Anda di halaman 1dari 12

PANDUAN PENGGUNA

STRATA
Permohonan Sijil Formula Unit Syer
(SiFUS)

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:


e-TANAH KL Support
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Portal: www.ptgwp.gov.my/portal
No Telefon: +603-2693 6429
Email: etanahklsupport@ptgwp.gov.my
PERMOHONAN SIJIL FORMULA UNIT SYER (SiFUS)

1. Skrin Login
- Bagi urusan Permohonan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS), pemohon wajib
memohon secara online sebelum membuat perserahan di kaunter SPOC.
- Untuk membuat permohonan online, pemohon perlu mempunyai akaun
pengguna.
2. Skrin Pilihan Urusan
-pemohon perlu memilih urusan yang hendak dipohon.

\
3. Skrin Maklumat Hakmilik Terlibat
- Pemohon perlu memasukan hakmilik yang terlibat.
- Sekiranya maklumat hakmilik yang dimasukkan salah, paparan mesej “Maklumat
Tiada Dalam Rekod Sistem” akan dipaparkan dan permohonan tidak dapat
diteruskan.
4. Skrin Maklumat Pemohon
a. Maklumat Pemilik Asal – Pengguna perlu memasukkan makumat permilik tanah.
b. Maklumat Pemegang Surat Kuasa Wakil – sekiranya permohonan adalah
melalui surat kuasa wakil, maklumat pemegang surat kuasa wakil perlu
dimasukkan. ID surat kuasa wakil yang didaftarkan di unit pendaftaran adalah
mandatory.
c. Maklumat Peliudikasi – sekiranya pemohon adalah bankrap/gulung, maklumat
peliudikasi perlu diisi.
5. Skrin Maklumat urusan
- Pemohon perlu mengisi Maklumat Asas Permohonan, Maklumat Jurukur Tanah
Berlesen dan Maklumat Arkitek Berdaftar.
- Maklumat yang bertanda merah adalah mandatory dan wajib diisi oleh
pemohon.

a. Kategori permohonan :-
 Baru – permohonan baru.
 Pindaan PPFUS kepada SiFUS – permohonan yang telah dibuat urusan
PPFUS dan perlu ditukar kepada SIFUS.
Skrin Maklumat urusan (Sambungan)
- Maklumat yang bertanda merah adalah mandatori dan wajib diisi oleh pemohon.
6. Skrin Formula Unit Syer
a. Formula Unit Syer – formula biasa
- Formula biasa adalah permohonan yang mengikut standard yang ditetapkan
oleh PPTG.
- Maklumat yang bertanda merah adalah mandatori dan wajib diisi oleh
pemohon.
b. Formula Unit Syer – Formula Lain
- Sekiranya pemohon memilih formula lain, pemohon perlu memuatnaik dua
jadual strata iaitu jadual strata mengikut formula biasa dan jadual strata
mengikut formula lain. Ini adalah untuk pihak PPTG menyemak dan membuat
perbandingan antara dua formula yang diberikan.
- Maklumat yang bertanda merah adalah mandatori dan wajib diisi oleh
pemohon.
7. Skrin Dokumen Disertakan
- Dokumen yang bertanda merah adalah wajib dimuatnaik oleh pemohon.
Kegagalan untuk memuatnaik dokumen yang betul akan menyebabkan
permohonan tidak dapat di proses untuk kelulusan.
8. Skrin Perakuan
- Pemohon perlu menyemak dengan teliti draf borang permohonan sebelum
hantar permohonan.
- Sekiranya maklumat pada draf terdapat kesilapan, pemohon boleh
mengemaskini maklumat terlibat dan klik butang “Jana Semula” untuk
kemaskini borang permohonan.
9. Slip Permohonan Atas Talian
- Setelah permohonan dihantar, slip permohonan atas talian, senarai semak
dan Borang B akan dijana.
- Pemohon perlu mencetak dan membawa slip bersama dokumen-dokumen
permohonan untuk dibuat perserahan dikaunter SPOC.

Anda mungkin juga menyukai