Anda di halaman 1dari 10

Skip to the content

Geografi Tingkatan 2 Bab 4 Cuaca Dan Iklim Di Malaysia

Jenis dan ciri iklim di Malaysia


iklim – purata suhu, hujan, tekanan udara dan angin sesuatu tempat selama 30 tahun
1) Suhu
– suhu tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun
– min suhu tahunan tinggi iaitu 27ºC.
– julat suhu tahunan kecil, iaitu 1ºC hingga 3ºC
– julat suhu harian besar, iaitu 5ºC hingga 10ºC bagi stesen berhampiran pantai, 8ºC hingga 12ºC bagi stesen di
pedalaman

2) Hujan
– negara kita menerima hujan sepanjang tahun
– jumlah hujan tahunan di Malaysia adalah kira-kira 2,600 mm
– taburan hujan adalah tidak sekata kerana dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan tiupan angin monsun
– hujan maksimum diterima semasa peralihan monsun, iaitu pada hujung bulan Mac hingga awal Mei dan Oktober
hingga pertengahan November.

a) Hujan perolakan

b) Hujan bukit
3) Angin
a) Angin Monsun
i) Timur laut
– bertiup dari awal bulan november hingga mac
– bermula dari pedalaman benua asia
– bertiup merentasi Laut China Selatan dan sampai di Malaysia sebagai angin Monsun Timur Laut
– membawa hujan lebat ke pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan barat Sarawak serta pantai utara dan timur
Sabah

ii) Barat daya

– bertiup dari pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan september


– berasal dari Benua Australia
– bertiup merentasi Lautan Hindi dan sampai di Malaysia sebagai angin Monsun Barat Daya
– membawa hujan yang sederhana lebat ke Malaysia kerana dihalang oleh tanah tinggi di Sumatera.

b) Angin Sumatera

– bertiup dari bulan April hingga Mei dan September hingga Oktober
– berasal dari sumatera
– dikenali sebagai ‘skual’
– bertiup dengan kencang secara tiba-tba pada waktu malam hingga subuh ke pantai barat Semenanjung Malaysia,
terutamanya dari Pelabuhan Klang hingga ke Johor Bahru
– membawa hujan lebat yang disertai kilat dan peti

c) Angin Tempatan
i) bayu laut
– berlaku pada waktu siang
– tekanan udara di permukaan laut tinggi daripada di daratan
– udara bergerak dari laut ke daratan

ii) bayu darat
– berlaku pada waktu malam
– tekanan udara di permukaan laut rendah daripada di daratan
– udara bergerak dari daratan ke laut
Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap kegiatan manusia di Malaysia

1) Pertanian – iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menggalakkan penanaman pelbagai jenis
tanaman
2) Pembalakan – suhu yang tinggi dan jumlah hujan yang banyak menggalakkan petumbuhan hutan hujan tropika.
3) Perikanan – pada musim tengkujuh, nelayan tidak dapat turun ke laut kerana keadaan laut yang bergelora.
4) Pelancongan – keadaan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun menarik minat ramai
pelancong antarabangsa berkunjung ke Malaysia

Kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia


1) Kesan Rumah Hijau
punca-punca
i) pelupusan sampah
ii) pembakaran bahan api fosil
iii) pembakaran hutan
iv) pembakaran sisa pertanian
v) kegiatan pembalakan

2) Pulau haba – suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan di sekitarnya
punca-punca
i) bangunan konkrit dan permukaan berturap menyerap dan menyimpan banyak bahang matahari
ii) kekurangan tumbuh-tumbuhan menyebabkan proses perpeluhan kurang berlaku bagi menyederhanakan suhu
iii) bahan pencemar seperti debu dan habuk yang dibebaskan oleh kenderaan bermotor dan kilang banyak
memerangkap haba
iv) kesesakan jalan raya menyebabkan pelepasan asap dan haba yang tinggi oleh kenderaan
3) Hujan asid – hujan yang mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai pH kurang daripada 5.6

kesan-kesan
i) memusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan
ii) melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan
iii) menjejaskan kualiti air dan kepupusan hidupan akuatik
iv) mengancam kesihatan manusia.

4) Jerebu – zarah yang halus tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi
punca-punca
i) letusan gunung berapi
ii) pembakaran hutan
iii) pembakaran bahan api fosil
iv) pembakaran terbuka

kesan-kesan
i) mengurangkan jarak penglihatan
ii) mengganggu petumbuhan tanaman
iii) masalah kesihatan
iv) menjejaskan aktiviti pengangkutan
Perubahan cuaca dan iklim di Malaysia

1) Fenomena El Nino – kemarau berpanjangan


– pemanasan suhu di Lautan Pasifik yang luar biasa sehingga menyebabkan perubahan tekanan udara dan pola
tiupan angin.

2) Fenomena La Nina – banjir besar


– gejala gangguan iklim yang disebabkan oleh penurunan suhu permukaan laut di bahagian tengan dan timur Lautan
Pasifik.

Anda mungkin juga menyukai