Anda di halaman 1dari 5

LARAS BAHASA

Laras bahasa ialah sejenis kelainan bahasa yang digunakan berdasarkan oleh
sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Laras bahasa boleh diertikan sebagai
gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan
sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Setiap laras menitikberatkan
pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin
atau bidang tertentu.

1) Laras Bahasa Umum:


-Tidak mengandungi istilah teknikal.
-Menggunakan ayat yang berstruktur mudah.
-Tidak banyak menggunakan kata pinjaman.
-Tidak mengandungi unsur bahasa perlambangan dan bunga-bunga bahasa.
-Tidak mengandungi ayat yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna dan cara.
-Contohnya dalam penulisan akhbar

2) Laras Bahasa Iklan


-Terdapat penggunaan unsur grafik dan ilustrasi yang sangat kertara pada iklan
bercetak.
-Terdapat penggunaan gambar bergerak dan muzik yang jelas pada laras iklan
pandang-dengar.
-Terdapat penggunaan warna dan teknik kesan, khususnya pada iklan bercetak dan
iklan pandang-dengar.
-Struktur ayatnya pendek dan banyak menggunakan ayat tunggal.
-Menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa secara berkesan.
-Menggunakan ungkapan dan istilah yang ‘stylish’.
-Menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk atau menarik pengguna, seperti kaedah
umpan, gesaan, doa, dan sebagainya.

3) Laras Bahasa Klasik


-Teks asal ditulis dalam tulisan Jawi.
-Tidak menggunakan tanda bacaan, dan tiada berperenggan.
-Banyak menggunakan struktur ayat pasif.
-Terdapat penggunaan kata praklausa atau kata pembuka ayat, seperti arakian, hatta,
kalakian, dan lain-lain
-Mengandungi kosa kata bahasa istana.
-Tidak terdapat imbuhan asing seperti dalam penggubalan istilah sains dan teknikal.
-Contohnya ;

Kata sahibul hikayat, ada beberapa lama antaranya maka datanglah todak menyerang
Singapura, berlompatan lalu ke darat; dan segala orang di pantai itu banyak mati,
dilompati oleh todak itu. Jika kena dada, terus ke belakang; jika kena leher dan
pinggang, terus ke sebelah. Maka tidaklah dapat orang berdiri di pantai itu, lagi banyak
mati. Maka gemparlah orang berlarian ke sana-sini, semuanya menyatakan, “Todak
menyerang kita. Banyaklah sudah mati orang kita dibunuhnya”.

4) Laras Bahasa Kreatif


-Menggunakan struktur ayat aktif dan ayat pasif.
-Menggunakan bentuk dialog atau kata bual seperti dalam skrip drama.
-Menggunakan bahasa perlambangan dan kiasan.
-Bersifat kreatif imaginatif, menggunakan bunga bahasa, dan bahasa hiasan.
-Tidak terdapat ciri khusus bahasa teknikal dan penggunaan ilustrasi.
-Terdapat unsur ambiguiti (ketaksaan) dari segi penggunaan kata dan struktur ayat.
-Terdapat penyimpangan (deviasi) dari segi fonologi, morfologi atau sintaksis.
-Menggunakan alat stilistik untuk tujuan menimbulkan kesan, misalnya menggunakan
unsur imejan.
Contohnya ;

Pak tarik tali dengan lembut kalau-kalau wau mau jatuh. Tapi lekatnya cukup kuat.
Kalau tarik kuat tentu tali putus. Kalau tak putus wau tentu terkoyak. Kemudian Pak
ambil keputusan. Tali mesti ditarik. Mana tau kalau-kalau wau jatuh juga. Carik boleh
ditampung. Cucu-cucu pun bersorak lagi. Mereka mau wau itu jatuh.

Tiba-tiba tali putus. Sorak cucu-cucu jadi senyap. Pak memandang muka cucu-
cucu. Cucu-cucu memandang muka Pak. Pak cekak pinggang mendongak tengok wau
yang tersangkut.

Dipetik dari Cerpen ‘Wau Kepala Burung’ oleh Azizi Hj. Abdullah
5) Laras Bahasa Agama
-Terdapat unsur bahasa klasik , terutama pada kosa katanya.
-Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama.
-Banyak mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat.
Contohnya;

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang muslim yang menanam
pohon atau tanam-tanaman , lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau
binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala.

6) Laras Bahasa Teknikal


-Banyak menggunakan istilah khusus dalam bidang tertentu.
-Mengandungi ilustrasi (gambar rajah, jadual, graf, peta, dll.).
-Struktur ayat: mengandungi subjek dan predikat.
-Mengandungi ayat yang mendefinisikan makna istilah.
Contohnya;

Di peringkat menengah atas, di samping terdapat sekolah akademik, terdapat juga


sekolah-sekolah swasta perdagangan, vokasional dan teknik. Sekolah-sekolah ini
mengadakan berbagai-bagai kursus. Pada tahun 1978, terdapat 191 buah sekolah
jenis ini dengan 928 orang guru dan 37,709 orang murid. Jadual 12 menunjukkan
bilangan sekolah swasta yang memberikan pendidikan perdagangan, vokasional
dan teknik, jumlah guru dan murid bagi Semenanjung, Sarawak, dan Sabah.

7) Laras Bahasa Imbauan (Panggilan)


-Banyak menggunakan perkataan yang membawa makna ajak atau tegah.
-Banyak menggunakan contoh, kes atau cerita yang selaras dengan tajuk.
-Mengemukakan faedah daripada sesuatu perbuatan.
-Menampilkan akibat buruk sesuatu perbuatan.
-Bentuk bahasa peribadi yang menggunakan ganti nama orang pertama menjadi ciri
utama laras bahasa ini.
Comtohnya ;

Ya, Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kemaafan dan kesihatan yang
kekal baik dari segi agama, dunia dan seterusnya di akhirat nanti. Ya, Allah,
ampunilah dosa-dosa kami, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, datuk-datuk kami, ninda-
ninda kami, guru-guru kami dan kesemua kaum Mukminin dan Mukminat, Muslimin
dan Muslimat baik yang hidup mahupun yang mati, dengan rahmat-Mu jua, wahai
Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

8) Laras Bahasa kanak-kanak


-Kosa katanya terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja, dan kata
adjektif.
-Bilangan atau jumlah kosa katanya kurang berbanding dengan kosa kata orang
dewasa.
-Bilangan imbuhan yang digunakan agak terhad, malah imbuhan yang digunakan
untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini.
-Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk tunggal.
-Bahasa perlambangan tidak digunakan.
Contohnya ;

Sebelum tidur, nenek menghidangkan susu panas.


“Kamu berdua mahu dengar cerita tak? Nenek ada suatu cerita bagus, “kata
nenek Kiti.
“Cerita apa, nenek? tanya Kiti.
“Kamu pernah dengar cerita Semut dan Belalang?” tanya nenek pula.
“Tidak pernah,” jawab Kiti dan Bani.

9) Laras Bahasa Undang-Unadang


-Tidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual, dan sebagainya.
-Struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang, diikuti oleh syarat, dan diakhiri
dengan keputusan undang-undang.
-Terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks teknikal yang lain.
Contohnya;

PERLEMBAGAAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA


AKTA UNVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (PEPERIKSAAN) 1980 PERATURAN-
PERATURAN UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA (RAYUAN 1987)
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh perenggan 12 Akta Universiti Pertanian
Malaysia (Peperiksaan) 1980, Senat Universiti Pertanian Malaysia membuat peraturan
yang berikut:

Nama dan Mula Berkuatkuasa:

1.Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan Universiti Pertanian Malaysia(Rayuan)


1987dan hendaklah disifatkan sebagai mula berkuatkuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh Senat.

Anda mungkin juga menyukai