Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LUNAS JAYA,

09600 LUNAS, KEDAH DARUL AMAN


TELEFON :04-4843973 FAXS : 04-4846013
EMAIL : KBA5011@moe.edu.my
KOD SEKOLAH : KBA5011

Ruj Kami: SKLJ. ………… ( 1 )


Tarikh : 28 hb Disember 2021

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya,
09600 Lunas,
Kedah Darul Aman.

PROGRAM KENALI TOKOH SEJARAH

Merujuk perkara diatas, berikut adalah senarai cadangan mengenai program mengenali tokoh
sejarah yang di anjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sejarah SK Lunas Jaya.

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah menjurus kepada


pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri dan
penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang sejarah. Aktiviti sedemikian akan
mengaplikasikan elemen KBAT bagi menanam minat murid terhadap mata pelajaran
Sejarah. Oleh yang demikian Panitia Sejarah dan Bahasa Melayu ingin mengajurkan satu
program yang dapat merealisasikan tujuan ini. Program “Kenali Tokoh Sejarah” ialah
program yang dapat menguji dan mencabar kemahiran berfikir murid seterusnya dapat
melahirkan murid yang sentiasa bersifat ingin tahu dan mengkaji apa yang ada di
sekeliling mereka disamping memperkayakan kosa kata dan meningkatkan penggunaan
Bahasa Melayu dengan lebih efektif.

3. OBJEKTIF

a) Untuk melahirkan rasa cinta kepada bangsa dan negara serta mengambil
pengajaran dalam menelusuri keperibadian tokoh sejarah.

b) Untuk memperkayakan kosa kata dan meningkatkan penggunaan Bahasa


Melayu.

c) Untuk memupuk kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui
aktiviti “kenali tokoh sejarah”.
4. KUMPULAN SASARAN

Sasaran program ini adalah meliputi semua murid tahun 6.

Kumpulan Sasaran Jumlah murid


Tahun 6 Sentosa 36
Tahun 6 Saujana 32
Tahun 6 Simfoni 31
Tahun 6 Sejahtera 31
Jumlah sebenar 130

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

CadanganTentatif Program :

Tarikh Program Guru Pembimbing


16/01 /2022 Memberikan taklimat kepada Pn. Noor Hamizon , Pn Norhaiza dan
hingga kumpulan-kumpulan murid semua guru panitia Bahasa Melayu
19/01/2022 yang terlibat

17/01/2022 - Murid membuat En Muhd Faizul - tahun 6 Sentosa


perbincangan dalam
hingga kumpulan untuk Pn Khairiza dan Pn. Noor Hamizon - tahun
pembahagian tugas. 6 Saujana
25/01/2022
- Murid mencari En Rostam dan Pn Hayatun Syamila -
maklumat dan tahun 6 Simfoni
membuat persediaan
untuk pembentangan En Faizul dan En Fakrul Razi Ahmad -
tahun 6 Sejahtera
- Guru-guru
membimbing murid

26/01/2022 Pembentangan di lakukan Semua guru Bahasa Melayu dan Sejarah


oleh setiap kumpulan.

12/02/2022 Penyampaian Hadiah. Semua guru panitia sejarah dan semua


guru panitia Bahasa Melayu.
6. JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi program : Pn Noor Zarimah bt Hashim


Naib pengerusi 1 : En Isyar Rasyidi bin Ishak
Naib Pengerusi 2 : En Heirman bin Jamaludin
Naib Pengerusi 3 : En Rostam bin Che Wan
Penyelaras : Pn Noor Hamizon bt Sarif
Setiausaha : Pn Norhaiza bt Hakim @ Hashim
Dokumentasi 1 : Pn Norhazleen bt Hussin @ Husaini
Dokumentasi 2 : Pn Hayatun Syamila bt. Mohd Mansor
AJK : Semua guru Bahasa Melayu dan Sejarah

7. CADANGAN KEWANGAN

7.1- SUMBER KEWANGAN

Program kenali tokoh sejarah peringkat sekolah 2021 ini akan


menggunakan wang peningkatan tahun 6.

7.2 - ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut adalah cadangan berbelanjaan bagi pelaksanaan Program “ Kenali Tokoh


Sejarah “ Sekolah SK Lunas Jaya :

Perkara Jumlah Unit Bilangan hadiah Jumlah Kos


(RM) (Unit) (RM)

Hamper peserta 50.00 6 300.00

Jumlah perbelanjaan 300.00

8. PENUTUP

Semoga program “Kenali Tokoh Sejarah” ini dapat di jalankan dengan lancar dan para
peserta mendapat manfaat dari program ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

Norhaiza bt Hakim @ Hashim Isyar Rasyidi bin Ishak


Setiausaha Program Kenali Tokoh Sejarah Penolong Kanan Pentadbiran
SK Lunas Ja SK Lunas Jaya
SEKOLAH KEBANGSAAN LUNAS JAYA,
09600 LUNAS, KEDAH DARUL AMAN
TELEFON :04-4843973 FAXS : 04-4846013
EMAIL : KBA5011@moe.edu.my
KOD SEKOLAH : KBA5011

KEPUTUSAN PENGURUSAN SEKOLAH

KERTAS CADANGAN PROGRAM KENALI TOKOH SEJARAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Kenali Tokoh Sejarah

ATAU

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Kenali Tokoh Sejarah

Ulasan :

….……………………………………………………………………………………………

….……………………………………………………………………………………………

….……………………………..
NOOR ZARIMAH BINTI HASHIM,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya,

Tarikh : ……………………………

Anda mungkin juga menyukai