Anda di halaman 1dari 3

Asssalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu kembali dengan saya Fezlyanna Anak

Rajasmi di Buletin Utama Berita Nasional. Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat SK Kota
Kinabatangan telah diadakan secara dalam talian dengan penuh meriah. Pelbagai aktiviti
dijalankan seperti busana merdeka, menu merdeka, kenderaan berhias, origami busana
tradisional, bintang patriotik, swafoto medeka dan video ucapan kreatif hari merdeka.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan


daripada warga sekolah. Penglibatan yang memberangsangkan daripada warga sekolah
biarpun julung kali dijalankan secara maya menunjukkan semangat patriotik yang tinggi.
Pertandingan swafoto kemerdekaan mendapat penyertaan paling tinggi dengan seramai 192
penyertaan dari kalangan murid, ibu bapa dan guru.

Penutupan majlis diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Zoom
dengan kehadiran guru, murid dan ibu bapa. Guru Besar SK Kota, Pn Normah Dt Yahya
ketika perasmian penutupan mengharapkan agar semua warga sekolah dapat menghayati
erti sebenar kemerdekaan dan berusaha mempertahankan kemerdekaan yang telah sekian
lama dikecapi. Beliau juga mengharapkan pandemik covid-19 segera berakhir agar
sambutan hari kebangsaan dapat diadakan seperti biasa pada tahun hadapan.

Soalan respon terhad dan terbuka:

1). Siapakah yang menyampaikan berita?

2) Apakah aktiviti yang mendapat penyertaan paling tinggi?

3). Bagaimanakah sambutan hari kemerdekaan diadakan?

4). Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menyambut hari kemerdekaan pada setiap
tahun?

5). Pada penilaian anda, apakah sambutan hari kemerdekaan dapat menaikkan semangat
patriotik anda?
SKEMA /RUBRIK PEMARKAHAN

NO. CADANGAN JAWAPAN MARKAH


SOALAN
1  Fezlyanna Anak Rajasmi 1
 Penyampai berita Buletin Utama Berita Nasional
(mana-mana antara satu).
2  Pertandingan Swafoto Merdeka. 1
3  Sambutan hari kemerdekaan disambut secara 2
dalam talian dengan pelbagai aktiviti seperti
busana merdeka, menu merdeka dan sebagainya.
4  Pada pendapat saya, kita perlu menyambut hari 3
kemerdekaan setiap tahun supaya kita tahu
negara pernah dijajah dan lebih menghargai
kemerdekaan.
 (atau mana-mana jawapan yang sesuai)

Isi Jawapan 2 Markah


Bahasa/Tatabahasa 1 Markah
JUMLAH 3 Markah
5  Pada penilaian saya, sambutan hari kemerdekaan 3
dapat menaikkan semangat patriotik saya kerana
dapat tahu kesukaran perjuangan mendapatkan
merdeka.
 (atau mana-mana jawapan yang sesuai)

Isi Jawapan 2 Markah


Bahasa/Tatabahasa 1 Markah
JUMLAH 3 Markah

JUMLAH MARKAH 10
DESKRIPSI SKOR PEMARKAHAN

SKOR MARKAH DESKRIPSI


DIPEROLEH
9-10  Memberikan respons yang mempamerkan pemahaman
(Cemerlang) yang cemerlang terhadap audio yang didengar.
 Mempamerkan respons secara bertulis dengan ayat
yang lengkap, gramatis dan bertatasusila.
 Berkebolehan menyampaikan pandangan kritis dan
kreatif terhadap soalan dengan cemerlang.
 Kesemua soalan pemahaman dapat dijawab dengan
cemerlang.
6-8  Memberikan respons yang mempamerkan pemahaman
(Baik) yang baik terhadap audio yang didengar.
 Mempamerkan respons secara betulis dengan ayat
yang lengkap dan betul.
 Dapat menyampaikan sebahagian pandangan kritis dan
kreatif.
 Soalan-soalan pemahaman dapat dijawab dengan baik.
3-5  Memberikan respons yang mempamerkan pemahaman
(Memuaskan) yang memuaskan terhadap audio yang didengar.
 Mempamerkan respons secara bertulis dengan ayat
yang tidak lengkap.
 Sebahagian soalan pemahaman tidak dapat dijawab
dengan baik.
1-2  Memberikan respons yang mempamerkan pemahaman
(Gagal) yang minimum terhadap audio yang didengar.
 Mempamerkan respons secara bertulis dengan ayat
yang tidak lengkap dan mengandungi kesalahan-
kesalahan tatabahasa.
 Sebahagian besar soalan tidak dapat dijawab dengan
baik.
0  Keseluruhan respons yang diberi tidak ada kaitan
(Gagal) dengan audio yang didengari, atau
 Tidak memberikan sebarang respons.

Anda mungkin juga menyukai