Anda di halaman 1dari 96

ISI KANDUNGAN

Biodata Penulis - III

Penghargaan - V

Penafian - VI

Pengenalan Supply & Demand - 1

Syarat asas Supply & Demand - 2

Pengenalan Institutional Order Flow Trading (IOFT) - 7

Imbalance asas IOFT - 9

 Kriteria imbalance - 12

Pengenalan zon - 20

Gap adalah zon - 21

Proven Zone - 26

Shadow is Zone - 32

Qualified zone - 36

 Zone break Zone - 37


 Zone break Momentum Trendline - 43
 Inherited Zone - 54

Authentic & Associate Zone - 58

Analisis multitimeframe - 64

Sudut Teknikal - 69

II
BIODATA PENULIS

Penulis telah terlibat dalam forex


trading sejak tahun 2007 sehingga
sekarang. Penulis adalah forex
trader sepenuh masa. Penulis juga
merupakan salah seorang
pengajar dan admin bagi group
telegram Akademi White Rabbit
dibawah kendalian Saudara
Muhammad Muzzammil. Minat yang mendalam dalam perkongsian ilmu forex
meyebabkan penulis mengambil inisiatif dengan mewujudkan sebuah laman
web analisis pasaran dan
perkongsian ilmu forex. Sehingga kini
laman web www.bptrader.com telah
mendapat sambutan yang
menggalakkan dari komuniti forex di
Malaysia. Tidak cukup dengan itu,
penulis juga telah mewujudkan
program pembelajaran forex secara
atas talian menerusi aplikasi
telegram. Program yang diberi nama
BPTrader IOFT sehingga kini telah
mengumpulkan lebih 100 orang
trader forex dari pelbagai latar
belakang. Penulis juga pernah terlibat
dalam penganjuran kelas forex.
Penulis pernah menjadi penceramah bagi kelas Supply & Demand yang

III
dianjurkan di Batu Pahat, Johor dan juga penceramah Supply & Demand –
Institutional Order Flow Trading di XM Education Center, Johor Bharu dan XM
Center di Ara Damansara.

IV
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada komuniti forex di Malaysia.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah dan kurniaNya dapat saya
siapkan ebook yang bertajuk Institutional Order Flow Trading (IOFT) ini.
Sesungguhnya IOFT telah merubah kehidupan saya, dengan izinNya.

Segalanya bermula melalui perkongsian dari mentor saya, Abe Mat. Beliau
adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan ilmu
IOFT. Bermula dari situ, saya mula mengkaji ilmu ini dan ternyata ianya ilmu yang
sangat berharga. Dan kerana itu, ucapan setinggi-tinggi penghargaan buat
mentor saya ini. Tidak sekadar itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih
tidak terhingga kepada beliau kerana tidak pernah jemu memberi ilmu dan
mendidik saya untuk menjadi seorang forex trader yang berjaya.

Keluarga saya adalah tunjang kekuatan saya. Pada waktu saya menghadapi
kesulitan, keluarga adalah tempat untuk saya bertahan. Terima kasih buat isteri
saya, Nurul Farhaini binti Razali, kerana tidak pernah jemu memberi sokongan
kepada saya. Jatuh bangun saya, isteri tetap disisi menemani saya. Isteri dan
anak-anak saya menjadi motivasi untuk saya menjadi seorang forex trader
yang lebih baik, dan insan yang lebih baik juga.

Buat rakan-rakan, dan juga pengkritik saya, anda merupakan sebahagian dari
kehidupan saya. Tanpa anda semua, dunia ini tiada keindahannya. Terima
kasih kerana mempercayai saya untuk terus menyampaikan ilmu yang
bermanfaat kepada anda semua.

Syazwan
V
PENAFIAN

Institutional Order Flow Trading diasaskan oleh Michael AKT dari United Kingdom.
Penulis tidak mengambil sebarang kredit dari hasil penulisan ini. Ianya sekadar
perkongsian ilmu agar semua memperoleh manfaat.

Institutional Order Flow Trading bukanlah sebuah teknik. Ianya adalah


kefahaman terhadap aktiviti market yang sedang berlaku. Pengguna perlu
bijak dalam membuat analisa melalui cara ini dan perlu menguasai asas
trading terlebih dahulu.

Penulis tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan harta dan modal hasil


dari penulisan ini. Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
hasil trading yang dilakukan. Sekali lagi diingatkan, pengguna perlu bijak dalam
melakukan analisa dan sangat digalakkan menguasai segala asas trading
terlebih dahulu.

VI
PENGENALAN SUPPLY & DEMAND

Supply & Demand (SND) adalah asas ekonomi. Kehidupan seharian kita
dikelilingi dengan SND. Kenaikan harga minyak, penurunan harga ikan di
pasaran merupakan SND yang sentiasa berlaku. Kenapa harga minyak naik?
Kita telah mempunyai jawapan melalui media massa yang melaporkan berita.
Bagaimana pula harga ikan boleh naik? Segala-galanya mampu dijawab oleh
kita. Sama ada kita sedar atau tidak, kita telah melalui fasa menganalisa SND
sebelum kita menceburi bidang forex lagi.

Kaedah analisa teknikal SND mula diperkenalkan oleh Sam Seidin. Sejak
daripada itu, SND telah berkembang dan menjadi antara analisa teknikal yang
paling popular di kalangan trader di seluruh dunia, tidak hanya trader forex,
turut melibatkan Options, Futures, dan Stock.

Seiring dengan peredaran masa, SND juga telah berkembang dan berevolusi.
Analisa teknikal SND juga berkembang dengan pelbagai teknik khas oleh
trader-trader yang berbeza. Kepelbagaian teknik SND ini menjadikannya unik
dan menarik untuk dikaji.

1
SYARAT ASAS SUPPLY & DEMAND

Walaupun terdapat pelbagai versi SND sejak ianya mula diperkenalkan. Tetapi
syarat asas kepada SND masih lagi kekal sehingga ke hari ini. Sebagai seorang
trader yang menggunakan kaedah SND untuk analisa teknikal, syarat asas SND
ini wajib difahami.

Syarat asas SND terbahagi kepada tiga (3) :-

SELL AT •Hanya sell di zon supply


SUPPLY •Take profit di zon demand

BUY AT •Hanya buy di zon demand


DEMAND •Take profit di zon supply

ALWAYS •Tiada data disebelah kanan chart


LOOK TO THE •Banyak past data disebelah kiri
LEFT chart

Dengan kata lain, market bergerak dari zon ke zon. Dari zon demand ke zon
supply. Dari zon supply ke zon demand. Oleh itu, kefahaman tentang
kewujudan zon amatlah penting di dalam SND.

2
SYARAT ASAS SUPPLY & DEMAND

Chart 1 : Sell at supply

Hanya meletakkan posisi sell dibahagian supply :-

 Mengurangkan risiko stop loss


 Memaksimakan potensi take profit

3
SYARAT ASAS SUPPLY & DEMAND

Chart 2 : Buy at Demand

Hanya meletakkan posisi buy dibahagian demand :-

 Mengurangkan risiko stop loss


 Memaksimakan potensi take profit

4
SYARAT ASAS SUPPLY & DEMAND

Chart 3 : Always look to the left

Sentiasa melihat ke sebelah kiri chart. Ini kerana disebelah kiri tersebut terdapat
banyak past data yang boleh digunakan sebagai panduan untuk membuat
analisa.

“ Market has memory “

5
Bersandarkan kepada kenyataan itu, trader teknikal percaya market berputar
pada corak yang sama atau berulang. Dengan itu, past data disebelah kiri
dapat memberikan maklumat berharga untuk menjangka arah pasaran
seterusnya.

6
PENGENALAN INSTITUTIONAL ORDER FLOW TRADING (IOFT)

Institutional Order Flow Trading (IOFT) merujuk kepada institution trader yang
meletakkan saiz order ke dalam market seterusnya menggerakkan market.

Persepsi trader yang menyatakan market digerakkan oleh big trader adalah
kurang tepat. Ianya adalah subjektif bagaimana untuk menggelarkan trader
sebagai big trader. Adakah market digerakkan oleh individu (big trader) atau
lebih dari seorang (big traders)? Bagaimana untuk mengukur istilah big?

Istilah yang lebih tepat adalah market digerakkan oleh institution trader.
Institution trader tidak merujuk kepada individu, ianya lebih merujuk kepada
sekumpulan pro trader. Pro trader ini seringkali memiliki portfolio dan sumber
kewangan yang besar. Apabila institution trader ini masuk ke dalam market,
market akan bergerak dengan sangat aktif dari kebiasaannya.

TIP : Yang menggerakkan market adalah institution trader. Bukan retail


trader.

Seperkara yang kita perlu faham adalah, institution trader tidak hanya
menguasai market forex, tetapi turut menggerakkan market option, future dan
stock. Jadi amatlah penting untuk kita memahami apa yang selalu dilakukan
oleh institution trader ini.

“ Institution trader menyebabkan imbalance berlaku “

7
IOFT memfokuskan kepada kewujudan zon. Prinsipal IOFT adalah, zon tidak
layak untuk berada di dalam chart jika zon tersebut tidak melakukan sesuatu
atau membuktikan sesuatu.

Terdapat beberapa jenis zon yang perlu difahami :-

1. GAP zone
2. Proven Zone
3. Shadow is Zone
4. Qualified Zone
5. Inherited Zone
6. Authentic Zone
7. Associate Zone

Kesemua zon ini akan dibincangkan dan diterangkan secara lengkap pada
bab yang seterusnya.

8
IMBALANCE ASAS IOFT

Apa yang kita cari di dalam market adalah imbalance. Imbalance bermaksud
ketidakseimbangan berlaku di dalam market. Imbalance ini diwakili dengan
pergerakan market dalam range yang besar atau berturut-turut. Ianya berlaku
dengan momentum yang kuat.

Bagaimana imbalance ini boleh berlaku?

Ianya disebabkan oleh institution trader yang meletakkan saiz order besar ke
dalam market. Saiz order ini yang akhirnya menggerakkan market.

Mengapa kita mencari imbalance?

Retail trader perlu mencari imbalance. Sifat imbalance ini adalah tergesa-gesa.
Apabila berlaku imbalance, seringkali terdapat baki order yang tertinggal. Baki
order ini akan dicari (pullback atau retracement) sebelum pergerakan market
diteruskan.

Contohnya begini. Apabila kita keluar rumah secara tergesa-gesa, pasti akan
ada barang yang tertinggal. Dan kita perlu balik semula untuk mengambil
barang yang tertinggal itu sebelum kita meneruskan perjalanan.

9
Chart 4 : Imbalance asas IOFT

Kefahaman imbalance adalah penting. Kerana dipermulaan berlaku


imbalance ini wujudnya zon SND. Hanya pergerakan imbalance mampu untuk
break sesuatu zon SND.

Imbalance bearish (turun dari atas ke bawah) mewujudkan zon supply.

Imbalance bullish (naik dari bawah ke atas) mewujudkan zon demand.

10
Chart 5 : Contoh imbalance yang berlaku di dalam market

Persoalan berikutnya.

“ Bagaimana untuk mengenalpasti imbalance? “

11
KRITERIA IMBALANCE

Persoalan yang sering timbul adalah, bagaimana untuk mengenalpasti


imbalance. Ini kerana kurangnya panduan dalam mengenalpasti imbalance.
Secara asasnya terdapat dua (2) cara mudah dalam mengenalpasti
imbalance.

2 cara mudah untuk mengenalpasti imbalance :-

1. Candlestick (CS) warna sama secara berturutan dalam range yang besar
2. CS imbalance break banyak CS disebelah kiri chart

12
Candlestick (CS) warna sama secara berturutan dalam range yang besar

Chart 6 : Contoh imbalance candlestick warna sama secara berturutan dalam


range yang besar

13
Candlestick (CS) warna sama secara berturutan dalam range yang besar

Chart 7 : Contoh imbalance candlestick warna sama secara berturutan dalam


range yang besar

14
CS imbalance break banyak CS disebelah kiri chart

Chart 8 : Contoh imbalance CS imbalance break banyak CS disebelah kiri chart

15
CS imbalance break banyak CS disebelah kiri chart

Chart 9 : Contoh imbalance CS imbalance break banyak CS disebelah kiri chart

16
Dari imbalance ini, wujudlah zon supply dan demand. Di permulaan berlakunya
imbalance, disitulah zon SND yang perlu ditanda.

Chart 10 : Imbalance mewujudkan zon SND

17
Chart 11 : Imbalance bearish mewujudkan supply

Apabila imbalance bearish terjadi, ia akan mewujudkan zon supply. Apabila


keadaan sebegini berlaku, kita akan meletakkan entry SELL di zon supply yang
terbentuk itu.

18
Chart 12 : Imbalance bullish mewujudkan demand

Apabila imbalance bullish terjadi, ia akan mewujudkan zon demand. Apabila


keadaan sebegini berlaku, kita akan meletakkan entry BUY di zon demand
yang terbentuk itu.

19
PENGENALAN ZON

Zon adalah nadi penting bagi trader SND. Kerana zon mewakili kawasan untuk
trader melakukan entry. Tanpa zon, semestinya tiada entry untuk dilakukan.

Di dalam IOFT, zon perlu “bekerja” untuk wujud. Sesuatu zon itu perlu melakukan
sesuatu atau bersebab untuk layak dilukis di dalam chart. Sekiranya sesuatu zon
itu tidak melakukan apa-apa, ianya tidak layak untuk berada di dalam chart.

Contoh zon yang “bekerja” adalah qualified zone. Qualified zone terbahagi
kepada dua (2), iaitu zone break zone dan zon break momentum trendline. Zon
sebegini melakukan “kerja” di dalam market dan layak untuk dilukis di dalam
chart.

Satu lagi zon yang layak berada di dalam chart adalah proven zone. Asalnya
proven zone ini tidak layak berada di dalam chart. Tetapi zon sebegini berlaku
reaksi market yang akhirnya membuktikan ia juga layak berada dalam chart.

Selain itu, terdapat juga inherited zone, authentic zone dan juga associate
zone. Zon-zon ini melengkapkan silibus IOFT.

TIP : GAP disebabkan berita adalah normal. GAP tanpa sebab dan
kerap, salah satu tanda broker boleh diragui. Broker yang tidak mematuhi asas
CS boleh dipertikaikan.

20
GAP ADALAH ZON

Asas candlestick (CS) secara mudahnya adalah, dimana berlakunya close,


disitu akan berlakunya open.

Chart 13 : Asas CS pada open dan close

21
TIP : GAP disebabkan berita adalah normal. GAP tanpa sebab dan
kerap, salah satu tanda broker boleh diragui. Broker yang tidak mematuhi asas
CS boleh dipertikaikan.

GAP berlaku apabila terdapat jurang di antara open dan close CS.
Kebiasaannya GAP ini berlaku disebabkan oleh berita-berita ekonomi berimpak
tinggi. Apabila GAP yang disebabkan berita ekonomi berlaku, ianya akan
mewujudkan imbalance. GAP yang disusuli imbalance ini mewujukan sebuah
zon.

Syarat GAP menjadi zon ;-

1. Selepas GAP, berlaku imbalance


2. Selepas GAP, tiada shadow menutup GAP.

22
Chart 14 : GAP menjadi zon apabila memenuhi syarat ditetapkan

23
Chart 15 : GAP tidak wujud selepas shadow menutup GAP

Apabila shadow atau body CS tutup melebihi GAP, tiada lagi baki order yang
tertinggal. Dengan kata lain, zon tidak lagi wujud.

24
Chart 16 : GAP tidak wujud jika imbalance tidak berlaku

GAP tanpa imbalance bermaksud tiada zon yang wujud. Keadaan ini sering
berlaku apabila GAP berlaku terlalu hampir dengan zon SND.

25
PROVEN ZONE

Proven zone bukanlah zon yang layak berada di dalam chart pada asalnya.
Zon ini tidak perlu dilukis di dalam chart. Tetapi berlaku reaksi market (shadow
test atau market reversal) yang membuktikan zon perlu dilukis di dalam chart.

Chart 17 : Zon tidak layak berada dalam chart

26
Zon pada Chart 17 asalnya tidak perlu lukis di dalam chart kerana zon tersebut
tidak melakukan apa-apa untuk kekal berada dalam chart.

Chart 18 : Rejection kali pertama di kawasan tersebut membuktikan zon wujud


dan perlu berada di dalam chart

Apabila terdapat rejection atau reversal pada zon yang tidak layak ini, zon itu
secara automatik akan menjadi proven zone. Zon perlu di tanda di dalam chart
kerana telah berlaku reaksi market pada kawasan tersebut.

27
Chart 19 : Apabila market kembali semula ke dalam zon, reaksi market boleh
berlaku

28
Chart 20 : Reaksi market berlaku pada proven zone

29
Chart 21 : Reaksi market berlaku pada proven zone

30
Chart 22 : Reversal bukti zon wujud

31
SHADOW IS ZONE

Syarat ketiga SND adalah sentiasa melihat ke kiri (always look to the left). Ini
kerana di sebelah kiri chart mempunyai past data yang boleh dijadikan
sebagai panduan dalam menganalisa market.

Shadow merupakan satu komponen di dalam pembentukan CS. Shadow yang


panjang dan ketara adalah sangat penting kerana ia mempunyai seribu satu
cerita yang tersembunyi. Shadow yang panjang dan ketara ini tidak wujud
dengan saja-saja, terutama bila ianya berlaku di timeframe yang besar.
Shadow boleh menjadi bukti kepada zon wujud (proven zone).

Shadow juga boleh menjadi zon apabila disebelah kiri chart tidak mempunyai
zon. Syaratnya adalah shadow tersebut bersifat panjang dan sangat ketara.

32
Chart 23 : Shadow menjadi zon

33
Chart 24 : Shadow menjadi zon

34
Shadow panjang tidak wujud dengan saja-saja. Market sentiasa mempunyai
niat yang terselindung melalui shadow. Sentiasa berwaspada dengan shadow
sebegini.

Chart 25 : Shadow sentiasa mempunyai niat

35
QUALIFIED ZONE

Ini adalah zon yang wajib berada di dalam chart. Zon yang wajib dicari. Zon ini
adalah zon yang paling utama. Qualified zone merupakan watak penting di
dalam IOFT. Qualified zone adalah zon yang melakukan sesuatu kerja di dalam
chart. Kerja-kerja yang dilakukan itu membuktikan zon ini adalah zon yang kuat.

Qualified zone terbahagi kepada 2 kategori :-

1. Zone break zone.


Zon ini adalah zon yang berjaya break zon yang bertentangan
dengannya. Maksudnya adalah, zon supply berjaya break zon demand,
zon demand berjaya break zon supply.

2. Zone break Momentum Trendline (MT)


MT digunakan untuk mengukur kekuatan momentum. Bila masa CS
berjaya break MT ini, bermaksud momentum market sudah melemah.

36
Zone break zone

Apabila berlaku break sesuatu zon, kita akan mencari punca break itu datang.
Dari mana CS yang break zon itu datang. Permulaan wujudnya CS punca break
itu akan menjadi qualified zone.

Chart 26 : Turutan kepada zone break zone

Satu (1) perkara yang sangat berkesan dan efektif apabila menanda zon
adalah dengan bermonolog pada diri sendiri.

“Ini adalah zon, adakah ianya imbalance? Adakah ianya break zon
bertentangan dengannya? Dimana zon yang dia break itu? Dimana CS yang
menjadi punca break itu?”

37
Sangat penting untuk kita faham kenapa zon itu wujud. Apabila kita gagal
untuk memahami kewujudan zon, kita akan cenderung melukis zon yang salah.

Chart 27 : Contoh penandaan zon yang salah

Chart 27 memperlihatkan bagaimana penandaan zon yang salah berlaku. Zon-


zon itu ditanda dan kemudiannya menyukarkan kita untuk meletakkan entry.
Adakah kesemua zon itu layak berada dalam chart?

“ Kenapa zon ini wujud? “

38
Chart 28 : Sentiasa bertanya perihal kewujudan zon

Chart 29 : Zone break zone adalah qualified zone

39
Chart 30 : Analisis EURJPY pada 3 Januari 2017 melalui zone break zone

Buat perbandingan analisis di atas dengan market semasa. Menerusi analisis ini,
kita menjangkakan EURJPY akan turun.

40
Chart 31 : Analisis USDOLLAR pada 18 Januari 2017 melalui zone break zone

Dari analisis Chart 31 ini, kita akan menjangkakan USDOLLAR akan kembali
kepada qualified supply. Apabila market menghampiri zon qualified supply
tersebut, posisi SELL akan diambil dan menjangkakan market akan turun
bermula dari zon qualified supply tersebut.

41
Chart 32 : Zon demand (merah) tidak layak berada dalam chart

Chart 33 : Bertanya dan bertanya pada kewujudan zon

42
Zone break Momentum Trendline (MT)

Momentum Trendline adalah sebuah trendline. Tetapi tidak seperti trendline


yang digunakan secara meluas untuk melihat trend, Momentum Trendline
digunakan untuk melihat kekuatan momentum pergerakan market. Sesuatu
market itu ditafsirkan momentum lemah atau hilang momentum apabila
Momentum Trendline berlaku break.

Untuk menggunakan momentum


trendline adalah mudah. Kenalpasti
P1 dan P2, dan pastikan P2 break L1
dan seterusnya. Itu sudah
membentuk momentum trendline.

Kemudian apa yang kita perlu


perhatikan adalah, CS mula break
momentum trendline. Dari situ kita
akan mencari punca zon CS itu
break momentum trendline.

43
Chart 34 : Labelkan formula L1-P1-L2 atau P1-L1-L2 untuk membentuk MT

Konsepnya adalah sama dengan konsep HL – LL – LH -HH. Tetapi kita kekalkan


formula asal bagi menjaga originaliti IOFT itu sendiri.

Momentum trendline boleh terbentuk melalui 2 keadaan :-

1. Kombinasi 3 CS
3 CS pertama telah membentuk L1-P1-L2 atau P1-L1-P2

2. Melalui wave market


Market bergerak secara wave. Kenalpasti tempat berlaku reverse.

44
Chart 35 : MT terbentuk dari kombinasi 3 CS

Chart 36 : MT terbentuk melalui wave market

45
Apa yang paling penting adalah untuk melihat CS yang break MT. Apabila CS
close dan break MT, cari punca CS break itu datang. Dari punca CS itu datang,
akan membentuk zon qualified yang break MT.

Chart 37 : Perhatikan apabila CS break MT

46
Chart 38 : Contoh-contoh MT

Tip : Apabila melibatkan pembentukan zon, sentiasa bermonolog dengan diri


sendiri. Kenapa zon ini wujud? Adakah imbalance di zon ini? Adakah zon ini
qualified? Adakah zon ini break zon berlawanan atau zon ini break momentum
trendline?

47
Satu perkara tentang MT ialah kecerunan. Momentum kuat membentuk
kecerunan tajam. Asalkan wujud formula L1-P1-L2 atau P1-L1-P2, boleh untuk
kita tarik satu MT.

Chart 39 : Kecerunan tiada masalah untuk membentuk MT

48
Momentum trendline juga mempunyai fungsi tambahan iaitu untuk membantu
dalam hold position atau close position.

Chart 40 : Entry hold selagi tidak break MT

49
Momentum trendline juga membantu kita dalam membuat keputusan entry
dengan berkesan.

Chart 40 : Tiada MT break menandakan momentum masih kuat

50
Chart 41 : Gagal break MT dan market terus break zon

51
Chart 42 : Selagi MT tiada break, entry adalah berisiko

Situasi Chart 41 ketika itu berada di zon daily demand. Tetapi apabila kita lihat
di timeframe H4, ada MT yang masih belum break. Selagi MT tidak break,
sebarang entry adalah berisiko.

52
Chart 43 : Seperti dijangka, market terus turun

“ MT is a powerful tool, use it. Be smart “

53
Inherited zone

Inherited zone adalah sebuah zon yang hanya wujud dalam momentum
trendline sahaja. Inherited zone tidak melakukan apa-apa kerja, Tetapi menjadi
zon atas ihsan zon yang memecahkan momentum trendline.

Umpama suami bekerja keras untuk mendapat gelaran Dato. Isteri senang
lenang terus dapat gelaran Datin.

Apabila wujudnya inherited zone, ia mewujudkan double zone. Di kawasan


tersebut akan menjadi zon yang kuat dan susah untuk ditembusi.

Chart 44 : Inherited zone wujud di atas zon yang menjadi punca kepada break
momentum trendline

54
Chart 45 : Inherited zone wujud di bawah zon yang menjadi punca kepada
break momentum trendline

55
Chart 45 : Market dilihat menuju ke atas untuk menguji inherited zone

56
Chart 46 : Double zone sukar untuk ditembusi

Tip : Apabila wujudnya double zone, iaitu qualified dan inherited zone, entry
boleh diletakkan di bahagian qualified dan inherited zone atau di antara
kedua-dua zon tersebut.

57
AUTHENTIC & ASSOCIATE ZONE

Syarat ketiga SND adalah sentiasa melihat ke kiri chart. Ini ada kaitan dalam
menentukan sama ada sesuatu zon itu bersifat authentic atau associate.

Authentic zone disifatkan sebagai zon yang tulen. Zon ini terbentuk dengan
sendirinya tanpa ada refleksi dari sebelah kiri chart. Authentic zone adalah zon
yang terbaik untuk meletakkan entry.

Associate zone adalah zon yang terbentuk hasil dari refleksi pada zon disebelah
kiri chart. Associate zone bersifat bertindih dan membentuk banyak zon di
dalam satu zon utama.

Chart 47 : Perbezaan authentic zone dan associate zone

58
Jadi, apa yang kita cari sebenarnya dalam zon authentic dan associate ini?

Ada 4 keadaan zon yang berlaku :-

 Fresh Authentic Zone


- Fresh Authentic Qualified Zone
- Fresh Authentic Proven Zone

 Unfresh Authentic Zone


- Unfresh Authentic Qualified Zone
- Unfresh Authentic Proven Zone

 Fresh Associate Zone


- Fresh Associate Qualified Zone
- Fresh Associate Proven Zone

 Unfresh Associate Zone


- Unfresh Associate Qualified Zone
- Unfresh Associate Proven Zone

Hierarki kekuatan sesuatu zon adalah seperti contoh di atas. Fresh Authentic
Qualified Zone adalah zon yang terbaik untuk meletakkan entry, manakala
Unfresh Associate Proven Zone adalah zon paling lemah untuk meletakkan
entry.

59
Fresh Authentic Zone adalah zon yang terbaik untuk melakukan entry. Ini kerana
zon tersebut terbentuk dengan sendirinya tanpa ada reaction dari zon yang
terdahulu.

Fresh Associate Zone adalah zon yang terbentuk hasil dari reaction market
terdahulu, digunakan untuk menjangka arah pergerakan reaksi market
(samada rejection pada zon atau break zon tersebut), boleh juga digunakan
untuk melakukan entry.

Unfresh Associate Zone adalah zon yang perlu dielakkan. Ianya bukanlah true
zone kerana zone ini terbentuk dari market terdahulu, dan mempunyai sejarah
sudah disentuh sebelum ini. Zon seperti ini selalunya mudah break kerana tiada
lagi tinggalan order pada zon tersebut.

Chart 48 : Kenalpasti perbezaan authentic dan associate zone

60
Chart 49 : Reaksi market pada fresh authentic qualified zone

61
Chart 50 : Reaksi market pada authentic qualified zone dan associate proven
zone

62
Chart 51 : Reaksi market pada fresh zone dan unfresh zone

63
MULTITIMEFRAME ANALYSIS

Multitimeframe analysis merujuk kepada analisis teknikal market merentasi


pelbagai timeframe bagi mendapatkan pandangan market yang lebih
menyeluruh berbanding memfokuskan kepada 1 timeframe sahaja.

Timeframe secara tidak langsung mewakili profail trader. Mengenali profail


trader diri sendiri amat penting dalam menentukan strategi trade masing-
masing.

M1 M15 M30 H1 H4 D1 W1 MN

Scalper

Intraday

Swing

Profail trader dan penggunaan timeframe adalah berbeza. Contoh di atas


adalah penggunaan timeframe yang sering digunakan oleh profail trader yang
berbeza.

IOFT menganjurkan penggunaan 3 timeframe dalam analisis multitimeframe ini.


Seorang swing trader akan memulakan analisis teknikal dari timeframe monthly
sehingga timeframe daily. Penggunaan 3 timeframe dapat memberikan analisis
yang berkualiti dalam melihat arah market dengan lebih berkesan.

64
Chart 52 : Reaksi market pada fresh zone dan unfresh zone

Rujuk pada Chart 52, market telah masuk ke dalam daily demand (biru),
apabila dilihat di timeframe H4, kelihatan wujudnya sebuah MT (hijau). Selagi
tiada break pada MT di timeframe H4 tersebut, ianya bukan masa yang sesuai
untuk entry BUY.

65
Chart 53 : Gagal break MT dan terus turun

Apa yang jadi selepas itu adalah, market gagal melepasi MT H4 tersebut dan
terus turun.

66
Chart 54 : Demand daily (biru) berhampiran supply monthly (merah)

Chart 54 memperlihatkan demand daily terbentuk berhampiran supply monthly.


Dalam situasi sebegini, pilihan terbaik adalah dengan menunggu peluang sell
sahaja, sama ada sell limit di zon supply monthly atau sell stop selepas daily
demand. Tindakan buy adalah kurang matang dan berisiko.

67
Chart 55 : Market break daily demand

Maksudnya disini adalah semakin besar timeframe, semakin berkualiti zon yang
terhasil itu. Analisis multitimeframe memberikan pandangan market dengan
lebih terperinci dan sangat membantu dalam membuat keputusan trade.

68
SUDUT TEKNIKAL

Sudut teknikal bukanlah sebahagian daripada silibus IOFT. Ianya adalah topik
yang subjektif. Ini kerana setiap trader mempunyai pandangan berbeza dalam
sudut teknikal seperti entry, stop loss (SL), take profit (TP), money management
dan sebagainya. Setiap penerangan di dalam sudut teknikal ini adalah dari
pandangan dan pemahaman penulis semata-mata. Pembaca adalah bebas
untuk menerima idea dari penulis ini atau tidak.

69
SUDUT TEKNIKAL - ENTRY, STOP LOSS (SL) & TAKE PROFIT (TP)

Chart 56 : Situasi entry pada zon supply

Chart 57 : Situasi entry pada zon demand

70
Chart 56 dan 57 adalah contoh meletakkan order di zon supply dan demand.
Contoh yang sering dilakukan oleh kebanyakan trader SND. Entry selalunya
diletakkan di permulaan zon manakala stop loss (SL) di letakkan sedikit atas
atau bawah dari zon.

Apabila zon untuk entry adalah besar, ianya menjadi masalah

Ini yang selalu terjadi untuk trader SND sebelum melakukan entry. Zon SND
terlalu besar. Jika di timeframe besar, range zon selalu melebihi 100 pip. Zon
yang besar menyebabkan trader berkira-kira untuk melakukan entry.

Formula lompat 2 timeframe

Salah satu cara yang digunakan oleh penulis untuk melakukan entry adalah
dengan mencari entry di timeframe yang rendah.

Timeframe sebenar zon Timeframe entry

Monthly Daily

Weekly H4

Daily H1

H4 M30

H1 M15

71
Chart 58 : Zon qualified supply daily

Chart 58 memperlihatkan sebuah zon qualified supply di timeframe daily. Zon


tersebut kira-kira 70 pip. Jika di ambil kira SL, mungkin risk akan meningkat
sehingga 80-90 pip. Perkara ini menyebabkan ramai trader takut untuk
meletakkan entry di timeframe besar, sedangkan timeframe besar lebih
berkualiti zon yang terbentuk.

72
Chart 59 : Formula lompat 2 timeframe untuk entry risk lebih kecil

Dari timeframe daily, gunakan formula lompat 2 timeframe. Apa yang kita cari
di timeframe kecil ini adalah permulaan CS mula keluar atau break zon dan
membentuk imbalance. Disitulah akan menjadi zon untuk entry. Entry di
timeframe kecil memberikan risiko SL yang kecil juga.

73
Chart 60 : CADCHF di timeframe M30

Risiko pada Chart 60 ada 30 poin. Risiko ini adalah sangat kecil memandangkan
timeframe yang digunakan juga kecil, iaitu M30. Tetapi bolehkah jika mahukan
zon yang lebih kecil dengan menggunakan formula lompat 2 timeframe?

Jawapannya BOLEH!

74
Chart 61 : CADCHF di timeframe M5

Risk di timeframe M5 menjadi 23 poin. Tetapi harus diingat, jangan terlalu


mencari zon yang kecil. Spread perlu di ambil kira. Dikhuatiri zon yang kecil
menyebabkan entry tidak diaktifkan.

75
Tetapi meletakkan entry bukanlah perkara pertama yang perlu difikirkan.
Maklumat pertama yang trader miliki sebelum meletakkan entry adalah zon SL.
Sebelum entry dilakukan, trader masih mempunyai kawalan terhadap modal
dan market. Selepas entry dilakukan, trader tidak mampu berbuat apa lagi.
Market akan menentukan samada trader untung atau rugi dari entry yang
dilakukan itu. Sebab itu SL ini penting. Dari SL inilah, trader mula merancang
risiko rugi dan potensi untung. Trader boleh rancang berapa risiko SL yang
sanggup ditanggung, tetapi tidak boleh menjangka berapa potensi untung
yang boleh diperolehi.

Setelah SL ditetapkan, perkara kedua adalah menjangka potensi keuntungan.


Bagaimana untuk meletakkan TP. Cara tradisional sedia ada adalah melalui risk
to reward ratio (RRR). Maksudnya disini adalah, jumlah pip SL digandakan untuk
memaksimakan TP. Sebagai contoh jika SL diletakkan 30 pip, dengan RRR 1:2, TP
akan diletakkan kepada 60 pip.

Risk Reward Ratio Stop Loss (pip) Take Profit (pip)

1:2 30 60

1:3 30 90

1:5 30 150

1:10 30 300

Berikut adalah cadangan pemilihan risk reward ratio yang boleh dilakukan.
Trader yang bijak, melakukan perancangan dengan bijak di dalam atau di luar
trade.

76
Tidak mahu meletakkan TP? Tiada masalah. Gunakan MT sepertimana
diterangkan di mukasurat 49.

Profit range

Satu lagi keadaan untuk meletakkan target profit adalah dengan melihat
kepada profit range. Profit range adalah satu (1) situasi atau keadaan market
dijangka naik atau turun dengan mudah tanpa ada halangan atau penampan.
Ianya berbalik semula kepada syarat SND ketiga, always look to the left.

Chart 62 : Profit range yang cantik

77
Profit range ini turut dikenali sebagai zon gap. Keadaan ini selalunya berlaku
disebabkan oleh imbalance. Sebab itulah sangat penting bagi trader
memahami imbalance.

Chart 63 : Market memenuhi zon gap

Masih ingat tragedi black swan? Salah satu profit range yang cantik.
Memberikan keuntungan yang sangat besar.

78
Chart 64 : Profit range black swan yang besar

79
Contoh profit range atau zon gap yang tidak cantik adalah seperti chart
dibawah ini.

Chart 65 : Profit range yang tidak menarik

Seperti yang diterangkan sebelum ini, kewujudan shadow sentiasa bersebab.


Jika profit range membentuk shadow yang panjang dan ketara, ianya boleh
menyebabkan profit range terganggu dan tidak sempurna.

Tetapi ada juga keadaan profit range terbentuk dengan cantik, solid body cs
tanpa shadow panjang, tetapi profit range atau zon gap tidak dipenuhi.

80
Chart 66 : Profit range cantik tetapi tidak dipenuhi

Jika dilihat pada Chart 66, profit range yang terbentuk adalah cantik. Tetapi
market tidak memenuhinya seperti selalu dilakukan market. Tidak bermakna
ianya gagal, tetapi ada sebab kenapa ianya berlaku sedemikian rupa.

81
Chart 67 : Market tidak memenuhi profit range kerana wujudnya qualified zone
di timeframe kecil

Setiap pergerakan market tidak berlaku dengan sia-sia. Ianya sentiasa


bersebab. Pastinya ada sesuatu berlaku. Sentiasa bermonolog. Kenapa ianya
berlaku? Cari sebab kenapa ianya berlaku. Dari situ belajarlah menjadi trader
yang berilmu.

82
SUDUT TEKNIKAL - MONEY MANAGEMENT

Perkara yang sering diulang berkali-kali. Tetapi masih ramai yang tidak
mengamalkannya dengan konsisten. Salah satu sebab mengabaikan money
management adalah sifat tamak!

Bila sebut pasal money management, ada beberapa perkara yang sering
diulang-ulang :-

 Berapa risiko yang perlu ditetapkan untuk setiap entry?


 Bila perlu entry dan exit?
 Pair apa yang perlu pilih?
 Bagaimana mahu kawal modal dengan berkesan?
 Adakah single entry atau layer entry?

Setiap persoalan tersebut harus dijawab sebelum melakukan entry. Amat


penting untuk merancang entry order agar jangka hayat modal dapat
bertahan lama dan tidak terkena margin call.

Pengawalan risiko amat penting dalam forex trading memandangkan ianya


cabang pelaburan paling berisiko. Trader harus faham berapa peratusan risiko
yang sanggup hadapi dari keseluruhan trade dan modal. Perbezaannya
sangat besar di antara merisikokan 2% dan 10% di dalam trade. Tetapi tidak
juga dinafikan, di dalam forex trading, risiko besar turut memberikan pulangan
besar.

83
Chart 62 : Perbezaan risiko 2% dan 10%

Merujuk kepada Chart 62, bermodalkan USD100.00 dengan merisikokan 2% bagi


setiap trade. Jika terkena Stop Loss 30 kali berturut-turut sekalipun, baki modal
masih ada USD55.66.

84
Berbeza pula jika meletakkan risiko 10% terhadap situasi yang sama. Baki modal
yang tinggal hanyalah USD4.71 sahaja.

Keputusan melakukan trade itu terletak pada tangan trader itu sendiri. Samada
mengejar konsistensi, atau keuntungan segera. Segalanya terpulang kepada
kebijaksanaan trader.

85
Leverage penyelamat akaun!

Trader pasti sedar setiap broker menawarkan pelbagai pilihan leverage


sebagai kemudahan kepada trader. Dari leverage serendah 1:50 sehingga
kepada setinggi 1:1000, penggunaan leverage yang sesuai boleh membantu
survival akaun trade.

Penggunaan leverage kecil seperti 1:50 dan 1:100, menyebabkan margin used
yang dicagarkan kepada broker tinggi walaupun menggunakan lot kecil, ini
menyebabkan layer entry sukar dilakukan jika modal adalah kecil. Tetapi dari
segi survival akaun, ianya lebih bertahan lama daripada margin call.

Manakala penggunaan leverage besar seperti 1:500 sehingga 1:1000 hanya


memerlukan margin used yang kecil walaupun meletakan saiz lot yang besar,
entry layer juga boleh dilakukan dengan mudah walaupun bermodal kecil.
Tetapi dari segi risiko untuk margin call adalah tinggi kerana dikhuatiri overtrade
berlaku.

Kesimpulannya, money management adalah bergantung sepenuhnya kepada


keputusan trader itu sendiri. Dari pemilihan pair, risk reward ratio, saiz lot, saiz
leverage, entry layer atau single entry, keputusan dari trader akan menentukan
nasib survival akaun trade. Oleh itu, lakukanlah perancangan yang bijak
sebelum sesuatu trade itu dilakukan.

86
SUDUT TEKNIKAL - LAYER ENTRY

Tidak salah sebenarnya untuk melakukan layer entry. Tidak ada syarat yang melarang para
trader dari melakukan layer entry. Tetapi trader itu perlu berilmu dan bijak dalam melakukan
layer entry.

Faktor margin used perlu diambil kira sebelum melakukan layer entry. Satu perkara yang
boleh dilakukan oleh trader untuk melakukan layer entry adalah dengan memilih pair
murah. Benar sekali, terdapat pair murah dan mahal. Ini adalah perkara yang jarang sekali
diketahui oleh ramai trader. Setiap pair, margin used adalah berbeza.

Pair yang murah seperti pair AUDUSD hanya memerlukan USD0.76 sebagai cagaran bagi
setiap lot saiz 0.01. berbeza dengan pair GBPUSD yang memerlukan USD1.33 sebagai
cagaran bagi jumlah lot saiz yang sama. Tetapi nilai bagi setiap pip adalah sama bagi
kedua-dua pair tersebut, iaitu USD0.10 bagi setiap satu pip.

Berdasarkan situasi di atas, 10 layer entry bagi pair AUDUSD hanya memerlukan USD7.60
sedangkan GBPUSD menelan kos sehingga USD13.30. perbezaan sangat ketara bukan?

Chart 63 : Margin used berbeza setiap pair

87
Chart 63 adalah sebahagian pair dengan nilai margin used yang berbeza. Trader yang
bijak, dengan modal yang kecil, tetapi jika mahu melakukan layer entry, pastikan pemilihan
pair bersesuaian dengan strategi trade supaya margin used terkawal.

Tip : Sila gunakan trader’s kalkulator yang disediakan oleh pihak broker seperti di
https://www.fortfs.com untuk memastikan berapa margin used yang diperlukan untuk setiap
entry yang akan dilakukan.

88
Layer dengan menggunakan MT!

MT benar-benar berkuasa. Selain mewujudkan qualified zone, MT boleh


digunakan untuk hold order atau close entry. Pada masa sama, MT juga boleh
digunakan untuk mendapatkan layer entry.

89
90

Anda mungkin juga menyukai