Anda di halaman 1dari 1

NAMA : NAZRUL EHSAN TAUFIQ BIN JAMALI

KELAS : PENDIDIKAN JASMANI

TAJUK : RAKYAT SENTOSA, MALAYSIA SEJAHTERA

SINOPSIS ISI KANDUNGAN VIDEO SENAMAN

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang hidup dengan harmoni.
Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Video yang telah
saya hasilkan ini adalah bertujuan untuk menyebarkan kepentingan hidup bersatu
padu dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Sebagai rakyat Malaysia,
kita mestilah mengambil berat tentang keadaan masyarakat di sekeliling kita bagi
mencapai kehidupan yang sentiasa aman dan sejahtera.

Saya telah menghasilkan sebuah video senamrobik selama lebih kurang 9 minit
dengan menggunakan 3 jenis lagu. Perkara menarik yang terdapat dalam video saya
ini adalah :

1) Penggunaan 3 jenis lagu berlainan bahasa iaitu bahasa Cina, bahasa


Melayu dan bahasa India yang menunjukkan keistimewaan di negara
Malaysia.
2) Koreografi dan rentak pergerakan yang menarik serta mampu dijadikan
amalan untuk mempraktikkan gaya hidup sihat.
3) Memiliki pelbagai info, nilai dan pengajaran yang diselitkan ketika
melaksanakan pergerakan koreografi.
4) Saya berjaya meningkatkan keberanian ketika melaksanakan video ini
walaupun saya diperhatikan oleh jiran-jiran saya.

Selain menonton video senamrobik ini untuk dijadikan rujukan atau panduan, para
penonton juga dapat diberi kesedaran tentang kepentingan hidup bermasyarakat. Kita
mestilah mengenali adat kebudayaan kaum lain. Adat budaya yang berbeza antara
kaum lebih merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat. Selain itu, adat resam
sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan kaum. Hal ini boleh
menggambarkan bahawa jika kita mengenali adat budaya antara kaum, kita juga dapat
mengeratkan ukhuwah antara kita dengan masyarakat di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai