Anda di halaman 1dari 2

KELAB SUKAN & REKREASI AR-RAUDHAH

No. Pendaftaran: PPM-008-07-21052021


62,Lorong Shahbandar 26, Bertam Perdana 3,
13200 Kepala Batas, P.Pinang Tel: 018-9416314
Email: raudhahclub@gmail.com

TARIKH: 28 September 2022

YB DATO SRI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN


Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
Merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang,
Pusat Khidmat Parlimen Kepala Batas,
Pulau Pinang

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK MAJLIS KHATAM AL-


QURAN PERDANA 2022
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sukan Dan Rekreasi Ar-Raudhah, Bertam
Perdana akan mengadakan program Khatam Al-Quran Perdana dan akan dijayakan oleh penduduk
setempat fasa Shahbandar, Bertam Perdana 3. Majlis akan diadakan pada 05 November 2022
bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Sehubungan dengan itu, bagi melengkapkan program yang dirancang ini, kami memohon
sumbangan seperti berikut:

Bil. Perkara Item/Kuantiti Jumlah


1 Jamuan Makan RM 10.00 x 500 RM5000.00

2 Hi-top canopy 20'×20 RM380.00 x 5 RM1900.00

3 Stage 20'x20' x 2' w/ backwall 20' x 10 RM1,500.00 RM1,500.00

4 Kerusi Plastik RM3.00 x 500 RM1,500.00

5 Sound System RM800.00 RM800.00

6 Generator RM1800.00 x 1 RM1800.00

7 Mobile Toilet RM1,500.00 RM1,500.00

8 Banner RM60.00 x 3 RM 180.00

9 Jemputan Qasidah RM1000.00 RM1000.00

10 Belanja Luar Jangka RM1500.00 RM1500.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 16,680


KELAB SUKAN & REKREASI AR-RAUDHAH
No. Pendaftaran: PPM-008-07-21052021
62,Lorong Shahbandar 26, Bertam Perdana 3,
13200 Kepala Batas, P.Pinang Tel: 018-9416314
Email: raudhahclub@gmail.com

Maka dengan penuh rasa rendah diri, kami ingin memohon jasa baik dari pihak Tuan untuk
menghulurkan sumbangan peruntukan untuk kami menjayakan program ini.

Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini dan semoga melalui
sumbangan tersebut dapatlah kami menjayakan program yang dirancang untuk komuniti penduduk
setempat dan juga untuk meneruskan perancangan aktiviti kelab kami di masa hadapan.

Semoga tuan akan beroleh keberkatan dan amal jariah yang berkekalan hingga ke hari akhirat.
Terima kasih.

Yang Benar,

…………………………………………………….
(MOHD ZURAIDI BIN MOHD ZUBIR)
Pengerusi,
Kelab Sukan Dan Rekreasi Ar-Raudhah
Pulau Pinang

Anda mungkin juga menyukai