Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NYALAS

77100 ASAHAN,
MELAKA.

KERTAS KERJA
BENGKEL MATEMATIK-PERSEDIAAN PT3 2018

Tarikh : 22 September 2018 (Sabtu)

Tempat : Kantin SMK Nyalas

Masa : 8.00 pg – 12.00 tgh

ANJURAN :

PANITIA MATEMATIK SMK NYALAS


1. PENDAHULUAN

Peperiksaan merupakan alat pengukuran pencapaian seseorang pelajar tentang


apa yang telah dipelajari dan dikuasai. Melalui peperiksaan, seseorang pelajar itu
dinilai dan diklafikasikan sama ada telah menguasai atau sebaliknya terhadap
perkara yang telah didedahkan kepada mereka.

Namun begitu, sebelum menghadapi peperiksaan, pelajar berkenaan seharusnya


telah dibimbing dan diajar tentang isi kandungan yang mereka akan diuji. Di
samping itu, bagi memantapkan dan mengukuhkan pemahaman, usaha-usaha lain
turut dilakukan ke atas mereka.

Sehubungan dengan itu, Panitia Matematik SMK Nyalas merancang untuk


membantu pelajar-pelajar Tingkatan 3 dengan mengadakan BENGKEL
MATEMATIK – PERSEDIAAN PT3 2018

2. OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan.
2.2 Meningkatkan pemahaman pelajar untuk topik yang sukar dikuasai.
2.3 Meningkatkan kualiti bilangan pelajar yang berjaya dengan cemerlang.
2.4 Meningkatkan peratus lulus dalam mata pelajaran Matematik.

3. MATLAMAT

Setelah mengikuti program ini para pelajar akan lebih bersedia dan yakin dengan
kemampuan mereka serta mendapat gambaran yang tepat tentang menyediakan
jawapan yang sepatutnya mereka persembahkan berdasarkan kehendak soalan.

4. SASARAN

Pelajar-Pelajar Tingkatan 3 (100 orang).


5. JAWATANKUASA

PENGERUSI : TN. HJ. ABD RAZAK BIN OTHMAN (PENGETUA)


NAIB PENGERUSI : EN. SARIP BIN JUMAAT (GPK PENTADBIRAN)
PN. HJH. SARINA BT MAT SAMAN (GPK HEM)
EN. ABDUL KADIR BIN MD DEH (GPK KOKURIKULUM)
PENYELARAS : EN. SHAIK ALAWDEEN BIN NMA IBRAHIM (GKMP S&M)
SETIAUSAHA : PN. NURAMIRAH BT AHMAD (KP MATEMATIK MEN. RENDAH)
FASILITATOR : PN. MARIANI BT MAHMUD
PN. AZITAH BT MOHD ARIS
PN. NORMASLEENA BT BORHAN
PN. ROZITA BT MAMAT
CIK NUR SHAHIRAH BT ABU BAKAR
PN NOOHAYATI BT ZAINU
PN RABAYAH BT TAHIR
EN MOHD SHAHREN HAKIM
PELAJAR 4 ARIF

6. PENUTUP

Adalah diharapkan bahawa PROGRAM BENGKEL MATEMATIK – PERSEDIAAN


PT3 ini akan dapat memberikan impak yang besar dan menafaat yang sangat
berguna kepada semua peserta khasnya dalam menghadapi peperiksaan PT3 yang
bakal menjelang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.............................................. ...................................................
(NURAMIRAH BT AHMAD) (SHAIK ALAWDEEN BIN NMA IBRAHIM)
Setiausaha Program Bengkel Matematik PT3 GKMP Sains & Matematik
SMK Nyalas SMK Nyalas

Disahkan oleh,

...............................................
(HJ ABD RAZAK BIN OTHMAN)
Pengetua
SMK Nyalas

Anda mungkin juga menyukai