Anda di halaman 1dari 19

5.

3 BENUA, LAUTAN, LAUT UTAMA DAN SELAT

Benua
Benua merupakan daratan yang sangat luas di mana bahagian tengah dari benua
tersebut bersifat kering dan tidak dipengaruhi oleh angin darat mahupun angin laut dan bentuk
atau keberadaannya sekarang ini sudah dipengaruhi oleh pelbagai perubahan yang ada di
bumi.

Benua memiliki luas daratan yang lebih besar dari pulau. Bumi yang kita huni ini
memiliki tujuh benua iaitu ketujuh-tujuh benua tersebut di antaranya ialah Benua Asia, Benua
Eropah, Benua Afrika, Benua Amerika Utara, Benua Amerika Selatan, Benua Australia dan
Benua Antartika. Tetapi ada juga yang membezakannya menjadi 6 benua iaitu
menggabungkan Benua Amerika Utara dan Benua Amerika Selatan menjadi satu benua yakni
Benua Amerika sahaja.

Dalam ketujuh benua tersebut, benua terbesar di dunia ini ialah Benua Asia yang
memiliki luas daratan sekitar 44,579,000 km2 atau sekitar 29.5% dari jumlah luas daratan di
bumi ini. Manakala, benua yang terkecil ialah Benua Australia yang hanya memiliki luas
daratan sekitar 9.008.500 km2 atau sekitar 5.9% dari jumlah luas daratan bumi ini.

Satu-satunya benua yang belum memiliki penghuni tetap ialah Benua Antartika yang
berada di Kutub Selatan Bumi. Benua Antartika hanya dihuni oleh para ilmuwan dan peneliti
dalam batas waktu tertentu sahaja.
1. Benua Asia

Benua Asia merupakan benua yang paling luas di dunia dan juga paling padat.
Benua Asia mempunyai luas wilayah sekitar 44 579 000 km² dengan jumlah penduduk
sekitar 4 164 252 000 orang. Kepadatan penduduk di benua ini sebesar 95 km².

Benua Asia ini mempunyai negara sejumlah 45 negara yang terbagi dalam
enam wilayah iaitu Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Utara, Asia Barat,
dan Asia Tengah. Beberapa negara yang ada di Asia merupakan negara- negara yang
berpengaruh di dunia, seperti China, Jepun, Korea, Singapura, Indonesia, Rusia, dan
Arab Saudi.

Rajah 1 : Peta yang menunjukkan negara yang berada di benua Asia


2. Benua Afrika

Afrika merupakan benua kedua yang terluas di dunia. Benua Afrika boleh
dikatakan sebagai benua yang paling kering di dunia. Benua Afrika didominasi oleh
ras- ras berkulit hitam. Benua ini mempunyai luas sekitar 30 370 000 km² dan dihuni
oleh 1 020 201  orang. Benua ini mempunyai kepadatan penduduk sekitar 33.7 km².

Benua Afrika mempunyai jumlah negara yang cukup banyak, iaitu sekitar 54
buah negara. Secara geografinya, benua Afrika dibahagikan ke dalam beberapa
wilayah iaitu Afrika Timur, Afrika Tengah, Afrika Selatan, Afrika Barat, dan Afrika
Utara. Beberapa negara yang berada di wilayah masing- masing antaranya Madagaskar
di Afrika Timur, Kongo di Afrika Tengah, Mesir di Afrika Utara, Zimbabwe di Afrika
Selatan, dan Nigeria di Afrika Barat.
Rajah 2 : Peta yang menunjukkan negara yang berada di benua Afrika

3. Benua Amerika Utara

Benua ketiga yang terluas di dunia ialah Amerika Utara. Benua ini terletak
bersebelahan dengan Amerika Selatan. Benua Amerika Utara ini mempunyai luas
daratan sekitar 24 490 000 km² atau sekitar 16.5% dari jumlah luas daratan di bumi.
Benua Amerika Utara dihuni oleh penduduk seramai 542 056 000 orang sehingga
mempunyai kepadatan penduduk sebesar 22.1 km². Jika dibandingkan dengan benua
Amerika Selatan, Amerika Utara ini mempunyai lebih banyak negara, iaitu sekitar 23
buah negara. Di antara negara yang berada di dalam Amerika Utara ini, terdapat
negara yang mempunyai kuasa iaitu Amerika Syarikat yang merupakan negara maju
peradaban moden. Amerika utara dibahagi menjadi tiga “sub region”, iaitu sub region
Amerika Utara, Amerika Tengah, dan Karibia. Beberapa negara yang ada di masing-
masing sub region adalah Amerika Syarikat dan Kanada di sub region Amerika Utara,
El Savador di sub region Amerika Tengah, dan Dominika di sub region Amerika
Tengah.

Rajah 3 : Peta yang menunjukkan negara yang berada di benua Amerika Utara
4. Benua Amerika Selatan

Selanjutnya, benua Amerika Selatan yang merupakan benua keempat terluas di


dunia. Benua Amerika Selatan ini memiliki luas daratan sekitar 17 840 000 km² atau
memenuhi 12% dari jumlah luas daratan yang ada di bumi. Benua Amerika Selatan
dihuni oleh sekitar 392 555 000 orang sehingga mempunyai kepadatan penduduk
sekitar 22 km². Amerika Selatan ini mempunyai negara- negara yang cukup terkenal di
dunia yang dilihat dari berbagai bidang. Sebanyak dua belas negara yang akan kita
temui di Benua Amerika Selatan ini. Negara- negara di benua ini antaranya adalah
Argentina, Brazil, Chili, Colombia, Ekuador, dan Peru.

Benua Amerika Selatan ini mempunyai bentuk pulau yang menyerupai sebuah
ekor kerana bentuk daratan benua tersebut yang menuju ke lautan. Benua Amerika
Selatan berbatasan langsung dengan Samudera pasifik dan juga Samudera Atlantik.
Benua ini merupakan benua yang luar biasa karena mempunyai negara- negara
anggota yang ternama di dunia.

Rajah 4 : Peta yang menunjukkan negara yang berada di benua Amerika Selatan
5. Benua Australia

Benua yang paling kecil yang ada di bumi adalah Benua Australia dan ia
bergabung dengan Benua Oseania. Benua Australia ini terletak di sebelah selatan
Indonesia. Benua Australia ini mempunyai luas daratan lebih kurang sebesar 9 008
500 km² dan memenuhi 5.9% dari jumlah luas daratan yang ada di bumi. Benua
Australia dan Oseania ini dihuni oleh sekitar 29 127 000 orang penduduk, sehingga
dapat dihitung bahawa kepadatan penduduk di benua ini sekitar 3.2 km².

Benua Australia dan Oseania ini terdiri daripada 14 buah negara. Wilayah dari
Benua Australia dan Oseania ini dibahagi menjadi beberapa sub region, iaitu
Australia/ Selandia Baru, Melanesia, Micronesia, dan juga Polynesia. Beberapa negara
yang ada di sub region masing- masing antaranya Australia dan Selandia Baru, Papua
Nugini di sub region Melanesia, Kepulauan Marshall di sub region Mikronesia, Samoa
di sub region Polinesia.

Rajah 5 : Benua Australia


6. Benua Eropah

Benua kedua terkecil adalah benua Eropah. Meskipun dari segi luasnya tidak
seberapa dibandingkan dengan benua yang lain, namun Benua Eropah ini dikenali
sebagai benua yang sangat maju, baik dari segi peradaban, budaya, mahupun ilmu
pengetahuannya. Benua yang memiliki luas daratan sekitar 10 180 000 km². Benua
Eropah sering kali menjadi tujuan pengkajian melancong bagi orang- orang dari
seluruh dunia.
Benua Eropah dihuni oleh sekitar 738 199 000 orang penduduk dan
mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 72.5/ km². Benua yang melahirkan banyak
sejarawan, budayawan, dan juga ilmuwan ini mempunyai 42 buah negara yang ada di
dalamnya. Negara- negara di Benua Eropah ini rata- ratanya adalah negara yang
terkenal dan menjadi tujuan banyak orang untuk menimba ilmu pengetahuan, seperti
United Kingdom, Itali, Perancis, Belanda, Sepanyol, Sweden, dan Jerman.

Rajah 6 : Peta yang menunjukkan negara yang berada di benua Amerika Selatan
7. Benua Antartika

Benua yang ketiga terkecil ialah Benua Antartika. Benua Antartika ini
merupakan benua yang paling sedikit dihuni oleh manusia kerana keberadaannya di
kutub utara Bumi dan sebahagian besar wilayahnya ditutupi oleh salji atau ais. Benua
ini dihuni oleh sekumpulan suku yang dinamakan suku Eskimo.
Namun seiring dengan waktu, benua tersebut kian hari kian ramai orang mulai
berkunjung ke sana sehingga peradaban moden sudah mulai ditemukan di benua
tersebut. Inilah salah satu manfaat transmigrasi ke benua ini. Benua Antartika ini
mempunyai luas sekitar 13 720 000 km², dan dihuni lebih kurang 4 490 orang
penduduk. Penduduk yang tinggal di sini masih sangat sedikit, maka kepadatan
penduduknya pun hanya sekitar 0.0003/ km².  Tidak ada negara di benua ini kerana
memang benua ini dari awal lagi tidak digunakan untuk hidup bermasyarakat seperti
benua lainnya.

Rajah 7 : Benua Antartika


Lautan
Lautan di dunia terbahagi kepada lima iaitu lautan Pasifik, lautan Artik, lautan Hindi,
lautan Atlantik dan lautan Selatan.

1. Lautan Pasifik

Lautan Pasifik adalah kumpulan air terbesar di dunia. Ia mencakupi kira-kira


sepertiga permukaan Bumi, dengan luas sebesar 179.7 juta km² (69.4 juta mi²).
Panjangnya sekitar 15,500 km (9,600 bt) dari Laut Bering di Artik hingga batasan ais
di Laut Ross di Antartika di selatan. Lautan Pasifik mencapai lebar timur-barat
terbesarnya pada sekitar 5 darjah U garis lintang, di mana ia terbentang sekitar 19,800
km (12,300 mi) dari Indonesia hingga pesisir Colombia.
Di batasan Lautan Pasifik terdapat banyak lautan, yang terbesar adalah Laut
Sulawesi, Laut Korea, Laut China Timur, Laut Jepun, Laut China Selatan, Laut Sulu,
Laut Tasman dan Laut Kuning. Selat Melaka menghubungkan Lautan Pasifik dengan
Lautan Hindi di sebelah barat, dan Selat Magellan menghubungkan Lautan Pasifik
dengan Lautan Atlantik di sebelah timur.

Rajah 8 : Gambar menunjukkan lautan Pasifik


2. Lautan Artik
Lautan Artik terletak di hemisfera utara dan berdekatan dengan kawasan kutub
utara. Artik ialah lautan yang terkecil dan yang tercetek antara lima buah lautan di
dunia. Walaupun Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO) mengiktirafnya sebagai
sebuah lautan, ahli-ahli oseanografi merujuknya sebagai Laut Mediterranean Artik
atau Laut Artik secara mudah, dan mengelaskannya sebagai salah satu laut yang
terangkum dalam Lautan Atlantik. Sebagai alternatif, Lautan Artik juga dirujuk
sebagai cuping Lautan Dunia yang paling utara.
Kebanyakan Lautan Artik dilitupi ais, baik pada bulan-bulan yang lebih sejuk
mahupun pada sepanjang tahun. Walaupun begitu, suhu dan tahap kemasinannya
berbeza-beza dari musim ke musim ketika penutup aisnya mencair dan membeku,
kemasinan puratanya adalah yang paling rendah antara lima buah lautan kerana kadar
penyejatan yang rendah, aliran keluar ke perairan di sekitarnya yang terhad, serta
aliran masuk air tawar yang banyak. Pengecutan pek ais pada musim panas
dianggarkan sebanyak 50%.

Rajah 9 : Bongkah ais mencair di lautan Artik

3. Lautan Atlantik
Lautan Atlantik adalah lautan terbesar kedua di dunia, meliputi sekitar 1/5
permukaan Bumi. Kata Atlantik berasal daripada mitologi Yunani yang bererti "Laut
Atlas". Lautan ini berbentuk huruf S, memanjang dari belahan bumi utara ke belahan
bumi selatan, terbagi dua oleh arus balik khatulistiwa pada 8° Lintang Utara menjadi
Atlantik Utara dan Atlantik Selatan. Disempadani oleh Amerika Utara and Amerika
Selatan di bahagian barat lautan dan Eropah dan Afrika di bahagian timur lautan.
Mencakupi sekitar 20% permukaan Bumi, Lautan Atlantik berada di urutan kedua
terbesar dalam segi ukurannya setelah Lautan Pasifik. Bersama dengan lautan di
sekitarnya ia mempunyai luas sebesar 106.450.000 km²; jika lautan di sekitarnya tidak
dihitung, luasnya 82.362.000 km². Kedalaman rata-rata Lautan Atlantik, dengan lautan
di sekitarnya adalah 3.332 m (10.932 kaki); tanpanya adalah 3.926 m (12.877 kaki).
Kedalaman terbesar, 8.605 m (28.232 kaki), berada di Palung Puerto Riko. Lebar
Samudra Atlantik beragam, dari 2.848 km (1.769 mil) di antara Brazil dan Liberia
hingga sekitar 4.830 km (3.000 mil) antara Amerika Syarikat dan sebelah utara Afrika.

Rajah 10 : Lautan Atlantik

4. Lautan Hindi

Lautan Hindi adalah lautan ketiga terbesar di dunia, meliputi sekitar 20%
permukaan air Bumi. Di utara ia disempadani oleh selatan Asia; di barat oleh
Semenanjung Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung Malaysia, Indonesia,
dan Australia; di selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan
Atlantik oleh 20° timur meridian, dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur
meridian. Lautan Hindi termasuk termasuk Lautan Andaman, Lautan Arab, Teluk
Bengal, Great Australian Bight, Teluk Aden, Teluk Oman, Saluran Mozambique,
Teluk Parsi, Laut Merah, Selat Melaka, dan sebagainya.

Rajah 11 : Lautan Hindi

5. Lautan Selatan

Lautan Selatan merupakan lautan yang mengelilingi benua Antartika. Ia


merupakan lautan keempat terbesar di dunia. h Pertubuhan Hidrografi
Antarabangsa telah bersepakat memanggilnya sebagai lautan pada tahun 2000.
Sebelum itu, umum berpandangan bahawa Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan
Lautan Pasifik terus bertemu dengan persisiran pantai benua Antartika.
Lautan Selatan memiliki kedalaman sekitar 4000 hingga 5000 m pada hampir
kesemua penjurunya. Namun, ada beberapa tempat yang mempunyai kedalaman
yang dangkal. Dangkalan benua Antartika umumnya sempit dan lebih dalam (400
sampai 800 meter) berbanding rata-rata kedalaman dangkalan di lain benua (133
meter). Litupan ais Antartika membesar dari sekurang-kurangnya 2,6 juta km²
pada bulan Mac sehingga mencapai 18,8 juta km² pada bulan September. Hal ini
bermaksud keluasannya boleh meningkat hampir 7 kali ganda. Arus kutub yang
mengelilingi benua Antartika (berukuran 21,000 km panjang) bergerak ke arah
timur. Arus ini merupakan arus lautan terbesar di dunia kerana ia mengalirkan air
sejumlah 130 juta m³ setiap saat, iaitu lebih kurang 100 kali ganda aliran air sungai
yang ada di dunia.

Rajah 12 : Peta menunjukkan kedudukan lautan selatan .

Laut Utama
Laut utama terbahagi kepada dua iaitu laut China Selatan dan laut Sulu.

1. Laut China Selatan


Laut China Selatan adalah sebuah laut kecil yang merupakan sebahagian
daripada Lautan Pasifik, meliputi kawasan dari Singapura dan Selat Melaka ke Selat
Taiwan sekitar 3.500.000 km ².
Beberapa buah kapal ternama telah tenggelam di sini. Antaranya, kapal perang
British 'Prince of Wales' dan Repulse. Kapal laut China, Arab dan Belanda turut
dikatakan tenggelam di sini dan sebahagian daripadanya masih berada di dasar laut.
Laut China Selatan semakin penting kerana menjadi laluan kapal laut dari negara
China, Jepun , Korea dan Amerika ke Barat iaitu ke Timur Tengah , India , Asia
Selatan dan Afrika. Tambahan pula, dengan adanya telaga-telaga / pelantar petroleum
dan gas asli terutama di perairan Sarawak, Brunei dan Terengganu.

Rajah 13 : Laut China Selatan


2. Laut Sulu

Laut Sulu adalah sebuah perairan terbesar, terletak di bahagian barat daya
Filipina, yang terpisah jauh dari Laut China Selatan di barat laut oleh Palawan, dan
dari Laut Sulawesi di bahagian tenggara oleh Kepulauan Sulu. Borneo terletak di barat
daya dan Visaya di bahagian timur laut.
Laut Sulu memiliki beberapa buah pulau, iaitu Kepulauan Cuyo dan Cagayan
de Sulu yang merupakan bahagian wilayah Palawan manakala Cagayan de Tawi-Tawi
dan Kepulauan Kura-kura merupakan bahagian wilayah Tawi-Tawi. Laut Sulu juga
lokasi di mana Taman Laut Nasional Karang Tubbataha, salah satu bahagian
bertempatnya Warisan Dunia.

Rajah 14 : Peta yang menunjukkan kedudukan laut Sulu

Rajah 15 : Gambar laut Sulu


Selat
Selat terbahagi kepada dua iaitu selat Melaka dan selat Tebrau.
1. Selat Melaka
Dari segi ekonomi dan strategik, Selat Malaka merupakan salah satu jalur
pelayaran terpenting di dunia, sama pentingnya dengan Terusan Suez atau Terusan
Panama. Selat Melaka membentuk jalur pelayaran terusan antara Lautan Hindi dan
Lautan Pasifik serta menghubungkan tiga dari negara-negara dengan jumlah penduduk
terbesar di dunia: India, Indonesia dan China.
Kira-kira 50,000 kapal kargo dan kapal minyak melalui Selat Melaka dari barat
ke Timur setiap tahun. Justeru itu Selat Melaka sangat penting kepada kestabilan
ekonomi dunia khususnya kepada negara Amerika Syarikat, Jepun , China dan lain-
lain negara di Asia Tenggara. Hampir satu perlima perdagangan dunia terpaksa
melalui Selat Melaka. Pada 2003, 11 juta barrel barangan melaluinya setiap hari.

Rajah 16 : Gambar menunjukkan selat Melaka


2. Selat Tebrau

Selat Johor atau Selat Tebrau merupakan laut sempit yang memisahkan pulau
Singapura dengan negeri Johor, Semenanjung Malaysia. Pentadbiran British yang
menjajah ketika itu telah membina Tambak Johor bagi memudahkan pengangkutan
barangan domestik. Jarak paling hampir ialah pangkalan tentera Woodlands di
Singapura dengan Pantai Lido di Johor Bharu kira-kira 1 km sahaja.

Rajah 17 : Pemandangan pada waktu senja di selat Tebrau

Video tentang benua, lautan, laut utama dan selat.


https://youtu.be/camobl5ytho
https://www.youtube.com/watch?v=GA59lRY51C4
https://www.youtube.com/watch?v=GeSCSE5s8AY

Anda mungkin juga menyukai