Anda di halaman 1dari 2

BAB 1 : ARAH

Arah mata angin

• Dalam geografi, mata angin merupakan panduan yang digunakan untuk menentukan arah.


• Biasanya arah mata angin digunakan semasa memandu arah atau mengemudi kenderaan atau
semasa menggunakan kompas dan menggunakan peta.
• Kerjaya yang sering dikaitkan dengan arah ialah juruterbang, askar dan pemandu pelancong

Arah mata angin utama dan perantaraan

• Mata angin utama ialah utara, selatan, timur dan barat


• Empat mata angin perantaraan pula ialah timur laut,
barat laut, tenggara dan barat daya
• Kelapan-lapan arah mata angin ini sering kali digunakan
untuk menentukan kedudukan

Mengenali kompas

• Kompas ialah alat yang menunjukkan arah merujuk kepada arah utara
• Jarum kompas akan sentiasa bergerak ke arah utara kerana terdapat magnet pada kompas yang
menggunakan medan magnet bumi
• Bacaan kompas dibaca menggunakan unit darjah ( °) iaitu merujuk kepada
arah.
• Dial - adalah permukaan kompas dimana tertera angka dalam darjah dan
huruf mata angin.
• Pembidik objek - adalah lubang dengan kawat halus visir untuk membidik
sasaran.
• Pembaca skala kompas, digunakan untuk melihat darjah kompas.
• Jarum penunjuk - adalah alat yang menunjuk Utara Magnet.
• Tutup Dial dengan dua garis bersudut 45° yang dapat diputar.
• Cincin pegangan -adalah tempat ibu jari untuk menumpang Kompas saat
membidik.

Cara membaca kompas

 Berdiri tegak dan pastikan badan kamu menghala ke tempat yang ingin dituju
 Pegang kompas dan cangkukkan ibu jari pada cincin pemegang kompas
 Pastikan kompas berada dalam keadaan rata dan tunggu sehingga jarumnya berhenti bergerak
 Halakan pembidik objek ke arah yang hendak dihala.
 Perlahan-lahan baca nilai sudut yang ditunjukkan di dalam kompas
Bearing sudutan

• Bearing sudutan merupakan bacaan sudut mengikut arah pusingan jam dari utara dalam satu


bulatan penuh
• Bearing sudutan dinyatakan di dalam unit darjah  di antara 0° sehingga 360° darjah.

Cara membaca bearing menggunakan protector

• Bagi mengukur sudut yang nilainya kurang dari 180°


- Protektor mesti berada dalam keadaan tegak
- Nilai 0° berada di atas dan nilai 180° berada di bawah
- Nilai sudut dibaca mengikut arah pusingan jam iaitu dari atas ke bawah
-

• Bagi mengukur sudut yang nilainya lebih dari 180°


- Protektor mesti berada dalam keadaan tegak
- Nilai 0° berada di bawah dan nilai 180° berada di atas
- Sudut dibaca dari bawah ke atas

Bacaan bearing kurang dari 180° Bacaan bearing lebih daripada 180°

Anda mungkin juga menyukai