Anda di halaman 1dari 2

1.

1 Pendahuluan
Pada 11 Februari 2021, saya, guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis telah
melakukan kajian tentang jenis media sosial yang kerap digunakan dan ketinggian 40 pelajar
IPGK Perlis. Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua, ketinggian didefinisikan sebagai ukuran jarak
menegak yang lazimnya dibahagikan kepada dua kegunaan, iaitu ketinggian benda dari atas ke
bawah, atau paras benda dari darat. Bagi mendapatkan hasil kajian, saya telah memanfaatkan
kemudahan laman sosial iaitu google form untuk memperoleh dan menganalisis data yang saya
inginkan. Dalam kajian ini, saya telah melibatkan 40 siswa daripada PPISMP Sem 2 2021 IPGK
Perlis. Saya telah menyedia dan mengemukakan beberapa soalan dalam aplikasi tersebut.
Proses untuk memperoleh maklum balas daripada setiap responden mengambil masa selama
seminggu.

Oleh yang demikian, penghasilan penulisan reflektif ini akan membicarakan tentang
analisis ketinggian 40 orang siswa IPGK Perlis, purata ketinggian, ketinggian tertinggi atau
terendah serta refleksi saya terhadap kajian ini. Pelbagai implikasi positif yang saya peroleh
hasil daripada kajian ini.

1.2 Input baru dan dapatan baru


Sepanjang pelaksanaan kajian ini, saya telah memahami tentang betapa pentingnya
menguruskan masa dengan sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana proses penyusunan data
soal selidik memerlukan tempoh masa yang agak panjang dan tambahan pula dengan sikap
saya yang gemar menangguhkan masa, saya berkemungkinan tidak dapat menyelesaikan
tugasan ini tepat pada waktunya. Selain itu, saya juga belajar erti kesabaran dan ketenangan
semasa menjalankan kajian ini. Proses pengumpulan maklumat ini sudah semestinya akan
timbul pelbagai masalah dan percanggahan maklumat. Jadi kesabaran dan ketenangan
amatlah penting bagi menjamin kesempurnaan dan ketepatan maklumat. Sementelahan itu,
saya juga telah mempelajari kaedah menterjemahkan bentuk graf dengan menggunakan
platform Excel. Walaupun saya pernah mempelajari ilmu statistik semasa di bangku sekolah,
namun ilmu tersebut tidak pernah saya praktikkan kehidupan harian. Jadi, ini merupakan
pengalaman yang amat berguna kerana saya dapat mentafsir data tersebut dengan lebih jelas
dan berkesan.

1.3 Kelemahan
Beralih kepada perspektif seterusnya, terdapat kelemahan yang diperoleh daripada
pelaksanaan kajian ini. Antaranya ialah, dari segi responden, mereka tidak bersikap jujur
sebagai contoh mereka memberikan maklumat yang tidak tepat. Kesannya, proses
menganalisis data akan menjadi sedikit terganggu. Dari segi penyediaan soalan menggunakan
Google Form pula, saya menghadapi pelbagai masalah yang mengakibatkan saya terpaksa
mengulang kembali proses soal selidik sebanyak tiga kali. Perkara ini mampu memberikan
kesan negatif kepada responden kerana mereka akan berasa bosan dan terbeban dengan
pengulangan soal selidik tersebut.
1.4 Kekuatan
Perspektif seterusnya iaitu kekuatan pula, antara kekuatan yang terdapat dalam kajian
ini ialah dari segi penggunaan platform Google Form dimana ia telah memudahkan proses
pemperoleh data daripada responden. Kaedah ini tidak memerlukan pertemuan secara fizikal
malah hanya menggunakan peranti seperti telefon pintar untuk mengumpul data. Selain itu,
pemilihan tajuk kajian juga merupakan kekuatan yang jelas boleh dilihat. Hal ini kerana
pengumpulan data tentang ketinggian dan jenis media sosial yang kerap digunakan oleh 40
orang siswa sangat mudah untuk diperoleh

1.5 Cadangan Penambahbaikan


Dari perspektif saya, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah dengan
melibatkan lebih ramai orang siswa dari IPG diseluruh Malaysia. Dengan ini, kita dapat
menganalisis purata ketinggian di Institut lain sekaligus dapat menjalin hubungan baik dengan
mereka. Seterusnya, pemilihan tajuk kajian juga sewajarnya diambil daripada sumber yang
sahih dan tepat. Hal ini bagi memastikan proses menganalisis data dapat disempurnakan
dengan baik.

1.6 Kesimpulan
Sebagai penutup bagi penulisan refleksi ini, kita sebagai bakal warga pendidik
sewajarnya mempelajari ilmu statistik. Ilmu statistik amatlah penting kepada kita dalam mencari
kesimpulan tentang sesuatu data. Kita juga perlu bersikap bertanggungjawab dalam
melaksanakan kajian ini sama ada dari segi responden mahupun pengkaji.

Anda mungkin juga menyukai