Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN MENABUNG

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk


masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak
kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.
     Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan
sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang
segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan
air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi
ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.

     Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan.


Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang
perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli
barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan
berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat
dan berdikari itu.

     Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa


kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk
mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh
digunakan jika  ahli keluarga kita sakit atau ditimpa
kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada
orang lain. 

     Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita.


Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat
sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh
digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan.
Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak
menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak


manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat
sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari
sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Anda mungkin juga menyukai