Anda di halaman 1dari 5

SKEMA JAWAPAN BM KERTAS 2

Bahagian A

Soalan 1

i) tamak - Sikap tamak akan membawa kerugian di kemudian hari.


ii) kecewa - Ahmad kecewa dengan sikap Aminah yang menolak pinangannya semalam.
iii) degil - Sikap degil Amran telah menyebabkan keluarganya ditimpa bencana kemalangan jalan
raya.
iv) tegas- Cikgu Ramlan merupakan seorang guru yang sangat tegas.

Soalan 2

i) FN+FK
ii) FN+ FN
iii) FN+ FS
iv) FN+ FA
v) FN+ FN
vi) FN+FK

Soalan 3

Petikan 1

i) Maharaja Shah Jahan bina - dibina oleh Maharaja Shah Jahan


ii) mengabungkan - menggabungkan
iii) senibina - seni bina
iv) pandangan - perhatian
v) diistihar - diisytihar
vi) kesemua jurutera-jurutera - kesemua jurutera

Petikan 2

i) Di masa - Pada masa


ii) dicipta oleh kita - kita cipta
iii) kesejukan - kedinginan
iv) nyaringan - deruan
v) masa ke semasa - masa ke masa semasa ke semasa

Soalan 4

Ketika itu, Kertala Sari pun memandang Laksamana. Di dalam hatinya, dia berkata bahawa
sememangnya benarlah hulubalang di hadapannya ketika itu ialah Laksamana yang disebut-sebutkan.
Bagi Kertala Sari, melihat kepada gaya Laksamana memang wajar ayahnya tewas kepada Laksamana
kerana Laksamana memang seorang yang sangat berilmu dan berpengalaman.

Soalan 5

i) bagai mencurah air ke daun keladi


ii) sampah masyarakat
iii) pantang berundur sebelum berjuang/ genggam bara api biar sampai jadi arang
iv) sudah terhantuk baru tengadah

BAHAGIAN B

Soalan 6

(i) Berdasarkan Bahan 1, maksud rangkai kata memerlukan komitmen adalah memberikan tumpuan.

(ii) Persamaan peranan remaja dalam mengekalkan kedaulatan negara:

 sedia berkorban untuk bangsa dan negara bagi mengelakkan negara daripada serangan musuh
 mencurahkan sepenuh kesetiaan kepada negara tanpa berbelah bahagi
 menggalas tanggungjawab membangunkan negara dengan penuh kecekapan dan berintegriti
 mengamalkan sikap bersatu padu dan bertoleransi

(Isi cukup: 3)

(iii) Usaha-usaha bagi membentuk remaja yang berdisiplin

 kerajaan melancarkan kempen tentang disiplin menerusi media massa


 ibu bapa memaparkan teladan yang baik dan berusaha untuk mematuhi disiplin seperti
menepati masa dengan sebaik mungkin
 pihak sekolah mengenakan disiplin yang ketat untuk menyedarkan pelajar bahawa setiap
kesilapan akan ada balasan tertentu
 dipupuk oleh diri remaja itu sendiri
 masyarakat mengamalkan sikap menegur remaja yang tidak berdisiplin

(Isi cukup: 3)

(iv) Kesan sekiranya generasi muda tidak mempunyai nilai patriotisme dalam diri mereka:

 tidak prihatin terhadap untung nasib negara


 tidak menunjukkan rasa cinta mereka kepada negara
 mudah diperkotak-katikkan oleh anasir luar
 mudah terpanggil untuk bertindak balas atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan imej
negara di mata dunia
 kedaulatan negara tergugat

(Isi cukup: 4)

Soalan 7

i) Berdasarkan Bahan 1, maksud rangkap kedua ialah apabila kita memelihara pendengaran
daripada perkara perkara buruk, kita terpelihara daripada fitnah.
ii) Kepentingan puisi, pantun dan peribahasa:
a. menyampaikan teguran secara lembut
b. menunjukkan kebijaksanaan dalam mengamati unsur alam sekeliling
c. menjaga air muka dan maruah orang lain
d. menunjukkan daya kekreatifan dan kebijaksanaan masyarakat pada zaman dahulu
e. menonjolkan kehalusan budaya Melayu

(Isi cukup : 3)

iii) Faktor unsur alam sering digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional ketika menghasilkan
pantun dan peribahasa:
a. lebih dekat dengan masyarakat (sering dilihat)
b. mampu membayangkan perlakuan manusia, resam hidup manusia
c. masyarakat mengenali flora dan fauna yang dinyatakan/ diungkapkan
d. terdapat kelompok Melayu tradisional yang mempunyai unsur mistik dengan tumbuh-
tumbuhan
e. bunga-bungaan mampu melambangkan kecantikan wanita

(Isi cukup:2)

iv) Apakah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan puisi tradisional dalam kalangan remaja.
 Cari jawapan

SOALAN 8

i. Apakah tindakan askar Melayu setelah mereka kehabisan peluru ketika bertempur dengan pihak
Jepun? [ 4 markah ]

i) - Tentera Jepun lebih suka bertempur menggunakan pedang samurai


ii) - askar Melayu menggunakan bayonet
iii) - Ramai juga yang musuh yang dapat ditewaskan
iv) - walaupun nisbah mereka satu lawan sepuluh

(ii) Dua peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa,
karya Abdul Latip bin Talib

1 Peristiwa tentang keberanian Adnan menentang musuh. Adnan berani mempertahankan Bukit Candu
daripada serangan tentera Jepun. Walaupun kehabisan peluru, Adnan tidak berundur. Akhirnya, dia
ditangkap, digantung pada pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi.

2 Peristiwa Pak Saidi mempertahankan keluarganya dan menggunakan keris pusakanya untuk menikam
beberapa orang askar Jepun yang datang ke rumahnya untuk mencari keluarga Adnan. Pak Saidi berjaya
membunuh lima orang tentera Jepun dan mencederakan lima belas orang tentera Jepun semasa dipaksa
menaiki trak oleh Leftenan Renya Mutuguchi.

Bahagian C

Soalan 9

Pendahuluan
(a) Petikan ini membincangkan faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, arahan-arahan
di bawah PKP dan peranan individu bagi mengelakkan jangkitan wabak COVID-19.

[2 markah]

(b) Petikan ini membincangkan faktor Perintah KawalanPergerakan (PKP) dilaksanakan dan arahan-
arahan di bawah PKP/peranan individu bagi mengelakkan jangkitan wabak COVID-19.

[1 markah]

(c) Petikan ini membincangkan faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan/ arahan-arahan
di bawah PKP dan peranan individu bagi mengelakkan jangkitan wabak COVID-19.

[1 markah]

(d) Petikan ini membincangkan faktor Perintah KawalanPergerakan (PKP) dilaksanakan/ arahan-arahan
di bawah PKP/ peranan individu bagi mengelakkan jangkitan wabak COVID-19.

[1 markah]

Fokus 1: Faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan

(a) Wabak Koronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 telah merebak secara tidak terkawal.

(b) Malaysia telah mengambil contoh beberapa negara yang berjaya mengawal perebakan virus ini
melalui kaedah yang sama.

Fokus 2: Arahan-arahan di bawah PKP

a. Kerajaan menggalakkan masyarakat untuk mengelakkan diri daripada mengunjungi negara-negara


yang telahpun dijangkiti wabak
b. Jabatan Imigresen Malaysia telah mengawal keluar masuk rakyat Malaysia.
c. Rakyat dikehendaki berada di dalam rumah dan mengurangkan pergerakan luar.
d. Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia telah dikerah melakukan
rondaan.
e. Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) sentiasa bergerak dari kawasan ke kawasan di bawah
pemantauan bagi menyampaikan maklumat.
f. Ketua keluarga yang terpaksa keluar daripada rumah untuk membeli barangan keperluan
dinasihatkan untuk meminimumkan sentuhan terhadap alat-alat yang terdedah kepada penyebaran
jangkitan.

Fokus 3: Peranan individu bagi mengelakkan jangkitan wabak COVID-19

a. Kerap mencuci tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman.


b. Pakai penutup muka di tempat awam.
c. Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang yang bergejala.
d. Pastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
e. Gunakan kain atau tisu bersih semasa batuk atau bersin.

[F1/F2 + F3 = 8 isi x 2 = 16 markah]

Kesimpulan
a) Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab mematuhi arahan yang ditetapkan di
bawah PKP agar penyebaran pandemic COVID-19 dapat dikawal.
[ 2 markah]
b) Kesimpulannya, semua pihak perlu bertanggungjawab mematuhi arahan yang ditetapkan di
bawah PKP
[ 1 markah]

Anda mungkin juga menyukai