Anda di halaman 1dari 3

KOPERASI SEMANGAT SEPAKAT KUALA LUMPUR BERHAD

(KOSMAT) No. Daftar SKM: W-5-0611

November 2021
Rujukan kami: KOSMAT/anggota/01/2021

Semua anggota / ahli


Koperasi Semangat Sepakat KL Berhad

Tuan

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG KE 3

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita kami menjemput tuan untuk menghadiri
mesyuarat agung ke 3, Koperasi Semangat Sepakat Kuala Lumpur Berhad yang
akan diadakan pada :-

Tarikh : 5hb. Disember 2021 (Ahad)

Masa : 11:00 pagi

Tempat : Kelab Tasik Putrajaya, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya

2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

1. Pelantikan Pengerusi Mesyuarat;


2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke 2
3. Membentang dan meluluskan Akaun Teraudit Koperasi bagi Tahun
Berakhir 31 Ogos 2018 - 2021
4. Memilih 6 orang Anggota Lembaga Koperasi sesi 2021-2022
5. Membentang dan meluluskan Belanjawan Tahunan Kewangan
tahun 2022
6. Meluluskan elaun kepada Anggota Lembaga dan Jawatankuasa
Audit Dalaman;
7. Meluluskan Perlantikan Panel Juruaudit Luar bagi mengaudit
Akaun Koperasi Semangat Sepakat Kuala Lumpur Berhad
8. Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi pada kadar
faedah semasa pasaran
9. Melantik Jawatankuasa yang terdiri daripada enam (6) orang
anggota dan empat (4) orang anggota Lembaga untuk
menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan
10. Mendengar atau memutuskan apa-apa aduan yang dibawa oleh
mana-mana anggota koperasi yang terkilan dengan keputusan
Lembaga serta menimbang dan meluluskan cadangan pindaan
Undang-undang Kecil Koperasi Semangat Sepakat Kuala Lumpur
Berhad yang baginya suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh
(7) hari sebelum mesyuarat dipanggil telah diberikan kepada
koperasi.

Kehadiran pihak SKM sangat dihargai

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Abd Muttalib bin Samad


Pengerusi
Lembaga Koperasi Semangat Sepakat Kuala Lumpur Berhad
No. Hp: 011-65547442
KOPERASI SEMANGAT SEPAKAT KUALA LUMPUR BERHAD

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 3

Tarikh : 5hb Disember (Ahad)

Masa : 11:00 pagi

Tempat : Kelab Tasik Putrajaya, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya

ATURCARA:

11:00 pagi Kehadiran dan Pendaftaran Anggota


Kehadiran Wakil Suruhanjaya Koperasi
Pengesahan Bilangan Kehadiran
Ucapan Aluan Pengerusi
Ucapan Wakil Suruhanjaya Koperasi
Mesyuarat Agong Tahunan ke 3 bermula
Ucapan Penangguhan
Jamuan ringan / Bersurai

Anda mungkin juga menyukai