Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Pengawalan kelas merupakan satu aspek yang amat penting bagi seorang yang
bergelar guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilakukan
berjalan dengan lancar. Oleh itu, setiap guru mestilah memahiri kemahiran untuk mengurus
bilik darjah. Pengurusan bilik darjah bermaksud kemahiran guru menguruskan masa, ruang,
sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid ketika menyediakan suatu iklim
sesuai untuk pembelajaran (Alberto & Troutman, 1986).

Bilik darjah yang diurus dengan baik dapat membentuk satu iklim pengajaran dan
pembelajaran yang positif dan kondusif bagi guru dan murid-murid di mana murid-murid
melbatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pelajaran. Namun ia
sukar untuk diwujudkan dan sangat mencabar bagi semua guru kerana untuk
mewujudkannya guru mesti memastikan tiada gangguan dan halangan sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Masalah-masalah tingkah laku di dalam bilik darjah sudah tidak asing lagi di dalam
mana-mana kelas. Oleh itu, pakar-pakar psikologi telah membina beberapa model
pengurusan disiplin bilik darjah untuk mengatasi masalah ini. Sebagai bakal pendidik,
menjadi satu kemestian bagi kita untuk mengetahui dan mengkaji model-model tersebut
kerana model-model inilah yang kita akan aplikasikan ke dalam bilik darjah di sepanjang
kerjaya sebagai seorang guru.

Tugasan kali ini akan membincangkan tentang satu kes berkaitan masalah tingkah
laku yang berlaku di dalam bilik darjah di sekolah rendah berserta Model Pengurusan Bilik
Disiplin yang akan digunakan oleh guru untuk menangani masalah tersebut.
2.0 Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah di Sekolah Rendah

Tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah merupakan satu perkara yang perlu
diitikberatkan oleh setiap guru dan bukannya satu perkara yang boleh diambil ringan kerana
ianya akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Masalah tingkah
laku yang akan dibincangkan adalah tingkah laku menganggu dalam kelas. Perilaku
menganggu dalam kelas jarang dibicarakan sedangkan frekuensi dan intensitinya
sebenarnya cukup tinggi tetapi jarang dilaporkan kerana ketidaktahuan guru (Wicaksono,
2013).

Tingkah laku menganggu dalam kelas atau Disruptive Classroom Behaviors (DCB)
dapat didefinisikan sebagai perilaku tampak yang terjadi di dalam kelas yang menganggu
guru atau pelajar yang lain, contohnya iaitu menolak untuk berkerjasama dalam aktiviti
kelas, mengabaikan hak orang lain, tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran,
membuat kacau dan meninggalkan tempat duduk tanpa izin (Bidell & Deacoon, 2010:3).

Murid yang mempunyai DCB merupakan satu halangan yang besar bagi seorang
guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Hal ini
kerana murid tersebut akan menganggu kelas tersebut sama ada dengan membuat bising
ataupun menganggu rakan yang lain.

Antara gangguan yang berlaku di dalam kelas ialah Clowning Around iaitu murid
sering membuat lawak di dalam kelas tidak kira masa membuatkan suasana riuh di dalam
kelas menyebabkan gangguan kepada guru yang mengajar dan murid yang lain yang ingin
belajar. Keadaan ini akan membuatkan pelajar lain hilang fokus semasa belajar dan objektif
pembelajaran pada hari itu tidak akan tercapai.

Selain itu, ialah Class Disruption iaitu seseorang murid itu menganggu kelas sama
ada membuat bising ataupun menganggu murid yang lain. Contohnya, murid tersebut
bergelak tawa dengan kuat di dalam kelas tanpa menghiraukan guru yang sedang mengajar
di hadapan, menganggu rakan yang lain dengan mengambil barang atau buku nota mereka
tanpa izin semasa kelas sedang berlangsung dan sebagainya. Hal ini bukan sahaja
menganggu fokus murid lain semasa belajar bahkan ianya akan membuat murid lain berasa
tidak selesa untuk berada di dalam kelas tersebut.

Seterusnya ialah, Aggression iaitu murid yang agresif. Murid yang mempunyai sikap
ini biasanya akan bertindak agresif seperti membuat serangan fizikal dan verbal atau
ucapan yang kurang menyenangkan kepada guru atau murid yang lain. Keadaan ini akan
menyebabkan guru hilang kawalan kelas untuk seketika kerana ingin membetulkan keadaan
dan mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk.
3.0 Punca dan Faktor Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah

3.0.1 Faktor Persekitaran

Antara faktornya adalah faktor persekitaran. Berlakunya sesuatu tingkah laku


biasanya ia dipengaruhi oleh persekitaran seperti rakan sebaya juga boleh memberi
pengaruh yang besar kepada sikap seseorang murid itu. Kebiasaannya, murid lebih
menghabiskan masanya dengan kawan berbanding dengan ibu bapa mereka di rumah.
Oleh itu, sikap seseorang murid itu bergantung kepada sikap rakannya, seandainya baik
maka baiklah sikapnya dan begitulah sebaliknya. Di samping itu, terdapat banyak lagi
persekitaran yang mempengaruhi sikap atau tingkah laku murid ini seperti persekitaran
sekolah iaitu kurikulum terlalu padat, bilik darjah kurang kondusif dan juga masalah keluarga
seperti taraf sosioekonomi dan sebagainya.

3.0.2 Faktor Emosi

Emosi juga merupakan satu faktor yang berupaya untuk mempengaruhi tingkah laku
seseorang. Masalah emosi yang dialami akan sering menganggu diri mereka dan
menyebabkan emosi mereka tidak stabil (Gross, 1995). Selain itu, seseorang murid yang
mempunyai masalah emosi ini tidak dapat memberikan tumpuan yang lama terhadap
pembelajaran apabila emosinya terganggu. Tingkah laku murid itu biasanya sukar dikawal
kerana dia akan bertindak mengikut emosi tanpa berfikir panjang. Tingkah laku sebegini
jelas akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0.3 Faktor Didikan Ibu Bapa

Didikan ibu bapa juga boleh menjadi punca kepada masalah emosi yang dihadapi
oleh seseorang murid itu. Ianya bergantung bagaimana didikan ibu bapa ketika berada di
rumah. Sikap serta layanan ibu bapa akan mempengaruhi tingkah laku anak-anak mereka
(Wilmshurst & Brue, 2005). Kekurangan kasih sayang serta perhatian juga merupakan
penyebab bagi murid itu berasa tersisih dan tidak dihargai, maka akan timbullah pelbagai
karenah dan tingkah laku negatif yang sukar dikawal. Ibu bapa yang mengabaikan
kepentingan anak mereka akan menimbulkan masalah kepada perkembangan anak
mereka. Sikap sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil kisah pergerakan anak-anak
mereka akan memburukkan lagi keadaan (Kartini Ilias, Ponnusamy & Normah, 2008).

4.0 Model Pengurusan Disiplin Untuk Menangani Tingkah Laku Bermasalah

4.0.1 Model Disiplin Asertif Canter

Model Disiplin Asertif Canter ini berasaskan peneguhan tingkah laku yang diingini
dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan (Haliza
Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2014). Model ini menekankan bahawa murid-murid
berhak mendapat suasana pembelajaran yang tenang dan teratur, manakala guru berhak
mengajar tanpa gangguan. Model ini juga menyatakan bahawa murid-murid memilih untuk
bertingkah laku, oleh itu guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat
membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Canter berpendapat
bahawa pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa murid perlu memberi sokongan terhadap
sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah.

4.0.2 Cara Mengaplikasi Model Disiplin Canter Dalam Bilik Darjah

Model ini dilaksanakan dengan membuat peraturan di dalam kelas untuk


mengelakkan daripada berlakunya tingkah laku bermasalah. Peraturan tersebut mestilah
dibina secara demokratik iaitu dengan persetujuan bersama antara guru dan murid serta
ditampal pada mana-mana sudut di dalam kelas. Peraturan yang dibina mestilah disertakan
dengan peneguhan seandainya murid bertingkah laku dengan tingkah laku yang baik dan
dendaan bagi tingkah laku sebaliknya. Sebagai contoh, apabila murid menganggu murid
yang lain di dalam kelas, guru akan memberi amaran terlebih dahulu, jika murid itu masih
mengulanginya lagi maka guru akan ambil tindakan sepertimana yang tertera pada
peraturan kelas seperti berdiri di belakang kelas.

Model disiplin ini juga mempunyai hierarki tindakan pembetulan bagi murid yang
melakukan kesalahan tingkah laku. Hierarki ini mempunyai peringkat-peringkat dendaan
yang sesuai dengan kelakuan murid. Peringkat pertama adalah guru akan memberi amaran
terlebih dahulu kepada murid yang membuat bising di dalam kelas. Peringkat kedua pula
ialah di mana murid tersebut membuat kesalahan yang sama sebanyak 2 hingga 3 kali,
kemudian guru melaksanakan dendaan terhadap murid yang melakukan kesalahan yang
sama. Peringkat ketiga ialah guru akan menelefon ibu murid untuk memberitahu masalah
tersebut. Peringkat keempat ialah memberitahu murid tersebut bahawa dia akan dibawa
berjumpa dengan guru besar. Peringkat terakhir ialah di mana murid tersebut menunjukkan
sikap disruptif melampau seperti menumbuk murid yang lain, untuk kesalahan ini guru terus
membawa murid tersebut berjumpa dengan guru besar pada waktu itu juga.

Untuk melaksanakan model ini juga ia memerlukan seorang guru yang asertif iaitu
guru yang jelas, yakin dan menyatakan arahan yang konsisten dengan jelas kerana model
ini bersifat tegas berkaitan dengan peneguhan dan dendaan. Guru yang asertif juga
mengetahui tentang apa yang diiingini oleh murid maka guru akan dapat membimbing
mereka kepada tingkah laku yang sesuai. Seandainya masalah tersebut di luar kawalan
guru semasa berada di dalam bilik darjah, maka guru seharusnya berbincang dengan pihak
pentadbir atau dengan ibu bapa murid berkenaan mengenai masalah yang dilakukan di
dalam kelas. Hal ini kerana kadang-kadang masalah murid tersebut adalah masalah yang
dibawa dari rumah maka kerjasama daripada ibu bapa atau penjaga amat diperlukan untuk
memastikan murid itu bertingkah laku dengan baik supaya dia dan murid lain dapat belajar
dalam keadaan selesa.

5.0 Rumusan

Setiap atau serumit mana sesuatu masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya,
begitu juga dengan tingkah laku bermasalah dalam kelas di sekolah rendah. Komitmen
seorang guru amat diperlukan untuk menyelesaikan segala masalah yang terdapat dalam
kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna
serta dapat mencapai objektif pembelajaran.

Sebagai seorang guru, kita tidak boleh sama sekali mengabaikan murid kita kerana
ia merupakan satu tanggungjawab bagi insan yang bergelar guru. Masalah disiplin
merupakan perkara biasa yang terdapat di mana-mana sekolah sekalipun. Oleh itu,
komitmen, kesungguhan, ketekalan seorang guru amat diperlukan untuk membentuk
generasi yang berakhlak mulia. Bermula dengan akhlaklah, maka yang lain akan datang
kepada murid tersebut. Sebagai contoh, murid yang sentiasa menghormati gurunya tidak
akan pernah menganggu guru atau murid lain ketika guru sedang mengajar, dengan itu dia
dapat menerima pelajaran dengan baik.

Kesimpulannya adalah, dunia pendidikan merupakan satu dunia yang mencabar.


Setiap cabaran mestilah dihadapi dengan jiwa terbuka kerana seorang guru itu akan
menentukan generasi yang dididik dan kegagalan seorang guru akan merosakkan satu
generasi.

Anda mungkin juga menyukai