Anda di halaman 1dari 3

Carl Jung (1923) telah membahagikan personaliti kepada tiga iaitu extrovert, intorvert

dan ambivert. Extrovert merujuk kepada personaliti seperti berani, petah berbicara, suka ke
hadapan dan sebagainya manakala introvert pula adalah sebaliknya iaitu pendiam, pemalu,
tidak suka bersosial dan seumpamanya. Oleh itu, esei ini akan menghuraikan peranan guru
dalam mendepani situasi sebegini di dalam bilik darjah.

Pertama, guru seharusnya memperhebatkan kaedah penyampaian dengan bantuan


bahan bantu mengajar (BBM). Hal ini bagi memastikan kesemua murid teruja dan tertarik
dalam mengikuti PdP guru. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan BBM mampu menarik
perhatian murid serta membuatkan mereka ternanti-nantikan kehadiran guru di dalam kelas.
Hal ini bertepatan dengan teori Behaviorisme iaitu Pavlov (1849 -1936) dan Watson (1878 –
1958) yang menggalakkan rangsangan yang baik bagi mewujudkan tingkah laku positif.
Sebagai guru, kita harus memastikan rangsangan bilik darjah bagi menimbulkan perasaan
seronok bukannya risau atau takut. Sebagai contoh, semasa mengajar karangan Bahasa
Melayu, guru boleh menggunakan kaedah Story Marathon. Kaedah ini berbentuk permainan
iaitu murid bergilir-gilir menyambut ayat sehingga menjadi sebuah karangan. Kesemua
murid perlu dilibatkan dan peranan kecil harus diberikan kepada murid introvert. Sekiranya
murid introvert berjaya memainkan peranan dengan baik, teruskan beri pujian dan
penghargaan. Tegasnya, bagi berdepan dengan situasi kerencaman personaliti dalam bilik
darjah seharusnya dipelbagaikan kaedah pengajaran dan BBM.

Selain itu, guru juga perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dengan pemberian ganjaran, moitivasi dan peluang sama rata untuk semua murid agar
terdorong kuat untuk terus belajar. Guru mesti mengiktiraf dan memberikan peneguhan
kepada kejayaan murid agar motivasi mereka terus berkekalan. Hal ini untuk memastikan
murid introvert khususnya agar terus selesa dan teruja mengikuti PdP. Hal ini terkait dengan
Teori Pelaziman Operan melalui Prinsip Peneguhan B.F. Skinner (1904 – 1990) yang
menyatakan peneguhan perlu untuk memperkukuh tingkah laku agar tingkah laku tersebut
diulang pada masa akan datang. Sebagai contoh, Ali seorang introvert iaitu pemalu tetapi
hari tersebut Ali berjaya membentangkan tugasan kumpulan mereka dengan baik. Oleh itu,
guru akan memberikan pujian dan hadiah kepada Ali atas keterlibatannya dalam aktiviti
PdP. Pujian dan ganjaran ini akan mengekalkan momentum Ali untuk terus mengulangi
kejayaannya itu. Bahkan, ganjaran tersebut akan memotivasikan sama murid-murid lain
tidak kira exrovert mahupun intorvert untuk sama-sama belajar dan mengejar penghargaan
guru.

Seterusnya, guru boleh meningkatkan unsur sosial dan interaksi anntara murid-murid
ini melalui aktiviti pembelajaran. Hal ini bagi memastikan murid extrovert dan introvert dapat
menjalinkan hubungan sosial agar pembelajaran menjadi lebih optimum dan mereka dapat
saling bantu-membantu. Sebagai contoh, guru mengaplikasikan kaedah kumpulan dalam
pembelajaran. Tempatkan murid dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada murid extrovert
dan introvert. Jangan kumpulkan dalam satu kumpulan dengan semua murid extrovert dan
sebaliknya. Oleh itu, pembelajaran kumpulan ini akan memberi peluang kepada murid
intorvert khususnya untuk belajar bersosial dalam kumpulan kecil. Oleh itu, sikap
kebertanggungjawaban dapat disemai dalam diri setiap murid untuk menyelesaikan masalah
pembelajaran. Sekiranya murid dapat menonjolkan sesuatu kejayaan, teruskan beri
penghargaan dan pujian. Tegasnya, guru berperanan dengan meningkatkan inetarksi sosial
antara murid ini melalui aktiviti pembelajaran kumpulan.

Di samping itu, guru seharusnya mendepani situasi ini dengan mempelbagaikan


bentuk penilaian. Penilaian tidak seharusnya terhad kepada satu-satu kaedah sahaja. Hal ini
bagi memastikan murid-murid extrovert dan intorvert dapat dinilai dengan lebih adil. Sebagai
contoh, jika penilaian dilakukan secara lisan, murid extrovert yang petah berbicara mungkin
lebih cemerlang berbanding murid introvert yang pemalu. Tetapi, jika dilakukan dalam
bentuk penulisan, murid introvert boleh sahaja lebih hebat berbanding murid extrovert.
Menginsafi keadaan ini, guru perlu menyediakan kepelbagaian bentuk penilaian seperti
pemerhatian, lisan, penulisan, kuiz, projek dan sebagainya. Sebagai contoh, nilai muri
melalui projek mudah membina kad-kad peribahasa. Di sini, murid akan ditaksir dari sudut
penulisan, penglibatan, lisan semasa membentang, sahsiah dan sebagainya. Ini lebih adil
dalam menilai murid. Tegasnya, kepelbagaian kaedah penialain adalah dituntunt untuk
mendepani murid-murid yang berbeza personaliti.

Akhir sekali, guru perlu mendekati murid untuk menilai kemajuan mereka dalam
pembelajaran melalui aktiviti pengayaan dan pemulihan. Murid-murid extrovert yang
mungkin telah menguasai isi pelajaran boleh didekati dengan aktiviti pengayaan seperti
pemberian latihan dan kuiz untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka. Tetapi, bagi murid
introvert yang pemalu dan pendiam, guru perlu mendekati mereka dengan lemah lembut
dan kasih sayang untuk menilai kemajuan mereka. Sekiranya belum menguasai, berikan
mereka aktiviti pemulihan untuk memastikan mereka dapat mencapai standard yang
ditetapakan dalam objektif pembelajaran. Hal ini bertepatan dengan saranan Teori
Keperluan Maslow (1970) yang menekankan keperluan kasih sayang dan kepunyaan iaitu
pendekatan belas kasihan agar murid berasa disayangi. Justeru, kesemua murid akan
berasa disayangi dan dipeduli oleh guru. Tegasnya, guru perlu mendekati semua murid
sebelum PdP berakhir untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan dengan pendekatan kasih
sayang.

Anda mungkin juga menyukai