Anda di halaman 1dari 3

SENI TARI RAKYAT I SESI 20212022 SEM 2

SET 1
LMCZ1012
SEMESTER 2
SESSION 2021/2022

TAJUK : SILA HURAIKAN LAPORAN PERSEMBAHAN


BERDASARKAN VIDEO YANG DIBERI - (10 MARKAH)

NAMA : NURMAIZATUL ATIKAH BINTI MUKHTAR A190398


PENSYARAH : ENCIK AAJAZAHMAD BIN MOSTAQVIM

TARIKH : 25/7/2022

Sila Huraikan Laporan Persembahan Berdasarkan Video yang diberi - ( 10 markah)


1. Sila buat laporan persembahan berdasarkan video yang diberi.
2. Laporan hendaklah berdasarkan
a. Konsep Persembahan
Pada pendapat saya, mereka mempunyai koreografi yang cemerlang. Semua penari
berjaya membawa tema tarian mereka ke atas pentas. Saya kagum melihat tarian
mereka seiring dengan tempo muzik yang perlahan ke tempo laju. Saya juga
berpendapat bunga tari yang mereka mainkan adalah asli. Saya perhatikan cara masuk
mereka dalam keadaan lemah lembut dan bersopan santun, sepanjang tarian pula, tiada
sebarang bunyi suara yang dikeluarkan daripada para penari. Saya tidak dapat melihat
senyuman para penari kerana pencahayaannya yang kurang. Namun, para penari
perempuan dapat mengawal pergerakan kaki mereka agar tidak terbuka terlalu luas
manakala para penari lelaki berjaya menunjukkan “kegagahan” mereka dengan tarian
yang dibawa. Tiada juga sentuhan terus ke badan pasangan, setiap pasangan
berkomunikasi dengan baik di atas pentas, dan cara keluar mereka juga dalam keadaan
yang sopan dan tertib.
b. Sinematografi
Disini saya kurang berpuas hati kerana posisi kamera agak tidak sesuai dan
pergerakannya agak menganggu perhatian terhadap persembahan tersebut.
Penempatan kamera penting kerana ia sudah tentunya mempengaruhi reaksi penonton
dalam menyampaikan seluruh persembahan. Seterusnya, pencahayaan dalam
persembahan ini perlu dibaiki kerana ia sedikit sebanyak mengganggu perhatian saya.
Pencahayaan yang terlalu cerah boleh membuat emosi para juri terganggu, terlalu gelap
pula menyebabkan para juri tidak dapat fokus kepada tarian itu.
c. Busana dan Tatarias
Bagi penari lelaki mereka lengkap berkain samping dan bersongkok tinggi dan diletakkan
jambul di songkok tersebut. Songkok mereka juga dihiasi dengan hiasan kerongsang bagi
menyerlahkan lagi keterampilan. Manakala para penari wanita pula berbaju kurung dan
berkain pelekat. Ada juga yang memakai selendang di bahu dan bunga pula disematkan
pada sanggul. Mereka juga memakai aksesori rantai emas. Pada pendapat saya, busana
yang digayakan mereka sangat menarik dan menepati tema yang dibawa.
d. Keseragaman
Saya berpendapat keseragaman mereka masih boleh diperbaiki tetapi celanya tidak
terlalu ketara oleh itu mereka layak mendapat markah yang tinggi. Pilihan muzik yang
baik iaitu Ya Allah Ya Saidi oleh Noraniza Idris, namun saya berpendapat muzik yang
lebih rancak akan menarik lebih banyak perhatian penonton. Koordinasi muzik dan
pergerakan para penari adalah serasi dengan pergerakan dan pola lantai. Tempo muzik
pula perlahan-sederhana-laju, jika tempo sederhana-perlahan-laju digunakan, sudah
tentu markah lebih baik akan diberikan. Para penari juga berjaya melakukan pecahan tari
dengan baik. Gabungan atau perubahan gerak dari satu bunga tari atau ragam ke satu
bunga tari yang lain dilakukan dengan kemas dan seragam. Kedudukan dan pergerakan
para penari juga baik, mereka menggunakan pola lantai sebaris, seranting, selang seli
dan juga “V-shape” bersama pasangan masing-masing ke ragam yang lain dengan
sempurna.

Anda mungkin juga menyukai