Anda di halaman 1dari 11

GARIS PANDUAN

PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)


2015 KEPADA PELAJAR DAN IPT
GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA 2015

1. PENDAHULUAN

Pada 10 Oktober 2014, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri


Kewangan I di dalam pembentangan Bajet tahun 2015 telah meluluskan
peruntukan sejumlah RM325 juta untuk pemberian Baucar Buku 1Malaysia
(BB1M). Semua 1.3 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT)
dijangka menerima manfaat daripada program ini.

2. OBJEKTIF

Pemberian BB1M 2015 adalah bertujuan untuk meringankan beban


perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini untuk memupuk
minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3. KRITERIA KELAYAKAN

Pelajar yang layak menerima BB1M 2015 ini mestilah memenuhi kriteria
seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia;

b) Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M 2015;

c) Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada 31


Disember 2014.

d) Sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil


Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3
dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level,
Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah
dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang
diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia;

e) Menuntut di IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang
berkuatkuasa; dan

f) Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa


masa.

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia 2015 Kepada Pelajar Dan IPT 2
4. TEMPOH PELAKSANAAN

BB1M 2015 ini sah diguna pakai sehingga 30 Jun 2015.

5. KADAR

Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M 2015 berjumlah RM250.

6. TANGGUNGJAWAB JABATAN

6.1 Kementerian Pendidikan Malaysia

a) Menyedia dan mengedar Surat Siaran dan Garis Panduan Pemberian


BB1M tahun 2015;

b) Mengemukakan enrolmen pelajar mengikut IPT kepada Kementerian


Kewangan dan Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) bagi
tujuan cetakan BB1M 2015;

c) Mengemukakan data pelajar yang layak mengikut IPT kepada


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tujuan penyelarasan
dengan BR1M tahun 2015; dan

d) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pemberian


BB1M 2015 mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

6.2 Agensi Penyelaras

a) Mengemukakan data pelajar yang layak kepada Urus Setia BB1M


2015 di Bahagian Kewangan, KPM;

i. Keseluruhan IPT harus mengemukakan data pelajar yang layak


selewat-lewatnya pada 10 Januari 2015. Pihak Urus Setia tidak
akan bertanggungjawab di atas kegagalan pihak IPT
mengemukakan data tersebut pada tempoh yang telah
ditetapkan oleh KPM.

ii. Data bagi pelajar yang berada atau meneruskan pengajian di


IPT yang lain/bukan IPT yang asal, perlu dimasukkan dalam
data IPT asal pelajar tersebut.

b) Memaklumkan kepada semua pelajar yang layak mengenai


pelaksanaan pemberian BB1M 2015;

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 3


c) Menyelaras pengagihan BB1M 2015 untuk semua
sekolah/kolej/kampus/cawangan di negeri masing-masing
(Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menyelaras pengagihan BB1M
2015 meliputi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri
(SAN) dan Sekolah Swasta/Persendirian);

d) Memastikan pelajar menandatangani Senarai Akuan


Penerimaan/Penolakan BB1M 2015 seperti di Lampiran 1;

e) Mengecop BB1M 2015 dengan cop rasmi IPT pada ruang yang telah
ditetapkan;

f) Memastikan pelajar mengisi pada ruangan nama, nombor kad


pengenalan dan nombor telefon pada setiap keping BB1M 2015 sebaik
sahaja menerima BB1M 2015 tersebut;

g) Menyimpan Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan BB1M 2015 dan


buku keratan BB1M 2015 bagi tujuan penyemakan dan pengauditan;
dan

h) Melaporkan Ringkasan Akuan Penerimaan/Pengagihan BB1M 2015


seperti di Lampiran 2 kepada Urus Setia seperti di Jadual 1:

Jadual 1

PERINGKAT
AGENSI
PENGAJIAN/ INSTITUSI
PENYELARAS
PENGAJIAN TINGGI

Kolej Matrikulasi Bahagian Matrikulasi (BM)

Tingkatan 6 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Institut Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru Malaysia


(IPG) (IPGM)
Bahagian Pendidikan Teknik dan
Kolej Vokasional
Vokasional (BPTV)

Politeknik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)

Institut Pengajian Tinggi


Pejabat Bendahari/
Awam (IPTA)/
Pejabat Kewangan IPTA
Hospital Pengajar

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 4


Institut Pengajian Tinggi
Bahagian Governans IPTS (JPT)
Swasta (IPTS)
Institusi Pengajian Tinggi
di bawah Kementerian Pejabat Kewangan Agensi
lain/Kerajaan Negeri

Kolej Komuniti Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

i) Agensi Penyelaras hendaklah mengumpul Ringkasan Akuan


Penerimaan/Pengagihan BB1M 2015 di bawah tanggungjawab
masing-masing dan mengemukakannya kepada Urus Setia BB1M
2015 di Bahagian Kewangan KPM sebelum 1 Ogos 2015; dan

j) Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan BB1M 2015


mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

7. TATACARA PENYALURAN DAN PENEBUSAN BB1M 2015

Tatacara penyaluran dan penebusan BB1M 2015 adalah seperti berikut :

7.1 BB1M 2015 akan dicetak dan diedarkan terus oleh Pencetakan Nasional
Malaysia Berhad (PNMB) kepada Agensi Penyelaras;

7.2 IPT bertanggungjawab membuat semakan ke atas BB1M 2015 yang


diterima dan melaporkan terus kepada Urus Setia BB1M 2015 sekiranya
berlaku ketidakcukupan BB1M 2015 yang diterima daripada pihak PNMB;

7.3 IPT perlu mengagihkan BB1M 2015 kepada pelajar selepas mendapat
arahan daripada pihak KPM;

7.4 Pelajar perlu mengisi nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon
dengan jelas pada BB1M 2015 semasa menuntut BB1M 2015 di IPT;

7.5 Pelajar juga perlu memastikan BB1M 2015 telah dicop dengan cop rasmi
IPT berkenaan;

7.6 Pelajar perlu menggunakan BB1M 2015 di mana-mana kedai buku yang
menyertai pelaksanaan inisiatif ini dengan mengemukakan BB1M 2015
dan kad pengenalan;

7.7 Pelajar hendaklah menggunakan kesemua BB1M 2015 bernilai RM250


untuk tujuan pembelian buku-buku akademik, jurnal dan majalah
ilmiah serta merangkumi segala jenis bahan bacaan yang memberi
manfaat dan berkaitan dengan bidang pengajian pelajar sahaja;

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 5


7.8 Pembelian yang melebihi RM250 adalah di bawah tanggungan pelajar
dan tuntutan tambahan tidak boleh dibuat kepada KPM;

7.9 BB1M 2015 tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang
tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga;

7.10 Tempoh sah laku BB1M 2015 adalah enam (6) bulan sahaja sehingga 30
Jun 2015; dan

7.11 Pembelian e-book adalah dibenarkan kepada pelajar tetakluk kepada


syarat asas di para 7.7.

8. PELAJAR BERPINDAH ANTARA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

8.1 Pihak IPT hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada IPT asal pelajar
mengenai status pemberian BB1M 2015 bagi mengelakkan pertindihan
agihan; dan

8.2 Pelajar yang telah berpindah ke IPT yang lain dan belum menerima BB1M
2015, hendaklah menuntut BB1M 2015 di IPT asal pelajar tersebut.

9. KEROSAKAN

9.1 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

a) IPT perlu memastikan BB1M 2015 yang diterima berstatus baik;

b) Sekiranya berlaku kerosakan pada BB1M 2015, pihak


bertanggungjawab perlu memaklumkan kepada pihak Urus Setia
BB1M 2015 dan mengemukakan BB1M 2015 tersebut dalam
kadar yang segera bagi tujuan pencetakan semula BB1M 2015 oleh
pihak PNMB; dan

c) Kerosakan BB1M 2015 adalah seperti;

I. Nombor siri bertindih;

II. Ketidaksempurnaan dalam pencetakan; dan

III. Lain-lain kerosakan kepada BB1M 2015 yang


memerlukan pencetakan semula.

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 6


9.2 PELAJAR

a) Pelajar hendaklah memastikan BB1M 2015 yang diterima daripada IPT


masing-masing berada dalam keadaan yang baik; dan

b) IPT dan KPM berhak untuk menolak sebarang tuntutan pengantian


BB1M 2015 sekiranya berlaku sebarang kerosakan disebabkan
kecuaian pelajar sendiri.

10. KEHILANGAN/ KECURIAN BB1M 2015

10.1 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

a) Berikut merupakan tindakan yang perlu diambil oleh IPT sekiranya


berlaku sebarang kehilangan atau kecurian BB1M 2015:

i. IPT hendaklah membuat laporan polis dengan segera dalam


tempoh masa 24 jam dari masa kehilangan/kecurian diketahui;

ii. Mengemukakan laporan kehilangan/kecurian kepada Urus Setia


BB1M 2015 beserta laporan polis dalam tempoh dua (2) hari
dari masa kehilangan telah diketahui; dan

iii. BB1M 2015 yang hilang dalam simpanan IPT tidak akan diganti
dan pihak IPT perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

10.2 PELAJAR

a) Sebarang kehilangan/kerosakan BB1M 2015 selepas pengagihan adalah


di bawah tanggungjawab pelajar.

11. KEKURANGAN/LEBIHAN BB1M 2015

11.1 Sekiranya berlaku lebihan BB1M 2015, IPT hendaklah mengembalikannya


kepada Urus Setia BB1M 2015 melalui IPT masing-masing sebelum 30
Mei 2015.

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 7


12. PENYALAHGUNAAN BB1M 2015

12.1 BB1M 2015 yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang
tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga;

12.2 Setiap pelajar hanya diperuntukan BB1M 2015 berjumlah RM250.


Sebarang penebusan melebihi nilai BB1M 2015 yang diperuntukan boleh
dikenakan tindakan undang-undang. Pelajar yang menerima lebih
daripada RM250 BB1M 2015 perlu memulangkan lebihan tersebut
kepada IPT

12.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak IPT dan Penjual/Pekedai Buku


untuk mematuhi tatacara dan prosedur dalam pelaksanaan pemberian
BB1M 2015 bagi mengelakkan sebarang penyelewengan dan
penyalahgunaan; dan

12.4 Mana-mana pihak atau pelajar yang didapati menyalahgunakan BB1M


2015 ini boleh dikenakan tindakan senaraihitam dan tidak akan
diberikan kemudahan dalam menyertai program BB1M pada masa
hadapan.

13. Garis panduan ini tertakluk kepada sebarang pindaan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

14. Garis Panduan ini akan berkuatkuasa sehingga garis panduan baru
dikeluarkan pada tahun berikutnya.

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 8


15. URUS SETIA BB1M 2015

15.1 Sebarang urusan surat-menyurat berkenaan BB1M 2015 hendaklah


dialamatkan kepada:

Urus Setia BB1M 2015


Bahagian Kewangan, Sektor Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 12, No. 2 Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya.

15.2 Untuk pertanyaan lanjut, boleh melalui e-mel ke bb1m@moe.gov.my atau


menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut:

a) Sektor Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS/Politeknik/Institusi Pengajian


Tinggi di bawah Kementerian/Kerajaan Negeri/Kolej Komuniti)

i. En. Mohd Redzuan bin Masnan


No. Telefon : 03-88705334

ii. Cik Nor Shafidatul Adila binti Abd Aziz


No. Telefon : 03-88705339

iii. En Wan Hazaman bin Wan Hassin


No. Telefon : 03-88704363

iv. Cik Norhidayah binti Rizuem


No. Telefon : 03-88704361

b) Sektor Pelajaran (Sekolah/Kolej Matrikulasi/Kolej Vokasional/Institut


Pendidikan Guru)

i. Encik Mohd Yusof bin Rosli


No. Telefon : 03-88847616

ii. Puan Hasnah binti Ismail


No. Telefon : 03-88847081

iii. Norzilah binti Kadir


No. Telefon : 03-88847081

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 9


LAMPIRAN 1
SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) 2015
(Borang ini dikemaskini dan disimpan oleh Institusi Pengajian Tinggi masing-masing)

SM ISLAMIAH TAWAU, SABAH


NAMA INSTITUSI PENGAJIAN/SEKOLAH : ......................................................................
XFT3001
KOD INSTITUSI PENGAJIAN/SEKOLAH : …………….......................................................
PETI SURAT 604, 91008 TAWAU, SABAH
ALAMAT : ...........................................................................................................................................................................................
089 - 772761 RM 7, 500.00
NO. TELEFON : ………………...….. JUMLAH BB1M 2015 DITERIMA : .........................................
089 - 772761 RM 7, 500.00
NO FAKS : ............................. JUMLAH BB1M 2015 DIAGIH : .........................................
RM 0.00
JUMLAH LEBIHAN / KURANGAN : ……………………….........

MENERIMA /
NO. KAD TARIKH NO SIRI
BIL NAMA PELAJAR MENOLAK TANDATANGAN
PENGENALAN TERIMA BB1M 2015
BB1M 2015

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :
Tarikh : Tarikh :
LAMPIRAN 2
RINGKASAN AKUAN PENERIMAAN/PENGAGIHAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA
(BB1M) 2015
(Borang ini dikemaskini oleh Institusi Pengajian Tinggi dan dihantar kepada Agensi Penyelaras)

INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI/ AGENSI : SM ISLAMIAH TAWAU
PENYELARAS

ALAMAT : PETI SURAT 604,91008, TAWAU, SABAH

NO TELEFON : 089-772761
NO FAKSIMILI : 089-772761

LEBIHAN /
INSTITUSI PENGAJIAN/ BB1M 2015 BB1M 2015
BIL KURANGAN
AGENSI PENYELARAS DITERIMA DIAGIH
(NO SIRI)
1. SM ISLAMIAH TAWAU,SABAH 150 KEPING 150 KEPING ------

JUMLAH KESELURUHAN 150 KEPING 150 KEPING -----

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

Tandatangan Tandatangan
Nama Nama
Jawatan Jawatan
Tarikh Tarikh

Anda mungkin juga menyukai