Anda di halaman 1dari 11

Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK

Aktiviti 5: Serupa Yang Tak Sama

SERUPA YANG TAK SAMA


Aktiviti ini adalah aktiviti penerokaan secara berkumpulan (cadangan: 3 orang satu kumpulan)
bagi menerbitkan dan menggunakan rumus luas segi tiga serta memahami dan mengaplikasikan
konsep keserupaan.

Tempoh masa:
40 minit

Objektif:
1. Menerbitkan rumus luas segi tiga berdasarkan luas segi empat tepat.
2. Menggunakan rumus yang diperoleh untuk menghitung luas segi tiga.
3. Menyelesaikan masalah segi tiga serupa.

Bahan:
Penerokaan 1
1. Segi empat tepat dengan dimensi 20 cm × 14 cm (cetak daripada Lampiran 1, satu setiap
kumpulan)
2. Segi tiga (cetak daripada Lampiran 2 dan guna kertas berlainan warna dengan cetakan
segi empat tepat, satu setiap kumpulan)
3. Pembaris (satu setiap kumpulan)
4. Lembaran Murid 5-1 (satu salinan setiap kumpulan)

Penerokaan 2
1. Kad/papan sisi empat bergrid dengan label seperti Rajah 1 (satu setiap kumpulan)
2. Gelang getah (satu setiap kumpulan)
3. Lembaran Murid 5-2 (satu salinan setiap kumpulan)

Penerokaan 3
1. Tiga pasang segi tiga serupa (cetak daripada Lampiran 3, satu set (tiga pasang) setiap
kumpulan)
2. Lembaran Murid 5-3 (satu salinan setiap kumpulan)

Penerokaan Lanjutan (dijalankan sekiranya ada masa lebihan selepas Penerokaan


1, 2 dan 3)
1. Lembaran Murid 5-4 (satu salinan setiap murid)

PENEROKAAN 1 (Cadangan masa: 10 minit)


Arahan kepada guru:
1. Edarkan segi empat tepat, segi tiga, pembaris dan Lembaran Murid 5-1.
2. Pastikan setiap kumpulan menjalankan aktiviti dan menjawab soalan dalam lembaran.
3. Bimbingkan murid jika perlu.
4. Bincangkan jawapan bersama murid.

1|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 5: Serupa Yang Tak Sama

Lembaran Murid 5-1

1. Anda dibekalkan dengan satu segi empat tepat.

(a) Dengan menggunakan pembaris, ukur panjang dan lebar segi empat tersebut.
Jawapan:

Panjang = 20 cm

Lebar = 14 cm

(b) Dengan menggunakan maklumat di (a), bagaimanakah anda menentukan luas segi
empat tepat? Tunjukkan pengiraan anda.
Jawapan:
Luas segi empat tepat ialah panjang darab lebar:
20 cm × 14 cm = 280 cm2

Atau jawapan lain yang setara.

2. Anda disediakan dengan satu segi tiga.

(a) Padankan dua sisi segi tiga dengan segi empat tepat tadi. Bandingkan saiz segi
tiga dengan segi empat tepat itu. Apakah yang anda boleh katakan tentang luas
segi tiga berbanding luas segi empat tepat?
Jawapan:
Luas segi tiga adalah separuh daripada luas segi empat tepat tersebut.

Atau jawapan lain yang setara.

(b) Berikan kesimpulan anda tentang rumus luas segi tiga. Tunjukkan pengiraan luas
segi tiga tersebut.
Jawapan:
1
Luas segi tiga = × luas segi empat
2
1
= 2
× 280 cm2
= 140 cm2

Atau jawapan lain yang setara.

2|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 5: Serupa Yang Tak Sama

PENEROKAAN 2 (Cadangan masa: 15 minit)


Arahan kepada guru:
1. Edarkan kad/papan sisi empat bergrid, gelang getah dan Lembaran Murid 5-2.
2. Tunjukkan kepada murid cara membentuk segi tiga: alihkan gelang getah pada titik A
hingga K yang terdapat di atas kad/papan bergrid. Contoh adalah seperti gambar berikut.

L M

3. Maklumkan murid bahawa mereka bebas memilih empat titik (A hingga K) untuk
membentuk segi tiga.
4. Pastikan setiap kumpulan menjalankan aktiviti dan menjawab soalan dalam lembaran.
5. Bimbingkan murid jika perlu.
6. Bincangkan jawapan bersama murid.

Lembaran Murid 5-2

Anda disediakan dengan sekeping kad/papan bergrid seperti berikut.

L M

Rajah 1

3|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 5: Serupa Yang Tak Sama

Bentukkan empat segi tiga yang berbeza di atas kad/papan bergrid dengan memilih empat
titik yang berbeza. Rajah 2 menunjukkan segi tiga CLM yang dibentuk dengan memilih titik
C. Bagi setiap segi tiga yang anda bina, tentukan

(i) bilangan petak yang dicakupi,


(ii) panjang tapak dan tinggi, dan
(iii) luas berdasarkan rumus segi tiga yang anda peroleh daripada Penerokaan 1.

Catatkan dapatan anda dalam jadual di bawah.

Bilangan petak Panjang Luas


Segi tiga Tinggi
yang dicakupi tapak (unit2)

L M

Rajah 2

4|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 5: Serupa Yang Tak Sama

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan dapatan dalam jadual?

Jawapan:

 Semua segi tiga walaupun tidak serupa, mempunyai luas yang sama apabila tinggi dan
panjang tapaknya sama.
Atau
 Segi tiga yang mempunyai panjang tapak dan tinggi yang sama, akan menghasilkan
luas yang sama.
 Atau jawapan lain yang setara/munasabah

PENEROKAAN 3 (Cadangan masa: 15 minit)


Arahan kepada guru:
1. Edarkan tiga pasang segi tiga serupa (tanpa berpasangan) dan Lembaran Murid 5-3.
2. Pastikan murid dapat mengelaskan pasangan segi tiga dengan betul. Letakkan satu segi
tiga di atas segi tiga lain yang mempunyai saiz sudut yang sama bagi menunjukkan
gambaran keserupaan secara umum, jika perlu.
3. Bincangkan jawapan bersama murid.

Lembaran Murid 5-3

Anda diberi enam segi tiga. Kelaskan segi tiga itu mengikut kumpulan segi tiga serupa.
Jawapan:
Segi tiga M serupa dengan segi tiga V
Segi tiga D serupa dengan segi tiga H
Segi tiga B serupa dengan segi tiga Y

Terangkan jawapan anda.


Jawapan:
Bagi segi tiga yang serupa, semua sudut yang sepadan adalah sama saiz.

Atau jawapan lain yang setara.

5|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 5: Serupa Yang Tak Sama

Untuk setiap pasangan segi tiga yang disusun berdasarkan konsep keserupaan, terdapat
panjang sisi yang tidak dilabelkan. Tentukan panjang sisi segi tiga yang tidak dilabelkan itu.
Tunjukkan pengiraan anda.
Jawapan:

Segi tiga Panjang sisi segi tiga yang tidak dilabelkan


Panjang sisi yang tidak dilabel 13 cm
=
6 cm 6.5 cm
M 13 cm
Panjang sisi yang tidak dilabel = × 6 cm
6.5 cm
= 12 cm

Panjang sisi yang tidak dilabel 6.5 cm


=
5 cm 13 cm
V 6.5 cm
Panjang sisi yang tidak dilabel = × 5 cm
13 cm
= 2.5 cm

Panjang sisi yang tidak dilabel 8 cm


=
10 cm 16 cm
D 8 cm
Panjang sisi yang tidak dilabel = × 10 cm
16 cm
= 5 cm
Panjang sisi yang tidak dilabel 16 cm
=
10 cm 8 cm
H 16 cm
Panjang sisi yang tidak dilabel = × 10 cm
8 cm
= 20 cm
Panjang sisi yang tidak dilabel 18 cm
=
12 cm 24 cm
B 18 cm
Panjang sisi yang tidak dilabel = × 12 cm
24 cm
= 9 cm
Panjang sisi yang tidak dilabel 24 cm
=
12 cm 18 cm
Y 24 cm
Panjang sisi yang tidak dilabel = × 12 cm
18 cm
= 16 cm

6|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 5: Serupa Yang Tak Sama

PENEROKAAN LANJUTAN – Lembaran Murid 5-4

1. Rajah di bawah terdiri daripada gabungan dua buah segi tiga yang serupa, ABC dan
ACD. Diberi panjang AB = 12 cm dan panjang CD = 15 cm.

D
C 15 cm

Sekiranya luas segi tiga ACD = 150 cm2, tentukan luas keseluruhan rajah tersebut.

Jawapan :

Luas ACD = 150 cm2


1
150 cm2 = × 15 cm × AC
2

AC = 20 cm

Dengan menggunakan Teorem Pythagoras, panjang BC = 16 cm.


1
Luas keseluruhan rajah = 150 cm2 + ( × 12 cm × 16 cm)
2

= 246 cm2

7|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 5: Serupa Yang Tak Sama LAMPIRAN 1

8|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 5: Serupa Yang Tak Sama LAMPIRAN 2

9|Salinan Guru
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 5: Serupa Yang Tak Sama LAMPIRAN 3

5 cm 10 cm
6 cm
V

10 | S a l i n a n G u r u
Kem Eksplorasi KBAT Sains dan Matematik (KBATSM) | MATEMATIK
Aktiviti 5: Serupa Yang Tak Sama LAMPIRAN 3

24 cm
Y
18 cm

11 | S a l i n a n G u r u

Anda mungkin juga menyukai