Anda di halaman 1dari 1

Hadis Dha’if

Definisi hadith dha’if


Bahasa:
Sifat musyabbahah dan lawan lagi kuat
Istilah:
Hadis yang tidak memenuhi syarat hadis sahih atau hadis hasan.

Pembahagian hadis dha’if


 Dhaif ringan
Da’if ringan yang boleh diangkat martabatnya menjadi hasan lighairihi (‫حسن‬
‫ )لغيره‬dengan wujudnya syawahid (‫ )الشواهد‬atau mutaba’at (‫)المتابعات‬

 Dhaif berat
Da’if berat pula tidak boleh diangkat martabatnya. Sebab hadis menjadi da’if
yang berat adalah apabila para huffaz telah menghukum sesuatu hadis
sebagai da’if yang berat adalah disebabkan hilangnya sifat ‘adalah (‫)العدالة‬
pada salah seorang perawi atau lebih.

Hukum beramal atau berhujah dengan hadis dha’if


 Hadis dha’if adalah hujah secara mutlak dengan dua syarat
i. Tidak terlalu dha’if
ii. Tidak ada dalam sesuatu bab melainkannya sahaja

 Hadis dha’if tidak boleh diamalkan atau dijadikan hujah dalam hukum
dan juga fadhail amal

 Hadis dha’if hanya boleh diamalkan dalam fadhail amal dan tidak
menjadi hujah di dalam hukum. Ini merupakan pendapat jumhur ulama
tetapi ulama menetapkan beberapa syarat untuk beramal dengannya
iaitu:
i. Tidak terlalu dha’if
ii. Terdapat asal bagi amalan tersebut
iii. Tidak beriqtiqad ketika beramal dengannya bahawa Rasulullah SAW
melakukannya
iv. Beramal dalam perkara-perkara yang melibatkan fadhail amal sahaja

Anda mungkin juga menyukai