Anda di halaman 1dari 16

Pernafasan adalah asas kehidupan.

Bila manusia berhenti bernafas, itu adalah saat


awal kematiannya. Walaupun nafas adalah ciri penting kehidupan, ramai lelaki
sebenarnya bernafas dengan cara yang salah. Pada zaman moden ini ramai lelaki
mempunyai masalah stamina tenaga batin akibat tidak mempraktikkan cara bernafas
yang betul.
Menurut pengetahuan silam, rahsia nafas terletak pada Rahim atau Hara atau Tan Tien
iaitu kawasan perut yang berada kira-kira dua inci di bawah pusat dan dua inci dari
permukaan perut (tempat orang Islam letakkan telapak tangan ketika berdiri dalam
solat).
Perhatikan cara berpakaian lelaki zaman silam. Mereka memakai bengkung, dan
bengkung ini mengikat bahagian Rahim atau Hara atau Tan Tien ini. Tenaga batin yang
seimbang disimpan di sini dan dengan cara tertentu tenaga ini boleh dikumpul dengan
banyak dan digunakan di masa perlu oleh seseorang lelaki. Tenaga batin yang
mencukupi bukan saja diperlukan untuk bekerja mencari nafkah tapi juga ketika
bertarung dan (ini tentu anda suka) ketika memadu kasih bersama isteri.

Apok adalah satu cara pernafasan dalam. Ia amat berguna bagi kesihatan badan,
stamina dan ketahanan suami ketika di ranjang. Stamina yang berpanjangan dan tidak
mudah merasa lelah adalah ciri lelaki yang gagah bertenaga.

Sistem pernafasan Apok ialah salah satu kaedah yang elok


dipraktikkan bagi membina ketahanan anda sebagai suami dan ianya berguna bagi
menjayakan sebarang kerja yang memerlukan banyak tenaga.

Dikatakan bahawa jika sistem pernafasan ini telah biasa dipraktikkan, udara yang tinggal
dalam rongga jantung semasa menahan nafas adalah amat sedikit kerana ia telah
meresap ke badan menjadi tenaga. Pada masa menahan nafas inilah pernafasan sel
berlaku atau ia dipanggil juga sebagai pernafasan rahim atau pernafasan kulit.

Sekiranya anda dapat lakukan ia pada setiap pagi itu lebih baik, namun jika tidak ada
kesempatan, bolehlah lakukan ia setiap 3 hari sekali. Ia boleh juga dilakukan di waktu
malam tetapi tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan anda sukar untuk tidur
lantaran jantung jadi lebih aktif dan perjalanan darah menjadi deras. Peluh akan
memercik di badan semasa melakukannya dan stamina akan meningkat hari demi hari,
insyaAllah.

Lakukan langkah berikut untuk menjayakan Apok Persemadian:

(1) Duduk bertinggung dengan berdiri di atas jari-jari kaki dan seimbangkan badan
sebagaimana ilustrasi. Tegakkan badan anda, bahu anda perlu sejajar.

(2) Tarik nafas dalam-dalam, teruskan menghela nafas hingga anda rasa tidak mampu
lagi menghelanya.

(3) Tahan nafas itu hingga anda tidak mampu lagi untuk menahannya.

(4) Hembuskan nafas itu dengan perlahan-lahan hingga anda tidak mampu lagi
menghembusnya.

(5) Tundukkan kepala anda perlahan-lahan serentak dengan hembusan nafas.

(6) Ulangi.

Nota: Sekiranya anda mengidap pitam-pitam atau masalah jantung, jangan lakukan
Apok. Bagi yang baru mencubanya, jangan paksa untuk menyedut, menghela dan
menghembus nafas. Lakukan setakat yang anda mampu dulu.

Bagi anda yang menghisap rokok atau yang tinggal di bandar-bandar besar atau
berhabuk terutama Kuala Lumpur, sila amalkan Apok (lakukan 'indoor') dan jangan lupa
untuk minum segelas air masak mati ketika bangun tidur dan ketika hendak tidur. Ini
petua tradisional.
Setelah mengamalkan Apok, anda akan dapat rasai kelainannya. Nafas anda akan
terasa lapang dan anda akan jadi lebih ceria. Cuma saya pesan agar anda sentiasa
cuba seimbangkan tubuh anda bila berdiri, duduk mahupun baring. Elakkan dari
miring atau bersandar kerana anda akan kehilangan banyak tenaga akibat kedudukan
Rahim, Hara atau Tan Tien yang 'off-balance'. Jadikan kawasan Rahim, Tan Tien atau
Hara ini 'center of gravity' anda. Amalkan bernafas menggunakan perut, bukan dada.
Mudah-mudahan kaedah ini dapat membantu anda yang sering merasa lemah dan
kurang bermaya serta membantu ke arah kebahagiaan rumahtangga.
Dalam masyarakat Melayu silam, sesiapa yang mahu berkahwin akan berguru selama
kira-kira 3 bulan, dan antara yang diajarkan ketika berguru itu ialah Senaman Harimau
dan Kucing, atau ada juga yang menamakannya Senaman Tenaga Batin.

Dalam konteks pengetahuan seks tradisional Melayu, istilah tenaga batin lebih sesuai
digunakan berbanding tenaga dalam kerana istilah tenaga dalam banyak digunakan
dalam bidang persilatan dan perubatan tradisional. Saya sendiri telah bertanya dan
belajar mengenai Senaman Harimau ini secara lisan dan melihat gerakan-gerakan dari
berbagai sumber yang berlainan. Oleh itu, sebagai permulaan artikel ini, saya akan
bercerita sedikit beberapa kisah benar mengenai keberkesanannya.

Seorang dari pengamal Senaman Harimau dan Kucing (sekarang sudah pulang ke
rahmat Allah) adalah anak seorang pawang yang terkenal di zaman dahulu dan
bapanya itu pernah mengubati seorang bintang filem yang ulung di Malaysia. Beliau
sendiri mempunyai susuk tubuh yang cantik seperti orang muda walaupun usia beliau
sudah 60 tahun kali terakhir saya temui beliau pada tahun 2005. Beliau telah
mengesahkan bahawa Senaman Harimau adalah merupakan amalan orang-orang
Melayu dahulu untuk menjaga kesihatan tenaga batin. Beliau mengakui bahawa
gerakan yang telah saya pelajari itu 'banyak'.

Saya juga telah mempelajari berbagai petua dari beliau. Saya juga rapat dengan
seorang lagi pengamal Senaman Harimau dan Kucing yang belajar langsung dari
seorang tua yang kebetulan bapa saudaranya (telah lama pulang ke rahmat Allah ketika
berusia 125 tahun). Beliau telah mempelajari gerakan tersebut satu persatu, dan telah
menyatakan kepada saya bahawa pada zaman dahulu, biasanya Senaman Harimau ini
diperturunkan hanyalah sekadar 2 atau 3 gerakan saja bagi yang bertanya tentangnya.
Selebihnya adalah dalam simpanan guru.

Namun, kisah yang paling menarik ialah kisah benar seorang lelaki yang mahu
berkahwin tetapi usia beliau ketika itu 30'an tahun. Sebelum itu beliau sibuk belajar di
universiti dan bila tamat terus bekerja. Ibu beliau (itulah kelebihan orang tua-tua)
mengetahui bahawa anaknya itu ada masalah seksual. Oleh kerana itu, dengan
pertolongan si ibu, beliau telah dihantar untuk belajar dengan seorang tua di sebuah
negeri. Beliau belajar Senaman Harimau dan Kucing (yang tidak diiringi nafas dalam
gerakannya). Setelah mempraktikkan senaman itu sebulan dua, beliau sendiri mengakui
kepada saya bahawa keadaan kesihatan seksual beliau adalah jauh lebih baik dari
sebelumnya.

Oleh kerana gembira dengan perkembangan diri beliau itu dan tahu bahawa saya juga
mengamalkan Senaman Harimau dan Kucing, beliau telah melakukan demonstrasi
gerakan senaman yang dipelajarinya. Saya dapati bahawa gerakannya serupa dengan
yang saya ketahui. Saya juga dapati dia dapat melakukan segala pergerakan itu dengan
mudah kerana ia tidak diiringi dengan tarikan nafas. Lalu saya pun melakukan
demonstrasi gerakan yang sama dengan menggunakan tarikan nafas kemudian
menyuruh beliau melakukannya pula. Ternyata beliau menghadapi kesukaran untuk
mencapai tahap yang telah dicapainya ketika tidak menggunakan tarikan nafas.

Setelah itu beliau telah mengamalkan Senaman Harimau dan Kucing menggunakan
tarikan nafas sebagaimana yang telah saya ketahui. Seorang lagi ialah penuntut
universiti. Beliau adalah anak seorang yang punya pangkat tinggi dalam jabatan agama
yang baru saja berkahwin. Dalam kesempatan bertemu hanya sebentar dengan saya itu
beliau menceritakan bahawa beliau menghadapi masalah pancutan awal (premature
ejaculation). Saya berkata cubalah Senaman Harimau (sebagai permulaan) dan telah
menyatakan kepadanya bahawa itu semua ada panduannya dalam buku saya.
Beberapa bulan kemudian beliau telah kirim salam kepada saya dan menyatakan
bahawa beliau sudah sembuh dan isteri beliau sudahpun hamil. Alhamdulillah.

Banyaklah lagi kisah-kisah mengenai Senaman Harimau dan Kucing ini. Antara yang
saya fikir elok dicatat ialah mengenai seorang rakan saya yang setiap hari makan pil
kerana darah tinggi. Di Cameron Highlands, sekumpulan kira-kira 20 orang rakan-rakan
saya meminta saya ajarkan gerakan Senaman Harimau dan Kucing. Saya tunjukkan
kebanyakan dari gerakan-gerakan dan mereka semua mengikut gerakan itu. Ada yang
dapat melakukannya dengan mudah, ada pula yang agak bermasalah kerana tubuh
keras (tidak lentur). Saya nasihatkan agar jangan dipaksa tubuh itu, buat sekadar yang
termampu saja dulu. Bila sudah biasa, akan lebih mudahlah melakukannya.

Apa yang menarik ialah mengenai kawan saya yang berpenyakit darah tinggi itu. Dia
sendiri mengakui kepada saya (setelah 2 atau 3 hari mengamalkan senaman itu)
bahawa dia tidak makan pil (yang sepatutnya dimakan setiap hari) dan dia boleh naik
dan turun tangga (di situ banyak tangga) dengan tidak rasa penat sepertimana
kebiasaannya. Saya pun berkata Alhamdulillah. Tapi sayangnya ramai orang tidak betul-
betul mengamalkan apa yang diketahuinya, setelah beberapa lama, saya dapat tahu
darinya sendiri bahawa dia 'tidak sempat' mengamalkan gerakan senaman itu kerana
'sibuk'.

Saya tidak menyatakan di sini bahawa Senaman Harimau dan Kucing mampu
mengubati penyakit darah tinggi (mungkin apa yang berlaku pada kawan saya itu suatu
kebetulan saja), tapi Senaman Harimau dan Kucing dapat membuat tubuh anda lebih
sihat kerana perjalanan darah dan pernafasan lebih lancar. Ada juga seorang yang
gemar bersukan bertanya kepada saya apa bezanya Senaman Harimau dan Kucing ini
berbanding senaman pemain bola atau pesilat? Saya menjawab bahawa setakat yang
saya ketahui, tujuannya berbeza dan disiplinnya juga berbeza walaupun semua
senaman bertujuan menyihatkan badan.
Anda perlu cuba Senaman Harimau dan Kucing dan lihat perbezaannya terhadap
kemampuan seksual anda.

Biarlah saya catat setakat ini dahulu, saya telah kongsikan kepada anda apakah
Senaman Harimau dan Kucing ini benar-benar telah diamalkan oleh orang-orang
Melayu dahulu atau tidak, dan adakah ianya mempunyai kesan positif terhadap
kesihatan batin seseorang lelaki. Sesiapa yang telah mengamalkan senaman ini
(setakat yang saya tahu, ramai yang mengamalkannya) tentu tahu khasiatnya dan boleh
mengesahkannya.

Harian Metro pada 20 Mei 2006 telah menyiarkan kisah Pok Jeng melakukan gerakan
Senaman Kucing. Pok Jeng pernah mengahwini 30 wanita, kini usia beliau 78 tahun.

Timbullah persoalan iaitu: Adakah lelaki yang mengamalkan Senaman Harimau dan
Kucing menjadi amat kuat tenaga batinnya hingga dia akan berkahwin lebih dari satu?
Dan kalau tidak berkahwin lebih dari satu, adakah dia akan menjadi lelaki yang 'gatal'?
Atau, adakah Senaman Harimau dan Kucing ini mempunyai kesan negatif terhadap cara
berfikir dan bertindak seorang lelaki hingga dia tidak lagi mampu berfikir dengan waras?
Atau apakah sebenarnya rahsia Senaman Harimau dan Kucing ini dalam membentuk
cara seseorang lelaki berfikir dan bertindak?

Persoalan sama ada anda akan berkahwin ramai atau tidak, itu hanyalah soal jodoh.
Tidak semestinya orang yang berkahwin ramai itu kuat tenaga batinnya dan tidak
semestinya orang itu mengamalkan Senaman Harimau dan Kucing. Ada beberapa
orang tua yang saya temui (kerana mereka berpoligami) tidak tahu pun mengenai
Senaman Harimau dan Kucing. Dan sesiapa yang mengamalkan Senaman Harimau
dan Kucing tidak semestinya akan berkahwin ramai atau lebih dari 4 (mengumpul 4 isteri
dalam satu masa).

Dalam soal berumahtangga, yang penting ialah sama-sama membentuk kebahagiaan


rumahtangga yang dibina itu dan jika boleh, kekal bersama pasangan anda seumur
hidup walaupun perlu menempuh berbagai pancaroba. Ini kerana perkahwinan bukan
untuk berseronok tetapi untuk bertanggungjawab dan untuk membina dan mengekalkan
kebahagiaan. Itulah yang lebih bermakna dan lebih dihargai sebenarnya. Seorang lelaki
mungkin mudah bercerai sebab kurang sabar, dan mungkin mudah melafazkan cerai
hanya kerana pergeseran kecil dalam rumahtangga. Saya tidak mahu menulis
kenyataan-kenyataan yang mungkin menyinggung sebahagian lelaki, tapi percayalah,
yang penting dalam hal bersuami isteri ialah banyak bersabar, dan itulah antara ciri-ciri
jejaka tulen (gentleman).

Berbalik kepada Senaman Harimau dan Kucing. Dalam akhbar Metro tersebut telah
dipaparkan 2 gerakan Senaman Kucing di mana satu gerakan darinya adalah sukar dan
hanya mampu dilakukan oleh yang berpengalaman. Semua gerakan itu akan saya
perincikan dalam artikel-artikel yang akan datang. Tapi saya akan menulis mengenai
Senaman Harimau terlebih dahulu. Mengenai rahsia Senaman Harimau dan Kucing,
sebenarnya ia baik untuk kehidupan anda keseluruhannya. Selain dari sihat tubuh
badan dan berstamina, sebenarnya tenaga batin ini (sexual energy) jika mencukupi dan
kuat, akan dapat ditukarkan kepada tenaga kreatif (creative energy) dan tenaga ini
dapat digunakan untuk mencipta atau sekurang-kurangnya menjadi inovatif
(penggubah). Ianya bukan bermaksud anda jadi orang seni, tetapi ia membantu anda
untuk menghidupkan kembali 'child-brain' (otak kanak-kanak). Ini adalah pemikiran
peneroka dan perintis, bersemangat waja, tidak takut gagal, inisiatif tinggi, tidak mudah
putus asa. Sebenarnya ramai orang sudah menyisihkan 'child-brain' dari dalam dirinya
dan hanya menggunakan 'adult-brain' yang banyak pantang dan larang, menyebabkan
hati jadi kecil, takut bertindak dan takut membuat keputusan, menerima apa yang ada
saja tanpa berfikir jalan baru atau jalan lebih baik untuk menyelesaikan sesuatu
masalah, suka menerima arahan dan memilih jadi pengikut.

Benarkah apa yang saya catat itu? Anda boleh mengkaji hal ini dengan lebih lanjut jika
anda mahu. Tahukah anda orang-orang memilih untuk menjadi pemimpin itu biasanya
mempunyai tenaga batin yang tinggi dan selalu kelihatan tenang, dapat menyelesaikan
masalah dengan mudah, ceria dan bertenaga? Ilmu yang dipelajari seharusnya
digunakan untuk tujuan kebaikan. Jika anda punya ilmu seni menggunakan pisau, anda
patut gunakan ia untuk manfaat ramai manusia, bukan untuk membunuh manusia.
Senaman Harimau dan Kucing juga begitu keadaannya.

Saya teruskan lagi dengan kaedah gerakan Senaman Harimau dahulu iaitu asas-asas
gerakan pernafasan. Gerakan yang diiringi nafas adalah lebih sukar dilaksanakan
tetapi lebih berkesan. Bagi anda yang baru mencuba gerakan ini, bolehlah
melakukannya tanpa iringan nafas dan bila sudah selesa lakukan pula beserta dengan
nafas. Nafas dalam konteks kesihatan tenaga batin atau tenaga dalam bukan terdiri dari
tarikan nafas dan hembusan nafas saja tetapi ianya terdiri dari empat peringkat iaitu
tarikan nafas, menahan puncak tarikan nafas, hembusan nafas dan menahan
puncak hembusan nafas. Dari segi ilmu pernafasan kuno dan Senaman Harimau ini,
nafas bukan saja keluar masuk melalui hidung atau mulut tetapi ia juga keluar masuk
melalui liang-liang roma. Kerana itu, menahan puncak tarikan nafas dan menahan
puncak hembusan nafas diutamakan dari semata-mata menarik dan menghembuskan
nafas kerana punya rahsia dan kelebihannya yang tersendiri.

Apabila mempraktikkan pernafasan, nafas ditarik dengan dalam menggunakan hidung


dan ianya ditarik dengan perlahan-lahan hinggalah ia memenuhi rongga jantung anda.
Tarikan nafas seharusnya menggunakan perut, iaitu dengan cara mengembungkan
perut anda dan menolak diaphram anda ke bawah. Ia bermanfaat mengurut jantung
dan apabila anda tidak mampu lagi menarik nafas kerana rongga jantung sudah penuh,
anda sampai ke tahap puncak tarikan nafas. Saat puncak tarikan nafas inilah yang
dianggap penting dalam Senaman Harimau dan Kucing kerana gerakan senaman
akan bermula pada masa ini, sambil nafas ditahan dan dengan menggunakan minda,
anda menyalurkan tenaga batin kepada anggota-anggota tertentu yang digerakkan itu,
atau ke mana-mana anggota yang anda mahu, lalu anggota itu menjadi lebih panas
berbanding sebelumnya kerana sebahagian dari tenaga batin itu bertukar menjadi
tenaga haba. Jika anda teliti, ini adalah proses menahan nafas yang agak lama, dan
menurut ilmu pernafasan kuno, di masa inilah kulit atau liang roma kita berpeluang
bernafas dan udara keluar melalui liang-liang roma. Apabila selesai gerakan senaman,
nafas akan dihembus dengan perlahan-lahan juga sambil anggota anda kembali
kepada posisi sebelum gerakan senaman itu dilakukan. Ianya dilakukan dalam gerakan
perlahan (slow motion). Jika anda pernah melihat senaman Tai Chi, mungkin anda
faham apa yang dimaksudkan dengan gerakan perlahan ini. Nafas terus dihembus
keluar sedikit demi sedikit hinggalah rongga jantung anda sudah ketandusan udara.
Hembusan nafas dilakukan dengan perut juga, iaitu mengempiskan perut anda,
mengurut dan menolak diaphram anda ke atas. Nafas yang dihembus hingga tandus
ini berfungsi membuang segala kotoran atau gas-gas beracun yang dapat
dikumpulkan semasa menahan nafas sambil melakukan gerakan senaman tadi. Malah
ianya berfungsi membuang udara kotor yang terperangkap di kala anda tidur,
menggantikannya dengan udara bersih, lantas membersihkan darah. Kerana itulah,
anda perlu menahan puncak hembusan nafas itu sekadar 4 saat atau lebih lama, jika
anda sudah berpengalaman. Sebagaimana juga halnya apabila anda diurut,
keberkesanan senaman dapat dikenalpasti apabila anda sendawa atau buang angin
setelah selesai senaman jika tubuh anda punya banyak angin yang terperangkap.
Setelah itu anda akan merasa bahawa pernafasan anda menjadi lebih lancar,
kerongkong terasa lega, aliran darah lebih lancar, daya sedar akan meningkat, muka
akan lebih berseri dan lebih merah, otot-otot lebih bertenaga dan tenaga batin akan
meningkat, insyaAllah. Dalam ilmu pengetahuan Cina dan Jepun kuno, aliran
pernafasan dan aliran darah yang lancar inilah yang diibaratkan sebagai air pancutan
dari mata air yang sentiasa memancar dan tenaganya disimpan di Hara atau Chi atau
Ki, iaitu bahagian perut di bawah pusat kita, tempat di mana kita letakkan tapak tangan
ketika berdiri dalam solat. Menurut ilmu pengetahuan India kuno pula, tenaga batin yang
terhasil inilah yang dipanggil Kundalini atau Ular Melingkar atau The Coiled Serpent.
Tempatnya berada di celah kelengkang anda iaitu di salah satu dari tujuh cakra yang
ada di tubuh manusia, dan cakra ini mengeluarkan cahaya merah. Ini adalah tubuh
aural dan bukan tubuh fizikal. Orang yang punya tenaga batin lebih kuat, auranya lebih
terang bercahaya. Ada guru yang menyarankan agar lelaki memakai seluar dalam
merah untuk menyelaraskan gelombang tenaga cakra ini (lepas ini tentulah emporium
serata negara kehabisan seluar dalam merah).

Perlu untuk saya catat petua-petua berikut untuk diamalkan oleh pengamal Senaman
Harimau dan Kucing. Ianya adalah mengenai masalah seksual itu sendiri. Ada yang
mengamalkan senaman dalam keadaan tenaga batin yang tidak bermasalah, tapi ada
juga yang bermasalah dan mengamalkan senaman sebagai salah satu usaha
pengubatan. Kerana itu saya tuliskan ini bagi membantu yang bermasalah dan
sebagai bonus kepada semua pembaca. Ada dua masalah seksual paling utama yang
dihadapi oleh orang lelaki iaitu pancutan terlalu awal dan lemah tenaga batin.
Masalah pertama banyak melanda golongan muda yang baru berkahwin sementara
masalah kedua pula banyak melanda golongan yang sudah berumur.

Masalah kedua itu juga melanda orang-orang yang mengidap kencing manis
(kandungan gula dalam tubuh terlampau tinggi dan bila dilanda masalah ini, biasanya
dia juga mengidap darah tinggi dan lemah jantung). Walaupun ramai lelaki yang
menghadapi masalah ini (dianggarkan 2 juta penduduk di Malaysia hari ini mengidap
lemah tenaga batin atau masalah kesuburan) jaranglah lelaki itu mahu berjumpa tabib
atau doktor untuk mendapat rawatan. Kali ini saya akan catatkan petua-petua tradisional
yang diharap dapat membantu. Saya mulakan dengan masalah pancutan awal. Ini elok
dibaca oleh orang muda yang bakal berkahwin dan yang berkahwin tapi menghadapi
masalah ini:
MASALAH PANCUTAN AWAL

Pancutan terlalu awal itu dari sudut tradisional Melayu dapat dibahagikan kepada dua
jenis iaitu:

1. Terdampar Dipantai - terpancut sebelum sempat buat apa-apa pun.

2. Tenggelam Dipukul Ribut - terpancut setelah tidak sampai dua minit berdayung dari
mula berdayung. Lebih cepat seseorang lelaki itu merasa ghairah, lebih cepatlah air
maninya akan terpancut. Lebih kerap dia minum air batu, makanan yang 'tajam',
makanan sejuk dan minuman bergas, lebih cepatlah habis cerita. Amalan pemakanan
dan pernafasan adalah cukup penting dijaga selain dari melakukan Gerakan Senaman
Harimau dan Kucing.

MASALAH LEMAH TENAGA BATIN

Semua lelaki akan mengalaminya walaupun anda amalkan Senaman Harimau dan
Kucing. Ia boleh berlaku jika anda tidak menjaga amalan pernafasan dan pemakanan,
atau ketika tubuh anda terlalu letih, atau ketika anda sakit. Walaupun begitu, lemah
tenaga batin bagi orang normal berlarutan selama 2 atau 3 hari saja. Masalah lemah
tenaga batin menurut pengetahuan tradisional boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Malu Melawan - zakarnya boleh mengeras tapi tidak sampai ke tahap secukupnya.
Ada tahap cukup untuk melakukan dayungan jima' tapi ada tahap yang tidak mampu
melakukan dayungan kerana terlalu lembik. Ada juga keadaan bila mana zakar boleh
keras dengan baik ketika bangun tidur tapi bila mahu bersama isteri di ketika yang lain,
ia malu-malu dan tidak berfungsi dengan baik.

2. Mati Pucuk - zakar tidak melawan langsung walaupun puas dirangsang, dan ia
berlarutan sekian lama. Menurut pengetahuan Melayu tradisional, masalah lemah
tenaga batin dan masalah pancutan mani terlalu awal boleh dikategorikan ke dalam
kategori yang sama kerana tidak mampu berjima' dengan baik apatah lagi
memuaskan isteri. Malah kedua-dua ini ada kaitan juga dengan kesediaan mental dan
kesihatan tubuh badan anda.

PETUA-PETUA MENJAGA KESIHATAN TENAGA BATIN


Ada petua-petua tradisional yang mudah untuk anda amalkan jika anda menghadapi
masalah ini. Ianya seperti berikut:

1. Amalkan cara bernafas yang betul. Bila bernafas, pastikan anda bernafas penuh,
tarik dalam-dalam dan hembus habis-habis, jangan bernafas separuh saja.

2. Tidur dan rehat secukupnya. Jangan berjaga hingga lebih dari jam 2 pagi. Jika anda
mahu bangun untuk tahajjud, tidur dulu dan bangun sekitar jam 3 ke 4 pagi. Sekarang ini
musim demam bola, sesiapa yang gila bola akan dapat merasakan betapakah prestasi
seks mereka di musim ini.

3. Makan makanan yang segar, jangan terlalu kerap makan daging. Elakkan minum
minuman bergas, makanan dalam tin, makanan yang diawet atau disembur baja kimia
atau racun kimia. Elakkan semua bekas aluminium. Kurangkan gula dari makanan dan
minuman. Banyakkan minum air masak.
4. Amalkan melatih Otot Kemutan anda. Bila buang air kecil, cuba tahan, lepaskan
kemudian tahan lagi, lepaskan. Buat berulang kali. Jika anda terasa mahu buang air
kecil, jangan tunggu lama-lama kerana ia memudaratkan.

Bagi anak-anak muda, anda dinasihatkan agar menjauhi semua najis dadah dan arak
kerana ia akan menyebabkan berbagai masalah terhadap kesihatan dan kemampuan
seksual anda. Ini kerana fitrah manusia itu dijadikan untuk makan segala jenis makanan
yang baik tersedia di bumi Allah ini. Rahsianya terletak pada kesederhanaan dalam
kandungan khasiat makanan yang baik ini. Semua makanan yang merbahaya telah jelas
diharamkan dalam Islam. Oleh itu setiap Muslim sebenarnya sepatutnya lebih mudah
menjaga kesihatan dan lebih sihat berbanding bukan Muslim jika kita mengikut cara
pemakanan yang betul.

Saya catatkan perkara di atas kerana saya fikir mungkin ramai yang menyangka
bahawa Senaman Harimau dan Kucing itu sudah tentu menjadikan tenaga batin anda
kuat. Jika anda memang sihat, kesannya insyaAllah akan positif. Tapi jika anda tidak
menjaga aspek-aspek kesihatan yang lain, ia tidak mampu mendatangkan kesan yang
anda harapkan.

Saya ingin berpesan kepada anda agar memulakan gerakan senaman ini dengan
membaca Basmalah dan kemudian diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad
s.a.w. Ianya bukan syarat, tetapi satu saranan, mudah-mudahan apa yang anda lakukan
itu diberkati Allah dan mujarab. Satu lagi pesanan saya, janganlah anda gunakan ilmu
pengetahuan ini untuk melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan suruhan
Islam. Ianya hanyalah semata-mata untuk amalan anda sebagai suami (atau bakal
suami) bagi menjaga kelelakian anda kerana itu adalah antara asas paling penting
dalam melaksanakan nafkah batin terhadap isteri anda. Anggaplah ini suatu usaha dari
pihak suami untuk (insyaAllah) menjamin kepuasan isteri dan menjadi salah satu
rempah-ratus kebahagiaan rumahtangga.

Memanglah tidak dapat dinafikan bahawa kebahagiaan rumahtangga bukan terletak


pada kemampuan seks semata-mata (kerana jika terlalu fokus pada seks ia boleh
menyebabkan isteri anda rasa tersiksa pula) tapi hubungan seks suami isteri adalah
sebahagian dari ciri penting kehidupan berumahtangga.

Bagi anda yang baru berumahtangga, masalah yang sering kedengaran dan menjadi
rungutan ialah pancutan awal (air mani terpancut belum sampai 2 minit melakukan
hubungan kelamin atau telah terpancut sebelum melakukan hubungan kelamin). Ini
adalah suatu fenomena yang mendukacitakan pihak isteri apatah lagi suami. Bagi
sesiapa yang mahu berumahtangga dalam masa terdekat ini, saya berikan beberapa
petua di sini:
PETUA MENANG DI MALAM PERTAMA

Sebagai usaha agar anda tidak 'kalah' di malam pertama bersama isteri (terpancut
terlalu awal), lakukan petua ini sehari sebelum malam pertama (pada siang sebelum
malam pertama pun boleh, tapi mungkin pada hari itu anda terlalu sibuk). Petuanya
ialah:

1) Cari sebiji kelapa muda yang penuh airnya. Tandanya ialah jika anda goncang kelapa
itu, tiada bunyi airnya berkocak. Potong sebelah atas kelapa itu dan tebuklah lubang di
tempurungnya sebab anda akan minum airnya.

2) Berdiri. Pegang kelapa yang sarat airnya itu. Bawa kelapa itu ke mulut anda. Baca
Basmalah dan Selawat. Niatkan dalam hati anda bahawa anda mahu 'berubat'
menggunakan air kelapa itu. Tarik nafas anda tapi jangan hingga penuh sangat, sekadar
separuh rongga jantung anda.

3) Tegakkan kepala anda (dongak) dan teguklah air kelapa itu hingga habis. Lakukan ia
dalam satu nafas saja. Hati-hati jangan sampai tersedak kerana jika itu berlaku ianya
akan membahayakan paru-paru anda. Sekiranya anda tidak terdaya melakukannya
dalam satu nafas, bolehlah dalam dua nafas tapi sebaik-baiknya dalam satu nafas.

4) Ingat bahawa semasa meneguk itu, kepala anda semakin didongakkan. Dalam
ertikata lain, semakin lama leher anda semakin lurus dan kepala anda semakin terhantar
ke belakang. Pastikan badan anda terus tegak.

AMALAN MEMINUM AIR MASAK MATI

Mudah-mudahan, ianya bermanfaat dari segi melegakan kerongkong anda,


melancarkan pernafasan anda, dan kerana itu akan melancarkan juga aliran darah
anda. Kemudian, jika boleh pada setiap pagi, minumlah air masak mati dengan keadaan
tubuh anda dalam keadaan seperti merangkak (atau boleh juga berdiri dan teguklah air
dari gelas itu sambil meluruskan leher anda, lakukan tegukan dalam satu nafas). Paling
kurang pun, amalkanlah minum air masak mati ini sebelum tidur dan di waktu pagi
sebaik saja bangun tidur.

RAHSIA AIR TELAGA KAUTSAR

Ada orang tua-tua berpesan bahawa pada setiap manusia ada 'Air Telaga Kautsar' iaitu
air yang turun dari bahagian atas kerongkongnya, rasanya manis. Ianya turun sedikit-
sedikit. Air ini akan turun bila hujung lidah ditongkatkan ke langit-langit, dan akan turun
bila kita tidur di waktu malam. Kerana itu orang tua-tua dahulu akan memaksimakan
manfaat Air Telaga Kausar ini. Bagi perempuan, mereka akan ambil 'air liur basi' ini dan
sapukan ke muka untuk menaikkan seri muka dan awet muda. Bagi lelaki pula, mereka
akan minum air masak mati sebelum gosok gigi dengan keadaan mendongak tadi. Air
Telaga Kautsar ini bermanfaat dalam menjadikan lelaki lebih bertenaga dan tahan lama.
Harian Metro pada 20 Mei 2006 telah menyiarkan kisah Pok Jeng melakukan gerakan
Senaman Kucing. Pok Jeng pernah mengahwini 30 wanita, kini usia beliau 78 tahun.
Dua gerakan dipaparkan dalam akhbar itu. Satu dari gerakan itu dikenali sebagai
Senaman Harimau satu lagi Senaman Kucing. Dulu, sebelum berita Pok Jeng ini, ada
satu berita juga dalam akhbar menunjukkan seorang lelaki tua lain (juga beristeri ramai)
sedang melakukan grrakan Senaman Kucing. Bagi sesiapa yang tahu mengenai
senaman-senaman ini, tentu berita itu menarik perhatian mereka.

Pada 20 Jun 2006, sebulan selepas tarikh di atas, seorang lelaki berkelulusan sarjana
telah menghubungi saya dan menyatakan bahawa dia telah mempraktikkan Senaman
Harimau (setakat ini saya catat 4 gerakan) dan mendapati bahawa ianya mendatangkan
kesan yang positif terhadap dirinya. Beliau menyatakan bahawa pada masa ini
pernafasannya terasa lancar, tidak semput seperti dulu. Alhamdulillah. Saya pun sudah
catatkan mengenai kesan-kesan positif seperti ini dalam artikel Senaman Harimau -
Bahagian 1. Saya bersyukur jika apa yang saya dapat kongsikan kepada anda
mendatangkan manfaat kepada anda. Sekurang-kurangnya saya tahu bahawa sedikit
usaha yang saya lakukan ini berbaloi dan dapat membantu yang memerlukannya atau
yang berminat untuk tahu.

Saya berminat untuk mengetahui senaman pusaka Melayu ini kerana pada saya, jika
saya tidak usahakan mencarinya dan mengumpulkannya, lambat laun ianya akan pupus
'dibawa mati' oleh gurunya. Bila saya bertanya pada orang-orang tua, ada yang
mengajarkan kepada saya satu atau dua gerakan, ada yang banyak sedikit. Ada juga
yang tidak tahu mengenai senaman ini tapi telah mengajarkan pula petua-petua atau
amalan-amalan yang lain kepada saya. Alhamdulillah. Saya anggap ini sebagai
khazanah yang amat bernilai. Semuanya saya simpan sebagai koleksi untuk diturunkan
kepada anak-anak saya pula. Dulu, semasa bapa saya pulang ke rahmat Allah, beliau
meninggalkan banyak kitab-kitab agama. Kerana saya memang gemar membuat
koleksi, saya (setelah dipersetujui adik-beradik yang lain) ambil semua kitab-kitab ini
dan saya jilidkan dengan baik. Pada saya, kitab yang sarat ilmu pengetahuan itu adalah
pusaka yang jauh lebih bernilai berbanding tanah atau rumah atau kekayaan yang lain.

Sejarah Kucing

Setakat ini, mungkin bukti paling awal kucing menjadi kawan kepada manusia ialah
terjumpanya sebuah kubur di Shillourokambos, Cyprus pada tahun 1983. Kubur itu
dipercayai telah wujud sejak 7500 SM. Di dalam kubur itu ditemui rangka manusia dan
seekor kucing muda, tapi kucing itu lebih mirip kepada jenis kucing hutan (yang
dijinakkan). Terdapat pula patung di Anatolia (diukir sekitar 6000 SM) menunjukkan
kaum hawa sedang bermain-main dengan kucing (kucing biasa). Ini dapat menunjukkan
bahawa sejak zaman itu lagi (lebih 8000 tahun lampau) kucing telah hidup bersama
dengan manusia. Dari segi rekod bertulis, usaha-usaha menjinakkan kucing berlaku di
Mesir kuno sekitar 4000 SM (6000 tahun lampau).
Kucing jinak atau kucing rumah adalah dari sub-spesis Felis silvestris catus. Ia
dipercayai berasal dari keturunan kucing liar yang dipanggil Kucing Liar Afrika (Felis
silvestris lybica). Usaha menjinakkan 'harimau kecil' ini paling awalnya dianggarkan
sejak 8000 tahun lampau. Kini jumlah kucing amatlah banyak. Tidak ada statistik yang
tepat mengenai hal ini, tapi dianggarkan bahawa di Amerika saja pada masa kini jumlah
kucing ialah 60 juta ekor. Saya anggarkan bahawa di Nusantara ini jumlah kucing di
Nusantara paling kurang 30 juta ekor. Kucing adalah haiwan peliharaan yang disayangi
oleh Rasulullah, dan faktor ini menyebabkan kucing amat rapat di hati orang-orang Islam
dan ramai orang Islam memeliharanya.

Antara Kucing dan Harimau

Kucing menjadi makanan kepada harimau. Bezanya, harimau belang (jenis harimau
yang popular di Nusantara) tidak boleh memanjat pokok tapi kucing boleh. Cuma,
mungkin kerana mereka ini dari famili yang sama (harimau dikategorikan dalam famili
kucing), kucing pun tidaklah begitu cekap dalam ilmu panjat memanjat, kerana walaupun
ia boleh memanjat, ia takut untuk turun. Harimau dipilih untuk menjadi lambang
kelelakian di Nusantara kerana ia haiwan yang kelihatan gagah dan garang, tapi ia
masih menarik kerana mukanya comel seperti kucing. Dari sudut senaman tradisional
Melayu, Senaman Harimau nampaknya lebih popular dan diketahui lebih ramai orang
kerana ia mudah dipelajari, ia peringkat asas, dan kerana itu lebih kerap diajarkan
kepada sesiapa yang memerlukan.

Harimau juga lambang kegagahan lelaki kerana namanya itu yang mirip ungkapan 'hari-
hari mau'. Biasalah orang akan menyatakan 'garang macam harimau' bukan 'garang
macam kucing'. Kucing lebih dikenali sebagai haiwan yang manja dan jinak serta lebih
tenang. Tubuhnya boleh lentur tapi gerakannya boleh menjadi amat pantas dan tangkas.
Dari sudut senaman tradisional Melayu, gerakan Senaman Kucing memang rata-ratanya
lebih lembut dan lebih lentur, dan ianya hanya sesuai dilakukan sesudah anda dapat
mengamalkan kesemua atau sekurang-kurangnya separuh dari jumlah gerakan
Senaman Harimau mengikut piawaian yang ditentukan.

Amalan-Amalan Yang Disarankan

Berikut adalah amalan-amalan yang elok dilakukan apabila anda mengamalkan


Senaman Kucing (dan Harimau). Ia bukan mesti, tapi digalakkan kerana anda akan
dapat manfaat yang banyak hasil mempraktikkannya:

1. Banyakkan membaca Al-Fatihah, sama ada dalam solat atau di luar solat. Semak dan
betulkan bacaan anda agar sebutan huruf dan tajwidnya betul. Dapatkan guru dan
belajarlah. Al-Fatihah itu ubat yang mujarab serta banyak rahsia dan kelebihannya.
Banyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur'an. Jika anda belum hafal ayat-ayat lazim,
cubalah hafalkan sedikit demi sedikit. Selalu membaca Al-Qur'an adalah tanda bahawa
kita selalu mengingat Allah. Bila kita selalu mengingat Allah, jiwa kita akan tenang
kerana rohani kita dapat santapan yang secukupnya. Sebenarnya semua sebutan bila
kita membaca Al-Qur'an itu (jika dibaca dengan betul) punya khasiat mengurut dan
menyalurkan tenaga ke anggota-anggota tertentu pada tubuh kita. InsyaAllah, tubuh kita
akan selalu sihat dan bertenaga.

2. Amalkan membaca tasbih, takbir dan tahmid bagi santapan rohani anda dan
mengimbangi peningkatan tenaga batin anda agar ianya dapat disalurkan untuk
kebaikan semata-mata. Bila ada kesempatan, sama ada di rumah, atau ketika
memandu, bacalah tasbih, takbir dan tahmid sebanyak yang anda termampu. Mungkin
ramai yang sudah tahu apakah bacaannya, tapi bagi yang belum tahu, bacaannya ialah
'Subhanallah, walhamdulillah, wa lailaha illallahu wallahu akbar, wala haula wala
quwwata illa billahil aliyil 'azim'. Inilah tasbih yang memenuhi langit dan bumi dan dibaca
oleh sekelian makhluk dan menjadi tenaga kehidupan yang tidak putus-putus
manfaatnya.

3. Pada hari Juma'at, datang awal ke masjid, ambil tempat berhadapan mimbar, solat
tahyatul masjid. Kemudian duduklah iktiqaf di situ sambil membaca berbagai jenis
selawat yang anda tahu (contohnya Selawat Fatih). Anda juga boleh membaca yang
mudah dahulu seperti Selawat Ibrahimiyah (ini semua orang mungkin tahu kerana ia
dibaca dalam solat). Anda boleh membeli buku berkaitan selawat dan cubalah
menghafalnya. Mudah-mudahan anda akan berasa cukup tenang.

4. Dalam apa pun perbuatan yang baik, mulakan dengan Basmalah. Mudah-mudahan
pekerjaan itu mendapat berkat dari Allah. Jangan lupa membaca Basmalah bila
melakukan gerakan senaman dan mempraktikkan pernafasan. Mudah-mudahan apa
yang anda lakukan itu memperoleh kesudahan yang baik.

5. Makan makjun. Sebaik-baiknya makjun yang diproses dalam keadaan original.


Namun begitu, mungkin ada orang yang sukar menelan makjun jenis ini (kerana rasanya
pelik sedikit), maka bolehlah makan makjun dalam bentuk kapsul. Saya tidak akan catat
apakah jenama makjun yang saya makan atau jenis makjun yang saya anggap baik
kerana ini akan menjejaskan pula perniagaan oranglain. Sekarang ini ramai orang mahu
mencari makjun yang ada kandungan Tongkat Ali atau Ubi Jaga. Itu pun baik juga. Apa
yang saya patut catat ialah cuba dulu satu jenama, jika ia sesuai dan beri kesan yang
baik pada diri anda, teruskan menggunakannya. Dan jangan lupa, banyakkan minum air
masak, kerana gerakan senaman dan pernafasan akan menyebabkan tubuh jadi lebih
hangat dan kekurangan air.

6. Isteri amalkan makan jamu dan bersenam. Saya sudah terbitkan Senaman Kacip
Fatimah, bolehlah dia amalkan. Ini penting untuk mengimbangi peningkatan tenaga
anda dan agar dia juga lebih bersedia dari sudut jasmani dan rohani (amalan 1, 2 dan 4
elok dilakukan oleh isteri juga).

Jiwa Tenang Tubuh Akan Lentur

Jiwa yang tenang akan mampu menjadikan tubuh anda cukup lentur. Memakan makjun
juga bermanfaat mengeluarkan 'angin-angin jahat' (kotoran) dari tubuh anda. Berurut
pula dapat mengeluarkan angin-angin jahat yang masih tersangkut walaupun setelah
melakukan senaman dan telah makan makjun (dan jamu bagi isteri). Bila angin-angin
jahat ini dapat keluar, anda akan dapat rasakan perbezaannya. Tubuh anda akan
ringan, pernafasan anda akan lancar (jarang mengalami nafas murung), dan anda akan
lebih ceria. Jika anda merasa terlalu panas, banyakkan minum air masak, semak nafas
anda, jika lubang hidung kanan lebih aktif, tutup lubang hidung itu dan bernafas dengan
lubang hidung kiri untuk beberapa ketika untuk menurunkan panas badan. Tubuh yang
lentur adalah tanda bahawa tubuh anda sihat dan tenaga batin anda berada di tahap
yang memuaskan. Bila tubuh anda cukup lentur, barulah anda bersedia untuk
melakukan gerakan Senaman Kucing.
Senaman Melayu

Sekiranya anda bangun pagi dengan keadaan zakar anda cukup tegang, itu adalah
tandanya bahawa kesihatan seksual anda baik dan anda telah dapat berehat
secukupnya. Orang tua-tua ada membidalkan bahawa senjata lelaki 'bangun dahulu'
sebelum pemiliknya bangun.

Ini adalah Gerakan Kedua Senaman Harimau. Ia harus dilakukan ketika zakar anda
masih lagi tegang. Mudah-mudahan bagi yang menghidap lemah syahwat atau mati
pucuk, gerakan ini dapat membantu mengembalikan kekuatan tenaga batin anda. Ia
menolong melatih otot kendalian zakar (levator ani) agar dapat menarik zakar anda ke
tahap ketegangan yang seimbang, menambah kemampuan kendalian urat peha anda,
menguatkan dada anda, membesarkan zakar anda, mengeluarkan biji zakar serta
mengurangkan rasa ngilu di pangkal zakar.

Gerakan Senaman ialah sebagaimana berikut:

Langkah 1
Mulakan dengan duduk bersila, kemudian sila temukan kedua-dua telapak kaki anda.
Tarik kedua-dua telapak kaki yang bertemu itu hingga ianya sehampir mungkin dengan
zakar anda. Tegakkan belakang anda. Sila tarik nafas dengan perlahan hingga penuh
paru-paru. Selaras dengan tarikan nafas ini, sila tekan kedua-dua lutut anda dengan
telapak tangan anda hingga kedua-dua lutut itu dapat mencecah lantai (atau sekadar
yang anda mampu dulu). Perlu diingat bahawa kedua-dua lengan anda perlu diluruskan
bagi mencapai piawaian gerakan ini. Bahu anda mesti tegak dan seimbang. Selaras
dengan gerakan menekan lutut itu, kemutkan otot zakar anda agar kepala zakar menjadi
kembang. Sila tahan nafas selama 7 detik.

Langkah 2
Hembuskan nafas anda perlahan-lahan sambil mengendurkan tekanan tangan terhadap
lutut anda. Ulangi Langkah 1 dan 2 sebanyak 3 kali.
Ini adalah gerakan pertama Senaman Harimau. Ia dilakukan bila bangun dari
tidur di waktu subuh. Tujuan gerakan senaman ini ialah untuk mengeluarkan segala
udara kotor yang terperangkap tatkala nafas anda disedut dan dihembus separuh penuh
ketika tidur. Ia berfungsi memasukkan udara baru yang bersih dan segar bagi
menyihatkan paru-paru serta urat saraf dengan menyerapkan udara baru hingga ke urat
biji ranting (avioli yang berada di hujung urat paru-paru. Ini akan membiasakan paru-
paru untuk berkembang ke peringkat optima. Gerakan ini juga dapat membangkitkan
kekuatan otot belakang terutamanya bahagian tengah belakang serta menguatkan
stamina jima'. Cara melakukannya:

Langkah 1
Duduk bersila. Tegakkan tulang belakang anda. Letakkan kedua tangan anda di atas
lutut. Buka lebar atau bidangkan bahu anda. Tarik nafas dalam-dalam dan dengan
perlahan-lahan hingga terasa udara memenuhi paru-paru anda.

Langkah 2
Bila udara sudah sendat dalam paru-paru, tahan nafas anda selama 7 detik. Ingat, anda
perlu tenangkan minda anda.

Langkah 3
Hembuskan nafas anda perlahan-lahan hinggalah paru-paru anda terasa ketandusan
udara. Semasa menghembuskan nafas ini, kempiskan perut anda dan tumpukan tenaga
dalam anda ke arah dada.

Ini adalah gerakan yang opsyenal. Maksudnya, anda boleh kecualikan gerakan
mengurut bahagian zakar dan hanya mengurut urat peha saja (dari bahagian lutut
hingga ke celah kelengkang). Walau bagaimana pun seluruh kaedah gerakannya saya
catatkan di sini untuk menambah pengetahuan anda.

Gerakan 1
Masih dalam kedudukan gerakan senaman kedua (Nafas Pertapa), tarik semula nafas
anda dengan perlahan-lahan hinggalah jantung anda terasa penuh.

Gerakan 2
Dengan menggunakan perut ibu jari tangan anda, cari urat peha di bahagian dalam
peha anda (cari berhampiran kawasan lutut). Kemudian urutlah perlahan-lahan (dengan
cara menggelonsorkan perut jari itu) menggunakan perut ibu jari kanan (untuk urat peha
kanan) dan perut ibu jari kiri (untuk peha kiri), dari bahagian lutut membawa ke celah
kelengkang anda, terus melalui tepi pangkal batang zakar anda dan berakhir di hujung
batang zakar anda. Pastikan nafas anda ditahan semasa proses ini.

Gerakan 3
Bila urutan itu mencecah kepala zakar, barulah anda lepaskan nafas secara perlahan-
lahan. Ulangi gerakan 1 hingga 3 sebanyak 3 kali.

Bagi yang menghadapi masalah rasa ngilu pada ari-ari akibat aliran darah yang tidak
lancar dan tidak seimbang, gerakan ini dapat membantu melancarkannya semula. Bagi
yang bermasalah zakar kecut (kecil) urutan elok dilakukan, tapi disarankan
menggunakan minyak urut dan mengurut satu hala saja, iaitu dari pangkal ke hujung
dan elakkan menyentuh kepala zakar semasa urutan ini. Perlu saya nasihatkan agar
jangan memakai seluar dalam yang terlalu ketat, dan jika boleh, pakailah boxer jika
anda merasa perlu memakai seluar dalam. Ada lelaki tidak memakai seluar dalam pun,
dan ini termungkin dengan menempah seluar yang mempunyai 'keruk' yang agak labuh.
Walau bagaimana pun, jika anda mahu memakai seluar dalam, pastikan ia agak longgar
dan tidak menyekat aliran darah di pangkal peha anda.

Sekian terima kasih ;)


®lee renji.≡

Anda mungkin juga menyukai