Anda di halaman 1dari 7

CADANGAN

PEMBANGUNAN
KAFE SIBER BRIGED BESTARI

SM SAINS PASIR PUTEH


16800 PASIR PUTEH
KELANTAN
2022
PENDAHULUAN

Kafe siber di sekolah merupakan tempat di mana murid – murid mendalami ilmu
ICT di sekolah selain dari makmal computer dan pusat akses sekolah. Kafe siber juga
berfungsi sebagai sumber ilmu kepada murid – murid juga kakitangan sekolah bagi
mendapatkan sumber dari internet dan juga kemudahan mengunakan komputer dalam
tugas seharian.

Walau bagaimanapun ketiadaan kafe siber serta pusat akses yang terhad serta
kemudahan makmal computer yang kian uzur dan perlu dinaik taraf serta
penambahbaikan menyebabkan penggunaan makmal komputer ini di bawah kemampuan
sebenar. Dengan erti kata lain, sekolah perlu menyediakan kemudahan siber kafe sebagai
pusat akses yang baharu bagi membantu murid mencari maklumat serta meningkatkan
pengetahuan mereka dengan lebih mendalam di samping membantu sekolah menjadi
sebuah sekolah yang berprestasi tinggi dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah
bestari yang lain.

Cadangan pembangunan kafe siber ini bertujuan untuk memohon tempat yang
sesuai bagi penyediaan kafe siber serta dana sumbangan bagi membina dan meletakkan
komputer-komputer bagi kemudahan pelajar dan guru SM Sains Pasir Puteh.

Kafe siber ini akan di selaras oleh juruteknik sekolah serta guru-guru ICT dan
murid-murid Briged Bestari serta murid redaksi. Mereka akan bertugas mengikut jadual
bagi menjaga kafe siber supaya penggunaannya lebih terkawal. Penggunaan makmal
komputer akan direkodkan supaya penggunaannya lebih sistematik dan teratur.

RASIONAL DAN OBJEKTIF


Cadangan ini adalah untuk :-

A) Penyediaan tempat kafe siber murid dan guru bagi mengakses maklumat dengan
cepat dan selamat serta terkawal
B) Penyediaan sistem pendawaian elektrik dalam kafe siber yang lebih selamat
agar kejadian litar pintas tidak terjadi.
C) Penyediaan perabot dan meja yang sesuai untuk sebuah kafe siber
D) Penyediaan sudut keceriaan dan info berkaitan computer
E) Murid memerlukan bahan cetakan segera bagi mendapatkan maklumat dan
melakukan tugasan.
F) Sebagai sumber pendapatan briged bestari dan pasukan redaksi apabila murid dan
guru menggunakan mesin pencetak dan computer siber kafe.
TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM

Sepanjang tahun sesi akademik semasa prep petang dan prep malam.

PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran 1 bagi setiap perbelanjaan yang diperlukan.

SUMBER KEWANGAN

Mengharap sumbangan dari pihak PIBG, serta orang perseorangan, pihak korporat, juga
mana – mana pihak yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan hasrat
membangunkan kafe siber di SM Sains Pasir Puteh.

PENUTUP

Besarlah harapan kami agar cadangan pembangunan kafe siber ini dapat direalisasikan
dan rancangan ini beroleh sokongan dari semua pihak.
JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM PEMBANGUNAN KAFE SIBER

SM SAINS PASIR PUTEH

PENASIHAT
Dr. Zalina Zakaria
(Pengetua SM Sains Pasir Puteh)

YB Datuk Mohd Bin Kaisan


(YDP PIBG SM Sains Pasir Puteh)

PENGERUSI
EN Aziz AB Rahman
(PK Kokurikulum)

SETIAUSAHA
Puan Rafiah Wahad
(Guru Penyelaras Briged Bestari)

AJK

Noorul Ainien Binti Mat Daud


(Guru Redaksi)
Puan Azlin Binti Mohd Noor
(Juruteknik Makmal Komputer)
Ahmad Ruhullah Othman
(AJK Redaksi)

Disediakan Oleh:- Disokong Oleh:-

(Ahmad Ruhullah Othman) (Dr Zalina Binti Zakaria)


Penyelaras Pengetua
Program Pembangunan Kafe Siber SM Sains Pasir Puteh
SENARAI BARANG KEPERLUAN DI KAFE SIBER
Senarai Keperluan Awal

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA 1UNIT JUMLAH

1 Grill Keselamatan 1 (6x7 kaki) x 1680


RM40 sekaki
2 Carpet 1 1000 2000

JUMLAH 3680

Senarai Keperluan Perabot

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA 1UNIT JUMLAH

1 Meja Komputer 6 600


(Jenis A)

2 Kerusi Komputer 6 600

3 Meja Penyelaras 1 120

4 Kerusi Penyelaras 2 200

JUMLAH 1520

Senarai Keperluan Peralatan Komputer

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA 1UNIT JUMLAH


1 Komputer Kafe Siber 6 1800 10800
2 Komputer Penyelaras 1 2000 2000
3 Pelayan (Server) 1 200 200
4 Mesin Pencetak 2 600 1200
5 Modem 1 200
6 Switch / Hub 1 200
7 Rak Peralatan 1
8 Alat Penggera 1 - -
9
JUMLAH 14600
Senarai Keperluan Pendawaian

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA 1UNIT JUMLAH

1 Pendawaian Elektrik 6 150 900

2 Rangkaian Port 6 150 900

3 Kotak Suis 1 400 400

JUMLAH 2200

ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM PEMBINAAN KAFE SIBER

SM SAINS PASIR PUTEH

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara RM
1 Keperluan awal 3680.00

2 Keperluan Perabot 1520.00

3 Keperluan Peralatan Komputer 14600.00

4 Pendawaian Elektrik & Networking 2200.00

JUMLAH 22000.00
CADANGAN PLAN LANTAI KAFE SIBER

LOKASI : BILIK WARDEN (KAFE SIBER LAMA)

PINTU MASUK

Anda mungkin juga menyukai