Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 5

NAELOFAR HIJAB

Label Naelofar Hijab merupakan gabungan antara minat serta kecintaan Neelofa
dalam dunia fesyen dan juga bisnes. Mempertaruhkan idea rekaan tudung sedia pakai
yang direvolusikan semula, impak yang diterima nyata di luar jangkaan. Kejayaan
Naelofar Hijab mengeluarkan rekaan tudung yang menarik dan moden sehingga dapat
memasarkan tudungnya ke pasaran luar seperti Turki, Iran, Jepun, Amerika Syarikat dan
30 negara lain. Dengan hanya menjual 2 jenis hijab iaitu Instant Hijab dan Semi Instant
Hijab. Menurut laporan media BBC, sehingga kini hasil jualan Naelofar Hijab dikatakan
mencecah melebihi RM50 juta setahun. Apa yang menarik berkenaan Naelofar Hijab ini
ialah harga tudung yang dijual pada harga tidak melebihi RM100.

Hasil dari penyelidikan dan pembangunan yang rapi, Naelofar Hijab berjaya
melancarkan 16 gaya tudung dengan 30 warna-warna pastel bagi memudahkan
pelanggan membuat pilihan mengikut citarasa masing-masing. Kualiti kain adalah sifon
yang menjanjikan keselesaan kepada pengguna. Selain itu, elemen wajib yang
ditampilkan oleh Naelofar Hijab ialah penggunaan batu kristal atau mutiara Swarovski.
Untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun 2017, Naelofar Hijab akan
tampil dengan koleksi untuk pengantin.

Menurut pengasas Naelofar Hijab, Neelofa berkata pelbagai aktiviti telah


dirancang dan dilaksanakan oleh Naelofar Hijab dalam mempromosikan keluaran
terbaru itu termasuk mengadakan aktiviti jelajah di seluruh negara seperti membuat
jualan di bazar-bazar dan di expo-expo. Naelofar Hijab juga turut merancang untuk
mentransformasikan cawangan pengedaran mereka di seluruh negara sebagai langkah
dalam mengoptimumkan perkhidmatan yang disediakan. Langkah ini bertujuan untuk
meningkatkan keyakinan dan kesetiaan pelanggan. Selain itu, Naelofar Hijab akan
membuka butik di Publika, dan Solaris Dutamas. Dengan adanya butik fizikal maka
koleksi Neelofar Hijab akan terus ‘dekat’ dengan para peminat.

Menurut Neelofa, latar belakang diri beliau sebagai selebriti hiburan, banyak
membantu memberi publisiti kepada Naelofar Hijab. Menurutnya lagi, “sebagai selebriti,
saya ada pengikut, mereka bukan sahaja minat, malah nak ikut apa saya pakai, termasuk
warna dan cara pemakaiannya. Dalam kebanyakan masa, hal itu menjadikan kos
marketing saya lebih rendah daripada orang lain”. Ini dibuktikan apabila rangkaian
melalui media sosial turut menyumbang kepada perniagaan Neelofa. Setakat ini Neelofa
mempunyai seramai 3.5 juta pengikut di Instagram dan 1.6 juta di twitter.

(Diolah daripada http://www.encikshino.com/pengasas-naelofar-hijab-jenama-tudung-


popular-di-malaysia/ http://www.majalahniaga.com/bagaimana-neelofa-
mempromosikan-perniagaannya-melalui-lakonan-beliau-2.html)

Berdasarkan kes di atas,

a) Jelaskan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Naelofar Hijab untuk
menghadapi persaingan yang semakin sengit pada masa kini. [20 M]
b) Berikan maksud publisiti serta jelaskan dua kebaikannya kepada Naelofar Hijab.
[10 M]

JAWAPAN

Anda mungkin juga menyukai