Anda di halaman 1dari 2

Pemimpin instruktional dapat didefinisikan sebagai usaha-usaha yang diambil oleh

pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan


proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah.

Seorang pemimpin intruksional dapat memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan


mengutamakan kualiti instruksional bagi mencapai matlamat sekolah dengan membantu
murid mencapai matlamat pencapaian akademik yang telah ditentukan. Dalam hal ini, guru
berperanan sebagai pemimpin instruksional dengan berusaha membantu murid
meningkatkan prestasi akademik dengan cara menyampaikan PdP dengan berkesan dan
berimpak tinggi dengan menyediakan kepelbagaian alat bantu mengajar. Sebagai contoh,
semasa mengajar murid kemahiran membaca suku kata, guru menyediakan kad imbasan
bacaan sebagai bahan bantu mengajar untuk memudahkan murid menguasai kemahiran
yang diajar. Oleh itu, dengan usaha yang dijalankan guru ini mampu membantu murid dalam
mencapai kejayaan dalam akademik dan matlamat sekolah untuk meningkatkan
kemenjadian murid akan berjaya.

Selain itu, guru juga dapat memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan
mengutamakan kualiti instruksional bagi mencapai matlamat sekolah dengan memberi
inspirasi, sokongan dan motivasi kepada murid. Dalam hal ini, setiap guru mewujudkan
motivasi dalaman dalam diri setiap murid melalui pemberian kata-kata semangat ataupun
berbentuk insentif. Hal ini kerana, motivasi yang tinggi adalah penting kerana motivasi
merupakan kecenderungan daripada diri seseorang yang dapat mempengaruhi tingkah laku
murid. Sebagai contoh, Ali seorang murid yang culas dan lewat dalam menyiapkan setiap
tugasan. Tiba-tiba, satu hari Ali berjaya menyiapkan tugasan dengan baik dan tepat pada
waktunya. Cikgunya terus memberikan pujian dan penghargaan atas kejayaan Ali. Pujian
dan penghargaan ini memberikan satu motivasi kepada Ali untuk mengulangi kejayaan itu
dan memberikan semangat dan motivasi sama kepada murid-murid lain untuk mempunyai
kejayaan seperti Ali. Oleh itu, sesi PdP akan berjalan dengan lebih lancar dan kondusif
dengan rangsangan motivasi yang berterusan.

Seterusnya, guru juga perlu menyelia hasil kerja murid dan pencapaian mereka
secara konsisten. Hal ini bagi memastikan guru dapat mengetahui perkembangan,
kemajuan dan kelemahan setiap muridnya untuk dibantu dan diberi tindakan lanjut. Dalam
hal ini, guru perlumemantau perkembangan akademik murid melalui beberapa pentaksiran
yang telah dijalankan. Sebagai contoh, pentaksiran formatif dan sumatif. Melalui pentaksiran
formatif, para guru boleh mengetahui tahap penguasaan murid terhadap subtopik yang telah
dipelajari melalui ujian topikal. Manakala, pentaksiran sumatif membolehkan para guru untuk
memberikan gred keseluruhan kepada murid sekaligus mengetahui pencapaian mereka
untuk tahap persekolahan tertentu. Justeru, guru-guru akan dapat mengesan kekuatan dan
kelehaman murid serta boleh merancang sebarang aktiviti yang bersesuaian kepada murid.
Maka, murid-murid boleh dibantu dalam pencapaian akademik dan matlamat sekolah juga
boleh dibantu untuk dicapai.

Di samping itu, guru juga dapat membantu pencapaian akademik dan matlamat
sekolah dengan mewujudkan budaya positif dalam sekolah. Dalam hal ini, guru sebagai
pemimpin instruktional perlulah sentiasa memaparkan perilaku dan ketrampilan yang positif
bagi mempengaruhi murid untuk bersama-sama berbuat demikian. Sebagai contoh, guru
melayan semua murid dengan adil dan saksama tanpa mengira warna kulit dan pegangan
agama. Dalam hal ini, layanan guru adalah mesra, sopan, beradab, membalas salam dan
senyuman murid dan sebagainya. Dengan kemesraan dan perilaku positif ini akan menjadi
contoh teladan semua murid. Oleh itu, ia akan menjadi satu budaya yang positif dalam
sekolah lantas mampu melahirkan murid yang menepati kehendak ciri-ciri modal insan yang
dihasratkan dalam aspirasi pendidikan negara. Tegasnya, sekolah yang mempunyai
budaya yang positif akan lebih dipercayai oleh murid, ibu bapa, masyarakat dan komuniti
setempat yang akhirnya boleh melonjakkan prestasi akademik dan mencapai matlamat
sekolah.

Akhir sekali, guru dapat membantu memimpin ke arag pencapaian pelajaran dan
matlamat sekolah dengan sikap peka terhadap perubahan dan perkembangan dunia
pendidikan. Misalnya, dunia pendidikan sekarang berteraskan digitalisasi sebagai medium
utama dalam penyampaian isi pelajaran. Begitu juga dalam kaedah penyampaian pelajaran
yang lebih ke arah prinsip flipped classroom. Oleh itu, sebagai guru yang peka dengan
perkembangan dunia pendidikan pastinya akan mengaplikasikan segala kaedah-kaedah
pengajaran yang baharu. Sebagai contoh yang terperinci, guru mengaplikasikan kaedah
pengajaran baharu flipped classroom dengan memberikan bahan video pengajaran yang
dirakam kepada murid-murid sehari awal sebelum sesi pengajaran sebenar. Murid akan
menelaah isi pelajaran berpandukan bahan yang dikongsikan guru di mana-mana sahaja
mereka berada. Semasa PdP sebenar, guru hanya perlu memberikan pengukuhan murid-
murid dan membantu murid yang belum menguasai. Justeru, dengan pendekatan
pengajaran terkini yang diaplikasikan boleh membantu untuk meningkatkan pencapaian
akademik murid dan matlamat sekolah. Tegasnya, guru sebagai pemimpin instruktinal perlu
cakna dan peka dengan kemajuan dunia pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai