Anda di halaman 1dari 5

FAQ BURSARY PELAJAR CEMERLANG SPM TAHUN 2014 AMBILAN 2015

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.

Apakah itu Bursary KPM?


Bursary adalah penajaan di peringkat persediaan yang ditawarkan secara
automatik kepada pelajar cemerlang lepasan SPM yang memperoleh keputusan
9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM.

2.

Siapakah yang layak menerima Bursary Pelajar Cemerlang Lepasan SPM


Tahun 2014 KPM ini?
Pelajar cemerlang SPM 2014 yang memperoleh keputusan 9A+ dan ke atas
dalam peperiksaan SPM tahun 2014.

3.

Adakah Bursary ini akan disediakan oleh JPA?


Tidak. Penajaan Program Bursary di peringkat persediaan akan disediakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala bagi peringkat Ijazah
Pertama, pelajar perlu memohon penajaan yang ditawarkan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) atau penaja-penaja lain selepas menamatkan
pengajian di peringkat persediaan.

4.

Program persediaan apa yang tersenarai di bawah Bursary KPM?


Lima (5) Program persediaan yang boleh dipilih oleh pelajar adalah seperti
berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

5.

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)


Matrikulasi
Asasi di IPTA
International Baccalaureate (IB)
A-Level

Bagaimana saya
persediaan?

boleh

memohon

Bursary

KPM

untuk

peringkat

Pelajar tidak boleh memohon Bursary sebaliknya pelajar yang layak akan
ditawarkan secara automatik oleh KPM.

6.

Bagaimana saya boleh memastikan bahawa saya adalah pelajar yang


terpilih?
Pelajar boleh membuat semakan secara atas talian (online) sepenuhnya melalui
laman web KPM di www.moe.gov.my mulai 4 Mac 2015.
Pelajar hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syaratsyarat penajaan yang ada disediakan di www.moe.gov.my terlebih dahulu
sebelum membuat semakan.

7.

Apakah perbezaan antara Surat Tawaran Sementara dan Surat Tawaran


Rasmi Bursary di dalam sistem Aplikasi Online Bursary?
Surat Tawaran Sementara bermaksud pelajar telah menerima tawaran Bursary
secara umum. Namun, pelajar masih perlu mendapatkan tempat di institusi
persediaan yang tersenarai di bawah KPM. Setelah itu, barulah Surat Tawaran
Rasmi Bursary dapat dicetak oleh pelajar di dalam sistem Aplikasi Online
Bursary.

8.

Adakah saya perlu melalui proses pemilihan?


Tidak. Penawaran Bursary KPM adalah secara automatik kepada pelajar
cemerlang SPM 2014 yang memperolehi keputusan 9A+ dan ke atas.

9.

Apakah syarat-syarat Bursary KPM?


Syarat-syarat Bursary KPM adalah seperti berikut:
Syarat Umum
a) Mendapat sekurang-kurangnya 9A+ dalam peperiksaan SPM pada tahun
2014;
b) Warganegara Malaysia; dan
c) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada
31 Disember 2014.
Syarat Khusus
a) Mengikuti salah satu program persediaan berikut :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)


Matrikulasi
Asasi di IPTA
International Baccalaureate (IB)
A-Level
2

b) Mengikuti pengajian peringkat persediaan di institusi persediaan


dalam negara sahaja.
10.

Apakah bidang-bidang yang ditaja di bawah Bursary?


Kesemua bidang yang ditawarkan oleh program dan institusi persediaan yang
tersenarai boleh diikuti oleh pelajar.

11.

Bolehkah saya menentukan sendiri program persediaan


Matrikulasi/ Asasi/ IB / A-Level) yang akan diikuti kelak ?

(STPM/

Ya. Pelajar boleh menentukan program persediaan tertakluk kepada senarai


institusi persediaan yang telah disenaraikan.
12.

Adakah saya dibenarkan untuk mengikuti program persediaan


negara?

di luar

Tidak. Pelajar Bursary KPM hanya dibenarkan untuk mengikuti program


persediaan di institusi persediaan yang telah ditetapkan di dalam negara sahaja.
13.

Di manakah Program Persediaan diadakan?


Program persediaan akan diadakan di institusi persediaan yang telah ditetapkan
oleh KPM.

14.

Bolehkah saya mengikuti program persediaan selain (STPM/ Matrikulasi/


Asasi/ IB / A-Level)
Tidak. Pelajar Bursary KPM perlu mengikuti program persediaan yang telah
ditetapkan sahaja.

15.

Bolehkah saya mengikuti program persediaan (IB / A-Level) di institusi


persediaan yang tidak disenaraikan?
Tidak. Pelajar Bursary KPM perlu mengikuti program persediaan di institusi
persediaan yang telah ditetapkan sahaja.

16.

Sekiranya saya telah/sedang menerima penajaan/pinjaman dari penaja


lain, adakah saya masih boleh menerima Bursary KPM?
Tidak. Sekiranya pelajar menerima tawaran Bursary KPM, pelajar perlu
melepaskan penajaan dari penaja lain.

17.

Apakah kelebihan Bursary?


Pelajar-pelajar yang menerima Bursary akan diberikan penajaan dari segi
pembiayaan yuran pengajian dan elaun sara hidup pada setiap bulan.

18.

Adakah pelajar yang telah mengikuti pengajian peringkat persediaan pada


awal tahun 2015 juga boleh diberikan penajaan Bursary?
Ya, pelajar yang tersenarai di bawah Bursary KPM dan telah mengikuti
pengajian peringkat persediaan di institusi persediaan yang ditetapkan KPM
masih boleh menerima Bursary KPM. Namun pelajar hanya akan menerima
pembiayaan yuran pengajian dan elaun sara hidup sebagaimana berikut :BIL
1.
2.
3.
4.
5.

19.

PROGRAM PERSEDIAAN
Matrikulasi
STPM
Asasi
A-Level
International Baccalaureate

PENAJAAN
BERMULA
Mei
Jun/Julai

Sekiranya saya ingin melanjutkan pengajian ke luar negara dan diwajibkan


menduduki peperiksaan khas di peringkat persediaan (contoh: IELTS /
TOEFL) adakah bayaran bagi peperiksaan tersebut ditanggung oleh
Kerajaan?
Ya. Kerajaan akan menanggung kos peperiksaan tersebut. Walau
bagaimanapun kos yang ditanggung oleh kerajaan adalah satu jenis
peperiksaan sahaja dan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.

20.

Adakah saya boleh menukar program persediaan/ institusi persediaan/


tempoh pengajian setelah mengikuti pengajian?
Tidak. Pelajar tidak dibenarkan membuat pertukaran institusi persediaan atau
program persediaan selepas tarikh tutup Aplikasi Online Bursary Pelajar
Cemerlang Lepasan SPM Tahun 2014 Ambilan 2015 pada 30 Jun 2015
(Selasa).

21.

Apakah nombor yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan?


Bagi pertanyaan mengenai Bursary KPM sila hubungi talian 03-83217086, pada
setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat
bt.bursary@moe.gov.my

22.

Sekiranya saya tidak tersenarai di bawah Bursary KPM, adakah saya boleh
merayu?
Tidak. Pelajar tidak boleh merayu kerana penawaran Bursary adalah secara
automatik kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2014 yang memperolehi
keputusan 9A+ dan ke atas sahaja.

23.

Sekiranya saya menolak Bursary KPM, adakah


dipertimbangkan sebarang tajaan lain di bawah Kerajaan?

saya

layak

Ya. Pelajar boleh memohon program penajaan Kerajaan yang lain sekiranya
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
24.

Bagaimana dengan penajaan saya di peringkat Ijazah Pertama?


Pelajar yang telah mengikuti program persediaan dengan mendapat keputusan
yang cemerlang perlu memohon semula penajaan di peringkat Ijazah Pertama
dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sebarang pertanyaan berhubung
penajaan peringkat ijazah pertama di dalam atau luar negara boleh hubungi
JPA, Bahagian Pembangunan Modal Insan, di talian 03-88853550 /
0388853489 / 03-88853297 / 0388853436 / 03-88853686 atau emel di
bursary@jpa.gov.my

Anda mungkin juga menyukai