Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN B

1 Rajah berikut menunjukkan kemasan menggunakan syelek.

Berdasarkan rajah itu,


(a) Huraikan langkah untuk menyapu syelek.
● Pastikan permukaan projek licin dan bersih daripada habuk
● Sapu permukaan projek dengan syelek mengikut ira kayu
● Biarkan syelek kering
● Gosok dengan kertas las halus secara perlahan
● Sapu lapisan syelek kedua
● Bersihkan berus
(6 markah)
(b) Nyatakan dua kelebihan syelek dalam proses kemasan.
(i) Cepat kering
(ii) Murah @ mudah digunakan
[2 markah]
(c) Nyatakan cara membersih berus syelek selepas kerja kemasan dilakukan.
Celup berus dalam spirit metil dan bilas dengan air sabun
[2 markah]

2 Rajah berikut menunjukkan dua alatan tangan yang digunakan dalam kerja paip.

Rajah A Rajah B

pg. 1
Berdasarkan Rajah A dan Rajah B :
(a) Tentukan kaedah yang betul untuk melelas permukaan kayu itu dengan memberikan
alas an pada kedua-dua kaedah itu.
Kaedah Rajah A.
Alasan Kaedah Rajah A
Menggunakan bongkah kayu
Mendapatkan tekanan yang sama rata
Memudahkan kerja melelas
Memanjangkan hayat kertas las
Alasan Kaedah Rajah B
Kertas las dilipat
Tekanan tidak rata
Kerja melelas menjadi lebih sukar
Kertas las mudah rosak @ koyak

[9 markah]
(b) Cadangkan bahan kemasan yang perlu digunakan untuk mengatasi masalah kecacatan
pada permukaan kayu itu.
Tepung penyumbat
[1 markah]

3 Rajah ( a ) dan Rajah 7 ( b ) menunjukkan kaedah mencabut paku dari bahan kerja dengan
menggunakan tukul kuku kambing.

Rajah ( a ) Rajah ( b )
Berdasarkan Rajah ( a ) dan ( b ) ,
(a) (i) Pilih dan tentukan kaedah yang betul dalam mencabut paku dari bahan kerja itu.
Kaedah Rajah 7 ( b )
[1 markah]

pg. 2
(ii) Terangkan alasan pemilihan jawapan anda di ( a ) ( i ) dengan membuat
perbandingan antara kedua-dua kaedah
Kaedah Rajah ( a )
(i) Tidak menggunakan bongkah kayu sebagai pengalas
(ii) Kepala tukul bersentuhan dengan permukaan bahan kerja
(iii) Sukar untuk mencabut paku keluar
(iv) Permukaan bahan kerja terdedah kepada kerosakan
Kaedah Rajah ( b )
(i) Permukaan bahan kerja tidak bersentuhan dengan kepala tukul
(ii) Dapat mengelakkan permukaan bahan kerja dari rosak
(iii) Penggunaan bongkah kayu memudahkan paku dicabut
[7 markah]

(b) Nyatakan dua langkah keselamatan yang perlu diamalkan sewaktu melakukan kerja
itu di bengkel sekolah.
(i) Pakai pakaian yang sesuai
(ii) Menggunakan alatan tangan yang tidak rosak
[2 markah]

4 Rajah berikut menunjukkan kayu yang telah ditanda untuk proses pemotongan
menggunakan alatan tangan.
Garisan pemotongan

Rajah ( a ) dan Rajah ( b ) menunjukkan dua alatan tangan yang disediakan untuk proses
pemotongan kayu tersebut.

Rajah ( a ) Rajah ( b )

pg. 3
Berdasarkan Rajah ( a ) dan ( b ) ,
(a) (i) Pilih alat tangan yang paling sesuai untuk kerja pemotongan itu.
Rajah ( a )
[1 markah]
(ii) Terangkan alasan pemilihan jawapan anda di ( a ) ( i ) dengan membuat
perbandingan antara kedua-dua alatan
Alatan Rajah ( a )
(i) Menghasilkan potongan yang lurus
(ii) Alat tangan tidak rosak
(iii) Kerja pemotongan lebih cepat
(iv) Lebih senang / tidak memerlukan tenaga yang banyak
Alatan Rajah ( b )
(i) Menghasilkan potongan yang bengkok / tidak lurus
(ii) Mata gergaji mudah patah
(iii) Kerja pemotongan lebih lambat
(iv) Susah / memerlukan tenaga yang banyak

[8 markah]

(b) Nyatakan satu mesin mudah alih yang sesuai digunakan bagi melakukan kerja
memotong tersebut

Mesin gergaji jig


[1 markah]

5 Rajah berikut menunjukkan tangki simbah di sebuah rumah yang mengalami kerosakan.
Didapati air mengalir keluar menerusi paip limpah.
Bahagian Q

Bahagian P

Rajah B

Skru Pop rivet

pg. 4
(a) Berdasarkan rajah B, bandingkan kedua-dua bahan pengikat itu dan tentukan bahan
pengikat yang manakah paling sesuai digunakan untuk mencantum Bahagian P dan
Bahagian Q itu.
(i) Perbandingan.
Skru Pop Rivet
Camtuman sementara Cantuman kekal
Tidak mampu menampung bahan Mempu menampung beban lebih
yang berat berat
Mudah tertanggal Lebih kukuh
[6 markah]
(ii) Bahan pengikat yang paling sesuai digunakan :
Pop rivet
[1 markah]
(b) Nyatakan alat tangan yang digunakan untuk memasang :
(i) Skru
Pemutar skru
(ii) Rivet
Riveter
[2 markah]
(c) Nyatakan satu langkah keselamatan semasa melakukan kerja penyambungan itu.
Jangan bergurau semasa menggunakan alat itu @ gunakan alatan yang betul @ gunakan
teknik yang betul @ pakaian yang sesuai @ tidak gunakan alat yang rosak
[1 markah]

6 Rajah berikut menunjukkan plag 3 pin 13 ampere.

Berdasarkan rajah di atas :


(a) Senarai dua ciri plag 3 pin 13 ampere.
(i) Mempunyai tiga tamatan
(ii) Mempunyai fius kartrij 13A
[2 markah]
(b) Nyatakan tiga tamatan yang terdapat pada plag 3 pin 13 ampere.
(i) Tamatan Bumi ( E )
(ii) Tamatan Hidup ( L )
(iii) Tamatan Neutral ( N )

pg. 5
(c) Terangkan langkah-langkah membuat pendawaian pada tamatan plag 3 pin 13 ampere
mengikut urutan.
● Potong penebat luar wayar tiga teras sepanjang 4 cm dengan pisau lipat kecil
● Buangkan penebat luar dan benang yang terdedah
● Buka penutup plag dan longgarkan skru tamatan.
● Masukkan wayar 3 teras di dalam tamatan
● Ketatkan skru pengapit semula
● Potong teras jika terlalu panjang untuk mendapatkan pendawaian yang kemas
● Jalurkan penebat pada teras. Jalurkan dengan teliti supaya lembar wayar tidak
terpotong
● Pintal dan lipatkan hujung teras yang telah dijalur
● Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod warna
● Tunjukkan plag tersebut pada guru
[5 markah]

7 Pak Samad ingin mengadakan kenduri kahwin. Dia telah mendirikan khemah di hadapan
rumahnya dan memasang lampu pendarfluor seperti rajah di bawah bagi mendapatkan
cahaya di dalam khemah

(a) Nyatakan bahagian-bahagian lampu pendarfluor itu.


(i) tiub pendarfluor
(ii) perumah
(iii) cok
(iv) pemegang tiub
(v) pemegang suis penghidup
(vi) suis penghidup
[6 markah]
(b) Namakan jenis wayar yang sesuai untuk membuat pendawaian lampu pendarfluor itu.
wayar teras kembar
[1 markah]
pg. 6
(c) Setelah dipasang, didapati ada lampu pendarfluor yang tidak menyala serta ada yang
berkelip-kelip tetapi tidak menyala.
Apakah yang patut dilakukan oleh Pak Samad?
(i) tukar suis penghidup
(ii) tukar tiub pendarfluor
(iii) tukar cok baru
[3 markah]

8 Rajah berikut menunjukkan dua jenis plag yang digunakan pada peralatan elektrik.

Rajah A

Rajah B

Berdasarkan rajah itu, bandingkan kedua-dua jenis plag dan tentukan plag yang paling sesuai
digunakan untuk peralatan elektrik berkuasa tinggi.
Plag 3 pin Plag 2 pin
Mempunyai fius Tidak mempunyai fius
Mempunyai tamatan bumi Tidak mempunyai tamatan bumi
Mudah digunakan pada soket Tidak mudah digunakan pada soket
Menggunakan kabel tiga teras Menggunakan kabel teras kembar

[6 markah]
(ii) Plag yang paling sesuai : Plag 3 pin 13 ampere
[1 markah]
(b) Nyatakan tamatan yang tidak terdapat pada plag 2 pin.
Tamatan bumi ( E )
[1 markah]
(c) Berdasarkan jawapan anda di 13 ( a ), nyatakan dua jenis peralatan eletrik yang
menggunakan plag itu.
(i) Ketuhar
(ii) Seterika dll
[2 markah]

pg. 7
9 Rajah berikut menunjukkan tangki simbah di sebuah rumah yang mengalami kerosakan.
Didapati air mengalir keluar menerusi paip limpah.

Berdasarkan rajah itu,


(a) Nyatakan tiga kemungkinan punca kerosakan tangki simbah itu.
(i) Injap bebola rosak
(ii) Lengan pelampung patah
(iii) Pelampung bocor @ skru pelaras tidak dilaraskan dengan betul
[3 markah]
(b) Berdasarkan jawapan di 23(a), nyatakan kaedah untuk mengatasi masalah kerosakan
itu.
(i) Ganti injap bebola yang rosak
(ii) Ganti lengan pelampung yang patah
(iii) Ganti pelampung yang boccor @ laraskan skru pelaras
[3 markah]

(c) Nyatakan dua bahagian utama tangki simbah.


(i) Paip alur masuk @ paip alur keluar @ paip limpah @ injap bebola @
pelampung
(ii) Lengan pelampung @ injap gegendang @ tuil tarik @ tiub sifon
[2 markah]
(d) Senaraikan dua alat tangan untuk membuat penyengaraan pada tangki simbah.
(i) Sepana hujung terbuka @ sepana boleh laras
(ii) Pemutar skru @ playar gabung @ playar muncung tirus
[2 markah]

10 Rajah berikut menunjukkan pili di sebuah rumah yang mengalami kerosakan. Didapati air
mengalir keluar walaupun kepala pili ditutup.

Berdasarkan rajah itu,


(a) Nyatakan satu kemungkinan punca kerosakan pili itu.
Sesendal yang rosak atau haus

pg. 8
(b) Nyatakan dua jenis pili.
(i) Pili bebibir
(ii) Pili bertiang
[2 markah]
(c) Huraikan langkah untuk menggantikan bahan di ( a ).
(i) Tutup punca bekalan air
(ii) Buka nat kepala pili dengan menggunakan sepana boleh laras
(iii) Keluarkan pelompat dari kepala pili dengan menggunakan playar muncung
tirus
(iv) Keluarkan sesendal dari pelompat dengan pemutar skru rata
(v) Ganti sesendal dengan yang baru
(vi) Pasangkan semula pelompat dan nat kepala pili
[7 markah]

11 Rajah berikut menunjukkan sinki yang tersumbat.

(a) Namakan dua jenis perangkap yang biasa dipasang pada sistem buangan air.
(i) Perangkap jenis S
(ii) Perangkap jenis P @ Perangkap jenis Botol
[2 markah]
(b) Nyatakan dua tujuan memasang perangkap pada sistem buangan air.
(i) Memerangkap sisa kekotoran
(ii) Menghalang bau busuk daripada masuk ke dalam rumah
[2 markah]
(c) Nyatakan alatan yang digunakan untuk menyenggara perangkap ini
Sepana boleh laras
[1 markah]
(d) Huraikan langkah untuk melakukan aktiviti menyenggara perangkap
(i) Letakkan baldi di bawah perangkap yang tersumbat
(ii) Longgarkan plag buangan dengan sepana boleh laras
(iii) Tanggalkan plag buangan
(iv) Keluarkan endapan menggunakan dawai kasar
(v) Pasangkan plag buangan semula setelah selesai kerja pembersihan
[5 markah]

pg. 9
12 Semasa sedang menggergaji kayu Amin mengalami sedikit kecederaan pada tangannya

(a) Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan langkah merawat kecederaan yang berlaku pada Amin

Bersihkan luka dengan antiseptic. Sapukan iodine pada luka. Balutkan luka dengan kain
Dan plaster

[3 markah]
(b) Terangkan lima peraturan keselamatan diri di dalam bengkel.

Memakai pakaian yang sesuai @ mematuhi peraturan bengkel dan arahan guru

Tidak bermain di bengkel @ Pastikan lantai adalah bersih dan tidak licin
Pastikan alatan selamat digunakan @ Letakkan alatan di tempat asal selepas digunakan

[5 markah]

13 Encik Ahmad mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja pertukangan. Beliau ingin membina
sebuah rak buku untuk kegunaan sendiri.

Berdasarkan rajah,

a. (i) Berdasarkan bahan di atas, yang manakah menjadi pilihan Encik Ahmad?

Kayu
(ii)
Nyatakan satu alatan tangan yang digunakan untuk memotong bahan di atas?

Gergaji tangan @ Gergaji puting

pg. 10
b. Berdasarkan pernyataan di atas, bandingkan ciri-ciri bahan A dan bahan B

BAHAN A BAHAN B

Tidak kuat Kuat

Tidak tahan berat Lebih tahan berat

Tidak tahan lama Tahan lama

c. Nyatakan dua jenis kemasan yang sesuai digunakan untuk rak buku tersebut

Syelek @ Tona kayu

14 Cikgu Hanif berhasrat untuk membeli rak baharu bagi menempatkan bahan-bahan kimia di
makmal sains sekolah. Setelah membuat tinjauan beliau telah menjumpai dua jenis rak yang mempunyai
saiz dan reka bentuk yang sama, tetapi diperbuat daripada dua bahan yang berbeza.

(a) Berdasarkan rajah itu, bandingkan kedua-dua rak itu dan tentukan rak yang manakah paling sesuai
digunakan di makmal sains sekolah

(i) Perbandingan

Rak A Rak B
Tahan Asid Tidak tahan Asid

Tidak Berkarat Berkarat

Harga murah Harga mahal

Ringan Berat

(ii) Rak yang paling sesuai digunakan

Rak A

(b) Nyatakan satu jenis bahan kemasan yang sesuai bagi rak itu.

Cat Licau

pg. 11
15 Rajah A menunjukkan meja belajar. Rajah B menunjukkan dua jenis bahan yang boleh digunakan
untuk membuat meja belajar.

(a) Berdasarkan rajah B, bandingkan kedua-dua bahan itu dan tentukan bahan yang manakah paling
sesuai sebagai bahan utama meja belajar

(i) Perbandingkan

Kayu Papan lapis


Lebih Kuat Tidak kuat

Tahan Tidak tahan

Tidak lekang Mudah lekang

Lebih tebal Nipis

(ii) Bahan yang paling sesuai digunakan

Kayu

(b) Berdasarkan jawapan anda di a(i)(ii), nyatakan satu bahan pengikat dan alatan tangan yang digunakan
bersama pengikat tersebut.

Pengikat :

Paku

Alatan tangan :

Tukul kuku kambing

(c) Nyatakan satu faktor reka bentuk

Fungsi @ Rupa bentuk @ Kos produk @ Nilai komersial @ Keselamatan @ Ketahanan @ Kemasan

pg. 12

Anda mungkin juga menyukai