Anda di halaman 1dari 15

Bahagian A

Soalan 1(A)

 Teknologi komunikasi adalah satu istilah yang menggambarkan saling hubungan antara manusia yang
berlandaskan kepada teknologi sebagai alat bantu gerak sesuatu maklumat, masej, pesanan, perasaan atau
fikiran supaya disampaikan dengan jelas dan tepat kepada penerima. Boleh juga ditakrifkan sebagai sesuatu
yang mendorong kepada saling hubungan antara manusia dalam kehidupan seharian. Kita boleh lihat sejak
dari zaman pra-sejarah lagi sudah wujud teknologi dalam komunikasi tetapi apa yang berbeza dengan
zaman sekarang ialah perkembangan teknologi dahulu hanya berlandaskan atau terhad kepada kemajuan
dan kepintaran manusia pada zaman tersebut. Sebagai contoh manusia pada zaman dahulu manggunakan
dinding-dinding gua untuk merekod maklumat atau peristiwa penting  seperti cara-cara berburu, merekod
undang-undang dan sebagainya. Berbeza dengan zaman moden apabila pemikiran manusia semakin
berkembang maka terciptalah alat-alat yang memudahkan komunikasi seperti komputer, telefon, ipod dan
lain-lain sebagai medium utama untuk merekod maklumat-maklumat penting.

Teknologi komunikasi terbahagi kepada 4 komponen utama iaitu:-

1. Pemberi. Individu yang menyampaikan sesuatu pesanan.

2. Medium. Iaitu sesuatu yang dapat berupaya menyampaikan maksud-maksud tertentu kepada pihak
lain contoh komputer, internet, jalur lebar, dan telefon bimbit.

3. Kandungan penyampaian. Isi kandungan atau apa-apa yang ingin disampaikan.

4. Penerima. Seseorang yang akan menerima sesuatu pesanan atau maklumat dan memberi respon
sama ada positif atau negatif.

5.

Aspek-aspek utama Teknologi Komunikasi

Berdasarkan takrifan ringkas di atas, bolehkah anda mengenal pasti beberapa ciri-ciri teknologi
komunikasi? Kaye dan Medoff (2001) (dlm. Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad, 2004)
telah mengenal pasti lima ciri teknologi komunikasi iaitu khalayak, masa, paparan dan penyebaran, jarak
dan penyimpanan.
Khalayak

Setiap media teknologi komunikasi berbeza dari segi keupayaannya menemui sasaran pengguna.
Contohnya, radio dan televisyen berupaya untuk sampai kepada jumlah audien yang ramai secara serentak,
manakala telefon boleh menghubungi seorang penerima sahaja pada satu-satu masa (kecuali telesidang
yang boleh menghubungkan beberapa orang secara serentak). Internet pula boleh dicapai oleh pengguna di
serata dunia.

Masa

Media teknologi komunikasi boleh dibezakan dengan keupayaannya untuk menghantar mesej dalam bentuk
selari dan tidak selari. Mesej selari tidak melibatkan kelewatan masa, seperti radio, televisyen dan telefon.
Mesej tidak selari seperti CD-ROM, buku, majalah, pita video dan filem telah diterbitkan terlebih dahulu.
Dalam konteks internet, terdapat beberapa perkhidmatan yang dikategorikan sebagai selari dan tidak selari.
World Wide Web (WWW), mel elektronik, mailing list dan Usenet adalah contoh tidak selari kerana
mesejnya disimpan dahulu sebelum dicapai oleh penerima. Forum ‘chat’ dan persidangan maya pula adalah
contoh selari kerana mesejnya ditaip oleh penghantar dan terus diterima oleh pihak penerima. Dari media
yang berbentuk selari ini, maka wujudlah proses interaktiviti. Interaktiviti melibatkan komunikasi dua hala
yang saling berpengaruh antara sumber dan penerima. Dengan kata lain, maklum balas mempengaruhi
komunikasi tersebut.

Paparan dan Penyebaran

Media juga berbeza dari segi kaedah ia memaparkan dan menyebarkan maklumat. Ini melibatkan unsur-
unsur teknologi seperti video, audio dan 126 teks yang dihantar melalui kabel sepaksi (coaxial cable),
penyiaran melalui udara dan kuasa elektrik. Sebagai contoh, televisyen melibatkan penglibatan audio dan
imej visual yang disiarkan melalui udara, kabel gentian optik ataupun satelit. Radio pula merupakan
medium berasaskan audio sahaja yang disiarkan melalui gelombang udara. WWW memaparkan teks,
grafik, audio dan video yang diagihkan antara satu komputer dengan komputer yang lain menggunakan
teknologi rangkaian dan kaedah elektronik.

Jarak

Teknologi komunikasi berupaya menghantar mesej mengikut jarak tertentu. Sesetengahnya berjarak dekat
dan yang lain pula berjarak jauh. Peralatan elektronik biasanya dapat menghantar mesej menggunakan
gelombang udara, wayar kabel dan telefon, satelit dan gentian optik yang dapat menjimatkan masa dan kos
untuk penghantaran maklumat jarak jauh. Telefon misalnya, berupaya menghubungkan dua individu yang
berjarak beratus kilometer. Radio pula disiarkan melalui frekuensi yang tertentu di kawasan yang berlainan.
Teknologi internet boleh diakses oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira jarak dan sempadan.

Penyimpanan

Teknologi komunikasi terkini berupaya menyimpan maklumat dalam kapasiti yang banyak. Contohnya,
teknologi CD-ROM yang mampu menyimpan data sehingga 650 Mbytes, manakala Digital Video Disc
(DVD) mempunyai kapasiti data antara 4.7 hingga 17.0 Gbytes. Ini berbeza dengan media cetak seperti
buku dan surat khabar yang terhad kandungannya. Internet menggunakan sepenuhnya proses digitasi yang
membolehkan ianya hampir berkeupayaan menyimpan maklumat tanpa had. Menyentuh tentang keupayaan
internet ini, pernah suatu ketika dahulu, Vannevar Bush, seorang jurutera Amerika mengutarakan ideanya
yang dipanggil memex. Semua maklumat di dalam dunia ini boleh disimpan di dalam satu peranti atau
mesin dan boleh dicapai oleh semua individu (Winston, 1998). Malangnya memex tidak berjaya
dilaksanakan kerana skopnya terlalu besar. Namun begitu, fungsi dan konsep internet juga seakan-akan
memex. Sebagai kesimpulannya, komunikasi yang terbentuk melalui jaringan teknologi komunikasi bukan
sahaja mampu mempercepatkan proses komunikasi tetapi penyebaran mesej dan maklumat yang lebih
mudah dan berkesan malah melangkaui jarak yang jauh.

Impak Teknologi Komunikasi dalam Bidang Pendidikan

Internet adalah salah satu contoh teknologi komunikasi yang digunakan secara intensif di kebanyakan
masyarakat. Di institusi pengajian tinggi, para pelajar dan pensyarah menggunakan internet mencari bahan
128 pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam bentuk digital seperti artikel, buku, majalah gambar
dan audio visual. Selain internet, usenet juga adalah satu lagi kemudahan yang digunakan pelajar dan
golongan pendidik. Usenet adalah sistem diskusi teragih yang mempunyai set newsgroup tertentu dan dapat
digunakan sebagai satu medium komunikasi antara pensyarah dan pelajar. Teknologi komunikasi
berpotensi memberikan sumbangan besar dalam proses Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Haslinda, Hajar dan
Wan (2000), menyatakan kemudahan seperti desktop video conferencing, bulletin board, internet dan mel
elektronik amat sesuai sekali digunakan dalam pendidikan khususnya dalam program pendidikan jarak
jauh. Justeru itu dengan adanya inovasi teknologi komunikasi dalam pendidikan maka usaha-usaha
pendemokrasian dan promosi pendidikan sepanjang hayat dapat direalisasikan tanpa mengira batasan waktu
dan sempadan geografi pelajar.

Impak Teknologi Komunikasi dalam Bidang Ekonomi

Teknologi komunikasi telah mengubah corak kita menjalankan kegiatan ekonomi. Kebanyakan syarikat
masa kini dilihat telah menggunakan teknologi komunikasi dalam urusan perniagaan mereka seperti
menjalankan urusan jual beli produk mereka di internet selain daripada mempromosikan syarikat mereka
untuk pengetahuan orang luar. Selain itu, teknologi komunikasi juga dikenal pasti dapat membantu negara-
negara membangun dalam menyediakan kemudahan kesihatan, pendidikan dan mengurangkan kemiskinan.
Contohnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengatur pelbagai inisiatif untuk
meningkatkan taraf hidup masyarakat dunia melalui program United Nations Development Programme
(UNDP). PBB telah merangka untuk membantu 131 buah negara membangun dengan latihan, dan
kemudahan asas teknologi komunikasi dan maklumat.

Impak Teknologi Komunikasi dalam Merapatkan Jurang Digital

Jurang digital merujuk kepada jurang antara mereka yang mempunyai capaian kepada rangkaian serta
aplikasi komunikasi dan multimedia yang mana jurang ini dilihat apabila terdapat golongan yang kaya
maklumat dan miskin maklumat (Nuraizah, 2002). Jurang digital ini wujud disebabkan perkembangan
teknologi maklumat yang begitu pantas sehinggakan penerimaan dan pemilikan teknologi di kalangan
masyarakat agak tidak seimbang. Ini menyebabkan sesetengah pihak dapat mengaplikasikan sepenuhnya
penggunaan teknologi komunikasi manakala sebahagian yang lain masih lagi dalam keadaan buta ICT. Di
129 Malaysia, usaha-usaha merapatkan jurang digital banyak diprogram oleh kerajaan melalui agensinya
seperti MIMOS. Di samping latihan asas, agensi kerajaan dengan kerjasama syarikat IT juga turut
mempromosi pakej celik IT di kalangan masyarakat luar bandar.

Impak Teknologi Komunikasi dalam Perhubungan Sosial

Lazimnya perhubungan sosial berlangsung secara bersemuka tetapi dengan inovasi teknologi komunikasi
masa kini kita dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan kita yang berada jauh di perantauan. Malah
perkenalan seseorang yang tidak dikenali dan tidak pernah ditemui boleh terjalin secara atas talian.
Komunikasi yang berasaskan komputer dan internet ini dapat menyatukan penerima dan sumber mesej
walaupun berada pada tempat yang berbeza. Antara aplikasi teknologi komunikasi yang dapat
merealisasikan perhubungan maya ini ialah e-mel, newsgroup, internet messager, chat rooms.

Impak Teknologi Komunikasi dalam Bidang Percetakan dan Penerbitan

Bidang percetakan yang merangkumi akhbar, majalah dan buku mengalami perubahan yang besar dengan
perkembangan teknologi komunikasi ini. Dengan adanya teknologi satelit penghantaran akhbar berserta
reka letak gambar dari agensi editorial yang berada jauh di cawangan yang merata tempat dapat
dilaksanakan dengan cepat. Selain itu, internet membolehkan penyebaran berita dilakukan dengan lebih
meluas. Penggunaan teknologi komunikasi dalam aktiviti percetakan dan penerbitan dapat mengurangkan
kos operasi. Di samping itu, laman web yang mempunyai elemen interaktiviti dapat memudahkan penerbit
menerima maklum balas dengan cepat daripada pengguna.
Soalan 1(B)

Tingkat interaksi

Kekerapan interaksi membantu meningkatkan persefahaman yang lebih tinggi dalam kalangan ahli
kumpulan. Sebagai contoh menggunakan aplikasi whatsapp kumpulan atau telegram bagi berinteraksi
sesame ahli. Dengan cara ini ia memudahkan lagi untuk perbincangan.

Peranan ahli

Setiap ahli kumpulan yang memainkan peranan dan melaksanakan amanah yang mereka terima
memberikan nilai yang sangat penting. Kejayaan peranan yang mereka mainkan menyumbang kepada
kejayaan menyeluruh operasi kumpulan. Contohnya,jika ketua kumpulan membuat mesyuarat di dalam
talian seperti menggunakan Zoom untuk berinteraksi,maka setiap ahli perlu memainkan peranan untuk
menyertainya.

Kesepakatan

Apabila menghadapi kebuntuan untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara, setiap ahli kumpulan
tetap berusaha mencapai kata sepakat yang boleh diterima semua dan akur bagi kebaikan kumpulan. setiap
perbincangan perlu ada kesepekatan semua ahli bagi menjayakan sesuatu tugasan. Misalnya,ketua
kumpulan menggunakan Google Form bagi bertujuan untuk membuka kepada setiap ahli kumpulan untuk
memberikan cadangan.

Kehadiran ahli

Penggunaan teknologi adalah sangat baik jika digunakan dengan betul,tetapi masalah yang akan dihadapi
ialah apabila mesyuarat kumpulan di lakukan dialam maya seperti Zoom kehadiran ahli agak kurang
memuaskan kerana ada segelintir ahli kemungkinan mengalami gangguan isyarat internet yang
mengganggu mereka untuk menghadiri mesyuarat.
Soalan 2 (A)

Kumpulan Nominal

Teknik kumpulan nominal adalah satu kaedah pembuatan keputusan di mana ahli-ahli kumpulan
mencadangkan dan menilai idea-idea mereka secara individu sebelum berkongsi idea tersebut dengan ahli-
ahli kumpulan yang lain. Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut:

Langkah 1: Setiap ahli kumpulan mencatatkan idea mereka secara individu bagi keputusan atau masalah
yang dibincangkan.

Langkah 2: Setiap ahli akan membacakan idea-ideanya kepada semua orang dalam kumpulannya untuk
berkongsi pandangan dengan mereka. Idea-idea tersebut biasanya ditulis di atas papan hitam/papan putih
untuk dikaji semula dan rujukan oleh semua ahli kumpulan.

Langkah 3: Satu perbincangan diadakan untuk menilai kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan


setiap idea.

Langkah 4: Ahli-ahli mengundi secara rahsia dan menulisnya di atas sekeping kertas. Idea yang menerima
paling banyak undian akan diterima dan dilaksanakan.

Kumpulan Delphi

Kumpulan Delphi merupakan satu kaedah pembuatan keputusan di mana panel yang terdiri daripada
beberapa pakar akan menjawab soalan-soalan dan bekerja bersama-sama sehinggalah penyelesaian dapat
dicapai bagi isu tertentu. Teknik ini tidak memerlukan ahli-ahli panel untuk bersemuka. Mereka mungkin
berinteraksi menerusi surat menyurat, e-mel dan sebagainya. Antara langkah-langkah yang terlibat dalam
teknik ini adalah:

Langkah 1: Pakar-pakar dalam sektor-sektor yang berkaitan akan dikenal pasti dan dipilih oleh ahli-ahli
panel.

Langkah 2: Masalah-masalah akan diolah dalam bentuk soal selidik yang terdiri daripada soalan-soalan
terbuka.

Langkah 3: Soal selidik tersebut akan diberikan kepada ahli-ahli panel bersama dengan permintaan agar
mereka mengesyorkan penyelesaian-penyelesaian.
Langkah 4: Setiap pakar akan melengkapkan borang soal selidik dan mengembalikannya kepada pengurus.

Langkah 5: Semua jawapan akan diringkaskan dan digabung dalam bentuk laporan. Ia kemudiannya
dikembalikan kepada ahli-ahli panel bersama dengan borang soal selidik yang lebih spesifik dan terperinci
yang telah dikaji semula.

Langkah 6: Ahli-ahli panel membaca laporan tersebut untuk mengetahui pendapat dan cadangan-cadangan
ahli yang lain berkenaan masalah tersebut. Di samping itu, mereka juga melengkapkan borang soal selidik
yang kedua.
Soalan 2 (B)

Menyekat Pengeluaran Idea-Idea.

Sememangnya seperti yang telah dibincangkan teknik sumbangsaran digunakan bagi menjana seberapa
banyak idea yang diperlukan. Namun begitu dalam situasi tertentu semasa ahli-ahli dalam kumpulan
menyuarakan idea-idea mereka mengikut giliran, kadang kala, idea yang telah timbul secara spontan
mungkin secara tiba-tiba hilang semasa ahli sedang menunggu gilirannya untuk bercakap. Ini kerana
manusia biasanya mempunyai memori jangka pendek.

Namun begitu ada cara yang berkesan untuk menangani masalah ini iaitu dengan cara ahli kumpulan yang
terlibat  menulis dahulu segala idea yang terfikir di minda mereka sementara menunggu giliran. Oleh itu
masalah sekatan idea ini tidak akan berlaku .

Perbincangan Didominasi Oleh Sebahagian Ahli.

Pada masa-masa tertentu, ahli-ahli kumpulan mungkin merasakan yang idea-idea mereka tidak cukup baik
dan merasa segan atau malu untuk menyatakan idea mereka kepada kumpulan. Oleh itu mereka berasa
rendah diri untuk berkongsi idea.

Bagi mengatasi masalah-masalah ini, kaedah sumbangsaran kini boleh dibuat melalui penggunaan
teknologi media terkini seperti emel ,mesej dengan aplikasi telefon pintar seperti Whats App atau We Chat.
Oleh itu apabila seseorang mendapat sesuatu idea mereka boleh terus menghantar emel kepada majikan
atau terus menghantar pesanan agar kehilangan idea tidak berlaku. Pada masa yang sama, identiti ahli-ahli
kumpulan masih tidak diketahui. Oleh itu, ahli-ahli tidak akan malu atau tidak selesa apabila dibuat
penilaian terhadap idea mereka

Mengambil Masa yang lama

Apabila semua idea telah dibentangkan ia akan dibincangkan pula untuk memilih idea yang paling praktikal
yang boleh digunakan mengikut kesesuaian dan keperluan sesebuah organisasi. Oleh itu akhirnya
organisasi tersebut memerlukan masa  yang lebih lama untuk mencapai kesepakatan terhadap sesebuah
idea. Perkara ini akan menghalang  kemampuan pengurusan untuk bertindak cepat pada masa ia 
diperlukan.

Bagi menangani masalah ini, ketegasan daripada pihak atasan amat diperlukan supaya perbincangan
berkaitan membuat sesuatu keputusan tidak terkeluar daripada skop perbincangan yang boleh menyebabkan
ia berlarutan.
Tekanan Untuk Sependapat.

Apabila semua idea dibentangkan untuk dipilih sebagai alternatif penyelesaian terbaik, pasti akan berlaku
pertikaian untuk memilih idea yang paling sesuai. Oleh itu kemungkinan akan berlaku perselisihan
pendapat terutama bagi mereka yang mendominasi perbincangan. Namun begitu dalam hal ini, ketua
pasukan mesti bersikap adil dan bertoleransi dengan memfokuskan pemilihan idea terbaik mengikut
spesifikasi yang diperlukan oleh sesebuah organisasi pada ketika itu. Maka di dalam hal sebegini, semua
pihak hendaklah sentiasa berlapang dada dan bertolak ansur demi kepentingan organisasi, bukan untuk
kepentingan sendiri.

Teknik Sumbangsaran

Kaedah sumbangsaran ini dikenali dengan pelbagai nama antaranya Brainstroming, Perah Otak, Pecah
Minda dan Percambahan Fikiran. Walaupun berbagai istilah dalam bahasa diterjemahkan, namun ia
merujuk kepada perkara yang sama. Sumbangsaran ini adalah kaedah yang paling popular yang sering
digunakan dalam teknik kreatif secara berkumpulan.

Elemen yang paling utama dalam teknik ini adalah unsur kreativiti. Pengasasnya ialah Alex Osborn dan
kaedah ini wujud pada awal tahun 1930an kemudian diperkenalkan pada umum secara rasmi pada tahun
1953 melalui bukunya berjudul ‘Applied Imagination’.

Menurut Rowlinson (1981) di dalam Mohd. Azhar Abd. Hamid, Othman A. Kassim & Muhammed Fauzi
Othman (2005) mentakrifkan kaedah sumbangsaran adalah satu pendekatan yang digunakan semasa aktiviti
perbincangan dalam satu kumpulan untuk mendapatkan seberapa banyak idea dalam masa yang singkat

Sumbangsaran merupakan teknik yang menggalakkan penjanaan idea sebanyak yang mungkin tanpa
melibatkan sebarang kritikan. Setiap individu di dalam organisasi tersebut berhak mengeluarkan idea tanpa
dipersoalkan. Ia adalah satu proses pembuatan keputusan secara berkumpulan yang mana maklum balas
yang negatif terhadap idea yang dibentangkan adalah dilarang sama sekali sehinggalah semua pandangan
telah didengari (Certo, 2000).

Sumbangsaran bertujuan untuk mengeluarkan idea-idea yang kreatif dan luarbiasa daripada setiap ahli
kumpulan secara terbuka. Suatu aktiviti kumpulan sumbangsaran yang berkesan biasanya terdiri daripada
lima hingga tujuh orang individu .Secara ringkasnya, semua ahli kumpulan akan mencadangkan idea-idea
mereka sendiri mengikut giliran. Menurut Stephen Van Valin, untuk menguasai teknik sumbang saran
seseorang mesti menguasai asasnya bagi merealisasikan objektifnya. Asas-asas sumbangsaran tersebut ialah
tidak sesekali menghalang proses pengeluaran idea agar tidak menghalang idea dan kreativiti seseorang.
Secara asasnya kaedah sumbangsaran mengandungi enam prinsip yang utama :

a) Semua ahli yang terlibat dalam sesuatu sesi sumbangsaran itu hendaklah mengemukakan penilaian
yang hendak dibuat pada suatu idea. Ini bermaksud, setiap daripada seorang ahli tidak boleh mengkritik
idea-idea yang di kemukakan oleh ahli-ahli yang lain.

b) Tujuan akhir yang hendak diperolehi oleh di dalam sesuatu sesi sumbangsaran itu adalah untuk
mendapatkan seberapa banyak kuantiti idea yang dibincangkan. Semakin banyak idea yang dihasilkan,
semakin banyak pilihan idea yang boleh difikirkan oleh setiap ahli kumpulan itu. Setiap ahli kumpulan
amat digalakkan memberikan idea.

c) Setiap ahli kumpulan juga digalakkan berfikir secara bebas dengan menggunakan segala imaginasi
yang ada pada diri mereka.

d) Semua idea yang dihasilkan boleh digabung, diubahsuai, dikembangkan dan dibaiki bagi mendapat
satu keputusan dan jalan penyelesaian yang terbaik.

e) Jangka masa yang sesuai juga perlu diberi perhatian. Biasanya bagi sesuatu sesi sumbangsaran yang
berkesan masa yang sesuai adalah antara 15 minit hingga 30 minit. Lebih lama masa yang digunakan untuk
sesuatu sesi sumbangsaran itu, suasanan sesi berkenaan akan menjadi hambar dan ahli-ahlinya menjadi
bosan serta letih. Ini secara tidak langsung mengakibatkan sesi sumbangsaran berkenaan tidak akan
mencapai objektif.

f) Bilangan ahli dalam sesebuah kumpulan juga perlu diambilkira. Untuk sesi sumbangsaran yang baik
ahli-ahli kumpulan hendaklah tidak melebihi daripada lima belas orang. Sekiranya satu sesi sumbangsaran
itu mempunyai ahli yang lebih daripada lima belas orang ianya akan menjadi satu sesi yang tidak terkawal.

Pada peringkat awal, semua idea sama ada baik atau tidak baik, sesuai atau tidak sesuai akan diterima tanpa
dinilai bagi tujuan menggalakkan semua ahli dalam kumpulan untuk menjana lebih banyak idea.Proses ini
akan berterusan sehingga tiada lagi idea-idea yang dicadangkan. Setelah semua idea telah dikumpulkan,
penilaian akan dibuat dengan membincangkan kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan idea-idea
yang diutarakan dari pelbagai aspek seperti kos dan masa .Kemudian, idea yang terbaik akan diterima.
Bahagian B

Soalan 1

Kinesik atau Komunikasi badan

Komunikasi yang dilakukan berasaskan pergerakan dan gaya badan (posture), gerak badan (gesture), mimik
muka dan pergerakan mata. Kinesik memberikan impak yang besar berbanding aspek komunikasi bukan
lisan yang lain. Setiap bahagian badan kita dari kepala hingga ke kaki boleh dimanipulasikan untuk
menghasilkan makna.

Muka boleh menghasilkan 250 000 ekspresi namun bukan semuanya membawa makna. Kinesik juga bukan
bersifat bebas tetapi mengikut peraturan atau norma yang memudahkan kita membuat interprestasi tingkah
laku. Norma yang mengawal interprestasi terhadap kinesik bergantung pada faktor seperti :

Jantina: lelaki dan wanita mempunyai pergerakan yang berbeza Contohnya: lelaki kulit putih berbeza
penggunaan pergerakan mereka dari lelaki kulit hitam.

Budaya: menentukan peraturan pergerakan yang boleh atau tidak boleh kita lakukan. Contohnya:
masyarakat tidak memandang manis gadis yang duduk melebarkan kaki mereka. Kelas social:
mempengaruhi pergerakan badan. Contohnya : kelas sosial rendah lebih bebas pergerakan badan mereka. :
kelas sosial tinggi pergerakan badan tidak bebas.

Gerak badan (gesture)

Merujuk kepada pergerakan kecil atau besar tangan dalm proses komunikasi yang membawa makna.
Contohnya : seorang penceramah tidak menggunakan pergerakan tangan akan kelihatan seperti kaku dan
tidak menarik. Sebaliknya, jika ia memasukkan tangan ke dalam saku seluar, dia akan kelihatan seperti
orang yang kurang yakin. Selain itu juga,dengan adanya gerak badan semasa sesi temu duga,ia dapat
menarik perhatian panel temu duga kerana dengan ada gerak badan ia menunjukkan bahawa kita yakin dan
bersedia.

Mimik muka

Menunjukkan mesej gembira, sedih, marah, meluat, takut, menyampah dan sebagainya. Emosi ini dapat
memberikan maklumat kepada sesiapa sahaja yang berkomunikasi dengan kita. Semasa sesi temu duga,
mimik muka adalah menunjukkan emosi kita ketika bercakap yang menunjukkan bahawa kita mengetahui
dan memahami perkara yang di sampaikan.
Hubungan mata

Mata adalah “jendela hati”. Mata digunakan untuk 2 tujuan iaitu menyatakan minat dan menyatakan kuasa.
Dapat memberi mesej sejauh mana seseorang itu bersifat dinamik, boleh dipercayai. Beberapa ahli
berpendapat bahawa mata digunakan untuk menghasilkan persepsi dari segi gerakan, ukuran, jarak, warna.
Hubungan mata antara panel dan peserta temu duga adalah penting kerana ia menunjukkan bahawa kita
berani dan yakin ketika menyampaikan sesuatu hujah.

Sentuhan

Sentuhan amat penting dalam komunikasi namun budaya berpengaruh sama ada menggalakkan penggunaan
sentuhan atau tidak. Bagi masyarakat Asia, sentuhan di antara lelaki dan perempuan amat terbatas. Haptik
bahasa bukan verbal yang memperlihatkan penggunaan sentuhan anggota badan seperti pelukan seorang
ibu dan meletakan tangan di atas bahu.

Paralanguage

Paralanguage merangkumi aksen, nada, volume, laju pertuturan, modulasi, dan kelancaran. Beberapa
penyelidik juga memasukkan fenomena bukan vokal tertentu di bawah tajuk paralanguage: ekspresi wajah,
pergerakan mata, pergerakan tangan, dan sejenisnya. "Halangan bahasa," kata Peter Matthews, "tidak dapat
dielakkan) tidak sesuai."

Walaupun paralinguistik pernah digambarkan sebagai "anak tiri yang ditinggalkan" dalam kajian bahasa,
ahli bahasa dan penyelidik lain baru-baru ini menunjukkan minat yang lebih besar dalam bidang ini.

Peningkatan komunikasi tatap muka melalui e-mel, pesanan teks, dan media sosial dalam beberapa dekad
kebelakangan ini menyebabkan penggunaan emoticon sebagai pengganti bahasa.Merujuk kepada
penggunaan suara dalam berkomunikasi. Penggunaan suara dalam komunikasi penting dari sudut
bagaimana kita menyatakan sesuatu dan bukannya apa yang dinyatakan. Suara juga penting untuk kita
memahami bahasa. Setiap orang pada lazimnya tahu mengawal suara untuk menyatakan perasaan gembira,
sedih atau marah.
Soalan 2

Taman Emas,Kuala Lipis

Soal Selidik Mesyuarat Kelab Sukan

(Diisi oleh peserta)

Nama :...............................................................................................

Tarikh :................................................................................................

Masa :................................................................................................

1. Sila baca kenyataan yang diberikan.


2. Gunakan skala yang disediakan bagi menyatakan kualiti perkhidmatan yang diterima.
3. Sila tandakan (√ ) dalam petak berkenaan.
SKALA TAHAP PUAS HATI
1 = Tidak Memuaskan
2 = Kurang
Memuaskan
3 = Memuaskan
4 = Baik
5 = Cemerlang

Skor yang Dinilai


Bil. Kenyat 1 2 3 4 5
aan
A. Isi
1 Memberi maklumat yang diperlukan dengan cepat
2 Memberi maklumat yang diperlukan dengan tepat
3 Memberi maklumat yang rasional dan munasabah
B. Penyampaian
4 Menggunakan nada yang jelas
5 Memberikan maklumat yang tepat
6 Berinteraksi dua hala
C. Bahasa
7 Berkeupayaan memberi penjelasan/ maklumat
dengan jelas.
8 Menggunakan bahasa yang baik
9 Intonasi suara yang jelas

Anda mungkin juga menyukai

  • RPH 16-23 Apr
    RPH 16-23 Apr
    Dokumen12 halaman
    RPH 16-23 Apr
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Exam bdpp1103 Set 2
    Exam bdpp1103 Set 2
    Dokumen10 halaman
    Exam bdpp1103 Set 2
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Set 5
    Set 5
    Dokumen24 halaman
    Set 5
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Exam bdpp1103 Set 1
    Exam bdpp1103 Set 1
    Dokumen10 halaman
    Exam bdpp1103 Set 1
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Exam Bdek
    Exam Bdek
    Dokumen10 halaman
    Exam Bdek
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • RPH Geog 20 Sept
    RPH Geog 20 Sept
    Dokumen7 halaman
    RPH Geog 20 Sept
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • RPH Geog 20 Sept
    RPH Geog 20 Sept
    Dokumen7 halaman
    RPH Geog 20 Sept
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Set 1 Baru
    Set 1 Baru
    Dokumen17 halaman
    Set 1 Baru
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Set 3
    Set 3
    Dokumen13 halaman
    Set 3
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Geografi TG 1 Catch Up Plan
    Geografi TG 1 Catch Up Plan
    Dokumen4 halaman
    Geografi TG 1 Catch Up Plan
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Set 4
    Set 4
    Dokumen13 halaman
    Set 4
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Cuti Penggal 18
    Cuti Penggal 18
    Dokumen1 halaman
    Cuti Penggal 18
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Set 1
    Set 1
    Dokumen5 halaman
    Set 1
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Bab 12 Sumber Air
    Bab 12 Sumber Air
    Dokumen4 halaman
    Bab 12 Sumber Air
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Bab 12 Sumber Air
    Bab 12 Sumber Air
    Dokumen4 halaman
    Bab 12 Sumber Air
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • UNITDICIPILINE
    UNITDICIPILINE
    Dokumen3 halaman
    UNITDICIPILINE
    Suresh Suresh
    Belum ada peringkat
  • JUMAAT
    JUMAAT
    Dokumen1 halaman
    JUMAAT
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • RUMUSAN MINGGUAN RPH - Aktiviti
    RUMUSAN MINGGUAN RPH - Aktiviti
    Dokumen2 halaman
    RUMUSAN MINGGUAN RPH - Aktiviti
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Bab 1 Latihan Arah
    Bab 1 Latihan Arah
    Dokumen1 halaman
    Bab 1 Latihan Arah
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • SELASA
    SELASA
    Dokumen2 halaman
    SELASA
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Laporan Mingguan
    Laporan Mingguan
    Dokumen1 halaman
    Laporan Mingguan
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • SELASA
    SELASA
    Dokumen2 halaman
    SELASA
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • RPH Geog 20 Sept
    RPH Geog 20 Sept
    Dokumen7 halaman
    RPH Geog 20 Sept
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Bab 12 Sumber Air
    Bab 12 Sumber Air
    Dokumen4 halaman
    Bab 12 Sumber Air
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • BAB 1 Arah
    BAB 1 Arah
    Dokumen2 halaman
    BAB 1 Arah
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • BAB 1 Arah
    BAB 1 Arah
    Dokumen2 halaman
    BAB 1 Arah
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Jadual PDPR Fasa 2 Pkptingkatan 1,2 Dan 3
    Jadual PDPR Fasa 2 Pkptingkatan 1,2 Dan 3
    Dokumen1 halaman
    Jadual PDPR Fasa 2 Pkptingkatan 1,2 Dan 3
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • RPT PJPK F5 2021
    RPT PJPK F5 2021
    Dokumen43 halaman
    RPT PJPK F5 2021
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat
  • Bab 12 Sumber Air
    Bab 12 Sumber Air
    Dokumen4 halaman
    Bab 12 Sumber Air
    Arif Picagari
    Belum ada peringkat