Anda di halaman 1dari 78

ASPEK TATABAHASA BM UPSR

1
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

KANDUNGAN

1 KATA NAMA AM

2 KATA NAMA KHAS

3 KATA GANTI NAMA DIRI

4 PENJODOH BILANGAN

5 KATA KERJA

6 KATA SENDI

7 KATA HUBUNG

8 KATA ADJEKTIF

9 KATA PERINTAH

10 KATA GANDA

11 KATA PENGUAT

12 KATA MAJMUK

13 IMBUHAN

14 PERKATAAN SEERTI

15 PERKATAAN BERLAWAN

16 MEMBINA AYAT TANYA & MEMBINA JAWAPAN

17 AYAT SAMA MAKSUD

18 SIMPULAN BAHASA & PERUMPAMAAN

19 KESALAHAN UMUM TATABAHASA

2
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

KATA NAMA AM

1 Kata nama terbahagi kepada tiga jenis iaitu:


a. kata nama am
b. kata nama khas
c. kata ganti nama

2 Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan dua


perkara iaitu:
a. sesuatu yang bernyawa
b. sesuatu yang tidak bernyawa

3 Kata nama am terdiri daripada:

a. manusia c. benda
b. haiwan d. tempat

4 Kata nama am digunakan untuk menyebut sesuatu secara am atau


umum.

KATA NAMA AM CONTOH

manusia guru, doktor, peguam, polis, tentera

haiwan kucing, ayam, lembu, itik, buaya, gajah

benda kerusi, meja, kereta, telefon, televisyen, komputer

tempat sekolah, masjid, pasar, hospital, padang

3
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah.

1 Tukang kebun Datuk Hashim menebas lalang di belakang rumah


dengan sebilah _________.
A kapak
B cangkul
C parang
D sabit

2 Puan Farhana menghidangkan se __________ sup ayam di atas


meja makan.
A pinggan
B piring
C mangkuk
D dulang

3 Mak Munah dan Mak Lijah sedang berbual-bual di ___________


rumah.
A bangsal
B teratak
C loteng
D serambi

4
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 _________ itu mengisahkan tentang kesusahan seorang ibu


tunggal membesarkan anak-anaknya.
A Risalah
B Atlas
C Novel
D Kamus

5 Puan Linda sedang memasang __________ baharu di ruang tamu


rumahnya.
A cadar
B langsir
C selendang
D permaidani

6 Terdapat banyak kelawar berada di dinding __________ itu.


A tasik
B gua
C perigi
D paya

7 Puan Suraya memotong cili merah itu lalu memasukkan ke dalam


_______________.
A alat menumbuk
B mesin pengisar
C mangkuk pengisar
D mesin basuh

5
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 Pak Abu menghalau ayam-ayamnya supaya masuk ke dalam


_________.
A kandang
B reban
C bangsal
D loteng

9 Mak Kiah membeli beberapa papan __________ di pasar tani itu.


A petai
B pegaga
C bayam
D jering

10 Reka bentuk bangunan hotel itu direka oleh seorang _________


yang terkenal.
A akuantan
B artikek
C peguam
D mekanik

Jawapan

1 D 6 B
2 C 7 B
3 D 8 B
4 C 9 A
5 B 10 B

6
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

KATA NAMA KHAS

1 Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya


digunakan untuk menyebut nama:

• manusia
• haiwan
• benda
• tempat

2 Biasanya, dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas


ditulis dengan huruf besar.

Kata Nama Khas Kata Nama Khas Hidup Kata Nama Khas Tak
Hidup Manusia Bukan Manusia Hidup

Ahmad Si Comel Proton Perdana


Haji Dollah Sang Kancil Tugu Kebangsaan
Inspektor Rahmat Pak Belang Masjid Negara
Doktor Harjit Hevea Brasiliensis Piala Malaysia

7
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah.

1 Jururawat itu sedang membantu __________ merawat mangsa


kemalangan jalan raya.
A Inspektor Hassan
B Doktor Firdaus
C Cikgu Farouk
D Datuk Kamal Azizi

2 Para penonton di ___________ bersorak apabila pemain itu


menjaringkan gol.
A Pasar Budaya
B Pawagam Federal
C Stadium Shah Alam
D Tasik Titiwangsa

3 Anis menamakan anak kucing yang baru lahir itu dengan nama
_________.
A Si Tompok
B Sang Kancil
C Pak Belang
D Sang Rangkak

8
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 __________ merupakan destinasi pelancongan yang terkenal


dengan lagenda Mahsuri.
A Pulau Pinang
B Pulau Pangkor
C Pulau Langkawi
D Pulau Kapas

5 Pakaian dan buku-buku itu akan disumbangkan pada


_________________.
A Restoran Rasa Enak
B Rumah Anak Yatim Salam Kasih
C Pasar Raya Muhibah
D Syarikat Pencetakan Seri Indah

6 ________ kelihatan sangat anggun memakai baju kebaya semasa


menghadiri majlis kenduri kahwin.
A Ustaz Fairuz
B Cikgu Kumaran
C Haji Kassim
D Cik Atilia

7 _________ disambut setiap tahun untuk mengenang jasa para


pendidik.
A Hari Jururawat
B Hari Guru
C Hari Ibu
D Hari Alam Sekitar

9
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 Puan Anisha Kaur sedang membuat biskut untuk persiapan


menyambut _______.
A Tahun Baharu Cina
B Vaiskhi
C Thaipusam
D Hari Raya Aidilfitri

9 __________ sedang mengadakan jualan murah untuk penghabisan


stok.

A Pusat Kesihatan Jinjang


B Pusat Sains Negara
C Pasar Raya Meriah
D Pawagam Odeon

10 Terdapat banyak bahan artifak pada zaman dahulu dipamerkan di


___________.
A Arkib Negara
B Parlimen
C Muzium Negara
D Bank Negara

Jawapan

1 B 6 D
2 C 7 B
3 A 8 B
4 C 9 C
5 B 10 C

10
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

KATA GANTI NAMA DIRI

11
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah.

1 "__________ mesti menghormati orang yang lebih dewasa," kata


Amir kepada rakan-rakannya.
A Mereka
B Beliau
C Kita
D Anda

2 "___________ akan ke negara seberang selama beberapa hari,"


kata Bendahara Melaka kepada Datuk Panglima.
A Saudara
B Hamba
C Beta
D Tuan hamba

3 "_________ berjanji akan datang awal ke sekolah esok," kata


Faiz dan Zaki kepada Cikgu Hafizul.
A Kami
B Awak
C Saya
D Engkau

12
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 “Bilakah _______ akan datang ke rumah saya lagi?” tanya Suzana


kepada Anis dan Sufiah.
A kita
B mereka
C dia
D kalian

5 "_________ berharap agar rakyat negeri ini dapat hidup bersatu


padu," titah Sultan Kedah.
A Patik
B Tuanku
C Beta
D Baginda

6 Pemuda itu telah ditangkap oleh pengawal keselamatan kerana


________ mencuri di pasar raya itu.
A dia
B kita
C kami
D mereka

7 "Adab sopan mesti dijaga walau di mana-mana pun _____ berada,"


pesan datuk kepada Farid.
A aku
B dia
C awak
D kita

13
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 "Baju pemuda yang tersesat di dalam hutan itu koyak-rabak


semasa _____ diselamatkan," kata Halim.
A kami
B dia
C saya
D saudara

9 "Mengapakah ______ kelihatan risau sahaja?” tanya Sultan Malim


Syah kepada Permaisuri Seri Bulan.
A anakanda
B nenda
C adinda
D ayahanda

10 Pak Malik : Haji Idris ada di rumah? Saya ingin


berjumpa dengan __________.
Hajah Rokiah : Ya, Haji Idris ada di rumah.

A beliau
B engkau
C baginda
D saudara

Jawapan

1 C 6 A
2 B 7 D
3 A 8 B
4 D 9 C
5 C 10 A

14
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh Bilangan Kegunaan Contoh

Angkatan Digunakan untuk manusia atau benda Kapal terbang, polis, askar,
Baris Digunakan untuk benda/manusia yang berbaris Orang, rumah, pokok
Batang Digunakan untuk benda yang panjang Kayu, galah, sungai, lilin
Bentuk Digunakan untuk benda kecil yang berkeluk Cincin, subang, mata kail
Berkas Digunakan untuk yang diikat bersama-sama Kayu, papan, kunci
Bidang Digunakan untuk benda yang luas Tanah, kebun, lading
Biji Digunakan untuk buah atau benda yang kecil Batu, cawan, telur, guli
Bilah Digunakan untuk benda yang tajam Pisau, sabit, gunting, kapak
Buku Digunakan untuk benda yang berbongkah Sabun, roti, benang
Butir Digunakan untuk benda yang kecil dan bulat Peluru, mutiara, telur
Cucuk Digunakan untuk yang dicucuk dengan lidi Sate, bebola ikan, daging,
Das Digunakan untuk bunyi tembakan Pistol, senapang, merian
Gelung Digunakan untuk benda yang bergulung rotan, dawai, kawat tali
Gulung Digunakan untuk benda yang bergulung Filem, kertas, dawai, kunci
Helai Digunakan untuk benda yang nipis dan lebar Baju, seluar, kertas,selimut
Ikat Digunakan untuk benda yang diikat Papan, kayu, sayur, tebu
Utas Digunakan untuk benda yang boleh digulung Rantai, tali, paip, dawai

15
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah.

1 Fazlina membeli beberapa ________ buah ciku itu untuk


diberikan kepada neneknya
A bentuk
B ikat
C laras
D biji

2 Puan Kamariah memasukan ________ garam ke dalam


masakannya.
A sebiji
B segenggam
C secubit
D seketul

3 Pak Manaf terpaksa menjual _____ sawahnya untuk menjelaskan


hutang itu.
A sebidang
B sekajang
C selaras
D sederet

16
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 Farouk berasa sangat lapar kerana perutnya belum diisi _____


nasi sejak pagi tadi.
A segemal
B sesuap
C selonggok
D sejemput

5 “Encik, tujuh ______ dawai telah dicuri dari kedai saya,” kata
Encik Bahar kepada pegawai polis itu.
A cebis
B ulas
C gelung
D bentuk

6 "Cukuplah _____ pulut ini untuk saya jadikan bekal," kata Pak Uda
kepada isterinya.
A secebis
B secubit
C segemal
D sekepal

7 Beberapa ________ cili padi dimasukkan oleh Puan Komala ke


dalam sup kambing itu.
A iris
B batang
C ulas
D butir

17
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 Leman memagari ladang tebunya menggunakan lebih daripada


sepuluh _____ kawat berduri.
A gelung
B gulung
C relung
D golong

9 Pak Ali memasukkan tujuh _____ tikar mengkuang ke dalam van.


A pasang
B buah
C bidang
D helai

10 Beberapa _________ cendawan tiram yang sudah matang itu


dipotong oleh Hafizah.
A kaki
B kepal
C kuntum
D gugus

Jawapan

1 D 6 D
2 C 7 A
3 A 8 B
4 B 9 C
5 C 10 A

18
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

KATA KERJA

1 Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan kerja atau


perbuatan yang dilakukan oleh manusia atau haiwan.

2 Kata kerja terdiri daripada:

a. kata kerja transitif


b. kata kerja tak transitif

4 Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek.

5 Contoh ayat:

Kakak menjemur pakaian di ampaian.

- menjemur ialah kata kerja transitif


- pakaian ialah objek

6 Kata kerja transitif terdiri daripada:

a. kata kerja transitif aktif


b. kata kerja transitif pasif

19
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

7 Contoh ayat kata kerja transitif pasif dan kata kerja transitif
aktif:

Kata Kerja Transitif Pasif Kata Kerja Transitif Aktif

Lukisan itu dilukis oleh adik. Adik yang melukis lukisan itu.

Lalang itu ditebas oleh Pak Abu. Pak Abu yang menebas lalang itu.

Pokok bunga itu disiram oleh Kakak yang menyiram pokok bunga itu.
kakak.

20
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah.

1 Pak Kassim __________ buah rambutan dengan sebatang galah


yang panjang.
A menjolok
B mengait
C menyangkut
D memetik

2 Puan Salmah sedang _________ bawang besar untuk menyediakan


makanan tengah hari.
A mengupas
B menyiang
C mengopek
D menakik

3 Pengawas perpustakaan itu sedang ___________ buku-buku di


rak supaya kelihatan kemas.
A menyusun
B mengatur
C membalut
D menggantung

21
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 Pelancong-pelancong itu memerhati Mak Esah _______ kain


songket.
A mengecap
B menenun
C menjahit
D menganyam

5 Mak Munah ________ mi itu di dalam air panas sebelum


menggorengnya.
A merebus
B mencelur
C mengukus
D menanak

6 Kereta itu ___________ lalu melanggar pembahagi jalan di


tengah lebuh raya.
A terjatuh
B tersungkur
C terbabas
D terjunam

7 Keluarga Encik Hussin ________ di sebuah hotel semasa bercuti


di Pulau Langkawi.
A menumpang
B menginap
C menyelinap
D mendatangi

22
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 Pak Khamis _______ perahu di tengah sungai untuk menjala ikan.


A mengayuh
B mendayung
C memutar
D menguak

9 Pembantu rumah Datin Azizah sedang ________ ikan di dapur.


A menyembelih
B menyiang
C mengupas
D menakik

10 Pelayan restoran itu sedang ______ sepinggan mi goreng di atas


dulang.
A mengelek
B menyusun
C menatang
D menjinjing

Jawapan

1 B 6 C
2 A 7 B
3 A 8 B
4 B 9 B
5 B 10 C

23
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

KATA SENDI

1 Kata sendi ialah kata yang diletakkan di hadapan frasa nama.

2 Contoh kata sendi:

di
ke
dari
daripada
akan
hingga
pada
kepada
sejak
untuk
demi
antara
dalam

24
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah

1 Guru Besar menyampaiakn hadiah ______ para pemenang


pertandingan bercerita.
A di
B ke
C pada
D kepada

2 Bunga hiasan itu diperbuat ________ daun-daun pokok getah.


A dari
B daripada
C oleh
D dengan

3 Kutipan derma itu adalah ________ diberikan kepada mangsa-


mangsa banjir.
A untuk
B hingga
C sejak
D tentang

25
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 Cikgu Faizal mengajar di sekolah itu ______ lima tahun yang lalu.
A pada
B sejak
C kepada
D dari

5 Pelancong-pelancong ______ Jepun itu sedang melawat Balai Seni


Lukis Negara.
A di
B dari
C daripada
D pada

6 _______ bekerja di Kuala Lumpur, Nazim jarang pulang ke


kampung.
A Sejak
B Daripada
C Dengan
D Antara

7 "Tidak ada apa-apa perselisihan faham ______ saya dengan


Adila," kata Syikin.
A dari
B ke
C pada
D antara

26
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 Seorang ____ seorang murid kelas itu keluar dari makmal


komputer.
A di
B kepada
C demi
D seperti

9 Melukis merupakan _______ hobi Haikal pada masa lapang.


A tentang
B antara
C untuk
D sebagai

10 Kemalangan jalan raya itu berlaku adalah akibat _____


kecuaian pemandu lori.
A daripada
B oleh
C dari
D pada

Jawapan

1 D 6 A
2 B 7 D
3 A 8 C
4 B 9 B
5 B 10 A

27
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

KATA HUBUNG

1 Kata hubung digunakan untuk:


a. menghubungkan kata dengan kata
b. menghubungkan frasa dengan frasa
c. menghubungkan klausa dengan klausa

Kata Hubung

dan
atau
tetapi
kecuali
lalu
sambil
apabila
jika
hingga
kerana
walaupun
manakala
supaya

28
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah.

1 "Keluarga kamu akan bercuti di dalam negeri _______ luar


negara?" tanya Fiana kepada Linda.
A lalu
B dan
C atau
D kerana

2 Walaupun bilik sewa itu agak sempit _______ sewa bulanannya


agak mahal.
A sambil
B tetapi
C sekiranya
D semenjak

3 Kanak-kanak itu masih bermain bola di padang ________ hujan


turun renyai-renyai.
A walaupun
B tetapi
C kecuali
D manakala

29
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 "Kamu ahli Pasukan Pengakap ______ ahli Persatuan Bulan Sabit


Merah?” tanya Faizal kepada Amirul.
A dan
B atau
C kerana
D tetapi

5 Semua murid Tahun Enam Cemerlang beratur di luar makmal sains


_______ Farid.
A kecuali
B bahawa
C manakala
D sehingga

6 Fahmi terus bangun _______ namanya dipanggil oleh Cikgu Fatin


Nabila.
A supaya
B agar
C apabila
D jika

7 Kerja-kerja menurap jalan raya itu diteruskan oleh pekerja-


pekerja itu ______ cuaca semakin panas.
A hingga
B sambil
C sementara
D walaupun

30
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 Para penonton bersorak ________ bertepuk tangan apabila


pemain pasukan kegemaran mereka menjaringkan gol.
A dan
B lalu
C tetapi
D sambil

9 Pak Leman sedang mengait buah rambutan ________ isterinya


sedang meraut lidi daun kepala.
A dan
B sambil
C manakala
D tetapi

10 Puan Zulina mengeluarkan wang dari dompetnya _____


menyerahkan kepada juruwang itu.
A kerana
B sambil
C sementara
D lalu

Jawapan

1 C 5 A
2 B 6 C
3 A 7 D
4 B 8 D
9 C 10 D

31
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

KATA ADJEKTIF

1 Kata adjektif ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sifat


sesuatu kata nama atau frasa nama.

2 Kata adjektif terdiri daripada beberapa jenis, iaitu:

Jenis Contoh
sifat takut, berani, amanah, rajin

warna biru, merah, kuning, hitam

ukuran rendah, tinggi, panjang, pendek

bentuk bulat, lurus, leper, bengkok, buncit

waktu lama, cepat, suntuk, kini, lampau

jarak dekat, jauh, rapat, nyaris

cara lambat, pantas, kerap, laju

pancaindera harum, merdu, cantik, manis, lembut

perasaan marah, rindu, sedih, cemburu, malu

32
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah.

1 Pak Lokman mengambil parang yang _______ lalu mengasahnya.


A tumpul
B tajam
C karat
D tebal

2 Cikgu Faridah mengingatkan murid-muridnya bahawa masa


menjawab soalan peperiksaan itu semakin _______.
A pendek
B cetek
C suntuk
D selesai

3 Suasana _______ di kampung itu memikat hati pelancong dari


Jerman itu.
A tegang
B suram
C lemau
D tenang

33
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 Pondok ______ itu telah roboh akibat dipukul ribut kencang pada
petang tadi.
A usang
B pudar
C silam
D lemah

5 Puan Yasmin berasa _______ kerana anak bongsunya masih belum


pulang dari sekolah.
A sangsi
B gementar
C bingung
D risau

6 Azlinda tidak tahan dengan bau ______ kasut sukan abangnya


yang sudah lama tidak dicuci.
A tengik
B payau
C hapak
D hanyir

7 Pegawai tentera darat yang ______ itu telah dianugerahi pingat


oleh sultan.
A pejal
B berani
C tekun
D kukuh

34
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 Suara penyanyi wanita yang ______ itu memukau para penonton.


A anggun
B enak
C sedap
D merdu

9 Bulu kucing itu semakin ______ kerana gugur dengan banyak sejak
diserang penyakit kulit.
A nipis
B punah
C ringan
D layu

10 Encik Idris memberitahu isterinya bahawa gulai ikan itu ______


kerana kurang garam.
A manis
B pedas
C tawar
D tengik

Jawapan

1 A 6 C
2 C 7 B
3 D 8 D
4 A 9 A
5 D 10 C

35
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

KATA PERINTAH

Kata Perintah Penggunaan

Jangan Melarang melakukan sesuatu

Usah Jangan melakukan sesuatu

Sila Meminta dengan hormat supaya melakukan sesuatu

Jemput Mengajak atau mengundang

Minta Mahu akan sesuatu

Tolong Meminta bantuan

Harap Meminta supaya terjadi sesuatu perkara

36
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah.

1 “ _______ lah dikenang peristiwa yang sudah berlalu itu, Nadia,”


kata Zaharah.
A Jangan
B Usah
C Tolong
D Minta

2 “ _______ lah makan kuih karipap yang ibu saya hidangkan ini,”
kata Muin kepada Syafik.
A Tolong
B Sila
C Jemput
D Minta

3 “_________ lah menuduh saya tanpa bukti yang jelas,” kata


Sudin.
A Jemput
B Tolong
C Minta
D Jangan

37
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 “ ________ perhatian, majlis kita akan dimulakan sebentar sahaja


lagi,” kata juruacara itu.
A Tolong
B Minta
C Jemput
D Usah

5 “ ______ beratur semasa membeli makanan,” kata Cikgu Azmi


kepada murid-murid itu.
A Minta
B Usah
C Jemput
D Sila

6 _________ encik dapat bersabar kerana pengurus syarikat ini


sedang bermesyuarat.
A Sila
B Harap
C Minta
D Tolong

7 “ _______ membuang sampah di merata-rata tempat,” kata Cikgu


Kamal kepada murid itu.
A Usah
B Minta
C Harap
D Jangan

38
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 “_______ ambilkan ayah segelas air suam,” kata Encik Murad


kepada anaknya.
A Sila
B Minta
C Jemput
D Tolong

9 “______ tanggalkan kasut kamu sebelum masuk ke dalam


perpustakaan,” kata pengawas perpustakaan itu.
A Jemput
B Minta
C Sila
D Usah

10 “ _________ kemaskan barang-barang permainan kamu itu,” kata


Puan Azizah kepada Aiman.
A Sila
B Tolong
C Minta
D Harap

Jawapan

1 B 6 B
2 C 7 D
3 D 8 D
4 B 9 C
5 D 10 B

39
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

KATA GANDA

1 Kata ganda terdiri daripada:

a. Kata ganda seluruh


b. Kata ganda separa
c. Kata ganda berentak
d. Kata ganda pinjaman

Jenis Kata Ganda Contoh

anai-anai, kanak-kanak, layang-layang, gula-gula,


Kata Ganda Seluruh
meja-meja, kerusi-kerusi, buku-buku, labah-labah

dedaun, jejari, kekisi, jejentik, jejari, bebola,


Kata Ganda Separa
tetikus, lelaki, kekabu, lelangit, sesiku, tetupai

bukit-bukau, kuih-muih, lauk-pauk, kusut-masai,


Kata Ganda Berentak
simpang-siur, kelam-kabut, pindah-randah

jururawat dermawan, mahaguru, seniman,


Kata Ganda Pinjaman
peragawati, maharaja, jurutera, mahasiswa

40
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah.

1 _______ mudah membiak di tempat air yang bertakung.


A Labi-labi
B Jentik-jentik
C Labah-labah
D Kupu-kupu

2 Mak Liah sering _______ nama anak perempuannya yang sedang


melanjutkan pelajaran di luar negara..
A memikir-mikir
B menyebut-nyebut
C mengingat-ingat
D mengungkit-ungkit

3 “_______ adalah antara kuih kegemaran ayah saya,” kata Azura,


A Anai-anai
B Mata-mata
C Oleh-oleh
D Onde-onde

4 Aiman berlari _______ apabila dikejar oleh beberapa anjing liar.


A karut-marut
B lintang-pukang
C simpang-siur
D huyung-hayang

41
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

5 _________ pokok bunga itu perlu dicantas dengan kerap agar


kelihatan cantik.
A Dedaun
B Reranting
C Bebatang
D Kekayu

6 Lelaki itu ________ di kaki lima kedai dobi kerana menunggu


kawannya yang belum tiba.
A keluh-kesah
B suku-sakat
C ulang-alik
D mundar-mandir

7 Suasana di stadium itu menjadi ________ apabila pemain itu


berjaya menjaringkan gol.
A tunggang-langgang
B riuh-rendah
C dentam-dentum
D kelam-kabut

8 Orang ramai ______ mengunjungi pasar raya itu apabila jualan


murah diadakan.
A bersipu-sipu
B berdentam-dentum
C bertindih-tindih
D berduyun-duyun

42
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

9 Bunyi mercun _______ kedengaran apabila tiba musim perayaan.


A bergegar-gegar
B berbunyi-bunyi
C berdentam-dentum
D berpusar-pusar

10 Pak Mail menggunakan ______ untuk menyukat sudut pada tiang


rumah itu.
A kekisi
B kekuda
C sesiku
D bebola

Jawapan

1 B 6 D
2 B 7 A
3 D 8 D
4 B 9 C
5 B 10 C

43
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

KATA PENGUAT

Kata Penguat Hadapan

Digunakan di hadapan kata adjektif.


Contoh: agak, terlalu, paling

Kata Penguat Belakang

Digunakan
Digunakandidihadapan
belakang
kata
kata
adjektif.
adjektif.
Contoh: sekali, benar, nian
Contoh: sekali, benar, nian

Kata Penguat Bebas

Digunakan di hadapan atau belakang kata adjektif.


Contoh: amat, sangat, sungguh

44
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam-
ayat di bawah.

1 Baju-baju yang dijual di butik yang baru dibuka itu ______ mahal.
A agak
B nian
C paling
D benar

2 Syikin merupakan peserta ___________ muda menyertai


pertandiingan nyanyian lagu asli itu.
A benar
B sungguh
C paling
D nian

3 Suasana di pasar pagi itu __________ riuh dengan suara penjual


ikan dan penjual sayur.
A sungguh
B paling
C benar
D sekali

45
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 Aiman merupakan murid yang ________ awal datang ke sekolah


pada hari itu.
A paling
B sungguh
C nian
D benar

5 Farah _______ gembira apabila mengetahui bahawa abangnya


akan pulang dari luar negara.
A benar
B nian
C terlalu
D sekali

6 Pengantin perempuan itu _______ cantik setelah disolek oleh


jurusolek terkenal.
A sungguh
B paling
C benar
D sekali

7 Pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya itu memandu


_______ laju.
A paling
B benar
C sungguh
D nian

46
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 Indah _________ suasana di tepi pantai ini pada waktu senja.


A paling
B benar
C agak
D nian

9 Danial merupakan pelajar yang _______ tinggi di dalam kelasnya.


A sungguh
B benar
C paling
D sekali

10 Cantik _______ bunga hiasan yang digubah oleh Puan Hidayati itu.
A nian
B paling
C benar
D sekali

Jawapan

1 A 6 A
2 C 7 C
3 A 8 D
4 A 9 C
5 C 10 C

47
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

KATA MAJMUK

1 Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata


dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu.

3 Kata majmuk terdiri daripada:


a. Kata majmuk rangkai kata bebas
b. Kata majmuk berbentuk kiasan
c. Kata majmuk yang telah mantap

2 Kata majmuk rangkai kata bebas.


Contoh:
- gambar rajah - jam tangan
- jalan raya - kapal terbang
- tengah hari

3 Kata majmuk berbentuk kiasan (peribahasa)


Contoh:
- kaki ayam - buah hati
- kaki bangku - anak emas
- buah tangan - rambang mata

4 Kata majmuk yang telah mantap.


Contoh:
- antarabangsa - tandatangan
- kerjasama - bumiputera
- warganegara - matahari
- olahraga - tanggungjawab

48
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah.

1 Puan Suzie membawa _______ semasa melawat jirannya di


hospital.
A pencuci mulut
B pembersih muka
C buah hati
D buah tangan

2 Pak Salleh ________ di kebun sayurnya sejak pagi tadi untuk


mencari nafkah.
A tangkai jering
B ayam tambatan
C mandi kerbau
D mandi peluh

3 _________ itu akan berlepas ke Tokyo pada pukul 3.00 petang.


A Kereta lumba
B Kereta sorong
C Kereta api
D Kapal terbang

49
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 Encik Hazrul dan isterinya berasa sangat gembira kerana


mendapat ______ yang sulung.
A cahaya mata
B cahaya hidup
C anak emas
D mata hati

5 Pemuda itu mengalami masalah kewangan kerana menggunakan


_________ dengan boros.
A kad ahli
B kad nama
C kad kredit
D kad jemputan

6 Majlis ________ itu diadakan untuk merapatkan hubungan antara


ahli baharu dengan ahli lama.
A soal siasat
B ramah mesra
C kaji selidik
D tegur sapa

7 Program Jom Menabung itu adalah ________ antara pihak


sekolah dengan pihak bank.
A hak milik
B urus setia
C atur cara
D usaha sama

50
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 Sekumpulan mahasiswa sedang mengkaji tentang _______


bangunan lama yang unik dan menarik itu.
A garis pusat
B reka letak
C reka bentuk
D susun atur

9 _______ yang terdapat pada makanan di dalam tin itu tidak baik
untuk kesihatan.
A Bahan pengawet
B Bahan hiasan
C Hawa dingin
D Dingin beku

10 Pertandingan fotografi sempena Hari Alam Sekitar Sedunia itu


hanya terbuka kepada ________ Malaysia sahaja.
A warganegara
B kakitangan
C anak buah
D tandatangan

Jawapan

1 D 6 B
2 D 7 D
3 D 8 C
4 A 9 A
5 C 10 A

51
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

IMBUHAN

JENIS IMBUHAN CONTOH

ber-
ter-
awalan di-
me-
mem-

-an
akhiran -kan
-i

-el
sisipan -em
-er

ke … an
per … an
apitan
mem … kan

52
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah.

1 Mak Esah sedang _______ tikar mengkuang sambal berbual-bual


dengan cucunya.
A menganyam
B dianyam
C penganyam
D dianyamkan

2 "Siapakah yang tiba di garisan ______ terlebih dahulu?" tanya


Cikgu Jalil kepada Ridwan.
A ditamatkan
B penamatan
C menamatkan
D penamat

3 Pemandu itu disaman oleh polis trafik kerana _____ dalam


keadaan mabuk.
A berpandu
B memandu
C pemanduan
D terpandu

53
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 Munir mendapat mendapat _______ daripada ibu bapanya untuk


menyertai lawatan sambil belajar.
A dibenar
B membenarkan
C kebenaran
D dibenarkan

5 Beberapa orang ______ sedang mengagihkan makanan kepada


mangsa-mangsa banjir.
A sukarelawan
B budiman
C karyawan
D budayawan

6 Bungkusan ini untuk ________ kepada adik saya sempena hari


lahirnya.
A menghadiahi
B menghadiahkan
C dihadiahkan
D dihadiahi

7 ________ itu sedang memperagakan pakaian rekaan pereka


fesyen yang terkenal.
A Peragawati
B Karyawan
C Pramugari
D Olahragawati

54
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 Kotak yang besar itu tidak _____ oleh Sudin kerana sangat
berat.
A angkatan
B terangkat
C mengangkat
D diangkatkan

9 Mak Kiah sedang ______ kekabu ke dalam sarung bantal.


A masukkan
B dimasukkan
C memasukkan
D kemasukan

10 Kejayaan Program Bijak Sifir itu mendapat _______ daripada


guru besar.
A pujian
B kepujian
C memujikan
D dipujikan

Jawapan

1 A 6 C
2 D 7 A
3 B 8 B
4 C 9 C
5 A 10 A

55
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

PERKATAAN SEERTI

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.

1 Pemuda yang terlibat dalam kemalangan itu mendapat kecederaan


yang parah.
Perkataan seerti bagi parah ialah ________.
A dahsyat
B hebat
C teruk
D kuat

2 Bangunan hotel yang baru dibina di pulau itu sungguh unik.


Perkataan seerti bagi unik ialah ________.
A istimewa
B anggun
C moden
D ajaib

3 Tiga orang pemuda itu bermandi peluh kerana gigih membaiki


bumbung rumah itu.
Perkataan seerti bagi gigih ialah ________.
A teguh
B tekad
C tekun
D tahan

56
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 Kassim terlelap atas sofa di ruang tamu kerana terlalu letih.


Perkataan seerti bagi terlelap ialah ______.
A terkatup
B terbaring
C terlena
D terpejam

5 Bas itu sarat dengan penumpang yang hendak pergi ke tempat


kerja.
Perkataan seerti bagi sarat ialah _____.
A padat
B sesak
C mampat
D ketat

6 Perempuan itu menjerit apabila beg tangannya diragut.


Perkataan seerti bagi diragut ialah _______.
A dirampas
B diculik
C direntap
D disamun

7 Anak sungai di belakang rumah Pak Senin itu cetek dan jernih
airnya.
Perkataan seerti bagi cetek ialah _______.
A dalam
B lebar
C tohor
D kecil

57
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 Bunga mawar kuning itu ditatap oleh Sarah sebelum dipetiknya.


Perkataan seerti bagi ditatap ialah ______.
A dibelai
B diintip
C direnung
D diintai

9 Puan Juriah berasa bimbang kerana suaminya belum pulang dari


tempat kerja.
Perkataan seerti bagi bimbang ialah ______.
A runsing
B gundah
C dukacita
D curiga

10 “Juadah yang dihidangkan di atas meja itu sangat menyelerakan,”


kata Razif kepada Faridah.
Perkataan seerti bagi juadah ialah ______.
A santapan
B hidangan
C dulang
D hamparan

Jawapan

1 C 6 C
2 A 7 C
3 C 8 C
4 C 9 A
5 A 10 B

58
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

PERKATAAN BERLAWAN

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris.

Soalan 1 hingga Soalan 10

1 Walaupun bekerja di bandar namun Zahir selalu pulang ke kampung


untuk melawat ibunya.
Perkataan berlawan bagi selalu ialah _______.
A kerap
B jarang
C senggang
D suntuk

2 Muin merupakan murid yang paling awal tiba di sekolah pada hari
itu.
Perkataan berlawan bagi awal ialah _______.
A lambat
B perlahan
C lapang
D lewat

59
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

3 Ahli pasukan kapal layar itu bersemangat kental untuk memenangi


pertandingan lumba perahu layar itu.
Perkataan berlawan bagi kental ialah _______.
A lemah
B layu
C lembut
D longlai

4 Wajah Nurul Hidayah berseri apabila diumumkan sebagai


pemenang tempat pertama.
Perkataan berlawan bagi berseri ialah _______.
A kelam
B muram
C masam
D kesat

5 Hubungan Farid dengan Kamil agak renggang sejak Farid


berpindah ke Sarawak.
Perkataan berlawan bagi renggang ialah _______.
A erat
B dekat
C mesra
D kukuh

60
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

6 Bunga-bunga di halaman rumah Puan Nora kelihatan mekar.


Perkataan berlawan bagi mekar ialah _______.
A lesu
B pucat
C layu
D lemah

7 “ Keropok itu lemau kerana tidak disimpan di dalam bekas,” kata


Halim kepada kakaknya.
Perkataan berlawan bagi lemau ialah _______.
A garing
B enak
C pedas
D tebal

8 “Udara di kawasan bukit-bukau itu sangat nyaman,” kata Marina


kepada Farhana.
Perkataan berlawan bagi nyaman ialah _______.
A malap
B suram
C kusut
D cemar

9 Seluar tidur yang dipakai oleh kanak-kanak lelaki itu sangat


sendat.
Perkataan berlawan bagi sendat ialah ______.
A ketat
B lebar
C longgar
D luas

61
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

10 Kami sekeluarga pulang ke kampung untuk menziarahi nenek yang


uzur.
Pilih perkataan berlawan bagi uzur ialah ______.
A sakit
B sihat
C girang
D lega

Jawapan

1 B 6 C
2 D 7 A
3 A 8 D
4 B 9 C
5 A 10 B

62
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

MEMBINA AYAT TANYA DAN MEMBINA JAWAPAN

Soalan 1 hingga Soalan 5


Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

1 Kari ayam ini rasanya agak tawar dan perlu ditambah garam.

A Apakah rasa kari ayam ini?


B Siapakah yang memasak kari ayam yang tawar ini?
C Mengapakah kari ayam ini rasanya agak tawar?
D Bagaimanakah rasa kari ayam yang kamu makan ini?

2 Keadaan pemuda itu tidak membimbangkan kerana dia hanya luka


di kaki kirinya.

A Siapakah yang terlibat dalam kemalangan itu?


B Adakah pemuda yang terlibat dalam kemalangan itu cedera
padah?
C Bagaimanakah keadaan pemuda yang terlibat dalam
kemalangan itu?
D Mengapakah pemuda itu tercedera?

3 Ya, budak itulah yang memecahkan pasu bunga Puan Faridah.

A Bilakah budak itu memecahkan pasu bunga Puan Faridah?


B Siapakah yang memecahkan pasu bunga Puan Faridah?
C Di manakah budak itu memecahkan pasu bunga Puan Faridah?
D Adakah budak itu yang memecahkan pasu bunga Puan
Faridah?

63
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 Pembakaran hutan menyebabkan pencemaran udara berlaku.

A Apakah yang menyebabkan pencemaran udara berlaku?


B Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran udara?
C Bagaimanakah kesan pencemaran udara boleh berlaku?
D Mengapakah pembakaran hutan menyebabkan pencemaran
udara berlaku?

5 Majlis pertunangan anak Encik Borhan akan diadakan pada bulan


Jun.
A Di manakah majlis majlis pertunangan anak Encik Borhan
akan diadakan?
B Bilakah majlis pertunangan anak Encik Borhan akan
diadakan?
C Mengapakah majlis pertunangan anak Encik Borhan akan
diadakan pada bulan Jun?
D Bagaimanakah suasana di majlis pertunangan anak Encik
Borhan?

64
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

Soalan 6 hingga Soalan 10


Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

6 Berapa kalikah sekolah kamu menjadi juara dalam pertandingan


bola jaring peringkat daerah?

A Inilah kali pertama sekolah kami menyertai pertandingan


bola jaring peringkat daerah.
B Mungkin kali sekolah kami akan menjadi juara dalam
pertandingan bola jaring peringkat daerah.
C Sekolah kami akan berusaha mengekalkan kejuaraan
sekolah kami dalam pertandingan bola jaring peringkat
daerah.
D Sudah dua kali sekolah kami menjadi juara dalam
pertandingan bola jaring peringkat daerah.

7 Bagaimanakah Aiman mengetahui abang saya akan melanjutkan


pelajaran ke luar negera?

A Aiman sudah mengetahui bahawa abang kamu akan


melanjutkan pelajaran ke luar negera.
B Bukan saya yang memberitahu Aiman bahawa abang kamu
akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
C Aiman mengetahui abang kamu akan melanjutkan pelajaran
ke luar negara daripada emak kamu.
D Saya pasti bahawa Aiman mengetahui abang kamu akan
melanjutkan pelajaran ke luar negera.

65
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 Apakah sebab barang-barang yang saya pesan belum sampai lagi?

A Barang-barang yang kamu pesan itu telah kehabisan stok.


B Kebanyakan barangan itu sukar diperolehi.
C Pada masa akan datang, saya akan membuat pesanan lebih
awal.
D Saya akan membuat pesanan untuk barangan tersebut.

9 Siapakah yang akan mengadil pengadil dalam perlawanan sepak


takraw itu?

A Tiada sesiapa yang layak menjadi pengadil kecuali Encik


Hisyam.
B Pemainan-pemainan berharap agar Encik Hasyim akan
menjadi pengadil dalam perlawanan itu.
C Encik Hisyam mempunyai pengalaman yang luas sebagai
pengadil sepak takraw .
D Encik Hisyam yang akan menjadi pengadil perlawanan sepak
takraw itu.

66
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

10 Adakah sesiapa yang mahir membaiki kereta di kampung ini?

A Setahu saya di kampung ini tiada sesiapa yang mahir


membaiki kereta.
B Orang yang mahir membaiki kereta di kampung ini telah
berhijrah ke bandar.
C Sesiapa yang keretanya rosak di kampung ini terpaksalah
menghantar keretanya ke bandar untuk dibaiki.
D Di kampung ini belum ada lagi bengkel membaiki kereta.

Jawapan

1 D
2 C
3 D
4 A
5 B
6 D
7 C
8 A
9 D
10 A

67
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

AYAT SAMA MAKSUD

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah.

1 Razman menyiapkan latihan Matematik yang diberikan oleh


Cikgu Hazura dalam masa setengah jam sahaja.

A Latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu


Hazura setengah jam yang lalu telah disiapkan oleh Razman.
B Latihan Matematik yang setengah jam itu
diberikan oleh Cikgu Hazura kepada Razman.
C Latihan Matematik itu diberikan oleh Cikgu Hazura
kepada Razman.
D Latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu
Hazura telah disiapkan oleh Razman.

2 Haris dipuji oleh Shafik kerana dia mendapat tempat pertama


dalam pertandingan berpidato.

A Dengan kemenangan tempat pertama dalam dalam


pertandingan berpidato, Haris memuji Shafik.
B Oleh sebab memperoleh tempat pertama dalam
pertandingan berpidato, Haris dipuji oleh Shafik.
C Kemenangan tempat pertama dalam pertandingan
berpidato menyebabkan Haris dan Shafik memujinya.
D Haris dan Shafik memujinya kerana memperoleh tempat
pertama dalam pertandingan berpidato.

68
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

3 "Kamu mesti memulangkan buku cerita saya esok," kata Linda


kepada Mariam.

A Linda meminta Mariam memulangkan buku ceritanya


esok.
B Mariam meminta Linda memulangkan buku ceritanya
esok.
C Linda dan Mariam meminta memulangkan buku ceritanya
esok.
D Mariam akan memulangkan buku cerita Linda esok.

4 "Abang saya membaiki motosikal itu," kata Anis kepada Umi.

A Anis memberitahu Umi bahawa abangnya membaiki


motosikal itu.
B Anis diberitahu oleh Umi bahawa abang membaiki
motosikal itu.
C Anis dan Umi memberitahu bahawa
abang membaiki motosikal itu.
D Anis memberitahu Umi bahawa abang saya membaiki
motosikal itu.

5 Murid-murid itu membersihkan kawasan sekolah pada hari Isnin.

A Kawasan sekolah akan dibersihkan oleh murid-murid itu.


B Kawasan sekolah itu dibersihkan pada hari Isnin.
C Kawasan sekolah dibersihkan oleh murid-murid pada hari
Isnin.
D Kawasan sekolah murid-murid itu dibersihkan pada hari
Isnin.

69
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

6 Tok Ki sedang membuat bubu di anjung rumahnya.

A Bubu sedang dibuat oleh Tok Ki di anjung rumahnya.


B Bubu Tok Ki sedang dibuatnya di anjung rumah.
C Bubu sedang Tok Ki buat di anjung rumah.
D Bubu di anjung rumahnya sedang Tok Ki buat.

7 "Naim, sudahkah kamu siapkan latihan Bahasa Inggeris yang


diberikan oleh guru?" tanya kakak.

A Naim menanya kakaknya tentang latihan Bahasa Inggeris


yang diberikan oleh guru.
B Kakak bertanya tentang latihan Bahasa Inggeris yang
diberikan oleh guru kepada Naim.
C Kakak bertanya kepada Naim yang telah menyiapkan
latihan Bahasa Inggeris yang diberikan oleh gurunya.
D Kakak menanya Naim sama ada dia telah menyiapkan
latihan Bahasa Inggeris yang diberikan oleh gurunya.

8 Encik Jalil menyuruh anaknya memberikan fail itu kepada Encik Ali

A “Berikan fail ini kepada Encik Ali,” kata Encik Jalil kepada
anaknya.
B “Berikan fail ini kepada anak Encik Ali,” kata Encik Jalil
kepada anaknya.
C “Berikan fail ini kepada Encik Ali dan anaknya,” kata Encik
Jalil kepada anaknya.
D “Berikan fail anak Encik Ali ini kepadanya,” kata Encik Jalil
kepada anaknya.

70
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

9 “Aida, makanlah kek dan buah tembikai ini,” kata kata Noraina.

A Noraina dan Aida sedang makan kek dan buah tembikai itu.
B Noraina disuruh oleh Aida supaya makan kek dan buah
tembikai itu.
C Noraina menjemput Aida makan kek dan buah tembikai itu.
D Noraina dan Aida ingin makan kek dan buah tembikai itu.

10 Pelbagai pakej percutian menarik ditawarkan oleh syarikat


pelancongan itu kepada pelanggan.

A Syarikat pelancongan itu ditawarkan pelbagai pakej


percutian menarik oleh pelanggan.
B Syarikat pelancongan itu menawarkan
pelbagai pakej percutian menarik kepada pelanggan.
C Syarikat pelancongan itu menawarkan pelanggan pelbagai
pakej percutian menarik.
D Syarikat pelancongan itu menemukan pelbagai pakej
percutian menarik kepada pelanggan.

Jawapan

1 D
2 B
3 A
4 A
5 C
6 A
7 D
8 A
9 C
10 B

71
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

SIMPULAN BAHASA & PERUMPAMAAN

Soalan 1 hingga Soalan 5


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan simpulan bahasa
yang paling sesuai.

1 Semua barang di pasar raya itu dijual dengan _________.


A harga mati
B duit kopi
C harga mati
D tanda harga

2 Semenjak anaknya melanjutkan pelajaran di luar negara, Puan


Maisarah ____
A hidung tinggi
B tangkai jering
C rambang mata
D telinga kuali

3 “Perjanjian sewa rumah ini mestilah dibuat secara ______,” kata


Puan Rohana kepada Kamal.
A hentam keromo
B hitam putih
C panjang akal
D langkah kanan

72
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

4 “Mangsa kemalangan yang cedera parah itu hanya tinggal ______,”


kata Yahya.
A nyawa-nyawa ikan
B ayam tambatan
C ringan tangan
D mati kata

5 Puan Zuliana _______ untuk memilih baju yang sesuai kerana


semuanya cantik-cantik belaka.
A mata kerajang
B mata duitan
C rambang mata
D rabun ayam

Soalan 6 hingga Soalan 10


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perumpamaan
yang paling sesuai.

6 Sikap Amir dan abangnya yang suka bergaduh itu __________,


A seperti itik pulang petang
B seperti anjing dengan kucing
C seperti ular kena palu
D seperti api dalam sekam

7 "Sikap membuat sesuatu kerja _______ mestilah dijauhi jika


ingin mencapai kejayaan," kata Pak Ali kepada cucunya.
A seperti melepaskan batuk di tangga
B seperti abu di atas tunggul
C seperti limau masam sebelah
D seperti mengajar itik berenang

73
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

8 Penduduk Taman Cempaka Sari itu __________ kerana saling


bekerjasama antara satu sama lain.
A seperti menatang minyak yang penuh
B seperti aur dengan tebing
C seperti rusa masuk ke kampung
D seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

9 Hubungan Hafifah dan Mariana sangat erat ______ kerana


mereka sudah berkawan sejak kecil
A seperti gunting dalam lipatan
B seperti anjing dengan kucing
C bagai langit dengan bumi
D bagai isi dengan kuku

10 Perbuatan Lazim mengikut sahaja suruhan Farouk tanpa usul


periksa _____________.
A seperti kerbau dicucuk hidung
B seperti tikus membaiki labu
C seperti mengajar itik berenang
D seperti mencurahkan air ke daun keladi

Jawapan

1 C 6 B
2 A 7 A
3 B 8 B
4 A 9 D
5 C 10 A

74
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

Soalan 1 hingga Soalan 10


Pilih ayat-ayat yang betul.

1 I Jalil membuka paip itu lalu membasuh tangannya.


II Eh, kamu pun berada di pameran buku ini!
III Mengapakah kamu memarahi adik saya?
IV Layang-layang itu bukan dibuat oleh Amirul.
A II dan III
B I dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

2 I Tapak kasut sekolah Nazri sudah haus.


II Malik berdiri bawah tiang lampu itu.
III Razif dan adiknya sangat suka memancing ikan.
IV Buku latihan Matematik itu telah dibelinya.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, III dan IV

75
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

3 I Jejari basikal Akmal telah patah.


II Beg tangan Puan May itu sangat cantik.
III Ubi keladi itu digoreng oleh nenek.
IV Dia adalah bekas guru besar di sekolah saya.
A III
B II dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

4 I Kapal terbang itu akan berlepas New York.


II Air kopi yang dibancuh itu sudah sejuk.
III Setengah murid datang ke sekolah dengan menunggang
basikal.
IV Semua ahli-ahli Pengawas mengikuti bengkel
motivasi.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, II dan III

5 I Faizal pergi taman bersama dengan abangnya.


II Buku cerita itu pernah dipinjamnya esok.
III Berapa harikah perkhemahan itu akan diadakan?
IV Selimut itu telah saya basuh sebentar tadi.
A II dan IV
B III dan IV
C II dan III
D I dan III

76
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

6 I Tangga itu disandarkan pada dinding.


II Pekerja yang berat tulang itu sudah diberhentikan kerja.
III Aduhai anakku, belajarlah bersungguh-sungguh!
IV Encik Muin mencuci kereta tetapi isterinya menyiram pokok.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D I, II dan IV

7 I Fairuz mahasiswi di Universiti Sains Malaysia.


II Saya baru memberi surat itu kepada Yusri.
III Sudin telah mencuci di hadapan rumah longkang itu.
IV Pisang-pisang tanduk itu telah dijual oleh Pak Deris.
A II
B II dan III
C I dan IV
D II dan IV

8 I Baik amat sungguh budak yang menolong kamu tadi.


II Abang membuka baju lalu memasukkannya ke dalam mesin
basuh.
III “Udara di puncak bukit ini sungguh nyaman,” kata Azira.
kepada kakaknya.
IV Mereka-mereka itu ialah ahli pengakap sekolah saya.
A I dan II
B II dan III
C I,II dan III
D II,III dan IV

77
ASPEK TATABAHASA BM UPSR

9 I Sesiapa yang berminat menyertai pertandingan melukis,


sila berjumpa dengan Cikgu Hanim.
II Nasi itu menjadi tengik kerana kakak terlupa menutup api
dapur.
III Selepas bersiap, Asrul terus pergi ke rumah sahabat
karibnya.
IV Kapal terbang itu akan berlepas di Qatar..
A I dan II
B I dan III
C I,III dan IV
D II,III dan IV

10 I Sarung bantal itu dibuat daripada kain baldu.


II Mereka bermain layang-layang di padang di waktu pagi.
III Pelumba-pelumba kereta itu saling potong-memotong.
IV Dua naskhah majalah itu dibeli oleh ibu setiap bulan.
A III dan IV
B II dan III
C I dan IV
D I, II dan IV

Jawapan

1 C 6 A
2 D 7 D
3 C 8 B
4 A 9 B
5 B 10 C

78

Anda mungkin juga menyukai