar untuk mengakses facebook dan twitter, komputer riba keluaran baru

ASUS telah direka khas bagi memudahkan internet diakses.

Fantasi atau Khayalan

Iklan dari media cetak direka adalah untuk mencipta khayalan tentang sesuatu produk

ataupun cara penggunaanya. Rekabentuk komputer riba terbaru jenama ASUS telah

direka berdasarkan inspirasi bentuk sayap. Ketebalan sisi komputer riba ini adalah

kurang daripada 22mm. Fantasi atau khayalan yang ditunjukkan dalam iklan produk

ini adalah melalui gambar komputer riba tersebut yang dari sisinya kelihatan nipis dan

terdapat rama-rama yang seolah-olah sedang membawa komputer riba tersebut

terbang untuk menunjukkan produk ini nipis dan ringan.

Mood atau Imej

5
Setiap iklan yang direka dan dibentuk adalah untuk membina mood atau suasana

terhadap sesuatu produk. Sebagai contoh, iklan komputer riba yang dikeluarkan oleh

produk ASUS mempunyai imej gambaran komputer riba dalam iklan tersebut.

Berdasarkan imej tersebut, pengguna tahu dan sedar bahawa ia adalah iklan mengenai

komputer riba keluaran jenama ASUS. Selain itu, komputer riba keluaran ASUS ini

juga direka dengan pelbagai warna. Ia telah dinyatakna di dalam iklan tersebut,

‘Ringan dan berwarna-warni’. Iklan seperti ini akan meningkatkan mood dan menarik

minat pengguna untuk membeli dan mencuba produk yang diiklankan tersebut.

Simbol Personaliti

Simbol personaliti yang dipaparkan dalam iklan adalah mencipta watak sama ada

animasi atau sebenar yang mewakili ataupun melambangkan produk tersebut.

Berdasarkan petikan iklan komputer riba keluaran ASUS, gambar komputer riba yang

sebenar dipamerkan di dalam iklan. Ia menunjukkan rupa sebenar computer riba

tersebut untuk memberitahu pengguna bagaimana rupa bentuk sebenar komputer riba

tersebut. Selain itu, animasi rama-rama yang terdapat di dalam iklan adalah sebagai

gambaran bahawa komputer riba ini adalah ringan.

Cebisan Kehidupan

Cebisan kehidupan yang dipaparkan di dalam iklan adalah untuk menunjukkan

seorang atau beberapa orang yang menggunakan produk tersebut dalam keadaan biasa

ataupun di dalam kehidupan seharian. Berdasarkan iklan yang diperolehi, pengguna

yang menggunakan komputer riba keluaran ASUS ini dianggap akan minat dan suka

dengan produk ini berdasarkan slogan ‘Senang Bermula, Payah Berhenti’. Ini

menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna sasaran dianggap akan terus menggemari

produk ini. Fungsi MeeGo OS yang terdapat pelbagai aplikasi seperti ASUS

6
Appstore, Instant Messaging dan banyak lagi yang ditawarkan dalam produk ini juga

merupakan perkara yang biasa digunakan oleh pengguna sasaran dalam kehidupan

seharian.

Informasi Produk Yang Disampaikan Jelas.

Jenama ASUS menggunakan iklan ini untuk memperkenalkan produk terbaru

daripada syarikat mereka. Oleh itu, segala maklumat dan keistimewaan produk baru

harus diketengahkan supaya bakal pelanggan mengetahui kelebihan produk baru ini

berbanding produk pesaing dan produk-produk ASUS yang terdahulu. Berdasarkan

lampiran, iklan ini menggunakan tagline ‘ Ringan Dan Berwarna-Warni Di

Hujung Jari Anda’, tagline ini jelas menunjukkan kelebihan komputer riba terbaru

dari ASUS adalah lebih ringan dan mempunyai pelbagai aplikasi terkini seperti

rangkaian sosial Facebook dan Twitter dapat diakses dengan mudah dan tangkas.

Jenama ASUS menggunakan pendekatan ini untuk menarik lebih ramai bakal

pelanggan dan mengekalkan pelanggan sedia ada.

5.0 PENUTUP

Melalui pengkajian kami dalam mengenalpasti audien sasaran, objektif pengiklanan dan kandungan

meseg yang disampaikan melalui lampiran media cetak kami dapat mengenalpasti tetanng kelemahan

dan kelebihan iklan daripada kedua-dua jenama ini. Selain itu, melalui pemerhatian kami juga kami

dpat lihat bahawa kedua-dua jenama ini menggunaka pendekatan yang sangat baik dalam menarik

pelanggan baru untuk membeli produk mereka dan mengekalkan pelanggan setia mereka untuk terus

melanggan produk mereka. Tambahan lagi, kami memberikan beberapa cadangan bagi meningkatkan

lagi penambahbaikan komunikaso iklan lereka supaya dapat memenuhi kehendak dan keperluan

pelanggan.

7
RUJUKAN

Acer. (2010). Diambil daripada www.indulgewithacer.com.my

Muhammad Badri. (2010). Ruang Kontemplasi Dan Berbagi. Iklan dan Komunikasi Pemasaran.

Diambil daripada http://ruangdosen.wordpress.com/2010/04/04/iklan-dan-komunikasi-

pemasaran/

Fairol Halim. Hasnizam Shaari. Shahrin Saad. Maria Abdul Rahman. Hasnizam Hasan. Zolkifli

Hussin. Intan Shafinaz Ahmad. Mormalisa Md Isa. Azanin Ahmad. Selvan Perumal. Salniza Md

Salleh. Romle Hassan. (2011). Person. Prinsip Pemasaran.

8
9

Anda mungkin juga menyukai