Anda di halaman 1dari 1

APA YANG MENARIK DI SABAH

Sabah merupakan negeri yang mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik


dimana ini merupakan salah satu perkara yang menjadi tarikan ramai masyarakat untuk
berkunjung.
Gambar diatas menunjukkan salah satu tempat menarik di daerah Semporna, dimana
lokasi ini terletak di Tanjung Parapat dan dikenali sebagai Perapat Water Village . Lokasi
penginapan yang berkonsepkan terapung ini sangat menarik apabila pengunjung dapat
merasai kenikmatan suasana penginapan serta pengalaman tinggal di atas air
Selain itu juga, perkara yang paling menyeronokkan apabila pengunjung dapat
menikmati keindahan suasana matahari terbit dan terbenam sewaktu pagi dan senja di atas
balkoni tersebut . Bukan itu sahaja , malah para pengunjung juga turut dibenarkan untuk
melakukan aktiviti bermandi manda di kawasan tersebut.
Akhir sekali, terdapat beberapa buah restoran juga di sekitar resort tersebut. Bagi para
pengunjung yang berminat dengan aktiviti lasak pula seperti mendaki gunung sangat
disarankan kerana resort ini menyediakan aktiviti “hiking” yang sangat menyeronokkan.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi tempat yang menarik di sekitar sabah yang
mampu mewarnakan keunikan alam dan ia menjadikan para pelancong dari negara luar turut
hadir menyumbang kearah ekonomi negeri sabah dalam aspek pelancongan.

Anda mungkin juga menyukai