Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS AMANAH RAKYAT

(MARA)

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS MOHON RESTU TINGKATAN 5/2021

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Majlis mohon restu merupakan langkah dan persediaan terakhir calon SPM
untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Program ini diadakan untuk menyediakan calon
SPM dari segi fizikal dan mental sebelum menduduki peperiksaan sebenar. Kejayaan
serta kecemerlangan pelajar dari segi sahsiah dan akademik adalah impian setiap ibu
bapa dan juga warga guru. Berikutan pasca pandemik dan norma baharu kini, program
secara “hydbrid” ini diadakan bertujuan untuk mencari restu dan izin dari ibu bapa serta
guru-guru. Program ini diharapkan dapat membantu pelajar mencapai prestasi akademik
yang cemerlang dan membanggakan. Justeru, kertas kerja ini bertujuan mendapatkan
kelulusan dari puan Pengetua bagi menjayakan pelaksanaan proram tersebut.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memohon restu ibu bapa dan guru serta memperoleh keberkatan ilmu sebagai bekalan
paling berharga menghadapi peperiksaan SPM.
2.2 Menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa,guru
dan pihak maktab.
2.3 Pelajar mendapat keberkatan dan izin ilmu daripada guru-guru supaya berlapang dada
menjelang peperiksaan SPM.

3.0 JUSTIFIKASI

3.1 Meneruskan program-program kerohanian dan pengisian antara pelajar, ibu bapa dan
guru walaupun tidak secara bersemuka, dengan memanfaatkan teknologi dan media
sosial yang ada bagi meneruskan matlamat majlis mohon restu.
3.2 Membantu pelajar mendapatkan kekuatan rohani serta motivasi yang tinggi melalui majlis
mohon restu ini kerana restu ibu bapa dan guru mampu menjadi kekuatan kepada pelajar
untuk menghadapi peperiksaan.
3.3 Melahirkan anak didik yang berbudi luhur, berketrampilan, berdaya saing dan cemerlang
pada masa akan datang.
3.4 Membimbing dan memupuk nilai budi serta sikap menghargai ibu bapa dan guru dan
dalam masa yang sama selari dengan objektif utama program.

4.0 SASARAN KUMPULAN

Majlis mohon restu ini melibatkan semua pelajar tingkatan 5 MRSM PDRM yang beragama Islam,
warga guru, kakitangan dan ibu bapa yang beragama Islam bagi aktiviti bacaan yassin secara
dalam talian.

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Jawatankuasa program adalah seperti berikut.

Pengerusi : Ust Mohd Khoeirul Fahmi bin Hamid


Penyelaras : Ust. Mohammad Faiz bin Abd Ghani
Setiausaha : Pn. Nurul Shazlinie bt Abd Shukor
Jawatankuasa Pengacaraan Majlis : En. Zulhilmi bin Ahmad
Jawatankuasa Persiapan Tempat : Pn. Sariza bt Sapke@Yusoff
Pn. Suzlin bt Mat Ramli
Jawatankuasa Solat Hajat dan : Ust.Mohd Shuzaini bin Soib
Khalifah Bacaan Yassin
Jawatankuasa Persiapan Air Yassin: En Nordin bin Abu Bakar
Jawatankuasa Live Steaming : Ust Mohd Najib bin M Noor
Jawatankuasa Teknikal/Siaraya : Encik Zakaria bin Jusoh

Maklumat umum mengenai program adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 26 Februari 2022


Masa : 9.30 pagi
Tempat : DSL (Pelajar tingkatan 5) dan Secara atas talian (ibu bapa dan
guru)

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Item Kuantiti/ Harga Seunit Jumlah Sumber


(RM) (RM)
Masa

Tripod adjustable stand live 1 100.00 100.00


camera selfie tripod

Studio softbox, tripod and bulb 2 100.00 200.00


set include:
-50x70cm lighting softbox
-W803 light stand
-UK plug
-Bulb (5500K 200W lamp)

Stream yard 1 30.00 30.00

Jumlah Keseluruhan 330.00

7.0 PENUTUP
Diharapkan Majlis Mohon Restu Tingkatan 5 pada tahun ini dapat berjalan dengan jayanya dan
mendapat kelulusan dari pihak puan. Kerjasama dari pihak puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

8.0 KELULUSAN

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………… ………………………………………
NURUL SHAZLINIE BINTI ABDUL SHUKOR MOHAMMAD FAIZ BIN ABD GHANI
Setiausaha Majlis Mohon Restu Penyelaras Majlis Mohon Restu
Tingkatan 5/2021 Tingkatan 5/2021
MRSM PDRM Kulim MRSM PDRM Kulim

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

...................................................................
MOHD KHOEIRUL FAHMI BIN HAMID
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar
MRSM PDRM Kulim
Tarikh:

DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN
Ulasan :
......................................................................................................................................
......................................................................................................................................

________________________________
PN JULIATI BINTI ABDUL JALIL
Pengetua
MRSM PDRM, Kulim
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai