Anda di halaman 1dari 3

AMALI 28 JUN 2021

Terangkan posisi, satah, arah dan region anatomi. Huraikan boleh secara gambar rajah atau
penulisan dan tidak melebihi 50 patah perkataan.

1. Posisi Anatomi
- Anterior / ventral adalah posisi yang menuju ke arah depan jasad
- Posterior adalah posisi yang menuju ke arah belakang jasad.
- Superior adalah posisi bahagian yang berada diatas bahagian lain atau menuju ke
arah kepala.
- Inferior adalah posisi yang berada di bawah bahagian lain atau menuju kearah kaki.
- Lateral atau paksi adalah posisi yang berada di bahagaian jauh dari garisan tengah
atau berada pada bahagian tepi jasad.
- Medial adalah posisi bahagian hampir dengan garisan tengah jasad.
- Proksimal adalah posisi bahagian yang lebih dekat dengan batang tubuh.
- Distal adalah posisi bahagian yang menjauhi batang tubuh.

2. Satah Dan Arah Anatomi

 Satah sagittal merupakan satah yang membahagikan jasad kepada kiri dan kanan
dan berada di tengah-tengah kepala batang tubuh dan diantara kedua-dua kaki.
- Contoh pergerakan pada satah sagittal:
- Fleksi- membengkok bahagian sendi atau mengecilkan sudut.
- Ektensi- dari bengkok ke lurus atau tangan ektensi ke belakang.
- Hyperektensi- bengkokkan badan ke belakang.
- Fleksi dorsi- kaki menuju ke atas.
- Fleksi plantar- kaki menuju ke bawah.

 Satah frontal merupakan satah yang membahagi jasad hadapan dan belakang iaitu
anterior dan posterior. Apabila badan dibahagikan dengan satah frontal, muka
dipisahkan dari belakang kepala, dada dari belakang dan tapak tangan dari belakang
tangan.
- Contoh pergerakan pada satah frontal:
- Abduksi- pergerakan tulang menjauhi garisan tengah tubuh iaitu paksi membujur.
- Adduksi- pergerakan tulang kea rah garisan tengah tubuh iaitu paksi membujur.
- Gelongsor- dua tulang pipih di atas satu sama lain ke arah sisi.
- Eversi- pergerakan yang menghalakan tapak kaki ke arah lateral tubuh.
- Inversi- pergerakan yang menghalakan tapak kaki kea rah medial tubuh.
- Elevasi- pergerakan membuka mulut.
- Depresi- pergerakan menutup mulut.

 Satah melintang atau transverse merupakan satah yang membahagikan jasad


kepada bahagian atas dan bawah. Garisan satah melintang atau mendatar dalam
keadaan lurus dengan paksi badan.
- Contoh pergerakan pada satah melintang:
- Rotasi - Pergerakan putaran melibatkan tulang berputar pada paksi membujur tulang
itu sendiri. Putaran dilakukan ke arah kanan atau kiri dan secara medial dan lateral.
Putaran medial melibatkan permukaan permukaan anterior tulang dipusingkan ke
arah garisan tengah tubuh. Putaran lateral pula memusingkan permukaan anterior
tulang menjauhi garisan tengah tubuh.
Pronasi – Pergerakan bahagian bawah lengan yang menyebabkan tapak tangan
menghala ke bawah.
- Supinasi – Pergerakan bahagian lengan bawah yang menyebabkan tapak tangan
menghala ke atas.
- Protraksi – Pergerakan ke arah hadapan bahagian tertentu tubuh.
- Retraksi – Pergerakan untuk mengembalikan bahagian tertentu tubuh yang telah
diprotraksikan ke kedudukan anatomi.

3. Region Anatomi.
Anatomi kawasan (regional)

Semua struktur badan dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara
berkumpulan. Sebagai contoh, anatomi bahagian abdomen atau kepala.

Anatomi bersistem (systemic)

Semua organ yang mempunyai fungsi yang ada kaitan antara satu sama lain akan dikaji
secara bersama. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai bagi melihat hubungkait antara
struktur dan fungsinya.

Anatomi permukaan (surface)

Kajian ini melibatkan struktur – struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa pada permukaan
tubuh.

Anda mungkin juga menyukai