Anda di halaman 1dari 7

SEMESTER 1 SESSION 2021/2022

UL02402 – PEMERINTAHAN DAN RAKYAT DI


ASIA TENGGARA (SEKSYEN 1)
LECTURER: DR. ANANTHA RAMAN A/L GOVINDASAMY

NAMA PELAJAR : Wardina Sofiah Binti Mohamad Kushairi

NO KAD PENGENALAN : 010922-08-1134

NO MATRIKS : BQ21110028

TAJUK ULASAN JURNAL : Demokrasi Dan Hak Asasi Manusia Di Asia Tenggara
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang

1.2 Sasaran Pembaca

2.0 Ulasan Umum Kajian

2.1 Objektif Kajian

2.2 Metodologi Kajian

2.3 Hasil Kajian

3.0 Ulasan kritis kandungan artikel

4.0 Kesimpulan

5.0 Rujukan
1.0 PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG
Jurnal ini merupakan hasil kajian yang ditulis oleh Gomez James dan Robin
Ramcharan dan diterbitkan oleh GIGA di Institut Kajian Global dan Kawasan
Jerman, Institut Kajian Asia Dan Hambang University Press. Jurnal ini telah
disiarkan di dalam satu laman web yang boleh dicapai melalui URL berikut:
www.CurrentSoutheastAsianAffairs.org yang mana telah ditulis pada tahun
2014. Kajian ini bertajuk “Demokrasi dan Hak Asasi Manusia di Asia
Tenggara” yang dipetik dalam Jurnal Hal Ehwal Asia Tenggara Semasa. Maka,
terdapat beberapa persoalan yang luas dibincangkan oleh pengkaji iaitu
mengenai rangka kerja demokrasi dalam ASEAN, cara rangka kerja tersebut
dapat membentuk suatu penubuhan bagi meningkatkan hak asasi manusia di
serantau ASEAN dan pendekatan teori yang paling sesuai.

1.2 SASARAN PEMBACA


Berdasarkan tajuk dan juga fokus kajian artikel ini ditujukan kepada
penggubal dasar, pelajar politik dan pengamal demokrasi dan hak asasi manusia
di rantau ini dan di tempat lain. Kertas kerja dalam koleksi ini juga dapat
membantu merangsangkan penyelidikan lanjut mengenai demokrasi dan hak
asasi manusia lebih-lebih lagi artikel ini adalah dalam bahasa Inggeris yang
mudah difahami di seluruh rantau ini. Justeru itu, penerbitan artikel ini dalam
jurnal yang ditujukan sangat bersesuaian dengan sasaran pembacanya.
2.0 ULASAN UMUM KAJIAN
2.1 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini penyelidik telah menetapkan beberapa objektif utama iaitu
mengenalpasti isu dan permasahalaan mengenai rangka kerja demokrasi dalam
ASEAN dan menilai cara dan keberkesanan dalam membangunkan
pemerintahan demokrasi untuk hak-hak asasi manusia di serantau ASEAN.

2.2 METODOLOGI KAJIAN


Kaedah kajian yang digunakan adalah kajian perpustakaan dan buku-buku di
beberapa laman web sekaligus maklumat yang diperlukan ini sedikit sebanyak
telah membantu penyelidik antaranya seperti bahan-bahan rujukan yang
berkaitan dengan tajuk kajian. Tanpa pembacaan yang luas, sudah tentu penulis
tidak dapat menjelaskan apakah yang hendak dikaji serta bagaimana untuk
mengupas tajuk artikel yang telah dipilih. Proses mencari bahan perlu dirancang
dengan teliti dan sistematik supaya bahan yang ditemui memberi makna,
bermanfaat dan relevan dengan kajian yang dilaksanakan.

2.3 HASIL KAJIAN


Antara perkara yang difokuskan dan dibincangkan dalam artikel ini adalah
berkaitan dengan isu-isu dalam membentuk pelaksanaan pemerintahan secara
demokrasi dan menjamin hak asasi manusia di dalam serantau ASEAN.
3.0 ULASAN KRITIS KAJIAN
3.1 ISU DALAM KAJIAN
Piagam persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mengamalkan
suatu bentuk tadbir urus negara secara demokratik liberal, kedaulatan undang-
undang dan hak asasi manusia adalah mengikut kesesuaian sesuatu negara
masing-masing. Selain itu, prinsip teras ASEAN adalah dengan menghormati
dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara. Menurut penyelidik
berdasarkan kajian yang telah dibuat, masalah yang dapat dikenalpasti dalam
artikel ini adalah isu berkenaan hak-hak demokrasi liberal yang tidak dijalankan
secara serentak , malah demokrasi berperlembagaan tidak dipasang dibahagian
lain di dunia Hal ini dapat dibuktikan oleh penyelidik dalam EIU iaitu
menyatakan bahawa budaya politik yang diamalkan oleh negara-negara yang
berdemokrasi di Asia Tenggara sering tidak berkembang dan terlalu cetek.
Selain itu juga, terdapat isu berkenaan sesetengah pihak mengutarakan
bahawa demokrasi melalui pilihan raya semestinya terbuka, bebas dan adil
namun sebaliknya kerajaan yang dipilih berkemungkinan tidak mampu
menggalas tangunggjawab sebagai pemimpin yang adil. isu ini dibuktikan
dengan penyataan mengenai “Liberalisme adalah sebuah perlembagaan dan
bukan berkenaan dengan prosedur, tetapi ianya menggunakan tradisi falsafah
yang berakar umbi dalam sejarah politik Barat yang menekankan kebebasan
individu.” “Ia adalah berperlembagaan kerana ia meletakkan kedaulatan undang-
undang di tengah-tengah politik” (Zakaria 2007: 19).
Akhir sekali, keadaan demokrasi yang berpecah-belah dan berubah-ubah di
rantau ini juga merupakan salah satu isu yang dikupas didalam jilid ini.
Penyelidik mengeluarkan bukti bahawa menurut perspektif politik, Peou telah
membuat satu tinjauan dan perbandingan mengenai sebelas rejim politik Asia
Tenggara dan ini menunjukkan bahawa beberapa negara di Asia tenggara
termasuk dalam negara yang tidak demokratik. Sebagai contoh Brunei
menjalankan pemerintahan beraja dan Myanmar di bawah pemerintahan tentera
Sebaliknya, Singapura, Malaysia dan Kemboja boleh dianggap sebagai negara
demokratik liberal dimana pemerintahan sesuai dengan pemerintahan yang
dilaksanakan. Maka ini adalah satu penjelasan bahawa pemerintahan di Asia
Tenggara berubah-ubah,
3.1 CADANGAN DAN PENDAPAT
Secara umumnya, walaupun terdapat banyak perselisihan pendapat yang
berterusan dalam membentuk suatu pemerintahan, memahami perspektif
dinamik politik serantau adalah sangat membantu dalam menjelaskan
penerimaan kedua-dua demokrasi sebagai model tadbir urus dan dapat
membangunkan badan hak-hak asasi manusia Oleh itu, bagi menjelaskan
peralihan kepada demokrasi, perspektif secara dinamik melibatkan politik
serantau adalah pelengkap yang berguna dan berkemungkinan akan diterima
pakai.
Seterusnya, dalam pernyataan beberapa isu dan masalah yang dikaji dedalam
artikel ini, penyelidik mengutarakan bahawa terdapat satu faktor yang mampu
menyumbang kepada penubuhan demokrasi liberal iaitu dengan cara
pembangunan masyarakat secara sivil. Hal ini dapat menjadikan masyarakat
lebih bebas. Menurut Peou, beliau telah membangkitkan perkara ini dalam
pertimbangannya tentang penjelasan teori mengenai jenis rejim di rantau ini,
tetapi dia menyimpulkan terdapat sedikit bukti bahawa masyarakat sivil telah
membuat perubahan sedemikian.
Akhir sekali, penyelidik juga mengambil kira cabaran pembinaan negara
yang berterusan dengan cara memantau isu keselamatan terutamanya
keselamatan rejim. Dalam konteks umum ini, hal ini seharusnya memberi
penelitian yang mendalam kerana keselamatan rejim mempunyai kecenderungan
autoritarian yang sangat berkuasa malah sekaligus akan memberi kesan terhadap
kawasan serantau daripada kuasa-kuasa global. Sebagai contoh, liberalisasi
ekonomi merupakan faktor kemajuan demokrasi liberal di Barat sedang diuji di
Asia Timur. (Zakaria 2007: 15) Cadangan ini sedang diuji oleh China,
khususnya. Oleh itu pengaruh geopolitiknya perlu dipertimbangkan, kerana
China secara ideologi telah menentang aliran demokrasi liberal yang dinyatakan
sebelum in
4.0 KESIMPULAN
Oleh itu, penemuan dan hasil kajian artikel yang dibuat oleh penyelidik ini dapat
menambah sedikit sebanyak ilmu pengetahuan saya mengenai ASEAN dalam
pelaksanaan pemerintahan demokrasi liberal. Namun begitu, terdapat Langkah
yang lebih efektif dalam memperbaiki artikel ini dengan menyediakan lebih banyak
rujukan yang luas terutamanya rujukan secara dalam talian dimana ia mungkin
memberi lebih banyak maklumat yang masih relevan untuk digunapakai oleh
beberapa institusi.

5.0 RUJUKAN
Gomez, James, dan Robin Ramcharan (2014) , Jurnal Hal Ehwal Asia Tenggara
Semasa, 33, 3, 3–17. http://nbn-resolving.org/urn/resolver.pl?urn:nbn:de:gbv:18-
4-8041.

Anda mungkin juga menyukai