Anda di halaman 1dari 10

Bahagian A

Soalan 1

Sebuah organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang berkerja bersama-
sama untuk mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi itu sendiri. Dalam erti
kata lain organisasi ini ialah satu unit sosial di mana manusia didalamnya akan sentiasa
berhubung dan berkomunikasi dalam menjalan peranan.

Di dalam sesebuah organisasi memerlukan penyatuan usaha pekerja bagi menjamin


pencapaian matlamat. Sekiranya tiada penyatuan dan perpaduan di kalangan mereka maka
aktiviti dan operasi organisasi ini tidak akan berjalan dengan lancar kerana halangan-
halangan ini. Hubungan yang baik dan mantap dapat menjamin pergerakan organisasi yang
lebih dinamik, sempurna dan tersusun. Penyelarasan melalui peraturan dan prosedur yang
dibuat dapat meningkatkan hubungan antara satu fungsi dengan satu fungsi yang lain dan
diantara individu.

Matlamat syarikat

Setiap organisasi, seperti yang telah disebutkan, akan melaksanakan matlamatnya. Ini adalah
garis panduan utama yang mana satu kumpulan orang sedang menuju. Sebagai contoh, ciri-
ciri ekonomi sesebuah organisasi sentiasa diberikan berdasarkan petunjuk seperti keuntungan
bersih. Kriteria ini dapat menjelaskan bagaimana keseluruhan sistem berfungsi.

Tetapi ada organisasi dengan matlamat lain. Sebagai contoh, sekolah itu bertujuan untuk
menyediakan sejumlah besar pelajar cemerlang, untuk memberikan tahap pendidikan yang
paling tinggi. Matlamat boleh menjadi pertengahan, secara beransur-ansur memimpin
sekumpulan orang untuk satu penyelesaian umum kepada masalah global. Tanpa aspirasi,
pergerakan, tiada syarikat orang boleh wujud.

Peraturan yang jelas

Peraturan biasanya dibuat setelah sebuah organisasi terbentuk . Peraturan ini merupakan ciri
organisasi formal yang bertujuan mengatur setiap anggota agar tujuan dan kerjasama terjalin
dengan baik , efisien, efektif dan bertanggung jawab . Dengan adanya peraturan ini tidak
akan ada anggota yang merasa terabai kerana peraturan tersebut dibahas bersama. Peraturan
yang jelas juga dapat membimbing pekerja untuk melakukan tugas dengan baik. Peraturan
yang dibina dalam sesebuah organisasi dapat menjadi panduan kepada pekerja atau mana
mana individu dalam sesebuah organisasi.
Soalan 2

Tokoh yang bernama Robert Owen berbangsa Welsh. Sebagai seorang industrialis dan teoris
sosial Robert Owen telah menerapkan fahaman tentang. Hubungan Manusia dalam
pengurusannya. Owen percaya dengan peningkatan dan kefahaman yang menyeluruh
mengenai permasalahan pekerja dan sekitaran kerja produktiviti dapat ditingkatkan. Pada
tahun 1920an Owen telah dikenali sebagai The Real Father of Personal Administration.
Beliau percaya bahawa keuntungan dapat ditingkatkan jika pekerja bekerja dalam
jangkamasa yang singkat, dibayarupah yang mencukupi, dan disediakan makanan dan
perumahan yangsepadan. Beliau juga enggan menerima pekerja dibawah umur 10 tahun
6bulan. Beliau mengajar pekerjanya tentang kebersihan, mengawal perasaan dan
memperbaiki suasana di tempat kerja. Ketika itu tidak ada usahawan yang mengamalkan cara
beliau. Robert Owen menyatakan bahawa pekerja merupakan sumber daya pengurusan yang
signifikan. Owen percaya bahawa pengurusan yang memperbaiki keadaan persekitaran kerja
atau pelaburan pada sumber daya manusia dapat meningkatkan output dan keuntungan.

Kesan Revolusi Industri

Sebelum tercetus revolusi industri, setiap pekerjaan dilakukan oleh individu-individu yang
mahir dengan bakatnya. Secara umum, setiap pekerja mencurahkan tenaga fikiran dan tenaga
fizikalnya untuk menyudahkan sesuatu pekerjaan dari awal sehinggalah siap. Sebagai contoh,
tukang jahit, tukang kayu, dan tukang kasut akan mencurahkan tenaga mereka untuk
menghasilkan sesuatu produk. Walaupun produktiviti tidak banyak yang dapat dihasilkan
oleh seseorang tukang,tetapi dia bangga bahawa hasilnya begitu berkualiti.
Soalan 3

Pendekatan sistematik kepada pengurusan organisasi. Ini menjadikan ia mungkin untuk


memperbaiki hubungan antara jabatan dan proses individu. Akibatnya, kepala nampaknya
memberi tumpuan kepada proses utama, tidak menyembur perhatian kepada tugas-tugas
sekunder. Hasilnya, kerja-kerja organisasi menjadi stabil.

Penambahbaikan yang berterusan. Ini adalah matlamat utama mana-mana perusahaan yang
bermatlamat untuk mencapai kejayaan. Ini membolehkan kelebihan tertentu berbanding
dengan organisasi lain yang aktif dalam pasaran.

Semua keputusan mengenai pengurusan perusahaan perlu diambil berdasarkan fakta-fakta


tertentu yang objektif dalam alam semula jadi. Oleh itu, apa-apa tindakan akan menjadi asas
dan wajar.

Hubungan dengan pembekal mestilah berasaskan kepada syarat-syarat yang saling


menguntungkan. Apabila syarikat itu yakin dalam pembelian bahan mentah atau produk
separuh siap, ia boleh mengurangkan masa dan bahan kos di bawah kawalan. Tambahan pula,
perkongsian yang amat berharga memandangkan kestabilan.

ISO 9000 merupakan standard bagi sistem kualiti. Ia bukan standard untuk produk atau
perkhidmatan yang dihasilkan. Standard bagi produk akan menetapkan cirri-ciri bagi produk
berkenaan. Contohnya ialah SMR merupakan standard bagi sejenis getah yang dihasilkan di
Malaysia. Standard ini menetapkan cirri-ciri bagi getah tersebut seperti warna, elastisiti dan
kandungan bahan-bahan kimia. Manakala standard ISO 9000 merupakan standard bagi sistem
kualiti yang menghasilkan getah tersebut.

ISO 9000 adalah berasaskan kepada dokumentasi yang menekankan apa yang dibuat, apa
yang didokumenkan dan buktikannya.

ISO 9000 menekankan kepada pencegahan iaitu mencegah berlakunya masalah dan bukannya
mengatasi masalah selepas ia berlaku.

ISO merupakan suatu standard universal. Ia hanya menggariskan keperluan-keperluan asas


secara umum tetapi tidak memprincikan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi
memenuhi keperluan tersebut. Dengan kata lain, ia hanya menghuraikan apa yang perlu
diadakan dan tidak bagaimana membuatnya. Contohnya jika berlaku sesuatu kesilapan, ia
hanya menetapkan tindakan pembetulan yang perlu dijalankan tetapi tdak menghuraikan
bagaimana cara dan bentuk tindakan yang harus diambil.
Soalan 4

Tiada Istilah Idea Salah Atau Betul

Satu kelebihan untuk teknik ini ialah tiada istilah untuk idea itu salah atau betul walaupun
kebiasaannya dalam kalangan kita ramai yang suka mengkritik. Semua yang terlibat mesti
menerima idea terbut dengan perasaan ingin tahu. Ketika semua ahli mesyuarat
mengeluarkan idea mereka, semua orang mesti menerima pendapat tersebut tanpa mengira
idea tersebut boleh digunapakai atau tidak. Ini kerana ketika proses mengeluarkan idea,
semua pendapat akan didengar dan diterima pada peringkat awal. Oleh itu setiap individu di
dalam organisasi tersebut tidak akan merasa rendah diri atau terpinggir kerana buah
pandangan mereka ditolak atau tidak diambil peduli bahkan ia akan meningkatkan semangat
dan motivasi untuk memajukan organisasi mereka.

Meningkatkan Kualiti Dan Produk.

Secara tidak langsung , kaedah ini dapat melahirkan pemikiran kreatif dan akan
menghasilkan suatu penghasilan yang inovatif. Setiap organisasi memerlukan kualiti dan
produk yang baru bagi menjamin kelangsungan organisasi tersebut. Sebagai contoh di dalam
bidang pekerjaan yang saya lakukan sekarang iaitu berkaitan dengan perladangan sawit, jika
tiada buah fikiran yang baru pasti buah sawit hanya dapat mengeluarkan minyak masak
sahaja. Tetapi pastinya dengan mengaplikasikan kaedah sumbangsaran ini, para pegawai
yang terlibat dengan kajian dan pembangunan dapat menghasilkan ratusan produk baru
daripada hasil sawit. Ini akhirnya akan memberi keuntungan kepada organisasi itu sendiri,
pekerja dan seterusnya dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.

Membentuk penerimaan dan komitmen daripada ahli terhadapt keputusan yang


dibuat.

Penting untuk kita tekankan di sini penerimaan yang terbuka daripada ahli terhadap
keputusan dalam kumpulan akan mempengaruhi hasil yang akan diperoleh. Penerimaan atas
suara ramai ataupun atas dasar releven inilah yang akan menyuntik motivasi dan komitmen
ahli dalam melaksanakan keputusan kerana ia bukan sahaja keputusan ketua atau
pengurus,tetapi juga melibatkan pandangan dan cadangan daripada semua pihak. Tanpa
penerimaan, sukar untuk menjana komitmen daripada ahli kumpulan seterusnya akan
merencatkan usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi kelak.
Soalan 5

Jangkauan kawalan pengurusan merujuk kepada bilangan subordinat yang melaporkan diri
secara langsung kepada seorang pengurus. Terdapat 3 jenis kawalan iatu kawalan luas
merupakan bilangan pekerja yang banyak diletakkan di bawah kawalan seorang ketua.
Manakalakawalan sempit yang merupakan bilangan pekerja yang sedikit diletakkan di bawah
kawalan seorang ketua sahaja dan jangkauan kawalan sederhana pula merupakan bilangan
pekerja yang diletakkan dibawah adalah sederhana iatu tidak terlalu banyak atau telalu
sedikit.

Jangkauan kawalan bergantung kepada beberapa faktor iaitu sama ada pekerja adalah layak
dan berkebolehan membuat keputusan tanpa perlu sentiasa merujuk kepada pengurus. Jika
mereka berkebolehan maka jumlah mereka yang melapor kepada pengurus boleh dinaikkan.
Kesediaan pengurus mendelegasikan kuasa kepada pekerja bawahan, jika tidak, maka
nombor pekerja yang melapor kepada pengurus adalah dihadkan oleh itu mengecilkan
jangkauan kawalan. Jika organisasi telah memajukan, mencuba dan menguji sistem
komunikasi yang memberi maklumat dengan pantas kepada dan dari para pengurus kanan,
setiap pengurus boleh mengawal dan koordinat sejumlah besar pekerja. Dalam cara yang
sama, pengurus boleh menyelia lebih pekerja jika organisasi mempunyai proses perancangan
yang rapi dan jelas dinyatakan objektifnya.
Soalan 6

Prestasi pekerja merosot menyebabkan individu tersebut akan menerima kesan seperti
penurunan pangkat, pemberhentian dan pertukaran dibuat melalui laporan penilaian prestasi
setiap individu tersebut. Ini kerana, sebuah organisasi berkerja dalam kumpulan dan jika
seorang pekerja mempunyai prestasi yang merosot ia akan menjejaskan perjalanan sesebuah
organisasi tersebut. Disebabkan itu juga, tindakan akan diambil bagi membendung daripada
berlakunya berterusan.

Syarikat juga akan menerima kesan daripada pekerja yang prestasinya merosot seperti hasil
tugas yang tidak memenuhi yang telah ditetapkan secara jelas. Ia merupakan elemen yang
sangat penting bagi sesebuah syarikat kerana kualiti kerja adalah penentu masa depan
syarikat. Perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh organisasi adalah hasil tugas bukan
sahaja perlu dinilai dari segi kuantitatif tetapi perlu juga diambil kira dari segi kualitatif.

kesannya terhadap prestasi merosot itu. Cara tradisi yang digunakan oleh pengurus untuk
mengatasi kelakuan bermasalah, mengikut Dwight (1992) termasuklah memindahkan pekerja
ke bahagian/unit kerja lain, menunjukkan kebencian terhadap pekerja berkenaan (secara pasif
atau aktif) dan menghukum pekerja yang berprestasi buruk itu. Mengambil tindakan terhadap
pekerja yang bermasalah adalah penting untuk menunjukkan bahawa pengurus tidak boleh
terima kelakuan yang sedemikian. Kegagalan untuk mengambil tindakan boleh memberi
isyarat bahawa kelakuan negatif yang ditunjukkan oleh pekerja scolah-olah dapat diterima
atau direstui oleh pihak pengurusan. Ini akan menggalakkan lebih banyak lagi kelakuan
negatif yangakan dilakukan. Apabila ini berlaku, tindakan disiplin akan menjadi lebih rumit
Soalan 7

Kurt menyatakan bahawa pada peringkat pertama, seseorang itu perlu mempunyai keinginan
untuk merubah situasi yang lama. Hal ini demikian kerana dengan andaian bahawa situasi
yang lama itu mendatangkan kesan yang negatif atau masalah kepada individu atau sesebuah
organisasi. Sebagai contohnya, penggunaan beg plastik pada masa kini adalah tidak mesra
alam dan akan mengakibatkan penyakit merbahaya kepada pengguna dalam masa yang
panjang. Faktor tersebut telah menyebabkan ramai pengguna ingin berubah daripada terus
menggunakan beg plastik yang memakan masa yang agak lama untuk terurai.

Pada peringkat kedua pula, Kurt percaya bahawa seseorang itu perlu berubah kepada
kelakuan yang baru. Apabila sesuatu keadaan itu didapati tidak memberikan manfaat maka
seseorang harus cuba untuk melakukan perilaku baharu yang dianggap akan mendatangkan
kebaikan kepada diri atau sesebuah organisasi. Ini merujuk kepada nilai, sikap, struktur dan
pembentukan gelagat yang berbeza berbanding sebelum ini. Misalnya, penggunaan beg kertas
atau jenis kain adalah lebih baik berbanding menggunakan beg plastik. Situasi yang baharu
ini dianggap merupakan jalan penyelesaian kepada situasi yang lama.

peringkat yang ketiga iaitu pengekalan kelakuan di tahap baru. Apabila berlakunya perubahan
dari segi nilai, perilaku, struktur dan sebagainya kepada individu atau organisasi, maka ia
sepatutnya dikekalkan. Ini bermakna pengekalan gelagat baru tersebut akan menjadi
sebahagian amalan terbaik daripada sebelumnya. Contohnya, penggunaan beg kertas adalah
dianggap lebih baik berbanding beg plastik dan seharusnya dikekalkan pada masa akan
datang kerana memberi kesan yang positif kepada persekitaran manusia dan semula jadi.
Soalan 8

Hersey & Blanchard (1988) telah mengilhamkan satu model gaya kepimpinan yang mengikut
kepada situasi orang bawahan dengan membahagikan gaya kepimpinan kepada empat
dimensi, iaitu gaya kepimpinan memberitahu (telling), menjual (selling), penyertaan
(participating) dan penyerahan tugas (delegating). Pemimpin yang bijak akan memilih gaya
yang bersesuaian dengan situasi semasa dan kemampuan kumpulannya. Tetapi tidak ada satu
gaya yang dapat dianggap sebagai terbaik kerana ia bergantung pada situasi, pengalaman
pengikut dan tugas yang perlu dilaksanakan.

Asas model kepemimpinan situasional adalah idea bahawa tidak ada satu cara untuk
mengarahkan seseorang atau kelompok. Sebaliknya, bergantung kepada faktor-faktor seperti
ciri-ciri pengikut atau sifat tugas yang perlu dilakukan, setiap situasi memerlukan cara yang
berbeza untuk memegang reins.

Mengikut teori ini, seorang pemimpin yang baik mesti dapat menyesuaikan tingkah laku dan
cara mengarah ke persekitaran khusus di mana dia mendapati dirinya sendiri. Dalam kajian
mereka, Paul Hersey dan Kenneth Blanchard cuba membezakan mana jenis kepimpinan yang
paling biasa, dan dengan mana kelas bawahan masing-masing adalah lebih berkesan.

Model Blanchard dan Hersey membezakan antara empat jenis kepimpinan berdasarkan
jumlah tingkah laku pengurus yang dimiliki pemimpin, dan sokongan yang ditunjukkannya
kepada bawahannya.

Begitu juga, ia membezakan antara empat "tahap kematangan" pekerja berdasarkan


kecekapan mereka untuk menjalankan tugas yang perlu mereka lakukan, dan tahap komitmen
yang mereka sanggup memperolehi kewajipan mereka dan motivasi mereka untuk memenuhi
mereka.
Soalan 9

Mengambil Tanggungjawab

Seorang pemimpin yang berwawasan tahu bahawa ideanya berbeza dan merupakan risiko
yang besar dan orang-orang yang mengikuti pemimpin itu juga mengambil kesempatan untuk
melakukannya. Oleh itu, sangat penting anda bertanggungjawab terhadap tindakan dan visi
anda. Ini bukan hanya apabila acara berjalan dengan buruk tetapi juga untuk memastikan
bahawa acara tidak berjalan buruk. Pemimpin bertanggungjawab untuk memastikan bahawa
kewangan tersedia untuk membayar orang dan memastikan projek terus maju. Anda mesti
memastikan bahawa anda memperlakukan orang dengan adil.

Mentaliti

Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan
menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta
risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri. Mempunyai inisiatif atau
tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta
bertindak. Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah
yang wujud dalam organisasi.

Berterusan

Pemimpin yang berwawasan gigih dan tahu bahawa kebanyakan orang yang berjaya gagal
lebih banyak daripada yang pernah mereka berjaya. Mereka mengingatkan diri mereka
tentang semua tembakan yang tidak dijawab oleh bintang bola keranjang yang terkenal atau
berapa kali bayi jatuh sebelum ia berjalan. Mereka mengingatkan orang-orang mereka
tentang hal yang sama, yang mengilhami kegigihan di seluruh organisasi.

Rendah diri

Mana-mana penglihatan perniagaan yang baik cukup rendah hati untuk menyedari bahawa
dia tidak mempunyai semua kemahiran dan jawapan yang diperlukan untuk sampai ke mana
dia pergi. Dia mengakui kelemahan dan kesalahannya, serta membawa pemain pasukan yang
kuat di mana dia lemah.

Komunikator Cemerlang

Penglihatan semuanya baik dan baik, tetapi jika seseorang tidak dapat berkomunikasi, itu
tidak akan memberi kesan. Penglihatan berbakat dalam komunikasi dan mereka sering
melakukannya dalam bentuk tulisan, pertuturan dan hubungan. Kerana bagaimana mereka
menyampaikan visi, orang-orang sangat terpengaruh sehingga mereka melompat ke atas
kapal.
Soalan 10

Teori X dan Teori Y diperkenalkan pada tahun 1960 oleh Douglas McGregor, seorang
psikologi sosial Amerika dalam bukunya ‘The Human Side of Enterprise.’ Ini adalah salah
satu teori motivasi yang paling terkenal dalam pengurusan. Secara gabungan, kedua
pendekatan ini disebut sebagai Teori XY. Teori XY tetap menjadi pusat pengembangan
organisasi, dan untuk meningkatkan budaya organisasi dan dikembangkan berdasarkan asas
bahawa terdapat pendekatan mendasar untuk mengurus orang berdasarkan ciri-ciri mereka.

Perbezaan TEORI X TEORI Y


Apa itu Teori X menganggap bahawa pekerja Teori Y menganggap bahawa
Dimaksudkan tidak menyukai pekerjaan; mereka pekerja bermotivasi diri, dan
mahu menjauhinya dan tidak mahu berkembang pada
memikul tanggungjawab. tanggungjawab.
Sifat Gaya Teori X adalah gaya pengurusan yang Teori Y adalah gaya pengurusan
Pengurusan berwibawa. partisipatif.
Kelaziman Teori X adalah gaya pengurusan yang Organisasi moden semakin
dominan selama 20 abad. mengamalkan gaya pengurusan
Teori Y.
Motivasi Pekerja Teori X terutamanya didorong Ganjaran bukan kewangan adalah
oleh ganjaran kewangan. pendorong utama pekerja Theory
Y.

Anda mungkin juga menyukai