Anda di halaman 1dari 4

Praktis UPSR / Kata Sendi

Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1. Saya menunggu Hanim _________ jam 9.00 pagi lagi.

A di

B ke

C dari

D daripada

2. Jemputlah datang _________ rumah saya pada hari Sabtu ini.

A di

B ke

C oleh

D pada

3. Hadiah-hadiah akan disampaikan _________ para pemenang sebentar lagi.

A dari

B oleh

C pada

D kepada

4. Semua hadirin diminta berbaris __________ memudahkan urusan pendaftaran.

A daripada

B kepada

C untuk

D pada
5. Pak Jenal meletakkan orang- orang di sawahnya ________ menakutkan burung.

A untuk

B dengan

C tentang

D terhadap

6. Ceramah Usahawan Muda akan diadakan ________ 9 Ogos 2017.

A di

B ke

C dari

D pada

7. Hari Terbuka bermula _______ pukul 8.00 pagi ________ 4.00 petang.

A di … ke

B pada … ke

C oleh … pada

D dari … hingga

8. Doktor Ramesh telah berkhidmat di Hospital Selayang __________ lapan tahun yang lalu.

A dari

B sejak

C dalam

D hingga
9. Beliau pemimpin yang amat cinta ________ negara.

A pada

B akan

C kepada

D tentang

10. Lagu-lagu patriotik ditujukan _____ murid-murid dengan penuh semangat kebangsaan.

A oleh

B pada

C kepada

D tentang

11. Minggu Panitia Sains diadakan _________ melahirkan murid yang kreatif dan berinovasi.

A untuk

B seperti

C sebagai

D terhadap

12. Cikgu Zamani menunjukkan cara- cara membuat ubat gigi ________ murid-muridnya.

A ke

B kepada

C daripada

D terhadap
13. Pua Kumbu yang dibeli oleh ibu diperbuat _______ benang kapas.

A dari

B pada

C kepada

D daripada

14. Keluarga Encik Rosli berkelah _________ tepi pantai.

A di

B ke

C pada

D dengan

15. Rozita menerima hadiah hari jadi ________ ibu saudaranya.

A daripada

B kepada

C dengan

D pada

Anda mungkin juga menyukai