Anda di halaman 1dari 61

HafizShafie.

Com

Kewangan, Kehidupan, dan Kisah Hidup

Cari Artikel Disini

Home >> Hartanah >> 9 Cara Untuk Langsaikan H…

9 Cara Untuk Langsaikan Hutang Rumah Dalam


Masa 5 Tahun Atau Kurang.
February 1, 2019
By Mohamad Hafiz Shafie
Share Tweet Share

[Klik Icon]. Dapatkan info terkini tentang emas dan kewangan.

tips langsaikan hutang rumah

9 tips nak langsaikan hutang rumah dengan cepat. Kurang dari 5 tahun pun dah boleh selesai.

Nak tak saya kongsikan VALUEABLE CONTENT


setiap minggu?

Tulis email anda disini...

Subscribe


Tips ini saya belajar dari Tuan Azizi Ali, merupakan seorang jutawan yang terkenal dalam
bidang hartanah.

Tipsnya sangat mudah. 

(1) Bayar lebih (2) Bayar awal. Tapi, macam mana?

Namun, sebelum saya pergi lebih jauh, korang kena faham dulu.

Apa prinsip dan konsep pinjaman perumahan yang korang wajib tahu!

Bagaimana Pengiraan Pembayaran Perumahan?


Bunga (Interest) dan pokok (Principal). Selepas ini, saya akan tulis Interest = Int, dan
Principal = Prin
Dua perkataan ini, "Int" dan "Prin". Korang kena faham betul-betul.

Andaikata.

Korang beli rumah yang berharga RM230k. Korang bayar 10% deposit. Dan loan korang ialah
RM207k

Bank dah keluarkan jumlah bayaran bulanan yang dikenakan ialah RM1044.7 (biasanya boleh
je cek dekat online banking, kalau CIMB ada).

RM1044.7 ini terdiri kepada 2 bahagian. Int dan Prin

Korang kena bayar dulu Int setiap bulan ikut percent yang ditetapkan.

Selebihnya barulah pokok akan ditolak dari jumlah pinjaman yang korang ambil.

Contoh Pengiraan Int untuk bulan pertama :

Prin : RM207,000
Int Rate : 5% per year
Int Rate : 5% per year.

Int : (0.05 x 207,000)/12


= RM862.5

Bulan Pertama bayar RM1044.7. 

Princ yang korang bayar hanya.


1044.7 - 862.5 = RM182.2

Faham kan?

Untuk awal-awal pembayaran, korang hanya bayar Int je banyak, loan korang yang RM207k tu
baru berkurang RM182.2

Jadi. Kalau setiap bulan korang bayar sekadar bunga. Jumlah hutang korang tak akan
berkurang. Sia-sia je bayar.

Jadi, Macam Mana Cara Terbaik Untuk Bayar Hutang


Rumah?

#1  Bayar Cepat-Cepat Apabila Korang Dapat Duit

I i k il di i b t h it
Ini kesilapan yang saya sendiri buat haritu.

Saya tunggu due date baru nak bayar. Sebab masa tu, pembayaran saya yang bulan pertama.
Belum biasa.

Akhir sekali, lambat sehari. Ya Allah. Memang terlupa.

Tengok-tengok. Habis RM200 sebab lambat bayar. Kebetulan duit BRIM masuk, terus habis lah
masa tu sedekah dekat bank sotong (",)

#2 Bayar Lebih Setiap Bulan

Bila korang bayar lebih.

Maksudnya, yang lebih tu ialah korang bayar untuk bahagian Prin.

Semakin kecil Prin, maksudnya semakin kurang juga Int bulan seterusnya.

#3 Bayar Setiap 2 Minggu, Bukan 1 Bulan

Andakata pinjaman ialah RM1044.7 sebulan. Tapi, korang bayar RM522 .35 untuk setiap 2
minggu.

"Eh, macam sama je?" Hehe.

Tak sama! Setahun ada 12bulan, tapi korang perlu ingat, setahun ada 26kali 2minggu
(fortnight), bukan 24.

(Alamak, baru aku belajar pasal kalender) HEHE

Bila amalkan macam ni, korang akan jimat 3 tahun dari bayar rumah!

3 tahun bermakna, jumlah bayaran kurang RM37k (RM1044.7 x 36 = RM37k)!


#4 Bayar Awal, Sebelum Due Date

Kalau due date 31 haribulan.

Gaji korang pada 25 haribulan. Dapat gaji je, korang terus bayar loan.

Ia boleh memberi kesan kepada jangka masa panjang.

#5 Setiap Kali Ada Duit Lebih, Guna Untuk Bayar Loan

Contohnya kalau korang dapat bonus tahunan.

Bayar loan perumahan dulu, baru nak joli! Kurangkan jumlah pokok cepat-cepat.

#6 Kekalkan Bayaran Sama, Walau Interest Rate Drop

Kadang-kadang. Ada masa interest rate menurun. Pembayaran kepada bank pastikan korang
bayar kadar yang sama!

Jangan kurangkan jumlah pembayaran.

#7 Tambah Jumlah Pembayaran Jika Anda Peroleh Kenaikan Gaji

I tk i
Ingat konsep ni.

Asal ada duit lebih, bayar dulu loan. Fokus kepada kurangkan principal!

#8 Jual Barang Tidak Terpakai, Dan Bayar Pinjaman Rumah

Biasanya. 

Buka store, banyak barang yang sayang nak lepaskan, tapi tak pakai pun.

Haritu, wife saya pun ada barang macam tu. Dia beli DSLR, tapi dah lama tak pakai. Last-
last, jual.

Jadi, kalau korang ada barang-barang macam ni. Dapatkan duit tambahan, dan bayar loan!

#9 Refinance Dengan Bank Yang Menawarkan Interast Lagi Rendah

Contoh bank sotong yang korang buat pinjaman sekarang mengenakan interast rate 6%.

Tapi, bank rimau pulak tawarkan 4.5%.

Korang boleh buat kira-kira semua kos yang dikenakan. Kalu rasa berbaloi, buat refinance.

Ingat pesan saya. Buat kira-kira dulu, bukan main balun saja buta-buta buat refinance.

Bank Tak Suka Ada Orang Bocorkan Rahsia Ni!


FACEBOOK : Mohamad Hafiz Shafie

Berkongsi tips tentang emas dan kewangan di sana. Bagaimana


memanfaatkan emas dalam menambah baik kewangan.

ADD FRIEND & FOLLOW

Saya dah buat kira-kira.

Kalau korang buat macam ni, bayar lebih setiap bulan. Lebih RM150k korang boleh jimat.

RM150k macam dapat kereta import mewah sebiji dah weyy.

Tak percaya tengok gambar kat bawah ni.


Bayaran tanpa lebih bayaran
Bayaran bunga boleh hampir sama dengan jumlah bayaran pinjaman korang ambil, kalau
korang bayar je ikut jadual yang bank bagi.

Jadi, kalau ada duit lebih. Dapat duit sewaan ke, terus bayar je loan rumah tanpa ragu-ragu.

Semoga bermanfaat.

Wallhuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
1 Febuari 2019
27 Jamadil Awal 1440H

Lebihan bayaran RM750 sebulan


Artikel Update pada 18 Februari 2019. Baca info dekat bawah.

Info Tambahan

Saya pergi ke kaunter bank sotong baru minggu lalu (Jumaat, 14 Februari 2019) untuk
bertanyakan tentang isu ini.

Info yang saya dapat dari pihak bank.

Untuk kurangkan principal, korang perlu kumpulkan payment minimum 6 bulan bayaran, baru
boleh bayar untuk kurangkan principal.

Dan pembayaran tersebut mestilah bayar dikaunter, bukan secara online.

Contoh bayar loan rumah korang sebanyak RM1000 sebulan. Maksudnya, untuk kurangkan
principal, korang perlu bayar RM6000 sekali gus, bayar di kaunter.

Untuk bank lain saya tak pasti macam mana.

Sekian.

PERHATIAN!
" Saya Perlukan Feedback Dari Anda, Sila Tinggalkan D Ruang
Komen" - Hafiz

91 comments

Top rated
comments first

Enter your comment...

Comment as a guest:

Name

Email (not displayed publicly)

Website

Notify me when someone replies to my comment


Save the details above in this browser for the next time I comment

Submit comment

rohayu
July 12, 2021

depend pada term loan.. bank pun byk trick. mcm sy punya pbb jika bayar lebih.
yg extra dia tolak principal terus, tp kna buat everymonth, kalo lewat ada charge
lain plak.

dekat cimb click kalo bayar lebih dia kira advance payment je. kalo nak bayar
lebih kna buat 2x payment. Yg pertama byr je installment mcm biasa. cimb dia
ada payment option.. kalo kita tak tekan, auto reset pada monthy loan payment..
kita bole pilih dia ada tiga option. 1: monthly loan installment, 2, advance loan
payment,, rasa 1 dan 2 sama je kot.. yg ke 3. reduce loan principal. minimum
payment RM1


2

0

Reply to rohayu

Mohamad Hafiz Shafie


July 12, 2021

Thank you Pn Rohayu for sharing


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

rozidah
December 22, 2021

sorry puan bertanya so cimb loan tu kita pilih reduce loan ke untuk kurangkan
pokok tu?


0

0

R l id h
Reply to rozidah

Mohamad Hafiz Shafie


December 22, 2021

Wslm Pn Rozidah,

Ya betul. Cuma kena bayar cara asing. Bukan bayar bulanan macam biasa.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Siti Rosnani binti Mohd Mohd Aruwa


January 23, 2022

Assalamualaikum…Sye nk tanya …jika rumah under construction bleh juga ke


buat bayaran utk kurangkan principal mcm ni…skrg rumah sye blum siap dan sye
hanya buat bayaran sebanyak RM162 shja sbulan mengikut percentage yg
ditetapkan…jika nak kurangkan principal bolehkah sye buat bayaran lumpsum 6
bulan yg dimaksudkan tu…loan sye flexi loan…


0

0

Reply to Siti Rosnani binti Mohd Mohd Aruwa

Mohamad Hafiz Shafie


Mohamad Hafiz Shafie
January 24, 2022

Wslm Pn Rosnani,

Setakat apa yang saya tahu. Boleh lump sump bayaran untuk kurangkan
principal


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Kak ita
January 18, 2022

Slm en hafiz..akk ada baki 13 thn lgi loan rumah..klu ada wang simpanan mana
lbih baik langsaikn semua loan itu atau melabur…umur dh menghampiri
pesaraan…rasa nk hidup tenang2 tanpa hutang dn masa yg sama nk kena ada
simpanan jgk utk hari tua kn..tksih


0

0

Reply to Kak ita

Mohamad Hafiz Shafie


January 22, 2022

Wslm Kak Ita,

K l d it l bih S f t lk h t D t d i
Kalau duit lebih. Saya prefer setelkan hutang. Dengan syarat ada simpanan
cukup dan pasif income sewaktu bersara. Melabur? Kalau tak ada ilmu. Bahaya


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

John
June 13, 2021

saya nak tanya,macamana cara nak bayar principal loan LPPSA ? Adakah saya
perlu ke pejabat LPPSA atau ke bank yg ada link LPPSA utk bayaran secara
talian. untuk makluman tuan, ini loan pertama sya melalui LPPSA dan bayaran
bermula bulan JUN 2021. Saya masih keliru cara untuk bayar principal 6 bulan
(LUMP SUM) ni sebab sya membuat pemotongan bulanan melalui slip gaji kpd
LPPSA. mohon pandangan dri tuan.


0

0

Reply to John

Mohamad Hafiz Shafie


June 13, 2021

Wslm En John,

Mungkin En John boleh rujuk terus staff LPPSA. Setakat yang saya deal dengan
CIMB. Memang kena ada minimum 6 bulan untuk kurangkan principle.

0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Rizz
June 16, 2021

Salam,

Info terbaru, saya baru call CIMB pada 16.6.2021, sekarang sudah boleh bayar
principal online dekat CIMB Clicks & TIADA bayaran minimum, boleh bayar
berapa sahaja.


2

0

Reply to Rizz

Mohamad Hafiz Shafie


June 19, 2021

Wahh Alhamdulillah. Bagus tu


1

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Jeya
June 6, 2021

Cara nie untuk blh guna untuk loan yg auto debit ke?


0

0

Reply to Jeya

Mohamad Hafiz Shafie


June 12, 2021

En Jeya,

Perlu bayar secara manual di bank. Setakat apa yang saya tanya staff CIMB.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Nesh
March 3, 2021

Salam sejahtera brother…. loan rumah sy bulanan rm605, 35years. Dah bayar
12years. Sekarang sy ingin mahu bayar hbs. Baki sy check kat bank ada 108k. So

sy kena bayar 108k atau bank akan tolak interest dia?


0

0

Reply to Nesh
Mohamad Hafiz Shafie
March 4, 2021

En Nesh,

Boleh rujuk pihak bank untuk langsaikan pokok


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Shaffieq
April 26, 2021

Assalamualaikum, saya baru call CIMB tadi, bayaran lebihan akan masuk dalam
account lebihan bayaran.

Duit dalam account lebihan bayaran tu dia akan guna kalau lambat bayar, atau
bayar tak cukup.

Kalau nak guna duit dalam account lebihan untuk bayar principal kena inform di
kaunter atau email CIMB.

Dulu saya pun tak tahu sangat pasal loan rumah ni, dengan adanya article
macam ni semoga kita semua sama sama dapat settle loan rumah, terima kasih
ya tulis article ni.


0

0
Reply to Shaffieq

Mohamad Hafiz Shafie


May 1, 2021

Alhamdulillah. Ya En Shaffieq. Betul. Untuk bayar principal, perlu bayar di


kaunter. Supaya ia tidak dikira sebagai advance payment.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Ismail
March 2, 2021

Assalamualaikum tuan..

Masaalah sy tarikh misti byr pada 1hb,2hb dan 3hb.. sbb bank akan kira pada
4hb.. jadi mcm mana sy nak byr 2x dalam sebulan..

Satu lagi tuan.. contoh sy byr full pada 1hb sebelom 4hb kemudian selepas 4hb
sy byr lagi sebulan sebelom masuk bulan lain..apa jadi pada akaun pinjaman sy?

Itu saja pertanyaan sy,

Terima kasih,tuan.


0

0

R l I il
Reply to Ismail

Mohamad Hafiz Shafie


March 2, 2021

En Ismail, pengalaman saya. Setiap bank, lain rule. Jadi, En Ismail boleh bincang
dengan staff. Untuk tahu cara yang dibenarkan oleh mereka untuk cepatkan
bayar principal (pokok)


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

kelvin sii
June 6, 2020

hello .. sy buat pinjaman loan rumah Rm128.000 selama 35 tahun bulanan bayar
Rm670 dlm masa 4 tahun sy telah bayar kira2 ada rm45000-rm50000 sdh ..


0

0

Reply to kelvin sii

Mohamad Hafiz Shafie


June 8, 2020
En Kelvin,

Ok tq for sharing.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

NIK
April 28, 2020

tqvm En. Mohamad Hafiz shafie


0

0

Reply to NIK

Mohamad Hafiz Shafie


May 25, 2020

Sama2


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie


NIK
April 9, 2020

Assalamualaikum En Mohamad Hafiz,

Pada pendapat Tuan, mana yang terbaik untuk saya langsaikan dahulu hutang,:

loan kereta (tinggal 4 thn lagi) or personal loan (7 thn lagi) or housing loan (19
thn ).

Harap dapat membantu


0

0

Reply to NIK

Mohamad Hafiz Shafie


April 24, 2020

Waalaikumussalam En Nik,

Ikut apa yang saya relajar dengan Tuan Zaidi Ismail, lebih baik bayar yang jumlah
yang kecil dahulu dan interest yang besar.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie


Ayie
February 24, 2020

Salam nk tnya..brpa tahun loan rumah boleh habis duit interest?sbb akrg dh lebih
dari 20tahun.


0

0

Reply to Ayie

Mohamad Hafiz Shafie


March 24, 2020

Wslm En Ayie,

Tak silap saya, saya bulan terakhir bayar pun masih ada interest, cuma
percentagenya semakin berkurang.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Lukman

February 19, 2020

ape nama aplikasi yg digunakan tu?


0

0
Reply to Lukman

Mohamad Hafiz Shafie


February 20, 2020

En Lukman,

Download je mana-mana housing loan aps dekat playstore.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Khalid Noh
February 1, 2020

Bank sotong lebih byk tricknya. Kalau kita bayar lebih atau 2x sebelum due date,
baki loan tidak akan ditolak serta merta. Duit itu akan dimasukkan kedlm akaun
lain terlebih dahulu, bila sampai due date baru akan ditolak.

Saya dh buat cara ini. Bila tgk baki akaun masih tak byk berkurang. Rupanya duit
yg dibyr awal akan terhimpun dlm 1 akaun lain. Duit dlm akaun tersebut kita tidak

boleh keluarkan walaupun itu duit kita. Bank akan deduct duit dari akaun ini utk
membyr loan rumah.


0

0

Reply to Khalid Noh


Reply to Khalid Noh

Mohamad Hafiz Shafie


February 3, 2020

Ok baik En Khalid,

TQ for sharing


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Nurulnadirah
February 13, 2020

Encik mcm mna nk brjimt dlm brbelnja ye


0

0

Reply to Nurulnadirah

Mohamad Hafiz Shafie


February 13, 2020

Mungkin boleh baca buku-buku kewangan. Saya recomend baca buku mentor
saya, Buku Misi Bebas Hutang

0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Amalina
February 24, 2021

Salam En Khalid,

Jadi masih recommended utk bayar lebih atau2x sebelum due tak? Atau kita
perlu inform bank sotong dulu?


0

0

Reply to Amalina

Mohamad Hafiz Shafie


February 24, 2021

Cikpuan Amalina. Better inform CIMB dulu


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie


azmi rosli
January 17, 2020

Salam

Maaf bertanya

1) 6 bulan itu adalah pembayaran ape tuan? jika sy ke kaunter nnt.. ape yg perlu
sy ckp dengan kaunter cimb tue..

2) Jika sy dah settle byr 6 bulan tue.. dan sy teruskan 2minggu sekali setiap..
adalah lagi mengurangkan ag kos pembyran int?

contoh sebulan 1040.. 2 minggu sekali sy byr 600.. lebih elok ka gitu?

mohon pandangan


0

0

Reply to azmi rosli

Mohamad Hafiz Shafie


January 18, 2020

Waalaikumussalam En Azmi,

1. Pergi kaunter, cakap nak bayar principle (pokok).

2. Untuk yang 2 minggu sekali tu, saya pernah tanya bank bahawa, kita kena ada
duit sejumlah 6 bulan bayaran, barulah dikira lulus untuk bayar pokok.


0

0
Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Ain
January 15, 2020

Salam,kalau sy buat pinjaman lppsa,mcm mana cara utk cepatkan habis byrn ye?

Cth pinjam rmh 1400 utk rmh 300000 selama 35 tahun


0

0

Reply to Ain

Mohamad Hafiz Shafie


January 18, 2020

Waalaikumusslam Cikpina Ain,

Secara basicnya, nak cepat habis bayar loan rumah kena cepatkan bayaran
pokok.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Syafiq
December 19, 2019

Assalamuailaikum.. adakah bila kita membayar Prin, ada kaitan dgn guaman?
atau kita dengan bank sahaja yg terlibat?


0

0

Reply to Syafiq

Mohamad Hafiz Shafie


December 19, 2019

Waalaikumussalam En Syafiq,

Setahu saya, guaman hanya terlibat sampai kita dapat kunci rumah je. Selepas
tu dah takda kaitan dengan guaman.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

adib
November 16, 2019

Aslm,

kalau untuk personal loan boleh guna method ini juga ke


0

0
Reply to adib

Mohamad Hafiz Shafie


November 17, 2019

Waalaikumussalam En Adib,

Personal loan tak sama dengan menthod ni. Ia fix intereset.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

arpa makkareso
November 24, 2019

Terima kasih atas infonya bosku..

Ada no.tlfon ka..mn tahu kita boleh jumpa d tawau..saya org tawau jga.


0

0

Reply to arpa makkareso

Mohamad Hafiz Shafie


November 25, 2019
En Arpa,

Ni no fon saya 014- 500 5090


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Muhd hafidz
November 8, 2019

Salam..kalau saya bayar lebih melalui akaun bank yg akan deducted setiap bulan
adakah principal akan berkurang tuan?


0

0

Reply to Muhd hafidz

Mohamad Hafiz Shafie


November 17, 2019

Waalaikumussalam En Muhd Hafidz,

Menurut staff CIMB Bank saya jumpa sebelum ini. Bayar direct bank (seperti
bayar bulan-bulan), ia tidak mengurangkan principal.

Bank akan anggap kita hanya bayar lebih.


0

0
Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Muhammad hafizan
January 7, 2020

Assalamualaikum tuan.. Contoh sekiranya bayaran bulanan loan rumah saya


Rm1000, tapi saya bayar Rm1500 setiap bulan.. Adakah prin saya berkurang?


0

0

Reply to Muhammad hafizan

Mohamad Hafiz Shafie


January 7, 2020

Waalaikumussalam En Hafizan,

Kalau bayar macam biasa, ia dikira sebagai bayar awal. Kalau nak bayar
principal, kena jumpa staff bank. Itu menurut apa yang staff CIMB beritahu
saya.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Raja
November 7, 2019

assalamuailaikum.. saya ingin bertanya pinjaman housing balance ada sekitar


dalam 7 tahun lagi berbaki around rm63k dengan kadar 6%.. dari segi rujukan
pembayaran cimb prin adalah rm400 int rm360 disini bermaksud duit pokok
bergerak hanya rm400 sahaja…

sekiranya saya ingin bayar lamsam terus pinjaman ni adakah pengiraan kita
ambil prin rm400 x 7tahun sahaja.. bagi kadar int rm360 akan menjadi kosong..

rm63+k / 84 bulan = rm760

(prin rm400 x 84 bulan = rm33600)

(int rm360 x 84 bulan = rm30240)

pembayaran hanya lamsam sebanyak rm33600 kepada cimb sahaja?. sebab


cofuse bagi prin n int tetera di akaun

disitu ada penjimatan sebanyak rm30240 int?

terima kasih tuan.


0

0

Reply to Raja

Mohamad Hafiz Shafie

November 7, 2019

Waalaikumussalam En Raja,

Saya rasa pengiraan En Raja dah betul. Tapi, untuk mahukan kepastian. Saya
nasihatkan En Raja terus jumpa staff CIMB jika En Raja merancang untuk
nasihatkan En Raja terus jumpa staff CIMB jika En Raja merancang untuk
membayar pinjaman rumah lumsump.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Radz
October 14, 2019

Assalamu’alaikum tuan,

Bagaimana saya nak lebihkan bayaran bulanan rumah saya sekiranya cara saya
bayar tiap2 bulan adalah bank akan ambil bayaran secara automatik daripada
akaun bank saya pada kadar yang tetap?


0

0

Reply to Radz

Mohamad Hafiz Shafie


October 16, 2019

Waalaikumusslam En Radzihan,

Caranya ialah En Radzihan perlu buat lumpsump minimum 6 bulan pembayaran.


Kena kumpul sikit-sikit sendiri di akaun lain.


0

0

R l M h d H fi Sh fi
Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Radz
October 16, 2019

Oh. Jadi macamana nak buat pembayaran lumpsump tu? Adakah perlu pergi ke
kaunter bank untuk bayar?


0

0

Reply to Radz

Mohamad Hafiz Shafie


November 2, 2019

Ya betul. Perlu ke kaunter bank.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Zeel Lai
October 11, 2019

Terima kasih, bha.. lama suda azam mau kasi hbis ni tp ndak jugak bhasil. Skrg
suda tau caranya. Thumb up bro..!!

0

0

Reply to Zeel Lai

Mohamad Hafiz Shafie


October 11, 2019

Sama-sama En Zeel Lai,

Untuk nak kan kepastian, En Zeel boleh terus tanya staff bank yang En Zeel buat
loan.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

MUHD HAFIDZ
May 23, 2020

Salam tuan..

Nak tanya boleh tak saya nak apply skim perumahan belia dgn BSN, saya dh
buat loan dgn maybank dan dah start bayar


0

0

Reply to MUHD HAFIDZ


Mohamad Hafiz Shafie
May 25, 2020

Wslm En Hafidz,

Maaf saya tak tahu sangat pasal skim tu, En Hafidz boleh contact BSN direct.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

M. Sofyan
October 4, 2019

Assalamualaikum. Wr.wb, salam sejahterah buat saudaraku ,izin kan saya


berbagi kisah….

Nama saya m. Sofyan, dahulu saya pernah mencanpai sampai titik kesuksesan.
Ya, property milyaran rupiah bahkan mobil2 mewah pun sempat saya miliki. Pada
titik itu, timbul ego dan kesombongan pada diri.. Lalai akan sholat , lalai akan
zakat. Ya allah ampuni diri ini yang lupa akan kuasamu. Ada 3 cabang usaha
yang saya geluti, property (kontraktor), spbu dan pertambangan batu bara.

Saya lahir dalam keluarga yang sangat sederhana bahkan bisa dikatakan miskin,
ibu saya hanya berjualan sayur di pasar, ayah sy hanya buruh serabutan. Pahitnya
hidup masa lalu itu membuat sy sangat ambisi ingin sukses dan bisa

menunjukkan kepada orang2 kalau saya bisa kaya. Dengan kesungguhan hati,
alhamdulillah saya bisa menyelesaikan sarjana di salah satu perguruan tinggi di
jakarta, setelah tamat perlahan saya merintis bidang usaha property kebutulan
mertua saya sudah punya cv dan memang pekerjaan nya adalah mandor
bangunan. Perlahan tapi pasti akhirnya usaha property saya berkembang pesat,
dan dari situ sy mulai membangun usaha lain.

Istidraj adalah kenikmatan yang diberikan allah swt tanpa melalui keimanan dan
syariat yang di kerjakan. Ketika seseorang diberi nikmat berupa rizki yang
melimpah, kesenangan hidup, kesehatan yang terus menerus, panjang umur dan
sebagainya. Namun dengan nikmat tersebut dia semakin jauh dengan allah swt,
maka bisa jadi itulah istidraj yang akan semakin mendekatkan mereka dengan
azab-nya.. Allah kasih kenikmatan duniawi tanpa rasa syukur , membuat saya
lalai akan ibadah, dan hal itu terjadi pada diri saya. Hancur benar hancur, tidak
ada yang tersisa, bahkan semua asset saya jual tidak mencukupi untuk
membayar hutang di bank, perorangan, renternir dll. Ya allah, ampunilah segalah
dosa2 hamba mu yang hina ya rabb. 17 milyar total hutang saya..

Ya allah, posisi lg dibawah, tidak ada satu teman, sahabat pun yang mau
menolong. Bahkan saudara2 menghindar. Dahulu waktu sy sukses semua
memuji semua mendekati, berbagai macam cara sudah saya tempuh mencari
orang pintar, bahkan dalam keadaan kalut sampai saya mengikuti pesugihan, ya
allah sudah jatuh tertimpa tangga, penuh dengan dosa. Saya coba membangun
usaha kembali dengan modal kepercayaan family istri, begitu susah nya ujian ini
ya rabb. Apapun yang saya mulai pasti ujung nya mendapatkan musibah dalam
usaha, gagal total.

Dalam titik ini saya sadar, tiada pertolongan selain kepada mu ya rabb. Ampuni
hamba mu ini ya rabb,kembali ketitik nol!Saya mulai dengan sholat, tidak pernah
saya tinggal, hajad, tahajud, dhuha saya langsanakan. Tidak ada tempat didunia
ini lagi selain sajadah tempat berkeluh kesah…tidak pernah saya tinggal kan
sholat berjamaah di masjid lagi, walapun untuk makan sehari2 saja sy dan istri
harus pinjam sana sini dan berharap belas kasih orang lain…

Suatu ketika, sewaktu saya selesai sholat subuh, ada seorang yang bersurban,
beliau bertanya kepada saya, nak kenapa wajah mu selalu suram dan merenung
seusai sholat. Saya ceritakan semuanya, berliau banyak memberikan nasihat,
wejangan. Lalu saya coba memberani kan diri untuk bertanya, “yai apa amalan
agar saya bisa kembali seperti dahulu ?”Lalu beliau berkata, (dalam bahasa
jawa)” sembahyang shubuh jamaah! Gak usah takok wis nak, setengah tahun ae
rasakno. Lek koe kakehan melarate ketimbang enake saiki” yai ilokno aku. Di
ilokno yai siap aku “koe kudu ngelaksanakno shalat shubuh jamaah. Wes gak
usah takok maneh, muleh!”(“shalat shubuh jamaah! Gak usah tanya lagi nak,
setengah tahun saja rasakan, kalau hidupmu banyakan melaratnya dari pada
enaknya sekarang “. Yai marahin saya, saya siap, “kamu harus melaksanakan
sholat subuh berjamaah. Sudah gak usah banyak tanya lagi, sana pulang!”)
Beliau memberikan saya tasbih dan memberikan ijazah ilmu kepada saya serta
amalan amalan wirid dan zikir.

Alhamdulillah saya lakukan dengan istiqomah. Pesan2 dan amanah beliau saya
kerjakan, nasihat beliau sy laksanakan. Dan alhamdulillah ya rabb, dengan begitu
mudahnya allah swt naik kan kembali derajat saya, derajat keimanan dan derajat
duniawi. Mari saudara2 ku istiqomah dalam ibadah, tiap2 cobaan pasti ada
jawaban dari nya, tinggal kita yang memilih jalannya. Semoga allah selalu
memberikan rahmat dan hidayahnya kepada kita semua amin. Berbuat baik lah.
Salam sejahtera buat sudara2 ku. Wassalamu’alaikum warohmatullahi
wabarokatuh, semoga bisa menginspirasi, say no to riba !.
(msofyan979797@gmail.com)


0

0

Reply to M. Sofyan

Mohamad Hafiz Shafie


October 5, 2019

Terima kasih En Sofyan kerana sudi berkongsi pengalaman yang penuh nasihat.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

M. Sofyan
October 29, 2019
Sama-sama pak Mohammad Hafiz Shafie, itu adalah pengalaman hidup saya
yang sangat berharga.

Makanya saya tidak henti-hentinya untuk selalu menyampaikan/syi’ar tentang


bahaya Riba.

Mudah-mudahan kita semua terbebas dari Riba.


0

0

Reply to M. Sofyan

Mohamad Hafiz Shafie


November 2, 2019

InsyaAllah. Semoga usaha Pak M Sofyan diberkati oleh ALlah.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Lynn
July 31, 2019

Assalamualaikum tuan,

Apa pendapat tuan tentang mortgage Interest system. System ni live &
reschedule utk bayaran bulanan. System ni juga mengurangkan interest dari
bank.
Contoh sekarang Ada balance 33

tahun,system akan reduce ke 23 tahun dan boleh jimat sehingga 20% dari
outstanding sedia ada.

Mohon pandangan tuan


0

0

Reply to Lynn

Mohamad Hafiz Shafie


August 4, 2019

Waalaikumusslam Cikpuan Lynn,

Maaf saya pun baru tahu ada system ni. Sebab lama dah saya kurang ambil
berat pasal hartanah. Pendapat saya, kalau ada sistem yang mengurangkan
interest tu lebih baik. Untuk penerangan lanjut tentang hartanah, Cikpuan Lynn
boleh rujuk dengan guru hartanah saya juga, Dr Azizul Azli dan Tuan Faizul
Ridzuan. Mereka berdualah tempat rujukan saya sebelum saya beli rumah
pertama 3 tahun lalu.

Sekian.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie


Hafiza
July 29, 2019

Assalam tuan, cara2 kat atas tu hanya utk loan full flexi ,semi flexi saja ke?


0

0

Reply to Hafiza

Mohamad Hafiz Shafie


July 31, 2019

Waalaikumussalam Cikpuan Hafiza,

Secara overall. Loan tu ialah untuk loan perumahan. Saya punya loan ialah semi
flexi dengan CIMB.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Hanis
July 19, 2019

Assalam, nak tanya saya buat pinjaman loan rumah dgn cimb, jadi seperti
dinyatakan di atas, bayar princ 6bulan hanya di kaunter , jadi utk stiap 2minggu
perlukah saya bayar lebih? Akan tolak pokok atau interest?


0

0
Reply to Hanis

Mohamad Hafiz Shafie


July 19, 2019

Wsslm En Hanis,

Setakat yang saya tahu baru-baru ini, yang setiap 2minggu tu berkesan dah
untuk bayar lebih. Apa yang En Hanis boleh buat ialah, simpan duit lebihan yang
2minggu tu untuk cukupkan jumlah sebanyak 6 bulan, baru boleh bayar untuk
tolak bahagian pokok.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Noraziwati
July 10, 2019

Assalamualaikum

Saya ada kekeliruan sikit pasal installment rumah.loan rumah(public bnk) atas
nama saya sja…lepas kahwin,husband kuar kn epf utk byr installment…mmg
cakap dekat pegawai epf mcm tu.kami ingtkn lega le..xpyh byr loan…rupa2nya
epf husband hanya utk byr pokok saja..nak reverse diaorang kata x bole dh.

Pas 2bln baru perasan loan rumah x bayar pn.

Persoalan saya yg pertama…betul ke x bole?(bayaran pokok tu tukarkn bayar


installment)

Ke 2-dh jd mcm ni..ada x kelebihan nya bla dh bayar pokok saja…

Mohon penjelasan en hafiz..tq


0

0

Reply to Noraziwati

Mohamad Hafiz Shafie


July 15, 2019

Waalaikumussalam Pn Noraziwati,

Setahun saya, EPF boleh keluarkan untuk bayar deposit (termasuk pokok). Saya
pun guna untuk bayar deposit, bukan untuk bayar bulanan (installment).

Kalau suami puan sudah bayar pokok, maksudnya jumlah loan rumah tu sudah
berkurang dari harga rumah yang sebenar. Itu dikira bagus, sebab interest juga
akan berkurang kalau kita dah bayar pokok lebih.

Terima Kasih


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Ridzuan
December 5, 2019
Untuk deposit boleh, untuk installement pun boleh. Untuk installment pastikan
min utk 6bulan. Kalau baki cukup, EPF akam bayar full, kalau baki kurang,byran
akan dikurangkan.


0

0

Reply to Ridzuan

NIK
July 6, 2019

As salam tuan,

Ada cara ke untuk mempercepatkan bayaran loan kereta or pinjaman peribadi


seperti teknik untuk housing loan di atas ?


0

0

Reply to NIK

Mohamad Hafiz Shafie


July 15, 2019

Wsslm En Nik,

Loan kereta atau loan peribadi tidak boleh guna teknik ni. Itu setakat apa yang
saya tahu dan setakat apa yang saya binang dengan staff CIMB.
Terima Kasih


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Mohd Raffi Hamid


September 23, 2019

Asslm…

Nak tanya..pembayaran langsai pinjaman perumahan…(Hongleong bank) baki


dalam penyata sebnyk 21600..tapi bila

dapat statement dr bank perlu bayar

22600..bukan ke kalau bayar habis jumlah

akan berkurangan..tolak interest dan lain2…terima kasih..


0

0

Reply to Mohd Raffi Hamid

Mohamad Hafiz Shafie


September 24, 2019

En Raffi,

Kalau macam tu En Raffi kena rujuk dengan bank. Saya pun pernah kena
macam ni. Tiba-tiba kita kena bayar lebih. Rupa-rupanya ada cas/kos lain yang
saya kena tambah, yang saya tak perasan.

Terima Kasih

0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Akmal
July 2, 2019

Assalamualaikum Tuan,

9 Cara ni ada baca kat blog lain 5 tahun lepas. Boleh guna lagi ke cara ini untuk
tahun 2019?

sebab apa yang tuan tanya pada CIMB, boleh buat bayaran principal hanya di
kaunter sahaja kan?

jadi bagaimana nak merealisasikan 9 Cara yang tuan kongsikan ni?

Terima kasih


0

0

Reply to Akmal

Mohamad Hafiz Shafie


July 15, 2019
Waalaikumussallam En Akmal,

Saya baru je tanya dengan orang CIMB tentang cara ni, ya ia masih valid untuk
tahun 2019.

Saya tanya CIMB sebab loan rumah saya dengan CIMB. Ya, untuk maklumat dari
CIMB, bayar principal 6 bulan hanya di kaunter. Saya tanya di CIMB Tawau,

CIMB lain saya belum tanya.

Cadangan saya, ada duit lebih. Kumpulkan sehingga duit tu terkumpul 6 bulan
pembayaran. Dan terus bayar sebanyak 6 bulan tu.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

zaki
May 22, 2019

salam boss punya loan variable financing atau flexi punya?


0

0

Reply to zaki

Mohamad Hafiz Shafie


May 22, 2019
Waalaikumusslam En Zaki.

Saya punya housing loan flexi. (=


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Khairul
May 12, 2019

As salam abg….ibu saya membuat pinjaman perumahan di ambank dgn jumlah


rm 65 ribu selama 28 tahun pada tahun 2004….skrg bila saya nk buat full
settlement…bank menyatakan saya perlu bayar sbanyak 93 ribu…saya x brapa
paham dgn konsep pinjaman,blr dan cara pengiraan…..boleh abg bantu saya….


0

0

Reply to Khairul

Mohamad Hafiz Shafie


May 14, 2019

Waalaikumussalam En Khairul,

Mungkin betul tu orang bank bagitahu. En Khairul boleh mintak dengan bank
untuk statment En Khairul. Secara kasarnya, kalau loan rumah RM100k, jumlah
total yang kita kena bayar ialah RM200k. Hampir 2 kali ganda juga, disebabkan
housing loan intrest tu tadi. Kalau En Khairul nak lebih jelas, En Khairul mintak
dengan pihak bank stament yang mak En Khairul dah bayar. Sebab lain bank lain
juga intrestnya.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

hafiz
May 3, 2019

Assalamualaikum

Saya selalu guna online untuk kurangkan principal bank sotong, cuma kena
kumpul 6 bulan 6000 tu tak faham pulak tuan


0

0

Reply to hafiz

Mohamad Hafiz Shafie


May 3, 2019

Waalaikumussalam En Hafiz,

Yang 6 bulan tu saya personally pergi tanya staff bank sotong. Kena cukuppkan
6 bulan payment. Bukan RM6000. Kalau En Hafiz bayar bulanan biasa RM500
kepada bank. Maksudnya, minimum RM3000 ke bayar cash di kaunter untuk
kurangkan principal. Itu yang saya dah confirm dengan staff CIMB Tawau. Saya
rasa CIMB lain pun mesti sama je.


1

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

RH
April 30, 2019

Macam mana kalau bayar rumah melalui auto deduct setiap bulan? still sama
ke?


0

0

Reply to RH

Mohamad Hafiz Shafie


May 2, 2019

Pn RH,

Saya dah pernah bertanya kepada pegawai bank. Untuk gunakan teknik ini, kita
mesti bayar di kaunter. Bergantung kepada setiap bank. Untuk CIMB, kita perlu
kumpul payment lumsump 6 bulan, untuk bayar kurangkan pokok. Maksudnya,
kita mesti kumpul dulu duit sendiri sebanyak 6 bulan pembayaran, barulah bayar
kepada bank untuk kurangkan pokok.

0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Wawa
February 17, 2019

Teknik byr lebih diatas boleh guna Tak utk loan kereta


0

0

Reply to Wawa

Mohamad Hafiz Shafie


February 18, 2019

Cikpuan Wawa,

Teknik ni hanya untuk loan rumah. Loan kereta tak sama dengan loan rumah.
Loan kereta bayar lebih pun tidak berkurang jumlah interest.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie


Bachtiar R. Pudya
February 1, 2019

Terimakasih berbagi ilmu nya tuan Shafie


0

0

Reply to Bachtiar R. Pudya

Mohamad Hafiz Shafie


February 1, 2019

Sama-sama Pak Bachtiar R. Pudya. Semoga memperoleh manfaat.


0

0

Reply to Mohamad Hafiz Shafie

Add your comment...

Subscribe to comments

Artikel Berkaitan

September 7, 2021

Sifu Hartanah Penipu? Atau Kita Yang Silap?


Sifu Hartanah Penipu? Atau Kita Yang Silap?

March 31, 2020

Cara Memanfaat Moratorium Bagi Yang Tak Terjejas Sumber Pendapatan

October 5, 2019

10 Kritiria Rumah Terbaik Untuk Pelaburan

September 17, 2019

Perbandingan Antara Emas Dengan Hartanah

February 19, 2019

2 Kerugian Beli Rumah Yang Paling Mampu

January 14, 2019


Apabila Melabur Sebab Ikut-ikut, Tiada Masalah Cari Masalah

Mohamad Hafiz Shafie

Saya dealer Public Gold aktif di dalam G100 Network, iaitu group dealer
Public Gold paling aktif dan cepat berkembang di Malaysia, yang dipimpin
oleh En Mohd Zulkifli Shafie (penulis buku Wang Emas).

FO L LOW S AYA

Perkongsian Saya di Youtube

Dealer Public Gold Malaysia Mohamad Hafiz Shafie


Beza Emas 916 dan Emas 999. Emas…
Emas…

Cara Beli Emas Public Gold 2021

Apa itu EPP Public Gold


Apa itu GAP Public Gold

FB Live Saya

G100 TalkShow - Lepas Raya Ikat Perut?


(FB Live) Rahsia Dealer Public Gold, Bebas Kewangan Dalam Masa …

PERCUMA!

Dapatkan Update Terkini Dari Blog Saya 

Nama

Email
YA, SAYA NAK

Copyright 2022 HafizShafie.Com - Website ini adalah hak milik mutlak Mohamad Hafiz bin
Shafie

Anda mungkin juga menyukai