Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 6

GINTELL MALAYSIA

GINTELL yang ditubuhkan pada 1996, adalah pengeluar yang terkemuka dalam
pasaran produk penjagaan kesihatan di Malaysia. Kini, GINTELL mempunyai lebih
daripada 100 cawangan di seluruh negara dan dianugerahkan 'Rangkaian Produk
Penjagaan Kesihatan Terbesar' oleh Malaysia Book of Records. GINTELL sudah
mengukuhkan penjenamaan di pasaran selama 20 tahun dengan prinsip utamanya yang
menggalakkan kesihatan, kasih sayang serta kehidupan. GINTELL berusaha untuk
membina kehidupan rakyat Malaysia yang lebih sihat melalui empat kategori produk
penjagaan kesihatan mereka iaitu Relaxation, Reflexology, Beauty and Slimming dan
Fitness. Kategori yang paling popular ialah Relaxation yang menawarkan pelbagai
rangkaian sofa dan kerusi urutan.

Baru-baru ini dengan pemasaran rangkaian sofa urutan GINTELL De'Vano S,


GINTELL memperkenalkan duta terbarunya iaitu pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda
Jebat. Pemilihan artis berkenaan adalah inisiatif dan langkah strategik GINTELL untuk
mengukuhkan jenamanya kepada pasaran yang lebih muda. Ayda yang memegang
watak utama drama 'M.A.I.D' dan drama baharu 'Awak Sangat Nakal', memaklumkan
moto 'Health Love Life' memang serasi dengan dirinya yang mengutamakan kesihatan,
ikatan kasih sayang keluarganya dan dirinya. Bagi Ayda, kesihatan adalah penting untuk
menikmati rasa cinta yang indah dan bermakna dalam kehidupan. Pemilihan Ayda Jebat
sebagai duta juga dilihat mampu membantu memperkenalkan rangkaian sofa urutan
GINTELL De'Vano S yang lebih bercita rasa muda.

Menurut Ayda, kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi menuntut masa yang
tidak menentu dan ini memberinya tekanan dan kadang kala menjejaskan kesihatan.
Bagaimanapun, dengan adanya sofa urutan GINTELL De'Vano S di rumah, Ayda dapat
menghilangkan tekanan dan kepenatan kerja pada bila-bila masa sahaja. Dia kagum
dengan lanjutan Trek V yang berukuran 105cm panjang dalam reka bentuk sofa itu yang
dapat melegakan kesakitan dan tekanan dengan urutan yang selesa pada bahagian leher
dan pelvic. Dengan hanya meluangkan sedikit masa setiap hari bersama GINTELL
De'Vano S, Ayda dapat menenangkan diri dan berehat dengan sepenuhnya. Ayda juga
yakin ciri beg tekanan udara pada sofa urutan ini yang terdapat pada GINTELL De'Vano S
dapat membentuk dan membetulkan pinggul dan paha, agar terus tampil anggun dan
segar. Beliau turut memuji rupa bentuk sofa urutan ini yang bergaya moden dan
ergonomik serta diperkemas dengan fabrik yang berwarna ceria dan cerah. Sofa urutan
itu mempunyai 4 sistem kawalan mudah dan mesra pengguna. GINTELL De'Vano S
FUNtastic Sofa yang ringan dan bersaiz kecil ini adalah pilihan yang tepat dan sempurna
untuk kediaman dan juga pejabat kerana sofa ini sesuai untuk diletakkan di mana-mana
sahaja.

Sebagai duta terbaru GINTELL, Ayda membuat penampilan khas di AEON Mall
Bandaraya Melaka, untuk sesi temu salam dengan peminat dan pelanggan GINTELL
semasa Program SIHAT bersama GINTELL 2017. Pada hari berkenaan, Ayda berpeluang
untuk membuat persembahan nyanyian dan beramah mesra dengan orang ramai, sekali
gus mengeratkan lagi hubungan dengan peminat dan pelanggan GINTELL. Bagi
pelanggan yang hadir pada hari itu, GINTELL menawarkan kombo pakej terhebat bagi
kedua-dua GINTELL De'Vano S dan mesin urut kaki G-Beetle Plus dengan hanya RM3,988.
GINTELL turut membuka kiosk yang dikendalikan oleh pakar kesihatan agar pelanggan
dapat menjalankan pemeriksaan sendi-sendi dan urat di badan mereka dan mendapat
khidmat nasihat tentang produk yang paling sesuai untuk mereka.

Berdasarkan kes di atas,

a) Terangkan campuran promosi yang dilaksanakan oleh GINTELL untuk


mempromosikan produknya. [15 M]
b) Jelaskan bagaimana GINTELL mengkomunikasikan sifat-sifat ketara dan tidak
ketara produk GINTELL De'Vano S. [20 M]

Anda mungkin juga menyukai