Anda di halaman 1dari 2

Doa Perhimpunan Mingguan Covid 19

Dengan keberkatan majlis perhimpunan ini, kami mohon taufik dan hidayahMu,
lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah. Engkau jauhilah diri
kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa ,Engkau
hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran
kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini, Engkau tiupkanlah
ketenangan dalam jiwa kami, Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan
kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan
keimanan kami kepadaMu.
Ya Allah Ya Rahman Ya Syaafi,Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara
kami yang dijangkiti wabak Coronavirus walau di mana sahaja mereka berada.
Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya Allah. Tiada
mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya Allah. Kami bermohon
kepada-Mu Ya Allah, Lindungilah kami, Selamatkanlah kami, Sejahterakanlah hidup
kami.”
Ya Basir, Ya Latiff, anugerahkan apalah kiranya kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan
Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri Jajahan
Takluk Johor Darul Ta’zim, juga kepada Permaisuri Johor, putera-putera dan puterinya,
kerabat-kerabat diraja. Juga kepada para pemimpin, ibu bapa kami, guru-guru kami dan
seluruh rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim akan terus menjadi sebuah negeri bermaruah,
berdaulat, kukuh dan mampu menghadapi segala cabaran.
Ikrar Rukun Negara

Maka kami,
rakyat Malaysia,
berikrar
akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai
cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

 Kepercayaan Kepada Tuhan;


 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara;
 Keluhuran Perlembagaan;
 Kedaulatan Undang-Undang;
 Kesopanan Dan Kesusilaan

Ikrar Pelajar

Bahawa kami, murid-murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2,


Berikrar:
 Akan mematuhi segala peraturan sekolah
 Berusaha untuk berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum
 Berdisiplin dan bertanggungjawab
 Taat kepada tuhan, ibu bapa dan guru,
 Serta sentiasa menjaga nama baik sekolah.

Anda mungkin juga menyukai