Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN PERTANDINGAN

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-49


MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH MUAR 2018
1 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia ( KOAM )
2017/2018 , Peraturan-peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor (MSSJ) Edisi 2018 dan
peraturan-peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga tahun 2018.

2 ACARA-ACARA UKURAN DAN TIMBANGAN ALAT PERTANDINGAN

Lihat Lampiran " A "

3 ACARA BERCAMPUR

3.1 Pentathalon

Hari Pertama : 100 m Lari Berpagar , Lompat Tinggi , Lontar Peluru


Hari Kedua : Lompat Jauh , 800 meter

3.2 Heptathlon
Hari Pertama : 110 m Lari Berpagar, Lompat Tinggi, Lontar Peluru dan 400 m
Hari Kedua : Lompat jauh , Merejam Lembing dan 1500 m

4 LARI BERGANTI-GANTI

4.1 Acara 4 x 200 m

4.1.1. Pelari pertama akan menggunakan lorong sendiri dan akan mula di garisan 1 1/2 stagger
seperti pelari pertama dalam acara 4 x 400 m.

4.1.2. Pelari kedua akan bersedia di garisan 1 stagger ( garisan ini akan disediakan )

4.1.3. Pelari ketiga akan bersedia di garisan 1/2 stagger seperti pelari kedua dalam acara 4 x
400 meter . Selepas menerima baton dari pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari di
lorong masing-masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya akan memotong
masuk selepas garisan ke lorong pertama.

4.1.4. Pelari akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut kedudukan pelari
pertama datang dan menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang dan menolak
peserta lain.

5 LARI BERPAGAR

Dari Pagar Akhir


ACAR Antara Jumlah
KATEGORI TINGGI Permulaan ke Garisan
A Pagar Pagar
ke Pagar 1 Penamat
P 11, P12 / L
80 m 0.762 m 12.00 m 8.00 m 12.00 m 8
11, L12
P14 / P15 100 m 0.762 m 13.00 m 8.50 m 10.50 m 10
P18 100 m 0.762 m 13.00 m 8.50 m 10.50 m 10
L18 110 m 0.914 m 13.74 m 9.14 m 14.00 m 10
L15 110 m 0.840 m 13.74 m 9.14 m 14.00 m 10
L14 110 m 0.840 m 13.74 m 9.14 m 14.00 m 10
P14 / P15 200 m 0.762 m 16.00 m 19.00 m 13.00 m 10
L14 / L 15 200 m 0.840 m 16.00 m 19.00 m 13.00 m 10
P18 200 m 0.762 m 45.00 m 35.00 m 40.00 m 10
L18 400 m 0.840 m 45.00 m 35.00 m 40.00 m 10

6 HADIAH - HADIAH

3.1 Acara Individu sehingga 1500 meter : Pertama, Kedua dan Ketiga
3.2 Acara Individu 2000 m dan lebih
termasuk Heptatlon dan Pentatlon : Pertama hingga Keenam
3.3 Acara Berpasukan : Pertama hingga Ketiga
( 4 pingat setiap pasukan )

7 CARA PERTANDINGAN

7.1 Setiap sekolah menengah dan rendah dibenarkan menghantar tidak lebih daripada dua ( 2 ) orang
peserta bagi setiap acara individu. Bagi acara berpasukan, semua sekolah menengah dan rendah
hanya dibenarkan menghantar satu ( 1 ) pasukan sahaja.

7.2 Bilangan maksimum penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut ;

KUMPULAN UMUR INDIVIDU BERPASUKAN


18 Tahun dan ke bawah 3 (termasuk acara terbuka) 2
15 Tahun dan ke bawah 3 (termasuk acara terbuka) 2
14 Tahun 3 (termasuk acara terbuka) 2
12 Tahun dan ke bawah 2 2
11 Tahun dan ke bawah 2 2

7.3 Peserta-peserta Heptathlon dan Pentathlon TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam
acara individu yang lain.

7.4 Acara Terbuka dibenarkan hanya untuk peserta-peserta sekolah menengah sahaja.

8 PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA

8.1 Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 4 Februari 2018 ( Ahad ) jam 2.30 petang
di Dewan Perdana Wawasan , PPD Muar untuk taklimat kejohanan dan panduan mengisi
maklumat penyertaan dalam sistem online. URL: mssj.edu.my/daf_mr/mssd

8.2 Pendaftaran peserta akan dibuka mulai 6 Februari 2018 ( Selasa ) , jam 2.00 petang dan tarikh
tutup pendaftaran sehingga 20 Februari 2018 ( Selasa ) jam 2.00 petang. Borang yang telah
dicetak dan disahkan oleh Pengetua / Guru Besar hendaklah diserahkan ke Unit Sukan PPD
Muar pada 21 Februari 2018 ( Rabu )
.
8.3 Jawatankuasa Pengelola berhak menolak mana-mana penyertaan peserta yang tidak lengkap diisi
sebagaimana kehendak seperti (8.1). Pasukan yang gagal mendaftar dalam sistem online pada
tarikh tersebut ( 20 Februari 2018 ) dianggap TIDAK MENYERTAI kejohanan ini.

8.4 Umur mengikut kategori


8.4.1 Lelaki / Perempuan bawah 18 tahun - 1.1.2000 – 31.12.2002
8.4.2 Lelaki / Perempuan bawah 15 tahun - 1.1.2003 – 31.12.2003
8.4.3 Lelaki / Perempuan 14 tahun - 1.1.2004 – 31.12.2005
8.4.4 Lelaki / perempuan bawah 12 tahun - 1.1.2006 – 31.12.2006
8.4.5 Lelaki / Perempuan bawah 11 tahun - 1.1.2007 – 31.12.2008

9 PENGUNDIAN, PENARIKAN DIRI DAN PENGGANTIAN

9.1 Mesyuarat Pengundian

9.1.1 Mesyuarat Undian akan dijalankan olah Jawatankuasa Pengelola


Kejohanan pada tarikh 22 Februari 2018 ( Khamis ) jam 2.00 petang di Bilik Mesyuarat
Warisan PPD Muar.
9.1.2 Penggantian untuk seseorang peserta yang menarik diri
( jika ada ) hendaklah dibuat pada mesyuarat yang tersebut di atas SELEPAS ITU,
PERTUKARAN ATAU PENGGANTIAN TIDAK AKAN DITERIMA.

9.2 Pengesahan dan Pengguguran Peserta.

Semasa taklimat untuk pengesahan dan pengguguran peserta dijalankan, hanya perkara-perkara
yang berikait tentang senarai peserta boleh dijalankan :-

9.2.1 Penarikan diri peserta dengan tidak ada penggantian.

9.2.2 Pengesahan peserta bagi acara lari berganti-ganti.

9.2.3 Tarikh pengesahan dan pengguguran peserta pada 25 FEBRUARI 2018 ( Ahad)
jam 2.30 petang di Dewan Perdana Wawasan, PPD Muar. Bayaran
Yuran penyertaan peserta hendaklah diserahkan sebelum mesyuarat pengesahan
dan pengguguran peserta bermula.

9.3 Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan

9.3.1 Jika didapati seseorang peserta yang telah mendaftar diri tidak mengambil bahagian
dalam sesuatu acara, maka peserta itu dianggap sebagai menarik diri tanpa sebab. Oleh
yang demikian peserta tersebut tidak dibenarkan menyertai lagi acara-acara yang
didaftarkan atas namanya.

9.3.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil
bahagian dalam pusingan awal tanpa pegesahan daripada Pegawai Perubatan adalah
dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas
namanya.

9.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat
Pegawai Perubatan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam acara yang
didaftarkan atas namanya dengan syarat peserta tersebut mengemukakan surat
pengesahan daripada Pegawai Perubatan kepada Pengurus Kejohanan.

9.3.4 Penggantian Dalam Acara Berganti-ganti


Penggantian bagi acara lari berganti-ganti dihadkan kepada dua ( 2 ) orang peserta yang
didaftarkan dalam Borang Masuk Rasmi. Peraturan ini melibatkan juga pusingan
saringan ( jika ada ) hingga ke pusingan akhir.

10 MELAPORKAN DIRI

10.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 20 minit bagi acara balapan
dan 30 minit bagi acara padang sebelum masa yang dijadualkan. Selepas itu mereka akan
dihantar ke tempat pertandingan oleh penyelia peserta.

10.2 Peserta-peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus kepada Pegawai teknik dalam arena
pertandingan.

10.3 Hebahan panggilan peserta untuk melapor diri bagi acara-acara mereka tidak dibuat
menggunakan pembesar suara .Maklumat meminta peserta melapor diri akan dipaparkan di
tempat Penyelia Peserta dan Papan Putih di hadapan tempat duduk peserta. Hebahan
menggunakan pembesar suara hanya akan dibuat sekiranya terdapat perubahan atau pertukaran
dalam susunan acara atau program.

10.4 Peserta - peserta hendaklah berpakaian lengkap, nombor sebagaimana dalam daftar dan mesti
disematkan dengan pin pada setiap sudut.

10.5 Baju : Baju T atau running vest dimasukkan ke dalam seluar.


Seluar : Seluar trek ATAU seluar pendek ATAU seluar ” tight ” dengan berseluar pendek sekali
sama warna atau hampir sama warna.
10.6 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan tidak
dibenarkan mengambil bahagian dan dianggap telah menarik diri.

11 ATUR CARA MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN

11.1 Peserta-peserta hanya dibenarkan masuk dan keluar dari arena dengan dibawa oleh Marshall
yang ditugaskan.

11.2 Bagi acara balapan, selepas sesuatu perlumbaan tamat, peserta-peserta hendaklah berada dalam
lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan
nombor masing-masing. Mereka akan balik ke khemah peserta dengan diiringi oleh Marsyal
bertugas.

12 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN DAN MENENTUKAN KEDUDUKAN

12.1 Mata akan diberi dari tempat pertama hingga ke enam bagi acara individu dan berpasukan.

KEDUDUKAN MATA KEDUDUKAN MATA


Pertama 7 Keempat 3
Kedua 5 Kelima 2
Ketiga 4 Keenam 1

12.2 Jika berlaku kedudukan sama ( seri ) dalam sesuatu acara, maka pemberian mata akan dibuat
mengikut sistem sama rata.

12.3 Bagi acara Pentathlon dan Heptathlon , pengiraan mata adalah seperti berikut;

KEDUDUKAN MATA KEDUDUKAN MATA


Pertama 10 Keempat 3
Kedua 7 Kelima 2
Ketiga 5 Keenam 1

Pemenang ialah peserta yang mendapat mata tertinggi dalam lima atau tujuh acara
mengikut keadaan berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF.

13 SISTEM PERTANDINGAN DAN SARINGAN ACARA-ACARA BALAPAN

13.1 Sila rujuk Undang-Undang KOAM.

13.2 Bagi sekolah-sekolah rendah, 24 atlit yang mencatat masa terbaik daripada saringan yang
dijalankan layak memasuki separuh akhir. ( Jika peserta melebihi daripada 24 orang yang
mengambil bahagian ).

13.3 Bilangan peserta yang layak memasuki pusingan akhir akan dikira dari 8 peserta yang mencatat
masa terbaik dari semua separuh akhir.

14 HURUF-HURUF PENGENALAN SEKOLAH-SEKOLAH

14.1 Rujuk lampiran yang disertakan.

14.2 Warna kain bagi nombor-nombor.

14.2.1 Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun - Putih


14.2.2 Lelaki dan Perempuan Bawah 15 Tahun - Kuning
14.2.3 Lelaki dan Perempuan Bawah 13 Tahun - Hijau
14.2.4 Lelaki dan Perempuan Bawah 12 Tahun - Merah Samar
14.2.5 Lelaki dan Perempuan Bawah 10 Tahun - Biru ( Turquoise )
14.3 Ukuran kain bagi nombor-nombor ialah 26 sm X 15 sm.

14.4 Ukuran nombor ialah :


Tinggi huruf / nombor : 11 sm
Lebar huruf / nombor : 4.5 sm - 5.0 sm
Tebal huruf / nombor : 1.5 sm

15 BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM kecuali perkara-perkara berikut :-

15.1 Jika masalah bantahan berkenaan kelayakan ( status ) seseorang peserta tidak dapat
diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan dimulakan maka peserta tersebut boleh
mengambil bahagian di bawah bantahan dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.

15.2 Bantahan mengenai perkara yang berlaku semasa pertandingan itu dijalankan hendaklah dibuat
dengan segera :
15.2.1 Pusingan awal - 15 minit

15.2.2 Pusingan akhir - 30 minit

15.3 Semua bantahan hendaklah terlebih dahulu dibuat kepada Refri secara lisan oleh peserta atau
wakilnya. Refri akan membuat keputusan atau merujuk perkara itu kepada Juri Rayuan.
Walaupun Refri telah membuat keputusan di atas sesuatu perkara, peserta dibenarkan membuat
rayuan kepada Juri. Permohonan kepada Juri hendaklah dibuat secara bertulis,ditandatangani
oleh Pengurus Pasukan yang berdaftar dan disertai dengan wang pertaruhan bagi acara individu
sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus sahaja ) dan acara berpasukan RM
300.00 ( Ringgit Malaysai : Tiga Ratus Sahaja ). Wang pertaruhan itu tidak akan dikembalikan
jika bantahan itu didapati tidak berasas.

15.4 Keputusan Jawatankuasa Bantahan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang
berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

16 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

16.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan, tetapi
Jawatankuasa Pengelola berhak menukar susunan acara dan masa pertandingan jika perlu.

16.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam
Peraturan-peraturan Am MSSM Negeri Johor atau Undang-undang KOAM.

17 HAL-HAL LAIN

17.1 Selain pegawai-pegawai teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian ,
TIADA SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE DALAM ARENA PERTANDINGAN TANPA
KEBENARAN KETUA MARSYAL (PENGAWAS) ATAU MARSYAL (PENGAWAS )

17.2 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang kepunyaan


pegawai atau peserta di dalam atau dekat tempat pertandingan, sungguhpun beberapa persediaan
akan diadakan untuk mengelakkan kejadian-kejadian tersebut.

17.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan


anggota,kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku:

17.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari sekolah atau penginapan ke tempat pertandingan.
17.3.2 Semasa Kejohanan dijalankan
17.3.3 Di dalam dan di luar tempat pertandingan
17.3.4 Di tempat penginapan ( jika disediakan )

17.4 Walaubagaimanapun, pihak pengelola akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi
memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang
munasabah.

Anda mungkin juga menyukai