Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGLIMA

ADNAN
Bagan Pinang, 71050 Si Rusa, Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
NBE 2067

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : SKPA/PPKI/SK ( )
Tarikh : 28 September 2016

Tuan Pengurus,
Menara Taming Sari
Jalan Merdeka, Banda Hilir
75000 Melaka

MEMOHON PENGECUALIAN/PENGURANGAN BAYARAN TIKET SEMPENA


LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sek. Keb.
Panglima Adnan, Port Dickson terdiri daripada pelajar-pelajar istimewa dengan pelbagai kecacatan
dan ketidakupayaan akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Menara Taming Sari, Melaka.

3. Butiran lawatan adalah seperti berikut:-

Tarikh : 9 November 2016 (Rabu)


Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Bilangan Peserta : 25 Orang Pelajar
12 Orang Guru

4. Sehubungan itu, kami memohon pengecualian bayaran tiket masuk ke tempat tuan agar ia
dapat mengurangkan beban para ibu bapa anak-anak istimewa ini.

5. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila berhubung terus dengan Pn. Nur Izzati Binti
Idris, di talian 019-624 7404 untuk berurusan.

Kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA, KEGEMILANGAN BERSAMA”

Saya yang menjalankan tugas,

.......................................................
FAUZIAH BT AHMAD
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan

Anda mungkin juga menyukai