Anda di halaman 1dari 5

PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH 2022

BUKU PILIHAN CALON

SENARAI 5 JUDUL BUKU PILIHAN CALON 2022


Pilihan buku adalah mengikut bacaan pilihan calon. Buku dibenarkan dalam bentuk fizikal
atau digital (bercetak dan bukan bercetak)

1. BUKU 1 – BUKU PILIHAN YANG AKAN DIHUJAHKAN:

a) Judul Buku :
Orang yang Tidak Jujur Selalu Rugi
b) Bilangan Muka Surat :
24 m/s
c) Nama Pengarang & :
Penerbit Riza Irhan , Mika Enterprise

d) Watak & Perwatakan : Kera- bijak , kura-kura- penipu

e) Nilai Murni & : Kita haruslah sentiasa bersikap jujur dalam


Pengajaran kehidupan kita.

f) Sinopsis Buku :

Pada suatu ketika dahulu, tinggal seekor kera dan seekor kura-kura yang
merupakan sahabat baik. Pada suatu hari, kura-kura kelihatan sangat sedih. Setelah
ditanya sebabnya oleh kera, kura-kura pun berjawab bahawa ibunya telah jatuh sakit.
Kura-kura membawa kera itu ke rumahnya yang terletak di sebarang tasik. Setelah
sampai di tengah tasik, kura-kura pun berkata bahawa ibunya akan sembuh jika makan
hati kera. Kera yang menyedari niat jahat kura-kura itu, menyatakan bahawa dia
tinggalkan hatinya di pokok jambu, kera melompat dan memanjat pokok jambu itu.
Setelah sampai ke pokok jambu, kera tidak mahu turun lagi. Kera mangatakan bahawa
dia tidak mahu berkawan dengan kura-kura itu.

Mengenai penulis:

Riza Irhan menulis banyak buku cerita kanak-kanak. Contohnya kisah tiga saudara ,
buat baik dibalas baik , Mat Tam terpedaya dan lain-lain lagi. Kebanyakkan buku cerita
beliau diterbitkan dalam tahun 1992. Cerita kanak-kanak yang ditulis oleh beliau
sungguh menarik dan mempunyai nilai-nilai murni yang boleh dijadikan sebagai teladan
oleh kanak-kanak.
PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH 2022
BUKU PILIHAN CALON

BUKU 2 :

a) Judul Buku : Khalid Anak Penoreh Getah

b) Bilangan Muka Surat : 30 m/s

c) Nama Pengarang & :


Penerbit Nur Zalida , Pustaka penamas

d) Watak & Perwatakan : Khalid- seorang rajin dan bertanggungjawab

e) Nilai Murni & : Kita haruslah bersikap rajin dan bertanggungjawab


Pengajaran untuk membanggakan ibu bapa kita.

f) Sinopsis Buku :

Cerita ini mengenai Khalid yang tinggal di Kampung Permatang , di negeri


Melaka. Bapa Khalid yang bernama Pak Jumat, bekerja sebagai seorang penoreh getah.
Khalid selalu menolong bapanya di kebun getah. Contohnya, dia mengutip susu dan
membersihkan mesin getah. Selain itu, dia juga menyediakan makanan dan minuman
kepada bapanya. Pak Jumat berasa agak bangga terhadap anakanya yang rajin itu.
PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH 2022
BUKU PILIHAN CALON

BUKU 3 :

a) Judul Buku : Si Comel dan Makhluk Hodoh

b) Bilangan Muka Surat :


15 m/s
c) Nama Pengarang & :
Penerbit Fauziah Abdul Aziz, Zafar Sdn Bhd

d) Watak & Perwatakan : Sudagar- menyayangi dan menghormati kehendak


anaknya
Si Comel- Baik hati dan bersikap suka menolong ,
Hodoh- Garang tetapi baik hati
e) Nilai Murni & : Kita hendaklah mengelakkan menilai seseorang dari
Pengajaran luaran sahaja.

f) Sinopsis Buku :

Pada suatu hari, seorang makhluk hodoh menangkap seorang saudagar yang
ingin mencuri bunga ros di istananya. Makhluk hodoh itu mengatakan bahawa saudagar
mesti menghantar anaknya kepada makhluk itu jika hendak melepaskan dirinya. Si
comel pun pergi ke istana itu. Lama kelamaan Si comel sedar bahawa makhluk itu
sebenarnya baik hati. Pada suatu hari, makhluk itu telah jatuh sakit. Si comel
mengatakan bahawa dia jatuh cinta dengan makhluk itu. Tiba-tiba makhluk itu bertukar
menjadi putera yang tampan. Akhirnya, putera itu dan Si comel pun berkhawin dan
hidup bahagia.
PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH 2022
BUKU PILIHAN CALON

BUKU 4 :

a) Judul Buku : Monyet Merayakan Hari Jadi

b) Bilangan Muka Surat : 16 m/s

c) Nama Pengarang & : Arowana Sdn Bhd


Penerbit

d) Watak & Perwatakan : Monyet- sikap mengakui kesalahan dan


membetulkannya,
e) Nilai Murni & : Sesuatu pekerjaan itu akan menjadi sempurna jika
Pengajaran dibuat dengan teliti.

f) Sinopsis Buku :

Sinopsis buku cerita ini adalah tentang monyet yang menjemput rakannya datang
ke rumahnya pada hari jadinya. Monyet itu menyediakan banyak buah-buahan untuk
rakan-rakannya tetapi setiap rakannya mempunyai minat terhadap pelbagai jenis
makanan mengikut ciri-ciri mereka. Salah satu rakan monyet itu, pak cik kambing
memberi nasihat kepada monyet untuk membuat sesuatu persediaan yang sempurna
dengan membuat penyelididkan dan kajian. Monyet juga mengakui kesalahannya dan
mendapat pengajarannya.
PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH 2022
BUKU PILIHAN CALON

BUKU 5 :

a) Judul Buku : Kera menjadi penasihat Raja

b) Bilangan Muka Surat :


15 Ms
c) Nama Pengarang & : Benua ilmu
Penerbit

d) Watak & Perwatakan : Penyajak-sikap tidak mudah putus-asa , raja-


memberi keutaman kepada bakat , puteri
e) Nilai Murni & : Kita tidak harus berputus asa dan sentiasa mencuba
Pengajaran cara baharu walaupun kita menghadapi pelbagai
cabaran.

f) Sinopsis Buku :

Sinopsis buku cerita ini adalah tentang seorang penyajak yang masuk ke hutan
untuk mencari tempat yang tenteram. Penyajak itu disumpah untuk mejadi seekor kera
oleh seekor gergasi yang marah akibat kemasukan penyajak ke dalam hutan. Penyajak
yang menjadi kera berpindah ke Baghad melalui kapal dan memohan jawatan menteri
di situ. Kera tersebut menunjukkan bakat menulis kepada raja dan menarik perhatian
puteri. Puteri yang tahu tentang sumpahan tersebut mematikan sumpahan gergasi jahat
itu. Raja dan rakyat terkejut apabila mendapati kera itu sebenarnya ialah seorang
penyajak yang bijak. Raja juga mengawinkan puterinya dengan penyajak dan memberi
jawatan penasihat raja.

Anda mungkin juga menyukai