Anda di halaman 1dari 4

Bab 12 Sumber air

Pengenalan

 Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber air


 Malaysia menerima kira-kira 2500 – 3000 mm air hujan setahun kerana Malaysia mengalami
iklim khatulistiwa
 Malaysia menerima hujan sepanjang tahun
 Proses sejatan yang tinggi menyebabkan hujan perolakan sentiasa berlaku di negeri-negeri di
Malaysia

Proses kitaran hujan

Sejatan
 Air di permukaan bumi akan mengalami proses
sejatan kerana terdedah dengan matahari
 Semasa proses ini, air akan bertukar menjadi
wap air

Kondensasi/Pengeluwapan
 Apabila sampai ke lapisan atmosfera yang lebih
tinggi, wap air berkumpul dan membentuk
titisan-titisan air
 Apabila titisan-titisan ini bergabung dan jisimnya
bertambah, ia akan turun semula ke bumi
sebagai hujan
Proses sejatan semula
 Air yang mengalir melalui sungai akan terus ke laut
 Namun, jika air terdedah kepada cahaya dalam tempoh yang lama, air akan kembali tersejat ke
udara

Air Permukaan
 Air hujan yang turun akan berkumpul atau mengalir di sungai atau tasik
 Air ini disebut sebagai air larian permukaan

Air Bawah Tanah


 Ada juga air yang diserap masuk ke dalam tanah dan diserap oleh tumbuhan
 Air ini akan terkumpul di bawah tanah dan disebut sebagai air bawah tanah

Air untuk kegunaan domestik dan industri


 Selebihnya, air digunakan untuk kegunaan isi rumah ataupun industri
Krisis sumber air di Malaysia

Pembalakan

 Hutan umpama span yang menyerap air hujan


 Air hujan tersebut akan disimpan di dalam tanah sebagai air bawah tanah
 Apabila hutan ditebang, air hujan tidak lagi akan diserap, tetapi akan terus menghakis tanah dan
bergerak sebagai air larian permukaan

Fenomena cuaca

 Cuaca di dunia yang berubah-ubah akibat kegiatan ekonomi manusia telah menyebabkan
fenomena cuaca luar biasa berlaku seperti El nina dan El nino
 El nino telah berlaku pada 2016 yang menyebabkan kemarau panjang berlaku Semenanjung
Malaysia
 Kesannya, paras simpanan air di empangan dan sungai merosot
 Ini memberi kesan kepada sumber air yang digunakan kepada pengguna

Aktiviti membuang sampah sarap

 Aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab menyebabkan sampah dibuang ke dalam punca
air
 Di Malaysia, hampir separuh sungai tercemar dengan sisa sampah dan aktiviti manusia yang
lain seperti kilang

Permintaan tinggi daripada pelbagai sector

 Selain daripada kegunaan harian, sumber air juga mendapat permintaan tinggi daripada sektor
perkilangan
 Antara kilang yang menggunakan sumber air yang banyak ialah industri memproses makanan,
industri pembuatan

Penggunaan racun serangga

 Penggunaan racun serangga untuk pertanian telah menyebabkan sumber air di kawasan
tersebut tercemar
 Racun serangga ini akan meresap masuk ke dalam tanah dan kemudiaanya akan mengalir ke
sungai
 Racun ini boleh memberi kesan kepada hidupan di sungai
Peningkatan penduduk

 Peningkatan jumlah penduduk terutama penduduk bandar menyebabkan permintaan


terhadap air semakin meningkat
 Keperluan bekalan air kadang kala tidak dapat dipenuhi kerana bekalan air yang kurang dan
keadaan paip pecah, penyelenggaraan paip lama dan sebagainya

Kesan krisis air

Langkah-langkah merawat dan membaikpulih sumber air

• Memelihara dan memulihara kawasan tadahan hujan


• Penguatkuasakan undang-undang
• Merawat air
• Meneroka air bawah tanah
• Kempen kesedaran alam sekitar

Anda mungkin juga menyukai