Anda di halaman 1dari 7

PELAN SEKOLAH SK. ST.

GEORGE, PUNAU

Jaga Astaka
Tahun
5B
Tahun Padang Sekolah (Lokasi
6 Bilik Boss Tahun 4
Tahun
5A
Berkumpul Jika Berlaku
Stor Sukan Dewan Sekolah
Tahun Tahun 2B Kebakaran)
Bilik 3B Stor
Agama
Bilik Sains
Kelas Tahun Bilik
Tambahan 3A Sumber

Stor

Tandas
Pejabat
Tahun 2A
Sekolah
Tandas
Staf Tahun 1B

Tahun 1A

PRA B
PRA A
Tandas

Bilik ICT
BANGUNAN SEKOLAH YANG LAMA

BANGUNAN SEKOLAH YANG LAMA


GAMBAR BANGUNAN SEKOLAH YANG BARU

BANGUNAN BILIK DARJAH YANG BARU


SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
SEKOLAH KEBANGSAAN ST. GEORGE, PUNAU, YCB 1319
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PADAWAN

Menurut sejarah awal penubuhannya, Sekolah Saint George telah ditubuhkan pada pertengahan
tahun 1953 dan memulakan sesi persekolahannya pada 09 Januari 1954. Pada peringkat awal
penubuhannya, hanya sebuah bangunan sahaja dibina dan bermula dengan kelas Tahun 1 atau
pada masa itu dikenali sebagai ‘Primary One’. Bangunan sekolah ini dibina di atas tapak tanah
milik mantan Penghulu Ajis anak Sibek dari Kampung Bowang. Penubuhannya adalah atas daya
usaha dan inisiatif para penduduk kampung-kampung yang berdekatan iaitu Kampung Punau dan
Kampung Bowang dengan kerjasama pihak ‘Anglican Mission’. Pada awal penubuhannya, ia
dikenali dengan nama ‘Kampung Punau Anglican School’.

Pada masa itu, seorang penduduk dari Kampung Bowang iaitu mantan Penghulu Ajis anak Sibek
telah melihat betapa pentingnya pendidikan untuk masa depan penduduk di kawasannya itu dan
mereka sangat dahagakan pendidikan. Oleh sebab kawasan sekolah adalah dalam kawasan
tanahnya, maka beliau dengan rela hati menyerahkan sebahagian kawasan tanahnya itu kepada
pihak ‘Mission’ untuk meluaskan kawasan sekolah dan mendirikan bangunan baru. Bangunan
sekolah yang ada pada ketika itu dibina atas semangat gotong-royong penduduk Kampung Bowang
dan Kampung Punau. Bangunan sekolah yang dibina beratapkan daun rumbia. Dindingnya pula
menggunakan buluh dan hanya berlantaikan tanah. Meja yang digunakan bersaiz 2 kaki lebar dan 8
kaki panjang. Sebuah meja digunakan oleh 4 orang pelajar. Manakala bangku yang digunakan
adalah dari batang pokok kayu yang diratakan. Sebuah kerusi juga digunakan oleh 4 orang pelajar.
Bilangan pelajar pada peringkat awal sekitar 40 orang merangkumi pelajar lelaki dan perempuan
dari Kampung Bowang dan Kampung Punau. Manakala lingkungan umur pelajar Tahun 1 pada
masa itu ialah antara 10 hingga 14 tahun. Kelas bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Pada awal pagi, kebanyakan pelajar menoreh getah dulu sebelum hadir ke sekolah.

Pada 23 April 1954, Paderi Howes dari St. Thomas Cathedral, Kuching datang untuk memberkati
bangunan sekolah. Pada 1970, bangunan sekolah ini telah digunakan juga sebagai tempat
bersembahyang oleh penduduk Kampung Bowang dan Kampung Punau pada hari Ahad
memandangkan belum ada bangunan gereja. Pada tahun 1970 juga sekolah ini telah dinamakan
Sekolah St. George Punau Bowang oleh pihak mission. Pada 1971, bangunan sekolah ini tidak lagi
digunakan sebagai tempat bersembahyang pada hari Ahad memandangkan di Kampung Bowang
sudah didirikan sebuah gereja.

Tenaga pengajar yang awal semasa sekolah ini dibuka pada 1954 ialah Encik Najod dari Kampung
Quap.Selepas itu, Encik Midun dari Kampung Mambong telah menggantikan tempat Encik Najod
kerana beliau mengalami masalah kesihatan. Pada sekitar tahun 1956, guru yang mengajar di
sekolah ini terdiri dari Encik Tais dari Kampung Taee, Serian dan diganti oleh Encik Sua dari
Kampung Mambong pada tahun yang sama. Guru Besar yang pertama sekitar tahun 1970-an ialah
Encik Linton anak Saden.

Pada tahun 1975, iaitu selepas lebih dua puluh tahun penubuhannya, sekolah ini telah membuka
satu lembaran baru dengan penukaran namanya kepada “Saint George’s School, Punau”
bersempena dengan “Patron Saint of England – Saint George”. Tiga tahun kemudian, namanya
ditukarkan pula kepada Sekolah Rendah Bantuan Saint George (SRB St. George), Punau berikutan
pengisytiharan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi yang menggantikan Bahasa Inggeris. Sekolah
ini telah ditukar nama sekali lagi kepada Sekolah Kebangsaan St. George, Punau (SK St. George,
Punau) selepas Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil alih hal-hal pentadbiran dan
pengurusan di sekolah ini dan di seluruh negara hingga ke hari ini.
Menyorot kembali sejarah awal penubuhannya, keadaan fizikal sekolah amat daif dan
mengecewakan. Bangunan-bangunan perintis dan kelengkapan/kemudahan asas serta rumah
kediaman guru telah dibina dengan bahan-bahan binaan tempatan. Kerja-kerja pembinaannya telah
dijalankan oleh penduduk kampung secara gotong-royong kekadang dengan sedikit sagu hati.
Keadaan dan cara pengendalian serta pengurusan sekolah sebegini berterusan sekian lama tanpa
banyak penambahbaikan yang dapat dilakukan.

Pada pertengahan tahun 60-an, pembinaan semula bangunan sekolah dan kediaman guru serta
kemudahan asas telah dijalankan oleh pihak mubaligh atau ‘mission’. Maka mulai dari saat itulah
sekolah ini mula ada penambahbaikan dari keadaan serba daif ke satu tahap yang boleh
dibanggakan pada masa itu. Oleh kerana sekolah ini adalah sekolah ‘mission’ maka peruntukan dari
kerajaan adalah agak terhad untuk projek pembangunan dan pembaikan. Dengan sedikit peruntukan
yang diterima tahun demi tahun maka bangunan baru yang lebih selesa serta dengan kemudahan
asas beransur-ansur disediakan untuk menampung keperluan yang kian mendesak dan bilangan
pelajar yang bertambah.

Dari segi kurikulum, pada peringkat awalnya sekolah ini hanya mampu menyediakan kelas Darjah 1
hingga Darjah 4 sahaja. Maka para pelajar yang telah tamat Darjah 4 akan meneruskan
persekolahan mereka di ‘Central Upper Primary School(CUPS)’ yang terletak di Kampung Bunuk
Anglican School. Keadaan ini berlanjutan sehingga tahun 1967 apabila kelas Darjah 5 mula
diadakan manakala Kelas Darjah 6 pula dibuka pada tahun berikutnya (1968). Sungguhpun begitu,
disebabkan pengambilan murid yang dilakukan berselang tahun maka pembukaan kelas Darjah 1
hingga Darjah 6 tidak dapat diwujudkan sepenuhnya kerana kekurangan bangunan dan tenaga
pengajar. Namun mulai tahun 1978, pengambilan murid Darjah 1 dapat dijalankan setiap tahun
selepas itu dan akhirnya pada tahun 1983, Kelas Darjah 1 hingga Darjah 6 dapat dibuka
kesemuanya pada setiap tahun. Maka sekolah ini sudah mulai beroperasi sepenuhnya dari darjah 1
hingga Darjah 6 dan muridnya tidak perlu lagi menyambung persekolahan mereka di sekolah
rendah di tempat lain.

Tahun 1992 telah menandakan satu lagi era kemajuan dan pembangunan dalam bidang kurikulum
apabila sekolah ini telah diberi kebenaran untuk memula dan mengadakan Kelas Pra Sekolah.
Pembukaan Kelas Pra Sekolah ini telah membuat ibubapa amat menghargai dan berterima kasih
kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberi peluang kepada anak-anak mereka
mengalami alam persekolah secara percuma pada peringkat usia yang lebih muda sekiranya mereka
layak untuk diterima masuk.

Kini dalam tempoh empat dekad, sekolah ini telah menikmati kemajuan yang amat pesat setanding
dengan kebanyakan sekolah luar bandar di negeri Sarawak khasnya dan di Malaysia amnya. Ini
adalah dengan adanya bantuan dari kerajaan pada tahun 2009 apabila sekolah menerima sejumlah
peruntukan yang agak lumayan dari pihak kerajaan yang dinamakan ‘Pakej Rangsangan Ekonomi’
khas untuk menaiktaraf dan penambahbaikan bangunan sekolah yang sudah uzur. Wang ini diurus
oleh pihak Lembaga Pengurus Sekolah yang telah ditubuhkan untuk mengurus dan membelanjakan
wang tersebut seperti yang telah dirancang untuk pembangunan sekolah. Mulai dari tahun 2009
hingga sekarang, kerajaan telah memperuntukan dalam bajet belanjawan setiap tahun untuk
memperuntukan sejumlah wang untuk sekolah-sekolah mubaligh di seluruh negara. Dengan adanya
peruntukan ini maka pihak Lembaga Pengurus Sekolah dan juga pihak pentadbiran sekolah
merancang pembangunan yang amat diperlukan untuk kemudahan dan keselesaan murid-murid
yang belajar di sekolah ini. Justeru dengan itu, semua warga SK St. George, Punau dan masyarakat
sekeliling, bertekad dan berhasrat untuk menjadikan sekolah ini sebuah institusi pendidikan yang
terus meningkat maju baik dari segi prasarana fizikal mahupun pencapaian akademik dan
kemenjadian murid-muridnya. Dan pada hari ini kita telah mampu untuk menyediakan tempat yang
amat kondusif, selesa dan ceria untuk anak-anak dari kampung-kampung berdekatan untuk belajar
di sini.

Pada tahun 2017, enrolmen murid sudah mencecah 347 orang dan dijangka akan terus meningkat
pada tahun-tahun akan datang kerana projek perumahan sudah siap berdekatan dengan sekolah.
Pada tahun 2017 juga bilangan kelas untuk Tahun 1 hingga Tahun 6 sudah menjadi 10 buah dan
pada tahun 2018 akan menjadi 12 buah bilik darjah ditambah dengan 2 buah kelas Prasekolah.
Projek perumahan Fasa 1 sudah siap dan sudah beransur-ansur didiami oleh pembelinya. Buat masa
ini Projek Perumahan Fasa 2 sedang rancak dijalankan. Selain itu, Pusat Latihan Polis (PULAPOL),
Penjara Pusat Puncak Borneo, RCBM Hospital, Pusat Latihan KSKB yang berdekatan dan juga
rangkaian jalan raya Puncak Borneo yang baik turut menarik minat ibu bapa untuk menempatkan
anak-anak mereka di sekolah ini walaupun ada sekolah lain yang berdekatan seperti SK St. Giles,
Git dan SK St Augustine, Mambong.

Semoga dengan visi dan misi sekolah yang berhasrat untuk menjadi sekolah yang cemerlang dalam
Daerah Padawan, maka sekolah ini yang pada suatu masa dulu sekadar sebuah ‘sekolah pondok
yang usang, daif dan serba kekurangan’ akan terus maju dan mencapai segala harapan dan
impiannya. Sebuah dewan telah didirikan di tengah-tengah blok bangunan sekolah berdekatan
dengan pintu gerbang utama masuk ke kawasan sekolah untuk kemudahan dan manfaat semua.
Untuk memperingati jasa dan sumbangan Penghulu Ajis ak Sibek kepada pembangunan sekolah SK
St George, Punau dan pendidikan kepada penduduk kampung maka pihak Lembaga Pengurus
Sekolah, PIBG dan pentadbiran sekolah telah bersetuju untuk menamakan dewan tersebut dengan
nama “DEWAN PENGHULU AJIS”. Semua majlis rasmi dan aktiviti murid telah dapat diadakan
dengan adanya dewan ini. Sesuai dengan cogan kata sekolah “ILMU PELITA HIDUP” maka
semoga SK ST. GEORGE, PUNAU akan terus maju ke hadapan dengan semangat laungan julang

semua warga sekolah “ FLY ST. GEORGE FLY, FLY HIGH”.


SENARAI NAMA GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIUDMAT DI SK ST. GEORGE,
PUNAU, PADAWAN

Bil. Nama Guru Besar Tahun Berkhidmat di sekolah ini


01. ENCIK NAJOD 1954
02. ENCIK MIDUN 1955
03. ENCIK TAIS 1956
04. ENCIK SUA 1958
05. ENCIK MAON 1959 - 1961
06. ENCIK ROBERT JUSIB 1962 - 1964
07. ENCIK LINTON ANAK SADEN 1965 - 1971
08. ENCIK REBID DUKA 1972 - DIS. 1972
09. ENCIK MICHAEL MANDAK ANAK SINGOL 1973 - 24.06.2005
10. ENCIK VINU ANAK BATU 25.06.2005 - 25.12.2014
11. ENCIK LITERCELON KAON ANAK JUIN 03.01.2015 - 18.04.2016
12. ENCIK GANENG AWA ANAK GOPER 03 MEI 2016 - hingga sekarang

Anda mungkin juga menyukai