Anda di halaman 1dari 96

PERSEKUTUAN PENGAKAP DAERAH TAMPIN

BUKU LOG
LENCANA USAHA
PENGAKAP MUDA
NAMA
SEKOLAH
NO KUMP

DAERAH
GAMBAR

MAKLUMAT PERIBADI BERUNIFORM

PENGAKAP
NAMA PENUH : _______________________________________
NO MY KID / IC :__________________
TARIKH DAN TEMPAT LAHIR :______________________________
NO TELEFON :________________________
EMAIL :____________________________________
ALAMAT : __________________________________________________________
MAKLUMAT KEPENGAKAPAN
TARIKH MULA BERPENGAKAP : _______________________________
NAMA SEKAWAN/PATROL :_______________________
NO KUMPULAN :_____________________________
NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH :_______________________
DAERAH :____________________________________
NO KEAHLIAN PENGAKAP :______________________________
MAKLUMAT WARIS
NAMA BAPA/PENJAGA :_______________________________________
NO IC :_____________________________
PEKERJAAN BAPA :______________________________
NO TELEFON :_________________________________
NAMA IBU :__________________________________
NO IC :____________________________________________
PEKERJAAN IBU :____________________________________
NO TELEFON : ____________________________________
ALAMAT TEMPAT TINGGAL :____________________________________
UJIAN LENCANA USAHA

Lencana Usaha

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan
kegemaran luar seperti berkhemah, memasak, mengembara, kecergasan jasmani,
kemahiran pengakap dan perkhidmatan.

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan


Lencana Keahlian terdahulu atau melalui Istiadat Meningkat Naik.

Untuk lulus Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
BIL TAJUK TARIKH UJIAN PENGUJI
A CITA-CITA PENGAKAP
1. Bendera Malaysia dan Bendera
Negeri masing-masing
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri
masing-masing
3. Menaikkan bendera
4. Nama orang-orang kenamaan -
Namah Penuh DYMM Sultan/ Raja,
TYT Yang Dipertua Negeri, Menteri
Besar dan Ketua Menteri.
5. Persetian Pengakap & Undang-
undang Pengakap
B KECERGASAN DAN KESEGARAN
JASMANI
1. Asas perbarisan
2. Kawat tongkat
3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap
4. Halangan komando
5. Melipat dan mengibarkan bendera
C KEMAHIRAN BERPENGAKAP
1. Menjaga dan menyimpan pisau
serta parang
2. SimpulaN & ikatan : -
- Simpul Himpit (Fisherman's Knot)
- Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)
- Bunga Geti Ganda (Double Sheet
Bend)
- Lilit Balak (Timber Hitch)
- Lilit Taut-line (Taut Line Hitch)
- Ikat Seraya (Square Lashing)
- Ikat Serong (Diagonal Lashing)

3. Undang-undang Lalulintas
Jalanraya
4. memilih tapak perkhemahan
5. Keperluan peribadi untuk
berkhemah
6. Alatan pertolongan cemas peribadi
7. Menghidupkan api
8. Berkhemah sekuran-kurangnya 1
malam
9. Arah mata angin dan mengenali
peta topo
10. Isyarat sulit Pengakap
11. Mengembara 8km. Berjalan kaki
dalam patrolnya. Membuat laporan
bertulis dalam buku log.
D KECENDERUNGAN DAN MINAT
1. Kraftangan
2. Plaster cast
3. Rekod 12 orang sahabat pena
E PERKHIDMATAN
1. Balutan anduh
a) Melipat kain anduh.
b) Anduh tangan dan kaki.
2. Tindakan kecemasan
3. Memandu orang

Dengan lulusnya ujian, ahli pengakap ini adalah layak memakai Lencana Usaha.

……………………………………… Disahkan oleh :


( Tandatangan Pemimpin )
A. CITA-CITA PENGAKAP

BENDERA MALAYSIA

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama
lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih
di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah
negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang,
Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga
atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian
biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli
Yang Maha Mulia Raja-raja.

Lagu Negaraku - Lagu Kebangsaan Malaysia


Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, Bersatu dan maju
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, Selamat bertakhta,
Rahmat bahagia,Tuhan kurniakan,
Raja kita, Selamat bertakhta,

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
BENDERA NEGERI SEMBILAN

Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja.


Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian
tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak
yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

Berkatlah Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan


Kurniai Sihat Dan Makmur
Kasihi Rakyat Lanjutkan Umur
Akan Berkati Sekalian Yang Setia
Musuhnya Habis Binasa
Berkatlah Yang di-pertuan Besar Di Negeri Sembilan

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
MENAIKKAN BENDERA
Bagaimana Menjalankan Istiadat Menaikkan Bendera Semasa Lagu Kebangsaan
Dimainkan Serentak

1. Sediakan pengakap yang akan menaikkan bendera. Pengakap itu mestilah


memakai pakaian seragam yang lengkap. Jika terdapat lebih daripada satu bendera
yang akan dinaikkan atau sebaliknya, jumlah pengakap perlu ditambahkan. Hanya
seorang pengakap diperlukan untuk menaikkan sesuatu bendera.
2. Ikatkan kedua-dua hujung tali bendera pada bendera yang akan dinaikkan dan
bersedia di tiang bendera.
3. Pastikan bendera di dalam kedudukan yang betul, jangan dipasang songsang.
4. Kedua-dua belah tangan pegang pada tali bendera dan bendera diletakkan di
atas bahu kanan pengakap.
5. Semua pengakap dikehendaki berbaris dalam patrol dan berkeadaan sedia.
Ketua kumpulan akan mengarahkan semua pengakap supaya bersedia.
6. Kemudian Lagu Kebangsaan akan dinyanyikan beramai-ramai
7. Pengakap yang bertugas akan menaikkan bendera dengan perlahan-lahan
dengan diiringi Lagu Kebangsaan yang dinyanyikan.
8. Apabila Lagu Kebangsaan habis dinyanyikan, benera yang dinaikkan mestilah
sampai pada kemuncak tiang bendera, lalu pengakap yang bertugas akan mengikat
tali bendera pada tiang bendera dengan ketat.
9. Pengakap yang ditugaskan tadi akan melangkah selangkah ke belakang
kemudian memberi hormat kepada bendera, dan diikuti oleh semua pemimpin dan
pengakap lain.
10. Selepas itu, pengakap yang bertugas akan bergerak ke tempat asalnya.
11. Istiadat melafazkan Persetiaan Pengakap dijalankan dengan di ketuai oleh
ketua kumpulan.
12. Istiadat bertafakur dijalankan, dan bacaan doa oleh yang beragama Islam
13. Pemimpin yang memberi arahan untuk aktiviti seterusnya pada hari itu
14. Semua pengakap kemudiannya diarahkan keluar baris oleh ketua kumpulan
untuk menjalankan aktiviti
SUSUNAN KEDUDUKAN

Susunan dan kedudukan bendera adalah bergantung kepada di mana bendera-


bendera tersebut berada:
(i) Di Luar dan Di Dalam Bangunan
(ii) Semasa Perarakan
(iii) Kedudukan Pada Dinding/Tembok Bangunan Atau Objek Statik

(i) Di Luar dan Di Dalam Bangunan

a) Hari Biasa dan Hari-Hari Kebesaran Persekutuan


Bagi 2 bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan di Negeri.

Bagi 3 bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan di Negeri.

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
MENGENALI ORANG KENAMAAN DI NEGERI SEMBILAN

Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir


Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

YAB Dato Seri Hj Aminuddin bin Haron


Menteri Besar Negeri Sembilan

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
PERSETIAAN PENGAKAP

"Bahawa dengan sesungguhnya,


saya berjanji dan bersetia,
yang saya,
dengan seberapa daya upaya saya,
akan
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap"

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..

UNDANG - UNDANG PENGAKAP

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan


dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada
Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-
orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap
masa.

4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap
walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya,
kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa
soalan.
8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam
kesusahan.

9. Pengakap itu jimat dan cermat

10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
B. KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI
ASAS PERBARISAN
1) Masuk Baris
2) Sedia
3) Senang Diri
4) Rehatkan Diri
5) Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.
6) Ke kanan/ kiri Pusing
7) Kebelakang pusing
8) Buka Barisan
9) TutUp barisan
10) Paras
- Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :
# yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan… paras
# nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3… )
# yang ganjil angkat tangan (no. 1, 3 ,5 …)
# yang genap angakat tangan (no. 2, 4, 6…)
# jatuh (diberi apabila hukuman angkat tangan)
# Yang kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke
kiri, barisan genap dan ganjil… paras.
# Jadikan 3 barisan… cepat jalan.
12) Keluar Baris
13) Bersurai
ASAS PERBARISAN

Senang diri

Rehatkan Diri

Sedia
Ke Kanan Lurus

Ke Hadapan Lurus
Ke Kiri Pusing

Ke Kanan Pusing

Ke Belakang Pusing
Buka Barisan

Tutup Barisan
Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
KAWAT TONGKAT
1) Rehatkan Diri

Dalam Keadaan Rehatkan Diri :


2) Senang Diri
3) Sedia
4) Baring tongkat
5) Angkat Tongkat
6) Kalih Tongkat Semasa Turun Tongkat
7) Hormat dengan Tongkat

Spesifikasi Tongkat Pengakap


 Panjang tongkat Pengakap ialah 360 sentimeter.
 Diameter tongkat Pengakap ialah 3 sentimeter.
 Lurus dan licin tanpa sebarang aksesori.
 Tongkat boleh menggunakan rotan atau kayu bulat.
Pelaksanaan Koman
Sedia (sedia!)

Senang diri (senangkan diri!):


Sedia dari senang diri (skuad...sedia!):
Rehatkan diri (rehatkan diri!):

Baring tongkat:
Angkat tongkat dari baring tongkat:

Hormat tongkat (hormat tongkat!):


Jinjit Tongkat

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
ISYARAT TANGAN PENGAKAP

Isyarat tangan dilaksanakan untuk memanggil ahli-ahli pengakap berkumpul.

Objektif berpengakap adalah untuk melahirkan seorang manusia yang tajam


penglihatan dan sensitif kepada alam sekitar. Satu aktiviti berpengakap yang
dapat melatih ahlinya peka ialah isyarat menggunakan tangan.

Isyarat menggunakan tangan ini untuk memberi hukuman menggantikan suara


atau arahan lisan. Dalam pergerakan pengakap, beberapa hukuman boleh
diberikan menggunakan isyarat tangan seperti tapak kuda, sedia, rehatkan diri,
senang diri dan sebagainya.

Isyarat menggunakan tangan adalah untuk memberi hukuman menggantikan


suara atau arahan lisan.

SATU BARISAN PANJANG

Pemimpin berada dalam keadaan sedia dan menggenggam kedua-dua tangan.


Kemudian mendepa kedua-dua belah tangan.
BUKA BARISAN

Pemimpin menggenggam tangan dan seterusnya mendepakan siku . Pergerakan


pengakap adalah sama seperti pergerakan buka barisan dengan arahan lisan.

TUTUP BARISAN

Pemimpinberada dalam kedudukan buka barisan, kemudian menggerakkan siku ke


hadapan. Pergerakan pengakap adalah sama seperti pergerakan tutup barisan
dengan arahan lisan.
TAPAK KUDA / LADAM KUDA

Pemimpin berdiri dalam keadaan sedia, kedua tangan bersilang di dada dan jemari
digengam. Pengakap bersedia untuk membuat ladam kuda apabila kedua-dua
tangan pemimpin diluruskan dikedudukan 45º dari badan.

SEDIA

SENANG DIRI
REHATKAN DIRI

PATROL BERBARIS MEMANJANG DI HADAPAN PEMIMPIN

BERSURAI

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
4. HALANGAN KOMANDO
Langkah-langkah Keselamatan Aktiviti Halangan Komando

1. Menempatkan petugas bagi setiap bes

2. Memberi taklimat dan penerangan yang secukupnya tentang aktiviti yang akan
dijalankan kepada setiap peserta.

3. Sentiasa mengawasi setiap aktiviti.

4. Menggunakan peralatan yang sesuai dan selamat digunakan.

5. Menyediakan persiapan awal sekiranya berlaku kemalangan dan kecederaan.

Memanjat Tembok ( Kekuatan Tangan Dan Badan )

Melalui Terowong ( Merangkak Dalam Terowong )


Meniti Pacak ( Imbangan Badan )

Merangkak Komando / Merangkak Bawah Jala

Melompat halangan.
Meniti Jambatan Gantung.

Aktiviti larian Komando di Padang Sekolah. Lari dalam tayar.


Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
5. MELIPAT DAN MENGIBARKAN BENDERA
1. 2 orang petugas diperlukan semasa melipat satu bendera.
2. Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas, pastikan
bendera tidak terbalik.
3. Lipat 2 atau lipat 4 bendera tersebut (saiz lipatan perlu sesuai dengan
bendera).
4. Kemudian, bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip-zap. Belitkan
tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya selitkan tali bahagian bawah
ke dalam lipatan tersebut.
5. Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera.

TATACARA SEMASA ISTIADAT MENGIBAR BENDERA


1. Pemimpin berdiri sagtu barisan di bahagian belakang tiang bendera
dan ahli pengakap berada dalam bentuk tapak kuda.
2. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli
pengakap.
3. Pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut
perkataan “bendera”, ketua patrol bertugas bergerak ke hadapan tiang
bendera dan menarik tali bendera bahagian yang dikendurkan. Bendera
akan berkibar.
4. Ketua patrol bertugas melangkah selangkah ke belakang, kemudian
memberi tabik hormat kepada bendera dan diikuti oleh semua pemimpin
serta pengakap lain.
5. Ketua patrol bertugas bergerak ke tempat asalnya.
6. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua
ahli pengakap dikehendaki menyanyi lagu Negaraku.
7. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “doa”. Ahli patrol
bertugas melangkah selangkah ke hadapan dan mengangkat tangan sambil
menyebut perkataan “AP”. Semua ahli akan mengangkat tangan
mengaminkan doa.
8. Selesai membaca doa, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali lagi
perkataan “AP”, semua ahli akan menjatuhkan tangan dalam kedudukan
sedia.
9. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Persetiaan”, ahli
patrol bertugas melangkah selangkah ke hadapan dan menyebut perkataan
“AP”. Semua ahli akan mengangkat tangan untuk memperbaharui
persetiaan pengakap. Persetiaan pengakap ini dilafazkan oleh ahli patrol
bertugas dan diikuti oleh semua ahli.
10. Selesai membaca persetiaan, ahli patrol bertugas akan menyebut sekali
lagi perkataan “AP”. Semua ahli akan menjatuhkan tangan dalam
kedudukan sedia.
11. Patrol bertugas memberi arahan kepada ahli “senang diri”. Seterusnya
pemimpin kumpulan memberi taklimat dan ucapan.
12. Selesai pemimpin kumpulan memberi ucapan, ketua patrol bertugas
memberi hukuman “sedia”. Apabila pemimpin keluar baris, baharulah ketua
patrol bertugas memberi arahan keluar baris.
TATACARA MELIPAT BENDERA

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..

TATACARA SEMASA ISTIADAT MENGIBAR BENDERA


C. KEMAHIRAN PENGAKAP
1. Menjaga dan Menyimpan Pisau dan Parang

PISAU

KEGUNAAN PISAU:
1. Memotong benda-benda kecil dan sederhana kecil lembut.
2. Meraut (rotan,buluh,kayu kecil dan lain-lain)
CARA MEMBERSIHKAN PISAU:
1. Basuh dan lap pisau selepas digunakan.
2. Sapu minyak pada pisau ketika hendak disimpan supaya tidak berkarat.
CARA MENJAGA DAN MENYIMPAN PISAU:
1. Mata pisau hendaklah selalu tajam.
2. Gunakan mesin pencanai atau batu pengasah untuk mengasah.
3. Jangan letak pisau di merata tempat. Letakkan di tempat yang mudah di capai
dan jauh dari laluan.
4. Jangan jadikan pisau seperti permainan. Pisau boleh menyebabkan cedera dan
terbunuh.
PARANG ATAU GOLOK:

KEGUNAAN PARANG ATAU GOLOK:


1. Membelah atau mengerat benda yang agak keras.
2. Meraut atau memotong buluh, kayu kecil dan lain-lain.
CARA MENJAGA PARANG ATAU GOLOK:
1. Mata parang hendaklah sentiasa tajam.
2. Gunakan alatan yang sesuai semasa mengasah.
3. Jangan bergurau semasa memegang parang atau golok.

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
2. Simpulan dan Ikatan Lencana Usaha
1. Simpul himpit (fisherman’s knot)
Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar, khasnya tali pancing,
dan juga untuk menyambung dua tali yang licin.

2. Simpul pulih (sheep shank)

Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan


tali pada tempat yang reput dan hendak putus, menegangkan tali yang kendur
setelah kedua-dua hujungnya diikat

3. Simpul bunga geti (double sheet bend)

Digunakan bagi menyambung dua utas tali yang tidak sama besar dan untuk
menyambung dua tali yang licin. Cara menggunakan dua lilitan adalah lebih
selamat

4. Lilit balak (timber hitch)

Digunakan untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah,
untuk menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong.
5. Lilit ‘taut-line’ (taut-line hitch)
Digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya ia
dapat dikendurkan atau ditegangkan

6. Ikat seraya (square lashing)


Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang.
7. Ikat serong (diagonal lashing)
Digunakan unuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang.

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
3. Undang-undang Lalu Lintas
1. Pejalan Kaki
1) Mendengar nasihat guru dan pemimpin pengakap.
2) Jangan berlari / bermain di jalan raya.
3) Menggunakan tempat yang disedia khas seperti jejantas untuk melintas jalan
raya.
4) Melintas jalan selepas bas bergerak jauh.
5) Jangan berebut-rebut menaiki bas atau apa-apa kenderaan.

KESELAMATAN PEJALAN KAKI


1. memakai pakaian cerah.
2. jangan membelakangi kenderaan
3. gunakan kemudahan untuk melintas
4. berhati-hati sewaktu melintas jalan
5. sentiasa awasi anak-anak

2. Penunggang Basikal

1) Basikal sentiasa berada dalam keadaan baik.


2) Menunggang di kiri jalan.
3) Menunggang basikal dalam satu barisan.
4) Pastikan belakang anda tidak ada kenderaan lain sebelum membelok ke kanan
atau ke kiri.
5) Jangan berbual-bual, berlumba dan melakukan apa-apa yang tidak sepatutnya
semasa menunggang basikal.
6) Memahami dan mengetahui isyarat-isyarat jalan raya.
7) Tidak menunggang basikal secara berkumpulan.
8) Berikan isyarat tangan sebelum melintas jalan raya.
Topi Keselamatan Basikal

Pelindung Lutut

Pelindung Siku

Kasut Sukan
Jaket Pemantul Cahaya

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
4.Memilih Tapak Perkhemahan

1. SUMBER ASAS
Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang
paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca
air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan
sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan
sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di
sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

2. BENTUK MUKA BUMI


Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah
tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan
air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak
berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh
merosakkan alas khemah anda.

TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun
yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan
menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak
perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini
merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala
jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan
khemah.

Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang,
sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk
mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang
terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

3. PERHUBUNGAN
Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung
dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon
awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk
memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan
aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda
berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah
dikesan dari udara.

4. SINAR MATAHARI
Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan
mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan
peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya
kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita
menjadi lebih seronok.

5. DENAI BINATANG
Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri
khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai
tersebut.

TEKNIK MEMILIH TAPAK PERKHEMAHAN


1. Carilah tapak perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.

2. Terdapat sumber/punca air berhampiran.


3. Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika basah.

4. Terlindung daripada tiupan angin secara terus.

5. Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.

6. Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)

7. Jika bersatai (berkeluarga) carilah tempat yang mempunyai kemudahan awam


seperti tandas, parking kereta dan lain-lain.

ELAKKAN DARI TEMPAT BERIKUT


1. Kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan
berlaku)

2. Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)

3. Berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan
serangga contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia
mudah terbakar). dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan.

4. Di atas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)

5. Di kawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah
(merosakan khemah)

6. Di bawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap
khemah)

7. Di bawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau
hujan lebat)

8. Di bawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok


rengas-risiko gatal-gatal), juga pokok yang berduri.
9. Di atas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia

10. Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko


diserang haiwan dan juga akan menakutkan haiwan)

11. Di kawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit)

12. Terlalu dekat dengan sungai (risiko berlaku ibu air)

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
5. Keperluan Peribadi Untuk Berkhemah

1) Pakaian Seragam Pengakap


2) Pakaian Lain (T-Shirt, Seluar, Seluar Dalam, Dll.)
3) Tikar
4) Peralatan Ibadat
5) Pisau Kecil, Parang, Dll.
6) Lampu Picit
7) Alat Kegunaan Makan (Pinggan, Sudu, Dll.)
8) Minyak Rambut, Cermin Bedak, Dll.
9) Bekalan Makanan Yang Cukup.
10) Bantal, Kain Selimut
11) Duit Yang Cukup (Tidak Membawa Duit Yang Terlalu Banyak)
12) Alat Tulis
13) Lain-Lain Keperluan Jika Perlu.

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
6. Alat Pertolongan Cemas Peribadi
Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta
peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut
diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak.

Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan
kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali. Setiap rumah perlu ada peti
pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah, kilang,
hotel dan kawasan rekreasi.

Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam


seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya.

Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:


Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..

7. Menghidupkan api
Persediaan
1. Gunakan ranting-ranting atau dahan-dahan kayu kering. Beberapa batang
kayu disusun selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan
menghalang kelancaran pembakaran.
2. Kayu yang baru di potong atau yang terbenam di dalam tanah tidak sesuai
sebagai bahan api. Ini disebabkan kayu ini biasanya tidak cukup kering dan
pembakarannya akan menghasilkan asap yang banyak.
3. Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri daripada
ranting-ranting kayu yang kecil dan cukup kering, kulit kayu, ataupun daun-
daun kering.
4. Tindihkan kayu yang semakin besar saiznya apabila api mula menyala. Kayu
ini ada baiknya ditindihkan bersilang supaya membolehkan peredaran udara.
Memulakan Api
Gunakan andang dan nyalaan hendaklah bermula dari bahagian tengah unggun
api. Api akan membakar timbunan itu secara berperingkat-peringkat. Sebaik sahaja
anda selesai menghidupkan api, mancis mestilah dipadam dan batangnya
dipatahkan kepada dua untuk memastikan tiada nyalaan lagi.

Bahan-Bahan Untuk Memulakan Api:


1. Daun Kering
2. Ranting
3. Kayu Kering Yang Besar
4. Rumput Kering/Kulit Kayu Yang Kering Dan Lembut

SUSUNAN BAHAN UNTUK MENGHIDUPKAN API 1

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
8. Berkhemah sekurang-kurangnya 1 malam

Berkhemah ialah mendirikan khemah untuk tempat tinggal sementara bagi


berteduh dan bermalam. Aktiviti berkhemah dapat melatih hidup berdikari serta
mengamalkan pelajaran dan kemahiran yang diajar dalam pengakap.
Ia juga dapat melatih ahli pengakap memasak, bermain, belajar, bekerja dan
bersuka ria bersama rakan-rakan pengakap yang lain.
Untuk mendapatkan Lencana Usaha, semua ahli pengakap perlu berkhemah di luar
sekolah atau di rumah bersama ahli yang lain sekurang-kurangya satu malam

REKOD BERKHEMAH SATU MALAM


LENCANA USAHA

TARIKH : _____________________________

TEMPAT : ____________________________________

PENGESAHAN : __________________________________

Mendirikan khemah

Setelah mengenal pasti tempat dan mengambil kira faktor pemilihan tempat,
khemah boleh dipasang atau didirikan. Cara-cara mendirikan khemah adalah
seperti yang berikut :

- Bersihkan tapak perkhemahan dan menyapu sampah kawasan yang


hendak didirikan khemah
- Bentangkan khemah dan tentukan tempat untuk tiang khemah
- Gali lubang untuk meletakkan tiang khemah dan tanamkan tiang
- Ikat palang pada kedua-dua tiang khemah, pastikan palang tidak
terlalu rendah apabila khemah didirikan. Tinggi palang ini lebih kurang
satu meter.
- Bentangkan khemah di atas palang
- Kemudian, Ikatkan tali pancang di keempat-empat penjuru khemah,
selepas itu, ikat tali pancang di bahagian tengah khemah.
- Gali parit kecil di sekeliling khemah supaya jika hujan turun, air hujan
dapat mengalir dan tidak bertakung di dalam khemah.
- Taburkan garam/serbuk sulfur(belerang) supaya serangga tidak masuk
ke dalam khemah

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
9. Arah Mata Angin dan Mengenali Peta Topo
Menentukan arah mata angin yang betul dan tepat sangat penting kepada ahli
pengakap terutamanya semasa mengembara dan menjelajah di hutan belantara
atau mendaki bukit atau merentas gurun.
Jika kita berjalan tanpa arah yang betul sudah tentunya dia akan sesat dan tidak
akan sampai ke tempat yang di tuju.
Arah dapat ditentukan dengan menggunakan kompas mata angin dan kompas
bearing sudut.

Rajah di atas menunjukkan mata angin utama yang terdapat di dalam sesebuah
kompas. Arah yang ditunjukkan oleh jarum kompas ialah utara, yang dikenali
sebagai utara magnet.
Berpandukan arah utara ini, arah-arah mata angin yang lain seperti selatan, timur,
barat dan mata–mata angin yang lain dapat ditentukan dengan mudah.

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
Mengenali Peta Topo
PETA TOPO

PENGENALAN MENGENAI PETA TOPO


1. peta topo (peta rupa bumi) yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur Malaysia
mempunyai berbagai-bagai maklumat.

2. peta-peta tersebut diwarnakan (sehingga enam jenis warna) dan mempunyai


garis-garis dan symbol-simbol berserta makna bagi kedua-dua itu dalam petunjuk
peta tersebut.

3. maklumat utama yang boleh diperolehi daripada peta-peta itu ialah:


a. Rupa bumi dari garis kontur
b. Bentuk saliran
c. Tumbuhan semulajadi
d. Jenis-jenis pertanian dan kegiatan ekonomi yang lain
e. Bentuk petempatan
f. Bentuk perhubungan

4. Pengetahuan dari segi kaedah dan pendekatan dalam kajian dan tafsiran peta
amat perlu untuk membolehkan maklumat-maklumat dalam peta tersebut dapat
dibaca dan ditafsir.

DEFINASI PETA TOPO


Suatu unjuran grafik permukaan bumi ini yang menunjukkan taburan semua unsur-
unsur yang terdapat, termasuk unsur semula jadi dan binaan manusia.

TUJUAN
1. Supaya dapat mencari jalan dimerata tempat dan mengenali rupa bentuk tanah.
2. Supaya dapat memahami keterangan yang diberikan di atas peta.
3. Supaya dapat menolong dengan pantas dan tepat dalam penyampaian
maklumat dan perintah berkenaan pergerakan dan arahan.

CARA MENJAGA PETA


1. Peta adalah satu dokumen yang mudah rosak, jika tidak dijaga dengan rapi
terutama sekali di dalam perjalanan. Bekalan peta selalunya tidak mencukupi dan
terhad. Dengan itu peta hendaklah dihindarkan daripada basah, lumpur dan
terkoyak.
2. Peta-peta itu hendaklah dibalut dengan plastik supaya tidak terkena air dan
terkoyak.
3. Jangan sekali-kali menggunakan pen atau lain-lain bahan tulis yang tidak boleh
dipadam.
4. Peta adalah satu dokumen penting, hendaklah dijaga dan disimpan yang
ditempat yang selamat.
MAKLUMAT DI LUAR GARISAN PETA
1. Tajuk Peta – selalunya pekan yang penting atau kawasan.
2. Bilangan peta yang tepat untuk dibuat rujukan. Ia mengandungi no. siri, no. syit
dan cetakan.
3. Nama penerbit dan tarikh diterbitkan.
4. Garisan sukatan atau skala. Boleh dibaca di dalam batu, ela dan kilometer.
5. Nama pencetak dan tarikh cetakan.
6. Penunjuk kepada peta-peta penyambung dan peta sempadan negeri lain.
7. Petunjuk peta.
8. Rajah perubahan yang tepat dari utara grid ke utara sebenar. Perubahan
tahunan disegi perubahan megnetik diberi disini.
9. Penerangan bagaimana mengambil rujukan peta.

KETEPATAN PETA
1. Peta adalah gambaran tanah yang dilukis mengikut sukatan.
Walaubagaimanapun tepat peta dibuat, ia adalah gambaran tanah untuk masa
peta dibuat. Perubahan-perubahan berikut mungkin telah berlaku sejak ianya
disemak.
a) Pekan , jalanraya dan jalan keretapi mungkin telah dibangun dan di bina.
b) Hutan / kebun – mungkin telah dipotong atau ditukat kepada pertanian jenis
lain.
c) Garisan pantai – mungkin telah berubah akibat hakisan.
d) Sungai – Arah perjalanan sungai mungkin telah berubah akibat perubahan
manusia atau hakisan.
PANDUAN GRID

GARISAN TIMURAN DAN GARISAN UTARAAN


a. Dalam peta topografi garisan melintang dan garisan menegak dikenali sebagai
garisan grid.

b. Garisan grid di bawah peta disebut garisan timuran dan garisan grid di tepi kiri
peta disebut garisan utaraan.
GARISAN TIMURAN

GARISAN UTARAAN
c. Nombor-nombor garisan timuran dan garisan utaraan dikenali sebagai panduan
grid (PG) atau rujukan grid (RG).
d. Kedudukan sesuatu ciri geografi atau objek boleh ditentukan dengan membaca
panduan grid atau rujukan grid. Apabila membaca panduan grid, nilai garisan
timuran di sebut dahulu dan diikuti oleh nilai garisan utaraan.
PANDUAN GRID EMPAT ANGKA DAN ENAM ANGKA
1. Panduan grid empat angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu
tempat atau kawasan dalam segiempat sama dalam peta topo.

2. Bagi panduan grid empat angka, dua angka bagi garisan timuran dibaca dahulu
dan diikuti oleh dua angka bagi garisan utaraan.

4. Panduan grid enam angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu titik
di atas peta topo.

5. Bagi panduan grid enam angka, tiga angka bagi garisan timuran dibaca dahulu
dan diikuti oleh tiga angka bagi garisan utaraan.
Kedudukan titik di atas peta
1. Masjid : 026 009
2. Klinik : 049 018

(Angka ke 3 dibuat secara anggaran)

SKALA DAN JARAK

Skala ialah nisbah di antara jarak yang diberi dalam peta dengan jarak sebenar di
atas permukaan tanah. Terdapat tiga jenis skala iaitu skala lurus, skala penyata dan
skala pecahan pengimbang.

1. Skala lurus adalah satu garisan yang lurus yang dibahagikan kepada beberapa
bahagian yang sama.
2. Skala penyata adalah skala yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan.

1 cm mewakili 5 km

3. Skala pecahan pengimbang adalah skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah.
1 : 100 000
UKURAN JARAK

MENGGUNAKAN BENANG
Selalunya seutas benang yang disertakan bersama jangka sudut boleh digunakan
untuk mengukur di atas peta. Ini adalah cara yang baik dan pantas jika dibuat
dengan cara yang betul.

JARAK ANTARA DUA GARISAN GRID


Sekiranya anda mengetahui skala sesuatu peta maka adalah mudah untuk
mengukur jarak antara dua titik dalam sentimeter dan menukarkan kepada jarak
sebenar di atas tanah. Setiap garisan grid di antara satu sama lain adalah satu
kilometer manakala jarak melintang dalam satu petak anggaran 1 ½ km.

KONTOR
1. Garisan yang dilukis dengan menyambungkan semua tempat yang mempunyai
ketinggian yang sama .

2. Menunjukkan ketinggian dengan tepat

3. Dapat menggambarkan kecerunan dan bentuk muka bumi di sesuatu tempat.

4. Garisan kontur berwarna coklat.


5. Perbezaan ketinggian di antara dua garisan kontur dikenali sebagai selang tinggi

Garisan Kontur dan CerunJarak dan susunan garisan kontur dapat menunjukkan
bentuk cerun.
a. cerun curam - garisan-garisan kontur rapat di antara satu sama lain.
b. cerun landai - garisan – garisan kontur jarang di antara satu sama lain.
c. Cerun cembung – garisan kontur jarang di atas dan rapat di bawah.
d. Cerun cekung – garisan kontur rapat di atas dan jarang di bawah
e. Cerun sekata – garisan kontur sama jarak di antara satu sama lain.
f. Cerun bertangga – garisan kontur berselang-seli di antara rapat dan jarang

Garisan Kontur dan Bentuk Muka Bumi Garisan kontur juga boleh menggambarkan
pelbagai jenis bentuk muka bumi melalui keratan rentas.
a. tebing tinggi - garisan kontur berhampiran tepi pantai.
b. susuh bukit - garisan kontur berbentuk ‘V’ dengan hujungnya menghala ke tanah
rendah.
c. dataran tinggi - garisan kontur di bahagian tepinya rapat dan bahagian
tengahnya kosong.
d. rabung - garisan kontur membujur dan rapat
e. lurah - garisan kontur berbentuk ‘V’ dengan hujungnya menghala ke tanah
tinggi.
f. genting dan pelana – garisan kontur bagi genting dan pelana adalah sama tetapi
bagi pelana tidak ada sungai mengalir turun darinya.

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
10. Isyarat Sulit Pengakap
Pergerakan pengakap menggalakkan ahli-ahlinya mengembara di hutan atau
mendaki bukit. Kemahiran mengecam dan membuat isyarat sulit sangat penting.
Kemahiran ini membolehkan ahli pengakap tidak tersesat atau sebagai alat
perhubungan dengan pengakap yang lain.
Isyarat pengakap boleh menggunakan bahan-bahan mudah didapati dikawasan
tersebut seperti batu, ranting, kayu, buluh, rumput atau garisan di atas tanah dan
pokok.

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
11. Mengembara sejauh 8 KM, berjalan kaki dalam patrolnya
membuat laporan bertulis dalam buku log.

Persediaan sebelum pengembaraan secara kasarnya seperti berikut:


1. membincangkan peta perjalanan anda
2. menyediakan kompas dan haversack
3. menyediakan makanan, kotak pertolongan cemas, khemah dan alat-alat
perkhemahan
4. membincangkan dengan pemimpin apakah yang akan anda lakukan semasa
dalam pengembaraan
5. menyediakan sebuah buku log pengembaraan

REKOD PENGEMBARAAN 6 KM BERJALAN KAKI

NAMA
PATROL
TARIKH MULA
MASA MULA
TARIKH TAMAT
MASA TAMAT
CUACA MULA

CUACA TAMAT

TEMPAT PENTING DILALUI


1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-
PETA YANG DIGUNAKAN

SKALA
NAMA PENGUJI
LAPORAN PENGEMBARAAN
MASA TEMPAT DILALUI DAN PERISTIWA

LAKARAN
PERJALANAN

PETUNJUK

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
D. KEMAHIRAN PENGAKAP

1. Kraftangan
Kraf tangan merupakan satu aktiviti yang mendatangkan faedah kepada ahli
pengakap.
Seorang pengakap perlu melakukan SATU kraf tangan dalam masa DUA JAM.
Kraf tangan itu mestilah diperbuat daripada buluh, surat khabar, kayu atau
sebagainya.
Membentang tentang kegunaannya kepada ahli patrolnya.
UJIAN LENCANA KRAFTANGAN

Ahli-ahli pengakap kanak-kanak sedang diuji kemahiran kraftangan

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
2. Plaster Cast

Menghasilkan plaster cast dengan menggunakan Plaster Of Paris.

1. Bersihkan tapak atau jejak yang akan diambil


2. Buat satu bekas untuk meletakkan acuan dengan menggunakan
daun atau sebagainya.
3. Sediakan acuan plaster or paris secukupnya berdasarkan saiz
4. Masukkan Plaster Of Paris ke dalam bekas tadi kemudian
tambahkan air secara sedikit-sedikit sehingga keras.
5. Tanggalkan bekas daripada acuan yang telah keras
6. Bandingkan hasil kamu dengan hasil rakan-rakan yang lain.

Bersihkan tapak atau jejak yang


akan diambil

Buat satu bekas untuk meletakkan


acuan dengan menggunakan daun
atau sebagainya.

Sediakan acuan plaster or paris


secukupnya berdasarkan saiz
Masukkan Plaster Of Paris ke dalam bekas
tadi kemudian tambahkan air secara
sedikit-sedikit sehingga keras.

Tanggalkan bekas daripada acuan yang


telah keras

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
3. Rekod 8 Orang Sahabat Pena

Nama:

Alamat:

No Tel:

Cita-Cita:
___________________________________________________________________

Nama:

Alamat:

No Tel:

Cita-Cita:
___________________________________________________________________

Nama:
Alamat:

No Tel:

Cita-Cita:
___________________________________________________________________
Nama:

Alamat:

No Tel:

Cita-Cita:
Nama:

Alamat:

No Tel:

Cita-Cita:

________________________________________________________________________________________________________

Nama:

Alamat:

No Tel:

Cita-Cita:

___________________________________________________________________

Nama:

Alamat:

No Tel:

Cita-Cita:
Nama:

Alamat:

No Tel:

Cita-Cita:

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..

E. PERKHIDMATAN
1. Balutan Anduh

PEMBALUT TIGA SEGI

Pembalut terdiri daripada sejenis kain putih yang berukuran lebih kurang 140cm x
90cm x 90cm. Ia boleh digunakan bagi menuap atau menjauhkan bahagian yang
patah daripada bengkak, menyapu bahagian yang tercedera, menahan darah
keluar di arteri dan menolong mengangkat atau membawa pesakit.
KEGUNAAN
- mengampu bahagian cedera
- menahan darah
- membalut bahagian cedera/patah

MELIPAT KAIN ANDUH


ANDUH TANGAN DAN KAKI

Terdapat 3 jenis anduh


- anduh besar / lebar
- anduh leher dan lengan
- anduh segi tiga.

JENIS BALUTAN ANDUH

PEMBALUT CINCIN

- Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.

- Diperbuat daripada pembalut tirus.

- Digunakan untuk menutup luka.

ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN


- Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan
letakkan

- bucu atas kain anduh di atas tangan.

- Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.

- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.

ANDUH BESAR / ANDUH LENGAN


- Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.

- Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.

- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke
bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.

Fungsi:

- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.

- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

CARA MEMBUAT ANDUH


ANDUH LENGAN.

- Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .

- Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.

- Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
kebahagian dalam untuk lebih kemas.

ANDUH PERGELANGAN TANGAN


- Letakkan tapak kaki / tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik
dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan.

- Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.

- Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti
yangditunjukkan di gambarajah di bawah.

- Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada
bahagian kakiyang mesti di balut.
BALUTAN LUKA DADA HADAPAN

BALUTAN LUKA DADA BELAKANG

BALUTAN LUKA BAHU


BALUTAN LUKA SIKU

BALUTAN LUKA PEHA


BALUTAN LUKA LUTUT

SEMUA BALUTAN
MENGGUNAKAN
IKATAN BUKU SILA

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
2. Tindakan kecemasan
PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah rawatan segera dan sementara yang diberikan oleh
pengakap kepada seseorang pengakap atau seseorang lain yang ditimpa
kecederaan atau kemalangan, sebelum dibawa ke klinik atau hospital atau sebelum
ketibaan doktor. Pertolongan cemas yang cepat dapat menyelamatkan nyawa,
menyembuh dan mengelakkan kecederaan sebelum orang berkenaan mendapat
rawatan doktor.

Walaupun pengakap bukanlah orang yang pakar dalam pertolongan cemas atau
ilmu perubatan, namun mereka harus tahu sedikit sebanyak bantuan rawatan
sementara ini. Ini tidak dapat dielakkan kerana pengakap yang mengambil
bahagian dalam pelbagai aktiviti, sering juga berhadapan dengan kemalangan dan
kecederaan. Oleh itu, mereka harus tahu cara-cara merawat segera.

Dalam memenuhi keperluan Lencana Usaha, pengakap dikehendaki tahu


bagaimana menghadapi kemalangan seperti terbakar, luka, disengat binatang, dan
pengsan atau pitam. Mereka harus tahu tanda, punca atau penyebab dan yang
paling penting rawatannya.
D ~ DANGER (BAHAYA)
Kenalpasti impak bahaya kepada diri sendiri, mangsa & orang keliling

R ~ RESPONSE (TINDAKBALAS)
Ada pergerakan dari mangsa?
Bolehkah mangsa bercakap?
Tepuk bahu mangsa untuk mendapatkan tindakbalas

A ~ AIRWAY (SALURAN UDARA)


Pastikan saluran udara mangsa tidak tersekat dengan menekan dahi mangsa ke
bawah dan dongakkan dagu mangsa ke atas.

B ~ BREATHING (PERNAFASAN)
LIHAT, DENGAR & RASA samada mangsa bernafas secara normal
Hubungi/minta bantuan orang keliling untuk hubungi 999 dan
terangkan D, R, A & B di atas.

C ~ CIRCULATION (PEREDARAN DARAH)


Mulakan CPR (jika mengetahui) atau tanya orang keliling yang mengetahui atau
tunggu pasukan perubatan tiba

Kenal pasti punca penyakit.


- Melakukan pertolongan cemas secara tertib, senyap dan tidak panik.
- Memulihkan nafasnya jika pernafasan seseorang itu terhenti.
- Mengenalpasti tempat-tempat yang terkeluar darah.
- Jangan membenarkan pesakit bercakap sesuatu yang tidak penting.
- Tenangkan pesakit dengan memberitahunya perangsang-perangsang seperti
'kamu akan pulih'.
- Jangan membiarkan orang mengelilinginya.
- Jangan menangalkan bajunya jika tidak perlu.
- Bawanya berjumpa dengan doktor segera.
- Beritahu keluarganya atau sahabatnya.
KEMALANGAN
1. Segera pindahkan mangsa ke tepi jalan
2. Minta pertolongan orang ramai untuk menelefon ambulans
3. Tanggalkan baju, jam tangan, cermin mata, dan gigi palsu mangsa
4. Berikan pertolongan cemas, balut mana-mana luka yang parah
5. Jauhkan orang ramai daripada mengelilingi mangsa
6. Tunggu hingga ambulans tiba. Beri keterangan yang benar kepada pihak yang
berkuasa.

LUKA
Luka ialah terkoyak daging pada tubuh yang menyebabkan darah keluar di
bahagian luar atau dalam dan membolehkan kuman-kuman masuk. Jika kuman-
kuman itu masuk pada luka, ini akan menyebabkan luka itu bernanah (jangkitan).

JENIS-JENIS LUKA
Luka boleh dibahagikan kepada yang berikut:
1. luka terhiris (incised wound)
2. luka terkoyak (lacerated wound)
3. luka tembus atau tertikam (punctured or stab wound)
4. lebam (contused wound)
5. tembakan senapang di mana lukanya kecil ketika peluru masuk, tetapi besar
ketika peluru keluar (gunshot wound)

RAWATAN
1. balut luka dengan kain yang bersih dan kering
2. tahan darah jika keluar
3. gunakan anduh (jika perlu) dan hantar ke hospital

Luka di dada kerana tertikam


1. baringkan si malang dan naikkan kepala dan bahunya, serta condongkan
badannya ke sebelah luka
2. balutkan luka itu dengan segera. Luka seperti ini disebut luka terhisap (sucking
wound)
3. hantar ke hospital dengan segera

TERBAKAR DAN MELECUR


Terbakar disebabkan oleh benda-benda panas yang kering seperti api, arus elektrik
atau ubat-ubat yang keras lagi tajam seperti air api, asid dan alkali. Melecur pula
disebabkan oleh benda-benda panas yang berair seperti wap air yang mendidih
atau minyak panas.

RAWATAN
1. baringkan pesakit dan rawat ia daripada terkejut. Jangan tanggalkan
pakaiannya kecuali jika basah disebabkan oleh minyak petrol atau air atau api atau
alkali kerana pakaian melindungkan orang itu daripada udara yang sejuk dan
memberi kepanasan kepadanya.
2. lindungkan tempat yang terbakar atau melecur daripada udara dengan
menutupnya dengan kain pembalut yang bersih atau kain kering
3. panggil doctor
4. berikan pesakit banyak minuman panas (jka ia sedar dalam kebakaran tidak
teruk atau melecur tidak teruk)
5. jika pakainnya disambar api, selimutkannya dengan kain, baju atau kain tutup
meja. Biarkannya diatas. Pergerakan akan menyalakan api.

PERHATIAN
1.JANGAN gunakan ubat-ubat yang berminyak
2. JANGAN cucuk gelembung-gelembung melecur.
DIGIGIT ULAR
Tanda dan alamat
Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat
yang digigit dan berbisa pada pesakit.

RAWATAN
1. jika anggota badan digigit,tahan perjalanan darah dengan mengikat kuat pada
bahagian yang digigit berhampiran dengan jantung, tetapi janganlah sehingga
menyebabkan pengaliran darah dalam urat nadi terhenti
2. anda harus dapat merasa denyutan nadi pada pergelangan tangan atau kaki
3. cuci luka itu dengan air yang berwarna merah tua dengan kalium
permanganat untuk menawarkan racun yangada pada luka itu
4. juntaikan anggota yang digigit dan biarkan darah keluar dengan menghiris
daging yang digigit dengan pisau tajam, yang telah terbakar terlebih dahulu
5. longgarkan ikatan selama setengah minit tiap-tiap setengah jam
6. biarkan pesakit bertenang dengan cukup
7. berikannya kopi atau teh agar badannya panas
8. jika ia tidak bernafas, bantunya dengan cara pertolongan dalam pernafasan
9. panggil doctor atau bawa ia ke rumah sakit yang paling dekat
10. antivenin (ubat menawarkan racun bisa gigitan ular) hany boleh diberikan oleh
mereka yang terlatih untuk berbuat demikian

DISENGAT LEBAH, TEUAN DAN PENYENGAT

RAWATAN
1. tanggalkan sengatnya dengan hujung jarum yang telah dibakar dan disejukkan
kemudiannya.
2. sapukan krim antihistamina (antihistamine cream) dengan segera. Spirit metil
(methylated spirit) atau larutan ammonia cair boleh digunakan.
3. jika sengatan itu berlaku di dalam mulut, bersihkan mulut si malang dengan
larutan soda bikarbonat-satu sudu teh dengan segelas air. Jika terdapat kesukaran
dalam pernafasan, letakkan dia dalam keadaan yang selamat (recovery position)
dan beri dia menghirup ais. Dapatkan bantuan perubatan dengan serta-merta.
PITAM DAN PENGSAN
Sebab-sebab
1. udara tidak dapat berkisar dengan betul
2. terlalu lapar atau terlalu kenyang
3. mendapat berita yang mengejutkan
4. darah keluar terlalu banyak
5. melihat kejadian yang ngeri
6. mencium bau yang busuk
7. kekurangan oksigen dalam darah apabila pernafasan tergendala
8. kekurangan darah dalam otak
9. berpanas terlalu lama
10. otak tercedera

Tanda-tanda dan alamat


1. muka menjadi pucat
2. berasa pening dan sakit
3. denyutan nadi menjadi lemah
4. bernafas dengan deras

RAWATAN
1. longgarkan pakaian pada bahagian leher, dada dan pinggangnya
2. beri udara bersih dengan mengipasnya
3. jika pesakit telah sedar, berinya minum air yang sejuk atau teh manis yang
panas
4. jika terlalu lapar, berikan makanan ringan seperti biskut atau roti
5. berehat di tempat teduh
6. jika mukanya merah, angkat muka dan bahunya. Jika mukanya pucat,
baringkannya
7. tahan semua darah daripada keluar kecuali dari telinga
8. jika ia bernafas dengan bising (kuat), baringkannya dalam kedudukan
mengiring
9. selimutkannya, tetapi jangan terlalu panas
10. makanan tidak boleh diberi selagi pesakit itu masih belum sedar
MENGETAHUI TEMPAT-TEMPAT PENTING

Mengetahui daerah sendiri bermaksud mengetahui tentang pelbagai perkara yang


terdapat dalam daerah anda. Antaranya termasuklah perkhidmatan umum,
pengangkutan tempatan, tempat-tempat bersejarah dan penting, rumah sakit atau
klinik, balai polis, balai bomba, tempat pemadam api, tempay telefon awam dan
tempat-tempat merbahaya. Pengakap harus mempunyai pengetahuan tentang
kedudukan atau arah tempat-tempat ini.

Untuk mengetahui daerah sendiri, pengakap harus mempunyai peta atau


rajah yang dapat dijadikan panduan. Sekiranya anda dapat menunjukkan dengan
tepat semua tempat yang dinyatakan, terutamanya di jalan atau mukim atau
kawasan mana, adalah lebih baik. Bagi memudahkan pemahaman atau
pengetahuan anda tentang daerah anda, anda boleh menyenaraikan tempat-
tempat yang dinyatakan bersama jalan atau nombornya sekali pada buku cacatan
anda. Anda boleh memasukkan apa juga petanda atau petunjuk yang boleh
membantu dalam menentukan tempat-tempat tersebut.

HOSPITAL TAMPIN el: 06-4411511


KLINIK KESIHATAN GEMENCHEH Tel: 06-4318304
PEJABAT BOMBA DAN PENYELAMAT GEMENCHEH Tel : 06-4310962
PEJABAT BOMBA & PENYELAMAT TAMPIN Tel: 07-9481333
IPD TAMPIN Tel: 06-4318304

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
3. Memandu orang

Anda hendaklah menunjukkan jalan kepada orang yang baru datang ke tempat
anda.
1. Pejabat Pos
2. TNB
3. Sains
4. Telekom
5. JPJ
6. Majlis Daerah
7. Pejabat Daerah
8. Petrol Pam
9. Bank

PETA KAWASAN GEMENCHEH

Tandatangan Penguji:……………………………………

Tarikh:………………………………………………………..
LENCANA KEPANDAIAN ( KATEGORI KEGEMARAN)

Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap Muda - Lencana Usaha,


Pengakap Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi
mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti di
bawah mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut:

1. Ahli Koleksi Hobi.


2. Ahli Muzik.
3. Ahli Pertahanan Diri.
4. Ahli Renang.
5. Ahli Sukan.
6. Jurumasak di Khemah.
7. Juruperpustakaan.
8. Peladang Muda.
9. Pelukis.
10. Pengail.
11. Penunggang Basikal.
GAMBAR AHLI PENGAKAP SEDANG MENJALANI UJIAN LENCANA USAHA

GAMBAR AHLI PENGAKAP SEDANG MENJALANI UJIAN LENCANA USAHA


SALINAN SIJIL LENCANA USAHA

Anda mungkin juga menyukai