Anda di halaman 1dari 16

Lompat

Jauh
Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di
mana seseorang atlet mencuba mendarat
sejauh yang boleh dari tempat yang dituju.
Acara ini adalah salah satu acra yang diminati
walaupun tidak ramai orang yang mempunyai
kebolehan membuat lompatan yang jauh.
Dalam masa yang singkat, atlet mestilah
membuat pelarasan bagi membetulkan
kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan
kedudukan kaki.
Pengenalan
Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dri
tempat lonjakkan pelompat jauh perlu
menjalani latihan yang sistematik di bawah
bimbingan jurulatih.
Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah
berlari pada kelajuan maksimum dan
berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak
dengan betul dan tepat tanpa gangguan
terhadap kelajuan awal.
Tiga gaya lompatan yang selalu disebut dalam
buku-buku olahraga adalah seperti berikut:
a) Gaya layar
b) Gaya gantung
c) Gaya tendang kayuh
Perbezaan di antara beberapa gaya lompatan
lebih merupakan perbezaan gaya kedudukan
badan semasa pelompat berada di peringkat
layangan.
Fasa-fasa yang terdapat pada semua teknik
melompat adalah hampir sama sahaja
GAYA LOMPAT JAUH
Lari landas perlu dilakukan sebelum
melompat.
Lari landas bertujuan untuk dapat mengagak
jarak dari tempat larian ke arah papan pelepas
supaya kaki betul-betul berada dipapan
pelepas untuk mengelak berlakunya
pembatalan lompatan.
Atlet perlu berlari landas dari papan pelepas
ke arah tempat larian untuk membetulkan
posisi lonjakan.
LARI LANDAS
Larian landas bergantung kepada umur dan
kelajuan seseorang.
Langkah untuk lari landas ke arah papan
pelepas perlu di buat kerana ia penting untuk
mengelak dari berlakunya pembatalan.
UMUR LANGKAH LARI LANDAS:
Bawah 11 11
Bawah 13 13
Bawah 15 15
Bawah 17 17
Lebih 17 21knik melompat adalah hampir
sama sahaja
Setiap atlet lompat jauh perlu mempunyai
kelajuan yang sesuai semasa larian landas
kerana untuk mendapatkan lompatan yang baik.
Dr. Philip Graham-Smith dari University of
Salford (UK) dan Professor Adrian Lees dari John
Moores University Liverpool (UK) menggunakan
rumus bagi kelajuan yang setiap orang iaitu :
lelaki - jarak = (kelajuan dalam m/s x 0.95) -
2.23
wanita - jarak = (kelajuan dalam m/s x
0.99) - 2.81

KELAJUAN YANG SESUAI
Semua gaya atau teknik lompat jauh
menunjukan 4 fasa pergerakan.
Keempat- empat fasa itu adalah:
a) Fasa penujuan -lari menuju ke papan
lonjak
b) Fasa lonjakan - melompat dari papan
c) Fasa layangan badan bergerak di
udara
d) Fasa pendaratan sentuhan
bahagian badan dengan tempat
mendarat


FASA LOMPAT JAUH
Fasa penujuan
Fasa ini memerlukan seseorang peserta berlari
dengan kepantasan yang optimun dan terkawal.
peserta mesti mencapai kepantasan yang maksimum
untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.
Gaya berlari untuk lompat jauh adalah sama dengan
gaya lari pecut.
Apabila peserta menghampiri papan lonjak, dia
mesti bersedia untuk melonjak.
Pada langkah terakhir peserta harus merendahkan
sedikit bahagian badannya untuk mendapat tolakan
yang berkesan daripada kaki yang dibengkokkan.
Fasa lonjakan
Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai
lompatan yang tinggi.
Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah
memijak papan lonjak dengan tepat di mana hujung
kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak
dihadapan papan.
Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada
saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang
tinggi.
Serentak dengan lonjakan ini, kaki bebas hendaklah
dihayun dengan kencang ke hadapan dengan
bahagian lutut di biarkan tinggi.
Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan
hendaklah di hayun ke hadapan dan ke atas
untuk membantu mencapai lonjakan yang lebih
tinggi.
Pelepasan lompatan penting dalam menentukan
pencapaian momentum menegak maksimum
dan kesan seterusnya dalam membuat lompatan
dengan baik dan berkesan.
Fasa layangan
Gaya badan dan pergerakan
pelompat di fasa ini bergantung
kepada gaya yang hendak digunakan.
Tujuan utama ialah supaya pelompat
dapat berada di fasa ini lebih lama
untuk melambatkan pendaratannya.

Pada umumnya, terdapat tiga jenis
pergerakan yang boleh dilakukan oleh
seseorang pelompat jauh semasa berada
di udara:
pergerakan berlayar (sailing)
pergerakan mengayuh (hitch-kick atau
running in the air)
pergerakan gantung atau ayunan punggung
(hip-swing)



Fasa pendaratan
Semasa berada dalam fasa ini, pelompat mesti
memberi perhatian kepada imbangan badan
dan pencapaian jarak.
Kaki di hulur ke hadapan dan sewaktu
mencecah tempat mendarat (tumit kaki
dahulu) lutut dilenturkan untuk
mengurangkan kesan tekanan pendaratan
tangan dihayun ke atas.
Badan di condongkan ke hadapan supaya
keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

FASA LOMPAT JAUH

Anda mungkin juga menyukai