Anda di halaman 1dari 7

5 GENERASI BAHASA PENGATURCARAAN

ASCII
ASCII adalah satu format yang lazim digunakan untuk fail teks dalam komputer dan internet.
Kod ASCII telah dibangunkan oleh American National Standards Institute. Dalam fail yang
menggunakan kod ASCII, setiap aksara diwakili oleh sejumlah 7 bit nombor perduaan yang terdiri
daripada rentetan tujuh '0' atau '1'. Ia melibatkan sejumlah 128 aksara biasa dengan tambahan
128 aksara lanjutan.

Generasi Pertama : Bahasa Mesin (1945)


• bahasa asas bagi komputer dengan perwakilan data sebagai 0 dan 1
(nombor binari)

Generasi Kedua : Bahasa Himpunan (pertengahan 1950an)


• bahasa aras rendah
• menggunakan singkatan atau perkataan yang mudah diingat
• perterjemah bahasa diperlukan jika aturcara ditulis dalam bahasa lain

Penterjemahan bahasa : Sejenis perisian sistem yang menterjemahkan aturcara


yang ditulis dalam bahasa generasi kedua, ketiga dan tinggi ke dalam bahasa mesin
a) Penghimpun (Assembler)
b) Pengkompil (Compiler)
c) Pentafsir (Interpreter)

Generasi Ketiga : Bahasa peringkat tingg


• bahasa seakan bahasa Inggeris
• contoh :- COBOL untuk aplikasi bisnes, FORTRAN, BASIC, Pascal, C, Ada
• Penterjemah bahasa tinggi bergantung kepada bahasa yang diggunakan
samaada pengkompil atau pentafsir
a) Pengkompil
• penterjemah bahasa yang menukar keseluruhan aturcara bahasa
peringkat tinggi ke bahasa mesin untuk pelaksanaan kemudian
bahasa peringkat tinggi dipanggil kod sumber dan bahasa mesin
sebagai kod objek dan disimpan badi kegunaan perlaksanaan
• Contoh : COBOL, FORTRAN dan Pascal

b) Pentafsir
• penterjemah bahasa peringkat tinggi yang menukar setiap
penyataan ke bahasa mesin secara segera
• tiada kod objek disimpan
• Contoh : BASIC

Generasi Keempat : Bahasa peringkat tertinggi


• dikenali sebagai 4GL
• terdapat beberapa tujuan khas

a) Penjana laporan – aturcara bagi pengguna akhir yang digunakan untuk


menghasilkan laporan
b) Bahasa pertanyaan(query) – digunakan untuk mendapatkan semula data
daripada pengurusan pangkalan data
c) Penjana aplikasi – membenarkan seseorang memberi secara terperinci
penerangan data yang diperlukan untuk diproses

Generasi Kelima : Bahasa Tabie


• sebahagian daripada bidang kepintaran buatan
• terdiri kepada 2 jenis :
a) bahasa manusia biasa
b) bahasa pengaturcaraan
KITAR HAYAT PEMBANGUNAN SISTEM

FASAREKA FASA
FASA ANALISIS BENTUK PELAKSANAAN FASA UJI DAN FASA
MASALAH NYAH RALAT DOKUMENTASI
PENYELESAIAN PENYELESAIAN

FASA ANALISIS MASALAH


Fasa analisis masalah ialah proses mengenal pasti keperluan program dan mencari sebab
sesuatu program dibina. Langkah-langkah sistematik harus dipatuhi untuk menyelesaikan
masalah dan penting untuk kita memahami penyataan masalah degan jelas. Permulaannya,
analisis masalah yang dihadapi dengan menggunakan analisis IPO iaitu analisis input, proses
dan output.

FASA REKA BENTUK PENYELESAIAN


Fasa reka bentuk penyelesaian masalah dibuat setelah analisis IPO yang merupakan set
keperluan untuk memulakan dasa mereka bentuk dilakukan. Penggunaan algoritma ialah
langkah awal bagi menyelesaikan masalah dalam fasa reka bentuk penyelesaian.

Pseudokod ialah aturan langkah yang ditulis dalam bahasa pertuturan manakala carta alir
adalah satu perwakilan grafik yang menunjukkan langkah penyelesaian sesuatu masalah dan
mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Selepas membina algoritma, kita akhiri dengan
menulis pseudokod dan carta alir.
FASA PELAKSANAAN PENYELESAIAN

Tujuan utama fasa perlaksanaan penyelesaian adalah untuk mengubah


reka bentuk kepada program yang akan dipasang pada perkakasan dan
bersedia untuk melaksanakan penyelesaian. Selain itu, fasa ini bertujuan untuk
membina dan menghasilkan sistem yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

FASA UJI DAN NYAH RALAT


Dalam fasa ini, kod atur cara yang siap dibina akan diuji. Fasa pengujian memainkan peranan
penting dalam SDLC. Fasa ini mempunyai beberapa tujuan seperti yang berikut:
a. Memastikan semua keperluan dipenuhi.
b. Memastikan semua pengekodan berfungsi seperti yang dikehendaki.
c. Memastikan semua modul boleh berfungsi bila digabungkan.
d. Mendapatkan maklum balas daripada pengguna sistem untuk tujuan pembetulan dan
penambahbaikan.
e. Melibatkan pengguna sepenuhnya di peringkat pembangunan.
f. Mengesan ralat yang tercicir.
g. Membantu pasukan projek membuat dokumentasi dengan mengesan kesilapan oleh
pengguna.
h. Menyimpan keputusan ujian sebagai bukti penyempurnaan pembangunan sistem.

FASA DOKUMENTASI
Dokumentasi merupakan suatu proses mengutip dan mengumpulkan data, mengumpulkan
maklumat dan ringkasan seperti laporan pengujian yang dijalankan, carta alir, kod atur cara
dan juga carta IPO.
PENTINGKAH ANTI VIRUS UNTUK
LAPTOP/PC ANDA?

Sebagai pengguna komputer atau laptop, tidak kira sama ada baru atau telah
berpengalaman menggunakan peranti tersebut, anda pasti pernah mendengar ancaman-
ancaman yang boleh menggugat keselamatan peranti anda.

Sebenarnya tanpa perlu disangkal lagi, ancaman yang dimaksudkan itu ialah virus, malware,
spyware serta pelbagai lagi ancaman sebenar kepada anda. Jadi, bagi melindungi komputer
anda, amatlah disarankan untuk anda memasang perisian anti virus bagi menjamin
keselamatan komputer anda.

APA ITU VIRUS?

Virus dalam komputer ialah satu program kecil bertujuan merosakkan sistem operasi dan
menyebabkan komputer tidak boleh berfungsi dengan baik atau mati terus.

Selalunya virus akan menyerang sektor but (boot sector), fail *.exe dan *.com. jenis-jenis
virus ini dipanggil virus but dan virus fail, Terdapat satu lagi virus dipanggil virus macro yang
akan merosakkan fail data program Microsoft Word dan Excel.
APA ITU PERISIAN ANTI VIRUS?

Perisian anti virus berperanan sebagai pelindung kepada komputer anda bagi menjamin
keselamatan data-data, maklumat peribadi, gambar, program serta banyak lagi dari dicuri dan
melakukan kerosakan terhadap komputer anda.

Kebiasaannya, virus akan menjangkiti komputer anda ketika melakukan atau melayari
laman-laman yang mencurigakan, memuat turun data atau program yang tertentu dari pihak
ketiga, dan pelbagai lagi. Kesannya, komputer anda mungkin akan menjadi perlahan dan
maklumat peribadi dicuri.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN ANTI-VIRUS

Menggunakan perisian antivirus boleh mendatangkan beberapa kebaikan kepada anda:

1) Program antivirus boleh memberi perlindungan tambahan apabila membuat


pembelian dalam talian, jadi anda tidak perlu risau tentang menggunakan maklumat kad
kredit anda.

2) Program anti virus turut bekerja sewaktu anda melayari internet. Program anti virus
juga turut bekerja ketika anda menghidupkan komputer anda, jadi ia membuatkan
komputer anda selamat serta terjamin sebelum atau ketika melayari internet.
3) Program anti virus yang berkualiti boleh membantu untuk melindungi anda daripada
kecurian identiti dengan memusnahkan spyware. Komputer dijangkiti spyware boleh
mencuri nombor akaun kad kredit atau kata laluan perbankan anda.

4) Perisian anti virus dengan mudah boleh dikemaskini oleh pengguna-pengguna


komputer dengan definisi virus terkini untuk menangkap virus baru apabila ia
dikeluarkan di internet. Jadi selari dengan perkembangan virus, perisian anti virus juga
perlu sentiasa dikemaskini.

5) Terdapat pelbagai produk anti virus boleh memberi amaran kepada anda akan
laman web berbahaya.

Anda mungkin juga menyukai