Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan penyataan tersebut, kita dapat lihat dengan jelas dimana orang yang

bersikap ihsan amat disayangi oleh Allah. Pada zaman ini, orang yang bersikap ihsan boleh
dikatakan hanya segelintir sahaja. Konsep ihsan didefinisikan dalam hadis terkenal apabila Jibril
bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang ihsan: “Ihsan adalah kamu menyembah Allah
seakan-akan kamu melihat Dia kerana walaupun kamu tidak melihat-Nya, Dia” –(Bukhari)

Menerusi konsep ini, kita sentiasa cuba untuk mencapai kecemerlangan dan
kesempurnaan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Bayangkan kita melakukan kerja kita
dengan kefahaman bahawa Allah melihat kita. Rasulullah SAW bersabda: “Allah menyukai
sekiranya seseorang melakukan sesuatu kerja, dia menyempurnakannya.” Ini adalah bukti
betapa pentingnya sifat ihsan dalam pekerjaan dan bahawa kita tidak boleh bermalas-malas
atau sambil lewa dalam membuat sebarang kerja.

Uniknya ihsan dalam Islam ialah manfaat ihsan itu akan kembali kepada tuannya. Ini
dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t. bermaksud:“Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah)
kebaikan yang kamu lakukan ialah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan maka
(kesan yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” (Surah al-Isra’: 7)

Pendek kata, ihsan sangat penting untuk kesedaran dalaman kerana kebaikan yang
dilakukan itu disebabkan Allah s.w.t. suka kebaikan, bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk
kepada orang lain. Ihsan mampu menjana keperibadian yang mulia dalam setiap diri muslim
jika dilaksanakan dengan penuh kejujuran iaitu kesedaran bahawa “Allah Maha Melihat”.

Kesimpulannya, dengan memahami pengertian Islam, iman dan ihsan, anda dapat
mengenali Islam dengan lebih jelas dan tepat secara ilmiah. Dengan memahami Islam, iman
dan ihsan juga, anda akan mendapat gambaran yang jelas tentang pengertian Islam
sebenarnya menurut kehendak Penciptanya iaitu Allah S.W.T.

Anda mungkin juga menyukai