Anda di halaman 1dari 13

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 1 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C

Bahagian A : Bahagian B : Bahagian C :


1. Kekeluargaan 1. Autobiografi 1. Sekolah
2. Masyarakat 2. Cerita / Cereka 2. Masyarakat
3. Sekolah 3. Fakta / Rencana 3. Kekeluargaan

MODEL 1 Berkelah Bersama-sama Keluarga

Gambar di bawah menunjukkan sebuah keluarga sedang berkelah.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

MODEL 1 Memindahkan Maklumat

1. Seorang budak lelaki sedang berdiri di atas batu yang besar.


2. Nurfarizan sedang mandi semasa berkelah di kawasan air terjun itu.
3. Seorang budak lelaki hendak terjun ke dalam sungai untuk mandi-manda.
4. Puan Haida dan suaminya menyediakan makanan untuk keluarganya pada masa itu.
5. Batu-batu besar yang terdapat di kawasan perkelahan itu mencantikkan pemandangan.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012


Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 2 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C

PRAKTIS 1 Aktiviti Gotong-royong

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong membersihkan dewan orang ramai.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti dalam gambar tersebut.

 Rangkai Kata Sebagai Panduan Memindahkan Maklumat

1. seorang lelaki – membersihkan sawang – di luar dewan


2. seorang lelaki – membersihkan longkang – guna penyapu
3. seorang lelaki – memasukkan sampah – karung plastik
4. seorang perempuan – menyediakan kuih-muih – jamuan
5. seorang pemuda – menolak sampah sarap – kereta sorong

1.

2.

3.

4.

5.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012


Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 3 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C

PRAKTIS 2 Sambutan Hari Guru

Gambar di bawah menunjukkan situasi sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi dalam gambar tersebut.

PRAKTIS 2 Memindahkan Maklumat

1.

2.

3.

4.

5.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012


Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 4 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C

MODEL 1 Autobiografi

Andaikan bahawa kamu sebuah basikal. Tulis perjalanan hidup yang telah kamu lalui sebagai
sebuah basikal.

 KERANGKA IDEA

 Info kelahiran Shah Alam – basikal serba guna – diperbuat daripada keluli tahan karat
 Idea 1 telah dimiliki seseorang – pemilik, seorang yang penyayang – menjaga dan mencuci
 Idea 2 menemani tuannya ke sekolah – dicuri budak nakal – terlupa mengunci basikalnya
 Idea 3 badan dicerai-ceraikan – cuba mengubah identiti – dipasangkan kepada basikal lain
 Idea 4 berasa sedih dan kecewa – meratapi nasib malang – hilang sebahagian tubuh badan
 Penutup telah berubah wajah – keadaan hodoh dan buruk – merindui tuan asal yang baik hati

MODEL 1 Aku Sebuah Basikal

Aku anak kelahiran Shah Alam. Namaku “Lerun”. Aku sebuah basikal serba guna. Aku
memiliki dua roda, brek, lampu dan beberapa bahagian anggota lagi. Badanku pula
diperbuat daripada keluli tahan karat dan plastik yang berkualiti tinggi.

Ketika usiaku hampir sebulan, aku telah dimiliki oleh Nazari. Nazari seorang budak
yang bertanggungjawab dan sungguh penyayang. Selepas aku digunakannya, dia akan
mengelap dan mencuciku. Seminggu sekali aku akan dimandikannya. Aku berasa segar
apabila air membasahi tubuhku.

Setiap hari aku akan menemani tuan aku ke sekolah. Malang tidak berbau, pada
suatu petang aku telah dilarikan oleh seorang budak nakal. Ketika itu tuan aku pergi ke
pasar minggu hendak membeli ayam goreng. Dia terlupa mengunci tubuhku.

Nasibku bertambah malang kerana badanku dicerai-ceraikan oleh budak nakal itu
dan rakan-rakannya. Dia melakukan begitu supaya identitiku berubah dan aku tidak
dikenali lagi oleh Nazari. Rodaku dicabut dan dipasangkan ke basikal lain. Begitu juga
dengan bahagian lain seperti pengayuh, tempat duduk, dan lampu.

Aduh, bertapa peritnya badanku ketika diperlakukan sebegitu! Aku menangis dan
menjerit. Namun tiada sesiapa yang mendengar rintihanku. Aku terus meratapi nasibku
yang malang ini. Aku kehilangan sebahagian daripada tubuh badanku.

Akhirnya, raut wajahku sudak tidak seperti dulu lagi. Aku sudah berubah wajah.
Aku rasakan diriku terlalu hodoh dan buruk. Aku rindu akan tubuh badanku yang asal. Aku
merindu tuan aku yang baik seperti Nazari. Bilakah penantianku akan berakhir?

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012


Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 5 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C

PRAKTIS 1 Autobiografi

Tuliskan sebuah karangan autobiografi yang bertajuk “Saya Sebuah Wau”.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawapan yang betul.

ekor berlari padang angin kertas

haluan kencang badan kencang menemai

PRAKTIS 1 Saya Sebuah Wau Bulan

Saya bangga dilahirkan di bumi bertuah di pantai timur. Nama saya Wau Bulan. Saya
diperbuat daripada buluh dan kertas yang berwarna-warni. Rangka .....(1)..... saya diolah
dengan cara buluh diraut sehingga halus, diikat dengan benang di bahagian atas, bawah,
kiri, dan kanan.

Selepas itu .....(2)..... nipis kalis air yang berwarna-warni diletakkan pada seluruh
tubuh badan saya. Selepas siap, saya dipasangkan .....(3)..... yang panjang. Saya telah
dilengkapi dengan tubuh yang segak dan kepak yang lebar untuk memungkinkan saya
melayang ceria di udara.

Petang itu angin bertiup .....(4)....., saya bersedia untuk meluncur di udara. Tuan
saya mencari tempat yang sesuai di penjuru .....(5)..... yang luas terbentang. Di padang itu
telah ramai orang bermain wau yang pelbagai bentuk, warna dan corak.

Seorang daripada kawan tuan saya memegang saya manakala tuan saya pula
memegang tali. Kemudian, tuan saya .....(6)..... seperti lipas kudung. Saya meluncur ke
udara .....(7)..... rakan-rakan wau yang lain. Saya dan puluhan wau melayang di udara
sambil dibuai rasa kegembiraan.

Tanpa diduga, angin bertiup amat .....(8)..... sekali. Tuan saya cuba mengawal
pergerakan saya di udara. Tali yang menambat saya berdesing-desing kerana dibuai
.....(9)..... yang terlalu kencang pada petang itu. Atas kecekapan tuan saya, akhirnya saya
berjaya diturunkan dan mendarat dengan selamat.

Ada beberapa orang rakan saya yang gagal diselamatkan. Mereka terputus, hilang
.....(10)..... dan ada yang melayang jauh ke dalam hutan. Syukurlah, saya masih boleh
beraksi di udara pada hari-hari yang mendatang.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012


Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 6 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C

MODEL 1 Cerita / Cereka

Tulis sebuah karangan tentang suatu peristiwa yang telah kamu alami dan tidak dapat kamu
lupakan. Tuliskan cerita kamu itu selengkapnya.

 KERANGKA IDEA

 Info insiden pada bulan Ramadhan – malam, ditimpa kemalangan – mengundang tragedi
 Idea 1 bertemu dengan rakan-rakan – menuju tempat yang dijanjikan – menjalankan operasi
 Idea 2 operasi gegar, main mariam buluh – persiapan operasi – sedia meletupkan mariam
 Idea 3 gegaran letupan pertama – gegaran balas kumpulan lain – cabaran bertambah panas
 Idea 4 perlu ubah strategi – meletupkan tiga mariam serentak – pandangan kabur, tumbang
 Penutup tersedar daripada pengsan – telah berada di hospital – terpaksa beraya di hospital

MODEL 1 Beraya di Hospital

Insiden pada malam dua puluh lapan Ramadhan tahun lalu masih segar dalam ingatanku.
Pada malam itu, aku ditimpa kemalangan, insiden ini merupakam sejarah hitam dalam
hidupku. Kegembiraan yang kuharapkan, rupa-rupanya tragedi yang kuundang.

Pada malam itu, selepas selesai solat sunat Terawih aku bertemu rakan-rakanku di
luar masjid. Aku bersama-sama mereka terus mengatur langkah menuju ke suatu tempat.
Kami telah berjanji untuk menjalankan satu operasi.

Operasi gegar yang dirancang telah siap sedia. Tiga laras meriam buluh pasti akan
mengegarkan kampung pada malam itu. Persiapan akhir operasi gegar telah sempurna,
aku dan rakan-rakanku menghidupkan meriam buluh tersebut.

Ledakan letupan pertama bergema membelah sunyi malam “dumm...”. Sejurus


kemudian, kedengaran pula letupan balas daripada kumpulan lain yang turut sama
menjayakan operasi gegar pada malam itu. Aku dan rakan-rakanku berasa tercabar
kerana dentuman mariam lawan lebih hebat dan lebih kuat.

Kami perlu ubah strategi, kami akan meletupkan tiga laras meriam sekaligus untuk
menimbulkan bunyi yang lebih nyaring dan bingit. “Dumm ... dumm ... dumm...”. Tiba-tiba,
pandanganku menjadi kabur. Aku hilang imbangan badan lalu tumbang. “Tolong! tolong!
meriam pecah, Khaidir tumpas,” jerit kawan-kawanku.

Apabila aku tersedar daripada pengsan, aku sudah pun berada di hospital. Tangan
kananku berbalut. Mukaku pula berasa pedih dan perit. “Sudahlah terpaksa beraya di
hospital, sebatang daripada jariku pula sudah hilang. Alangkah malangnya nasibku!” bisik
hatiku pilu. Tragedi gegar itu telah membuka ruang keinsaf di hatiku.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012


Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 7 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C

PRAKTIS 1 Cerita / Cereka

Kamu dan ibu kamu pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Ceritakan suasana di
pasar raya tersebut ketika itu.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawapan yang betul.

digantung meriah permainan jualan kaunter

hati layanan potongan bijak menarik

PRAKTIS 1 Suasana di Sebuah Pasar Raya

Pada minggu lalu, saya berpeluang mengikut keluarga saya ke sebuah pasar raya untuk
membeli-belah. Pasar raya itu sedang mengadakan .....(1)..... mega sempena dengan
“Karnival Jualan Murah”. Pasar raya tersebut memberikan potongan harga barangan
daripada 10% hingga kepada 70% bagi barangan yang tertentu.

Barangan yang dipromosikan disusun dengan kemas, rapi, dan kreatif bagi
menarik .....(2)..... para pelanggan. Barangan yang disusun dengan sempurna akan
memudahkan orang ramai untuk mencari dan memilih barangan yang dikehendaki.
Pelbagai iklan digantung dan ditampalkan bagi .....(3)..... perhatian para pelanggan.

Ada sebahagian barangan yang .....(4)..... dan ada sebahagian barangan yang
dipamerkan di dalam kotak atau rak khas. Pelbagai cara dilakukan untuk menarik
perhatian para pelanggan. Namun begitu, para pembeli juga haruslah .....(5)..... untuk
membuat penilaian dan keputusan sebelum membeli barangan tertentu.

Keadaan di pasar raya itu juga amat .....(6)..... sekali. Banyak pelanggan yang
mengunjungi pasar raya tersebut. Mereka datang untuk meninjau harga barangan tersebut
sebelum membeli barangan yang diidam-idamkan. Membeli barangan yang mempunyai
.....(7)..... harga dapat menjimatkan kos perbelanjaan sesebuah keluarga.

Para pelanggan terpaksa beratur panjang di .....(8)..... pembayaran untuk


membayar harga barangan yang dibeli. Jurujual di pasar raya itu pula sibuk melayan para
pelanggan untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Mereka sentiasa memberi
.....(9)..... mesra kepada semua pelanggan.

Selepas memilih beberapa jenis barang yang dihajatkan, emak beratur untuk
membuat bayaran. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membeli .....(10)..... “PS3”
yang saya idam-idamkan. Ayah bersetuju membelikan permainan tersebut kerana diberi
potongan harga sebanyak 30% oleh pihak pasar raya tersebut.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012


Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 8 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C

MODEL 1 Fakta / Rencana

Bulan membaca telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia baru-baru
ini. Tulis sebuah karangan tentang “Membudayakan Amalan Membaca”.

 KERANGKA IDEA {TEKNIK I. C. I.} {Idea / Contoh / Impak}

 Info amalan budaya membaca – terdapat pelbagai bahan bacaan – minda kelas pertama
 Idea 1 kebaikan daripada pembacaan – menguasai pelbagai ilmu – pengetahuan bertambah
 Idea 2 menajamkan daya pemikiran – menjadikan celik minda – otak menjadi lebih cerdas
 Idea 3 tingkatkan penguasaan bahasa – laras bahasa baik – mudah mendapatkan bahan
 Idea 4 tingkatkan prestasi diri – lebih berkeyakinan semasa bergaul – fikiran lebih matang
 Penutup membaca, banyak baiknya – tambah ilmu pengetahuan – tonggak kemajuan negara

MODEL 1 Membudayakan Amalan Membaca

Kita mestilah mengamalkan budaya gemar membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan


bacaan seperti buku, majalah, akhbar, risalah, jurnal dan sebagainya. Minat dan suka
membaca merupakan antara ciri-ciri minda kelas pertama.

Banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada pembacaan. Amalan membaca


hendaklah dipraktikkan kerana melalui amalan ini seseorang individu dapat menguasai
pelbagai jenis ilmu. Imu pengetahuan kita akan bertambah dan berkembang.

Amalan membaca dapat menajamkan daya pemikiran kita. Justeru, kita akan
menjadi celik minda kerana sering terdedah kepada perkembangan dan isu semasa. Otak
kita akan menjadi lebih cerdas kerana selalu dirangsang dengan santapan ilmu.

Gemar membaca akan mengangkat martabat penguasaan bahasa seseorang. Jika


kita sering membaca buku dalam bahasa Malaysia, kita dapat mempertingkatkan lagi
penguasaan laras bahasa Malaysia dengan baik. Malahan, Kita juga mudah untuk
mendapatkan buku-buku yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa di pasaran.

Mereka yang gemar membaca dapat meningkatkan prestasi dirinya. Mereka lebih
berkeyakinan semasa bergaul dan berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya. Mereka
bukan sahaja berfikiran lebih matang malah cemerlang dalam peperiksaan.

Kesimpulannya, amalan suka membaca membawa banyak kebaikan. Dengan


membaca juga, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa bak
kata pepatah “Membaca Amalan Mulia”. Hal ini demikian kerana Masyarakat yang berilmu
pengetahuan menjadi tonggak kemajuan sesebuah negara.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012


Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 9 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C

PRAKTIS 1 Fakta / Rencana

Kegiatan kokurikulum mesti dijalankan di semua sekolah kerajaan. Tuliskan sebuah karangan
tentang “Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum”.

Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawapan yang betul.

berkenalan menyertai program dihormati terhindar

kepimpinan menerapkan mempelajari pendapat mengisi

PRAKTIS 1 Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Apabila kita menyertai
aktiviti kokurikulum, kita dapat .....(1)..... nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab,
berdikari dan bersopan-santun. Melalui aktiviti tersebut, kita dapat melahirkan insan yang
mempunyai emosi kelas petama dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Selain itu, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum juga dapat .....(2)..... masa lapang
dengan berfaedah. Kita memanfaatkan masa dengan melakukan aktiviti yang positif
seperti bersukan, berkhemah, menyertai .....(3)..... lawatan, dan sebagainya. Di samping
itu, kita dapat mengurus masa dengan agenda yang berkualiti.

Ketika menjalankan aktiviti kokurikulum, kita dapat .....(4)..... dengan kawan-kawan


yang baharu. Di samping itu, kita boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Justeru, kita
boleh bertukar-tukar .....(5)..... apabila menghadapi sebarang masalah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan. Contonya, jika
.....(6)..... acara olahraga, peluh akan keluar dari tubuh badan kita. Pada masa itulah,
lemak-lemak akan pecah dan .....(7)..... daripada penambahan berat badan kita. Malahan,
badan kita akan bertambah cergas di samping minda yang cerdas.

Melalui aktiviti kokurikulum juga dapat membentuk daya .....(8)..... seseorang.


Contohnya, semasa melaksanakan aktiviti perkhemahan kita perlulah cergas, tegas dan
bertanggungjawab. Ketokohan dan daya kepimpinan yang baik perlu ada pada seseorang
ketua supaya disenangi dan .....(9)..... oleh anggota kumpulannya.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum akan dapat menambah ilmu pengetahuan


murid-murid. Mereka akan .....(10)..... banyak perkara yang positif melalui pengalaman
seperti kerjasama dalam pasukan, bertolak-ansur, dan bermaufakat. Aktiviti ini mampu
menjana modal insan cemerlang, gemilang, dan terbilang.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012


Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 10 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C

Praktis Bulanan Unit Satu

Tulis karangan berdasarkan tajuk-tajuk di bawah ini. Panjang karangan kamu itu mestilah tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.

Praktis Topikal Autobiografi

1. Tuliskan sebuah karangan autobiografi yang bertajuk “Aku Sebuah Jam Tangan”.

2. Andaikan bahawa kamu sebatang sungai. Tuliskan pengalaman dan perjalanan hidup yang
telah kamu lalui.

Praktis Topikal Cerita / Cereka

1. Tuliskan sebuah cerita tentang pengalaman manis dan pahit yang pernah kamu lalui. Tulis
cerita pengalaman hidup kamu itu selengkapnya.

2. Malang tidak berbau, tragedi yang berlaku secara tiba-tiba. Tuliskan sebuah cerita tentang
kebakaran rumah jiran kamu. Tulis cerita kamu itu selengkapnya.

Praktis Topikal Fakta / Rencana

1. Kamu dikehendaki menulis sebuah karangan fakta yang bertajuk, “ Kebaikan Makan Buah-
buahan Tempatan”. Tulis rencana kamu itu selengkapnya.

2. Keracunan makanan sering berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia. Kamu diminta untuk
menulis sebuah karangan tentang “Langkah-langkah Mengatasi Keracunan Makanan”.
Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012


Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 11 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C

MODEL 1 Ulasan Pengajaran (Cerita Naratif)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Noni merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan
penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Noni juga sangat rajin
membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Noni akan menjaga
adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya sangat manja dengan Noni. Dia juga ringan tulang
membantu adik-adiknya menyiapakan kerja sekolah.
Di sekolah, Noni sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik
hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Noni juga seorang yang berdisiplin. Setiap
hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Empat Bestari sentiasa
ceria dan bersih. Noni juga amat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang
dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Noni dan kawan-kawannya
mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran.
Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah.

MODEL 1 Jawapan Contoh

Aspek Nilai Huraian {Idea Teks / Merujuk Petikan}


baik hati terhadap anggota keluarga
rajin / ringan tulang membantu ibu di rumah
penyayang terhadap adik-adiknya
berdisiplin menjaga kebersihan kelas
berhemah tinggi berusaha untuk mencapai kejayaan

Lima pengajaran yang dapat kita jadikan teladan daripada petikan di atas. Antaranya, kita
mestilah bersikap baik hati terhadap semua anggota keluarga kita. Selain itu, kita
sepatutnya rajin membantu ibu bapa kita mengemas rumah. Seterusnya, kita haruslah
bersikap penyayang terhadap adik-adik kita. Oleh itu, kita dikehendaki berdisiplin seperti
menjaga kebersihan kelas. Akhirnya, kita juga sewajarnya berhemah tinggi dan berusaha
untuk mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012


Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 12 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C

PRAKTIS 1 Ulasan Pengajaran (Cerita Situasi)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Muhaimim dan keluarganya selalu bekerjasama membersihkan kawasan rumah mereka.


Ayahnya memesin rumput. Ibunya pula akan mencuci longkang dan menyapu sampah.
Kakaknya biasanya mengelap tingkap sementara Muhaimin mengutip tin dan botol kosong
untuk mengelakkan pembiakan nyamuk. Bapanya pula mengumpulkan rumput yang telah
dimesin dan sampah sarap untuk ditanam. Mereka berbuat demikian bagi mengelakkan
pembakaran terbuka yang akan mencemarkan alam sekitar.
Di samping itu, bapa Muhaimin menjual surat khabar lama, botol dan tin kosong
kepada pihak kilang kitar semula. Selain dapat memelihara alam sekitar, hasil jualan itu
dimasukkan ke dalam tabung Muhaimin dan kakaknya. Selain itu, ibunya juga menanam
pelbagai jenis bunga di halaman rumah mereka. Halaman yang cantik dapat menceriakan
rumah mereka. Bau bunga yang wangi pula akan menyegarkan udara di persekitaran.
Mereka sekeluarga amat gembira kerana rumah mereka bersih dan ceria.

SUNTIKAN IDEA

Aspek Nilai Huraian {Idea Teks / Merujuk Petikan}


bekerjasama membersihkan kawasan rumah
menjaga kebersihan cuci longkang, sapu sampah
prihatin elak pembakaran terbuka
ringan tulang menceriakan kawasan rumah
menjaga alam sekitar menanam pokok bunga

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012


Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 13 Kertas 012 – Bahagian A, B dan C

PRAKTIS 2 Ulasan Pengajaran (Cerita Naratif)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Siti Haida selalu bangun awal setiap pagi. Dia juga akan memastikan tempat tidurnya
senantiasa kemas. Selepas bersarapan pagi, dia tidak lupa bersalam dengan kedua ibu
bapanya sebelum pergi ke sekolah. Semasa bersalam, dia mohon restu agar ibu bapanya
mendoakan kejayaannya dalam pelajaran. Ibu bapanya juga menaruh harapan yang tinggi
terhadap Siti Haida. Mereka mahu Siti Haida berjaya dan menjadi anak yang baik, tinggi
budi pekertinya serta berpelajaran.
Setiap hari Siti Haida ke sekolah dengan menaiki bas bersama rakan-rakannya.
Dia sentiasa menjaga keselamatan ketika berada di dalam bas. Di sekolahnya pula, Siti
Haida merupakan ketua kelas. Dia prihatin dan sentiasa memastikan kelasnya dalam
keadaan bersih dan ceria sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula. Siti Haida akan
menumpukan perhatian ketika guru mengajar. Dia sering memperoleh pencapaian yang
cemerlang dalam peperiksaan.

MEMAHAMI & MENGULAS

Aspek Nilai Huraian {Idea Teks / Merujuk Petikan}

MODUL PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR – KERTAS 012

Anda mungkin juga menyukai