Anda di halaman 1dari 5

LOMPAT KIJANG

Panduan am
1. Mencapai tahap kawalan badan yang tegak sehingga kelajuan maksima ketika
membuat lonjakan.
2. Memindahkan kelajuan daripada kelajuan mendatar ke arah rendah sedikit untuk
melonggarkan pergerakan ke hadapan.
3. Koordinasi pergerakan kaki , lutut , tangan , dan kaki yang membuat ‘hop’ supaya
pusat graviti menjadi panjang / jauh.
4. Mengekalkan imbangan penerbangan seolah-olah menguis dengan tangan semasa
hendak mendarat iaitu ketika ‘hop’ dan ‘step’ ke arah membantu dalam
mengawal pergerakan ke hadapan.
5. Peringkat akhir menambahkan berat maksima ketika hendak membuat
penerbangan melalui bahagian tapak kaki.
6. Penerbangan hendaklah di lakukan dengan cara yang digunakan oleh teknik
lompat jauh.

Lompat kijang boleh dibahagikan kepada enam (6) fasa :


1. Lari landas – The ‘run up’
2. Run off (Hop) – Sentuhan papan lonjakan.
3. Penerbangan Hop dan mendarat
4. Lonjakan ‘step’
5. Penerbangan ‘ step’ dan mendarat
6. Lompatan - lonjakan , penerbangan dan mendarat.

Lari landas - ( the run up )


- sama seperti lompat jauh – ( JARAK 30 – 40 meter.)
Larian – off ( Hop )
- larian pantas kecuali pusat gravity dengan merendahkan sudut supaya
dapat mengekalkan kelajuan untuk hop dan step
- seperti dalam lakaran.

Hop – Penerbangan dan mendarat.


-Untuk memngekalkan imbangan semasa penerbangan melalui hop dan
menambah seberapa boleh jarak agar dapat menyimpan ( kekalkan ) bagi mendapatkan
kelajuan untuk ‘ step’ dan ‘ jump’.
- Seperti lakaran di bawah :
Lonjakan step – ( penerbangan dan mendarat )
Untuk mendapat kedudukan pusat gravity yang betul dengan merendahkan sudut
supaya mengakalkan momentum dan imbangan penerbangan melalui pergerakan step-
membawa pergerakan yang baik untuk lompatan akhir .
- Seperti lakaran di bawah :

Jump – Lompatan , penerbangan dan mendarat ( bahagian akhir.


Untuk menambahkan jarak jauh hendaklah meninggikan sedikit lonjakan ini
supaya menyamakan pergerakan lonjakan hop. Jarak ini hendaklah sama supaya
mendapat imbangan semasa hendak melompat dengan kaki sebelah lagi , seolah-olah
merehatkan badan sebelum melompat .
- Rujuk lakaran bawah :

Rajah 1.

Rajah 2.
Pendekatan.
Jarak yang boleh didapati bagi acara ini bergantung kepada kelajuan semasa
berlari pantas dan setakat mana ia boleh dikawal , diabadikan dan dibahagikan dengan
betul semasa lompatan , melangkah dan melonjak.
Jarak lari landas mestilah mencukupi dapat menambah kelajuan ke maksima dan
terkawal sehingga sampai ke papan lonjak. Jarak ini sangat bergantung kepada
kebolehan menambah kelajuan.
Pelompat yang paling baik lebih mementingkan kelajuan lari pecut, tetapi
kelajuan hanya menguntungkan jika atlet memproses daya kekuatan serta teknik
penggunaan yang sesuai.
Gunakan plan melangkah di bawah sebagai panduan . Di sini tanda telah dibuat
di tepi kawasan lari landas pada langkah ke tiga dan ke sebelas dari permulaan . Dua
tanda sudah mencukupi.

- Gambarajah langkah lompat kijang seperti di bawah :

Gunakan kaki yang lebih kuat ( yang dapat digunakan dua kali iaitu dalam
loncatan dan langkah loncatan ) untuk mula berlari.
Melalui latihan terus menerus, dapat menumpukan kekuatan jarak melangkah dan
dan papan dapat di pijak dengan mudah dan tepat dalam pertandingan. Menambahkan
kelajuan pada lima langkah terakhir. Rendahkan pusat gravity semasa persediaan
melonjak.
Latihan.
Beberapa perkara perlu diambil kira oleh atlet :
- Membina kepantasan untuk lari landas.
- Membina kekuatan untuk lonjakan.
- Membina kelembutan untuk lakuan penerbangan dan mendarat.
- Memperbaiki teknik lonjakan , penerbangan , dan mendarat.
- Berkeyakinan semasa bertanding.
- Bina sikap berdikari terutama semasa latihan.

Anda mungkin juga menyukai